Isnin, 26 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Satu Lawan Satu Harapan Semua, Tetapi 3 Penjuru Pun Tidak Mengapa

Posted: 26 Sep 2016 02:06 AM PDT

Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno

Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.

"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam kelmarin.


Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.

"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.

"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.

Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.

"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.

Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.

"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.


"Dengan bahasa inilah sahaja baru Pas faham," katanya merujuk kepada sikap Pas yang tidak mahu berunding dengan pihak lain bagi memastikan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Husam yang menyertai Amanah 30 Ogos lepas, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Umno dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan.

Husam mengulas soalan dari peserta tentang cadangan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional.

Bagi Husam, yang membuat onar dalam cadangan satu lawan satu adalah Pas.

Secara tersurat dan tersirat, Pas mahu memastikan kerajaan Melayu Islam dikekalkan.

Dengan cara itu, katanya, pertandingan tiga penjuru diperlukan untuk memastikan Umno menang walaupun ia tidak disebut secara terbuka. -Borhan Ahmad/MD


Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya, dakwa Husam Musa

Pas didakwa sebagai sebuah parti dinosaur yang longgar prinsipnya apabila berdepan dengan kedudukan dan kuasa, dakwa bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Katanya, Pas selalu menjadikan alasan tidak boleh bekerjasama dengan Dap dan juga dengan Amanah kerana ia parti pengkhianat.

Ia selalu dinyatakan oleh pimpinan Pas apabila membincangkan isu satu lawan satu dalam pilihan raya umum nanti bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Dap dan parti yang berbaik-baik dengannya.

"Pada pendapat saya, Pas lebih longgar prinsipnya. Pas bagi saya sangat 'pragmatik'.

"Dalam kes Selangor, dengan memegang jawatan exco dan 15 kerusi yang dimenangi dengan undi bukan Melayu, Pas tidak tinggalkan kerajaan Selangor.

"Dia masih duduk dengan Dap dalam kerajaan negeri Selangor. Ia menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip yang sangat longgar dan boleh diubah-ubah.

"Bila datang kepentingan politik kuasa, Pas boleh bersama Dap dan tidak tinggal kerajaan Selangor," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Pas juga, kata Husam yang kini menyertai Amanah, adalah sebuah parti yang suka berpusing-pusing apabila sampai ke persimpangan jalan.

"Saya yakin rakyat memerlukan parti yang jelas perspektifnya untuk masa depan," kata Husam.

PARTI MASA DEPAN

Bagi Husam, Amanah adalah parti masa depan manakala Pas adalah parti dinasour.

"Jadi saya nasihat kepada tuan-tuan semua, tidak payahlah pergi melutut kepada Pas.

"Sesama orang mukmin sepatutnya kita merendahkan sayap sesama sendiri tetapi bukan melebarkan keangkuhan kita," kata Husam dipercayai ditujukan kepada Presiden Pas yang berkata, Amanah dan rakan-rakannya akan melutut kepada Pas satu hari nanti.
- Borhan Ahmad/MD




ULASAN GB

Itulah Husam. Melihat "hikmah yang tersembunyi".

Tatkala orang-orang lain bising mengenai "satu lawan satu" untuk tumbangkan UMNO BN. Husam berjaya melihat di sebaliknya - iaitu tiga atau berapa banyak penjuru sekalipun, insha Allah, AMANAH akan menang.

Melihat cabaran sebagai satu peluang. Tidak semestinya tiga penjuru itu memenangkan BN seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Senario Kelantan adalah berbeza.

AMANAH mempunyai prinsip. Prinsip kita AMANAH, PROGRESIF dan PEDULI. AMANAH, seperti kata Presidennya, Tuan Haji Mohamad Sabu adalah pengibar panji TAJDID dan RENAISSANCE yang menterjemahkan Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin. Kata Abang Mat, satu lawan satu adalah harapan kita semua tetapi jika menggadai prinsip, 18 penjuru tak apa. Rakyat akan melihat kumpulan (parti) mana yang memperjuangkan keadilan sejagat di masa akan datang.





FEATURED ADS


[VIDEO] Sambutan Setahun AMANAH Meriah, AMANAH Melangkah Gagah Ke Hadapan

Posted: 25 Sep 2016 06:08 PM PDT

Syukur alhamdulillah. Sungguh Meriah! Demikian kata-kata yang diucapkan oleh para pengunjung terhadap Sambutan Setahun AMANAH di Muar Johor yang baru menutup tirainya malam tadi dengan program GEMA AMANAH.

Seawal jam 7.00 pagi semalam, para pengunjung telah tiba untuk bersama-sama di dalam Senamrobik kemudian berterusan sehingga ke malam dengan pelbagai aktiviti yang mengisi Karnival Sambutan Setahun AMKANAH.

Malam sebelumnya sudah diadakan "Countdown Pidato" yang menampilkan pidato-pidato dari pimpinan AMANAH yang terdiri daripada Sdra Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Yang menariknya, rakyat pelbagai kaum Melayu, Cina dan India telah datang untuk turut sama meraikan sambutan di sepanjang dua hari berkenaan.

Malam tadi pula orogram GEMA AMANAH mendapat sambutan yang luarbiasa. Dewan A yang malam kelmarin penuh sesak dengan 1,000 orang, pada malam semalam pula, dewan itu dibuka lebih luas dengan mencantumkannya dengan Dewan B, itu pun padat berisi sehingga ada yang terpaksa duduk bersimpuh di bahagian belakang.

Gerai-gerai minuman dan makan juga turut penuh sesak siang dan malam dengan para pengunjung yang datang dari jauh dan dekat.

Persembahan-persembahan dan aktiviti-aktiviti yang tidak meenjemukan pengunjung menjadikan suasana karnival begitu meriahh dan ceria walaupun ada aktiviti yang berlansung di bawah sinaran menteri yang begitu cerah dan panas memancar.

Kini AMANAH melangkah memasuki tahun kedua. Semuga Allah memberkati dan semuga AMANAH terus memegang dan mengibarkan panji-panji kebenaran dan keadilan... untuk untuk agama, bangsa, rakyat dan negara.

Syabas dan tahniah kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program Setahun AMANAH khususnya kepada tuanrumah, AMANAH Johor yang telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.




DAP tolak syor persempadanan walaupun kawasannya makin selamat

DAP menolak syor persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun diakui tidak banyak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kajian semula persempadanan berkenaan dilihat hanya membolehkan Umno menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Daripada analisa awal kita, DAP mungkin tidak terjejas besar kerana dia (SPR) memusatkan pengundi-pengundi Cina di kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini tetapi DAP tetap membuat keputusan menolak cadangan persempadanan ini.

"DAP bukan sahaja melihat faktor kemenangan sendiri. Kita juga mahu PKR menang. Kita mahu Amanah menang. Kita hendak Pakatan Harapan menang," tegasnya pada Malam Gema Amanah sempena Sambutan Setahun Amanah di Muar, Johor malam tadi.

Beliau menyifatkan SPR sebagai "Umno Bahagian SPR" apabila meneruskan kesinambungan Umno melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Buat kali pertama dalam sejarah persempadanan semula kawasan pilihan raya Malaysia, parti komponen BN bantah. MCA bantah. Gerakan bantah.

"Dia (SPR) hendak memusatkan pengundi-pengundi Melayu supaya kawasan-kawasan yang kuat menyokong BN ditempatkan di kerusi-kerusi Umno yang marginal bagi memenangkan Umno," tegasnya.

Dalam hal berkaitan, Anthony berkata, DAP cukup yakin Amanah mendapat tempat dalam politik Malaysia kerana pendekatan yang inklusif dan sederhana.

"Saya lihat balik sejarah DAP apabila ditubuhkan pada 18 Mac 1966 kita kalah dalam semua pilihan raya kecil tetapi kali pertama masuk PRU tahun 1969, DAP menang 13 kerusi Parlimen.

"Saya yakin Amanah juga akan dapat mencapai kejayaan pada PRU14," ujarnya diikuti tepukan gemuruh lebih 1,000 ahli dan penyokong Amanah di Pusat Konvensyen Y-Square Connexion di Bakri.

Beliau turut menegaskan politik Malaysia mesti berlandaskan kepada sokongan semua kaum.

"Kita tidak mahu mana-mana kawasan hanya memusatkan majoriti satu-satu kaum. Bagi kita parti yang mengharapkan sokongan satu-satu kaum sahaja parti itu tiada masa depan dalam politik Malaysia.


"Itu sebab bagi saya penubuhan Amanah menyambung perjuangan kita yang belum selesai lagi," tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Amanah menghadapi banyak cabaran termasuk kononnya tidak kekal lama.

"Sama juga kami ditohmah, diejek dan diperlekeh oleh Umno ketika hendak menubuhkan parti selepas Anwar Ibrahim dipecat dengan meramalkan hayat kami tidak lebih daripada tiga bulan. Hari ini kami ada 30 ahli Parlimen.

"Oleh itu, saya optimis dan memberi sokongan kepada Amanah," ujar Saifuddin lagi.
-Arif Atan/MD







FEATURED ADS


Tiada ulasan: