Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Pengacara RTM, TV3 Pakai Baju Bendera Thailand Di Hari Kebangsaan?

Posted: 02 Sep 2016 02:31 AM PDT

PADA 31 Ogos 2016 kelmarin tempoh hari media arus perdana negara RTM dan TV3 menjalankan rutin tahunan mereka menyajikan pelbagai siaran langsung berkaitan Hari Kebangsaan.

Namun siaran langsung kedua-dua media arus perdana itu dilihat tidak peka dengan semangat patriotisma yang sepatutnya ditunjukkan pada hari itu apabila pengacara kedua-dua media itu mempamerkan bendera Negara Thailand pada pakaian mereka.

Aku mula-mula sangkakan mereka sedang buat laporan khas tentang negara Thailand dan sebab itu mereka pakai baju bendera Thailand. Bila aku perhatikan betul-betul ternyata jangkaan aku silap.



Pengacara TV3 dalam rancangan siaran langsung Malaysia Hari ini, melaungkan laungan Merdeka dengan memakai baju bendera Thailand.


Pengacara TV1 RTM turut sama mengenakan seragam baju mirip bendera Thailand dalam siaran langsung laporan berita media arus perdana itu.

Rasanya tidak salah untuk memakai baju bendera negara apa pun dalam siaran langsung mahu pun tidak langsung. Namun mengenakan pakaian mempamerkan bendera negara lain di hari Kebangsaan adalah sangat-sangat tidak sensitif.

Selain itu tindakan ini mungkin boleh mengelirukan pelancong yang menonton televisyen, kerana mereka mungkin menyamakan atau menganggap bendera Thailand sebagai bendera Malaysia. -milosuam







FEATURED ADS


Adik Noh Omar Dihukum Penjara 5 Tahun

Posted: 01 Sep 2016 06:54 PM PDT

Tembak mekanik: Adik menteri dihukum penjara lima tahun

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas adik Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar atas kesalahan menembak seorang mekanik tahun lalu.

Mohd Jusnaidi Omar, yang juga dikenali sebagai Mat Malaya, diarahkan oleh Hakim Azreena Aziz menjalani hukuman itu bermula dari tarikh penahanannya pada Jun tahun lalu.

Azreena dipetik oleh The Malay Mail Online bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mohd Jusnaidi, 45, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menembak mekanik Alkarim Atun, 36, dengan pistol di di Top Up Aircond Centre di Jalan Tuaran pada jam 5 petang pada 6 Mei, 2015.

Hukuman maksimum di bawah Seksyen 324 adalah penjara 10 tahun, denda atau sebatan seperti yang didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim.

Mohd Jusnaidi pada mulanya didakwa dengan cubaan membunuh tetapi kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Adalah dilaporkan bahawa beliau melarikan diri selepas menembak Alkarim.

Jusnaidi kekal menjadi pelarian selama hampir sebulan selepas menembak Alkarim apabila polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Beliau kemudiannya ditangkap di sebuah inap desa berhampiran Kundasang di kaki Gunung Kibabalu, Sabah pada Jun tahun lalu dengan isterinya yang berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki.

Adik Noh itu dilaporkan terlibat dalam satu konfrontasi lisan dengan mekanik berkenaan dan mengeluarkan pistol sambil melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya mengenai betis kanan mekanik itu.

Jusnaidi pada tahun 2007 didakwa mengedar dadah tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. -Bernama

ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Walaupun hukuman 5 tahun penjara itu memang rendah berbanding dengan jenayah yang dilakukan namun kebenarannya tetap berdiri bahawa dia, Jusnaidi Omar (adik kepada Noh Omar yang sekarang sudah jadi menteri) adalah seorang penjenayah.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada yang lain-lain termasuklah MO1 dan para pelindung & pengampunya. Tak kira berapa tinggi pun kedudukan pangkat atau jawatan yang kamu ada atau berapa banyak pun harta yang kamu miliki dan berapa hebat pun ulama yang kamu upah untuk membela kamu, namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, yang menjadi tema blog GB selama ini, ia tidak mungkin dapat ditolak lagi.

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap, sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" -Al-Isra:85




FEATURED ADS


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT