Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Umno boleh 'delet' sahaja nama Shafie dari keahlian parti, kata Tengku Adnan

Posted: 04 Jul 2016 03:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno menerima keputusan naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Beliau berkata menurut peraturan parti, sekiranya Mohd Shafie sudah mengisytiharkan untuk keluar parti, secara automatik beliau bukan lagi anggota Umno.
 
"Kita delete sahaja nama dia daripada keahlian (Umno)," katanya apabila diminta mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan Umno hari ini.
 
Naib presiden Umno itu yang digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu, membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna Sabah hari ini.
 
Tengku Adnan berkata: "Sesiapa yang nak keluar daripada Umno, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab, setia dan amanah untuk berada dalam parti."
 
"Barangkali dia (Shafie) kecewa digugurkan jawatan daripada kabinet atau mungkin ada sebab lain...dia tak patut ikut emosi, kalau sayang parti jangan ikut emosi, macam-macam masalah boleh jadi," katanya.
 
 

TANPA TUN M DAN SHAFIE APDAL, UMNO HANYA TINGGAL SiSA

Posted: 04 Jul 2016 04:02 AM PDT

shahbudindotcom

Bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuratnya, 24 Jun lalu.

Berucap di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
 
 
 
 
"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.

Selain merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.

Beliau dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.
 
 
 
 
Dengan mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut" sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.

Hanya kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.

Sebelum Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Selepas UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula sehingga ia diterima sama seperti  UMNO yang sebelumnya, malah Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali bertaut dengan UMNO pada 1996.
 
 
 
 
Tetapi kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.

Tindakan Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.

Tanpa Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal sisa kerana pasti mendorong lebih ramai tidak mahu memberi undi mereka dalam pilihanraya. 
 
 
 

Azwanddin bohong, mahu jatuhkan reputasi saya

Posted: 04 Jul 2016 03:51 AM PDT

Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berbohong mengenai persetujuannya untuk hadir ke program anjuran NGO tersebut, 'Nothing to Hide 2.0' di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin turut menafikan beliau pernah berjumpa dengan Azwanddin dan menerima sebarang jemputan daripada JMM seperti yang didakwa NGO tersebut.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan JMM menganjurkan program 'Nothing to Hide 2.0' semalam di Kelab Darul Ehsan. Azwanddin, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.

[ARTIKEL BERKAITAN: JMM ugut Muhyiddin dedah orang tengah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Penonton berang, turunkan kain rentang]

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.

Kenyataan Azwanddin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Semalam, Muhyiddin tidak muncul pada program tersebut sehingga majlis tamat dan Azwanddin bertindak menyerang bekas pemimpin Umno itu dalam ucapannya manakala sebahagian penonton bangun meninggalkan majlis selepas pasti pemimpin yang dinanti tidak akan hadir.

Dalam kenyataan sama, Muhyiddin menegaskan beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian mengenai penyertaan beliau dalam program tersebut di laman Facebook rasminya selepas mendapati JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir.

"Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwanddin tidak dijawab oleh beliau.

"Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya," katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat melahirkan rasa sedih dan kecewa susulan ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah di penghujung Ramadan.

"Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

"Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut," katanya.


“BN hanya mahu penjarakan saya, tiada kena mengena dengan Taman Manggis”

Posted: 04 Jul 2016 03:42 AM PDT



 
Oleh Lim Guan Eng


Apabila Barisan Nasional (BN) dan Menterinya melancarkan "pendedahan" secara besar- besaran terhadap apa yang kononnya skandal rasuah saya kerana membeli rumah banglo dengan harga yang murah, mereka mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital.

Mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah untuk golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali mengulang bahawa Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial.

Ia sebenarnya tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis telah dijual kepada pembida tertinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan bahawa konspirasi politik Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan sahaja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung dengan Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Abdul Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekaligus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Maggis kepada KLIDC.

Saya berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah rasuah atau faedah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian?

Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan. Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

Di manakah faedah yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun demikian saya berdepan hukuman penjara 20 tahun sedangkan tiada kelebihan diterima MESB!

Berbeza dengan hutang RM50 bilion dari skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan sahaja jelas merupakan manfaat atau faeah yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam telah digunakan, namun tiada seorang pun telah dihukum atau ditahan kerana rasuah!

Hanya rakyat Pulau Pinang tahu

Pembelian rumah banglo saya adalah melalui pinjaman bank dan elaun saya sendiri sebagai Ketua Menteri. Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM300,000.

Dalam kes Khir Toyo, penjual merupakan pemaju perumahan yang mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Selangor, manakala penjual rumah saya bukan merupakan pemaju perumahan dan tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tidak seperti kes Khir Toyo, tidak ada paksaan atau pilih kasih yang diberikan kepada penjual rumah banglo saya. Malah Khir Toyo tidak ditahan semalaman, tetapi saya ditahan selama 1 malam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak ada sebab untuk saya tidak hadir ke mahkamah dan membuktikan saya tidak bersalah kerana BN pastinya akan mengatakan saya akan melepaskan dan melarikan diri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti saya dan rakan-rakan Pakatan atas sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya dalam tempoh yang mencabar ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang datang sendiri untuk menunjukkan sokongan dan saya terharu apabila ramai orang berbangsa Melayu dan India yang menangis dan berpelukan. Orang Melayu, Cina dan India ini tahu apa yang ingin dipertaruhkan oleh BN apabila memfailkan tuduhan rasuah kepada saya.

Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada sumbangan wang di bawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana RM100 diberikan setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan suri rumah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan pukat kepada nelayan sebanyak dua kali setahun.

Di bawah program yang sama, Kerajan Negeri memberikan RM600 kepada pemandu teksi, RM100 kepada penarik beca yang berdaftar, RM100 kepada Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 dan 4 dan Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4, RM1000 one-off kepada pelajar tahun pertama universiti awam, RM1000 one-off untuk khairat kematian dan juga RM200 one-off kepada bayi yang baru dilahirkan di negeri ini.

Lebih daripada RM400 juta telah diberikan sejak tahun 2008 atau 12% daripada belanjawan tahunan.

Sumbangan RM400 juta yang memberikan manfaat kepada mereka ini merupakan lebihan tahunan yang direkodkan kerana kita mentadbir kerajaan yang bersih.

Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mendapat apa -apa sumbangan daripada Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Tanpa kerajaan yang bersih, hampir 200,000 rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima manfaat ini.

Rakyat Pulau Pinang marah apabila pemimpin kerajaan yang bersih kini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta untuk program i-sejahtera terancam. Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pakatan dan pemimpinnya adalah bersih.

Tuduhan ini adalah pembohongan jahat dan merupakan konspirasi politik untuk memusnahkan saya. Kami akan berdiri bersama-sama dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan impian kami untuk menjadi model pentadbiran Malaysia (tanpa GST dan tol yang tidak adil) yang bersih, mesra rakyat berdasarkan tender terbuka dan bukan kroni. – Roketkini.com

*Lim Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP


DAP kecam tangkapan penulis veteran di hari-hari terakhir Ramadan

Posted: 04 Jul 2016 03:37 AM PDT

Penulis veteran Pak Ya

Roketkini.com


PETALING JAYA: DAP mengecam penahanan seorang penulis berusia 76 tahun yang didakwa menyebarkan gambar mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui perbualan dalam kumpulan Whatsapp.

Mengulas tindakan terbabit, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menyifatkan penangkapan tersebut memualkan, memandangkan warga emas itu menjadi mangsa keadaan di hari-hari terakhir Ramadan.

Katanya lagi, pihak polis dan kerajaan pimpinan Najib harus sedar bahawa kehidupan sebagai ahli politik pasti tidak boleh lari daripada dikritik dan dijadikan bahan ketawa.

Tambah beliau, polis tidak patut bersikap berat sebelah dengan menghalang mereka yang menyebarkan gambar suntingan Perdana Menteri namun membiarkan gambar-gambar suntingan lain tersebar tanpa tindakan.

"Gambar pemimpin pembangkang lebih banyak dijadikan bahan suntingan tetapi kami menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan figur politik awam.

"Polis sepatutnya sudah tidak lagi dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa demi menakut-nakutkan mereka yang berani melawan dan mengkritik kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kg Tunku, Lau Weng San berkata, seiring dengan amalan demokrasi, kritikan atau penentangan terhadap Najib tidak harus dihalang.

Malah katanya, Najib dan penasihatnya patut mencari sebab mengapa ada kritikan berterusan terhadap beliau oleh rakyat dan tidak patut menyalahgunakan undang-undang untuk menghalang rakyat dari terus mengkritik kepimpinannya yang terbukti bermasalah.

"Jika sudah berbincang dan masih menganggap pengkritiknya salah, Najib sepatutnya memulakan saman sivil terhadap mereka bagi prosiding fitnah, dan bukan menyalahgunakan proses undang-undang dan jawatan untuk menganiaya pengkritiknya," katanya.

Weng San yang merupakan Adun di kawasan tempat tinggal penulis yang ditahan itu bersedia menawarkan bantuan dalam apa juga cara kepadanya, malah, telah berjaya mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat di kawasan tersebut.

Beliau dan Lip Eng akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan tentang kemungkinan salahguna kuasa oleh polis selepas penulis itu dibebaskan dari lokap nanti.

Penulis buku warga emas terbabit direman selama tiga hari bermula semalam apabila beliau didakwa memaparkan gambar Najib yang disunting dalam kumpulan Whatsapp 'Bicara Politik Melayu' yang kononnya 'menjatuhkan moral' Perdana Menteri itu.

Beliau yang menderita sakit kencing manis dan darah tinggi itu sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50 ribu atau hukuman penjara setahun maksimum atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seksyen 233 adalah berhubung penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi untuk perkara lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. – Roketkini.com


Adakah saya akan ditangkap?

Posted: 04 Jul 2016 03:30 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kenapa hanya perdana menteri diberikan keistimewaan polis sedangkan tidak ada sesiapa pun yang ditahan meski ramai pernah mengaibkan menteri lain.
 
 
 
Lim-Lip-Eng

Oleh Lim Lip Eng


Adakah saya sepatutnya menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana saya membuat komen dan berkongsi hal yang boleh mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai kumpulan aplikasi Whatsapp sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2009?

Adakah saya akan ditahan jika saya belum memadamkan gambar atau komen di dalam telefon bimbit saya setelah penulis politik berusia 76 tahun, 'Pak Ya' yang pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka direman pihak polis selama tiga hari bermula semalam kerana didakwa menyebarkan gambar mengaibkan Najib dalam kumpulan Whatsapp?

Ramai menerima dan berkongsi dalam kumpulan Whatsapp mereka, satu klip video yang memaparkan aksi Fakkah Fuzz, seorang pelawak Singapura yang menggelar Najib sebagai 'pencuri'. Adakah mereka juga perlu menyerah diri kepada polis?

Kenapa hanya Najib yang diberikan keistimewaan oleh pihak polis sedangkan tidak ada sesiapa pun yang ditahan meski ramai pernah mengaibkan Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu timbalan menteri kewangan, pada hari pertama Ramadan tahun lalu berikutan gambar 'Nasi Goreng Ahmad Maslan' bebas GST olehnya?

Gambar pemimpin pembangkang lebih banyak dijadikan bahan suntingan namun mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan figura politik awam. Pihak polis sepatutnya sudah tidak lagi dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa demi menakut-nakutkan mereka yang berani melawan dan mengkritik kerajaan.

Dalam kes ini, Lau Weng San Adun DAP Kampung Tunku, Petaling Jaya di mana penulis veteran 76 tahun ini tinggal dan saya akan membantu warga emas tersebut apabila beliau dibebaskan dari lokap nanti, untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan tentang kemungkinan salah guna kuasa polis.

Amat memualkan apabila seorang warga emas terpaksa menjadi mangsa keadaan pada hari-hari terakhir Ramadan sedangkan masih ada banyak jenayah lain yang tidak ditangani pihak berkuasa.

* Lim Lip Eng ialah ahli Parlimen Segambut.

Letupan Movida: Polis sahkan IS dalang, 15 ditahan, 2 diburu

Posted: 04 Jul 2016 03:25 AM PDT

 
Antara yang ditahan dua individu yang menerima arahan terus dari Syria, serta dua anggota polis berpangkat rendah.


khalid-bakar



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan kejadian letupan di kelab malam Movida, Puchong 28 Jun lalu didalangi pengganas IS.

Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 15 orang yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas itu ditahan selepas siasatan terhadap insiden itu.

"Sejumlah 7 tangkapan di Kedah, 4 di Selangor, 2 di Kuala Lumpur, dan 1 di Melaka dan Pulau Pinang," katanya. Semua yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 52 tahun.

Menurut Khalid, dua yang ditahan disyaki ada kaitan langsung dalam serangan yang menyebabkan lapan orang tercedera akibat letupan bom tangan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 pagi 28 Jun.

"Kita dapati kedua-dua mereka ini dapat arahan terus dari warga kita di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi yang telah arahkan mereka ini lancarkan serangan-serangan di Malaysia, terhadap pemimpin kanan kerajaan, pemimpin kanan polis, dan hakim-hakim kerana ketiga kumpulan ini halang kegiatan mereka," jelas beliau.

Menurut Khalid, bom tangan yang digunakan dalam serangan itu diperoleh daripada negara jiran.

Siasatan juga membawa kepada penangkapan dua anggota polis berpangkat rendah yang bertugas di Kedah dan Pulau Pinang.

"Seorang ditahan kerana disyaki merancang membuat samun sebagai dana untuk sel IS di sini, manakala seorang lagi kerana memberi perlindungan kepada ahli IS," katanya.

Semua yang ditahan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Dua lagi individu – Md Saifuddin Muji daripada Rengit, Johor dan Jasanizam Rosni daripada Batu Pahat dalam buruan pihak berkuasa.

Berikutan serangan fizikal pertama IS di negara ini, polis telah meningkatkan usaha bagi menghalang ia berulang dan terus menahan ahli kumpulan pengganas itu.

"15 yang kita tahan ini dipercayai terlibat atau telah terima arahan untuk lancar serangan kepada pihak-pihak yang saya sebut serta pusat hiburan, kononnya tempat-tempat ini tidak Islamik.

"Saya menyeru orang ramai agar terus beri kerjasama untuk pastikan IS tidak mudah jalankan aktiviti mereka," kata Khalid.

Beliau juga meminta pusat-pusat hiburan supaya beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

Posted: 04 Jul 2016 03:15 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

 
PETALING JAYA: Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti 'kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil'.

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

Walaupun masih aktif mengajar pelbagai formula matematik, Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik.

Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.

Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.

"Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.

"Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.

"Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama 'Adi Putra'. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.

"Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.

"Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.

"Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

"Semuanya Adi kena bergerak sendiri.  Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga," katanya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.

Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.

Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.

"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.

"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.
 
 

Satu Lagi Kes Difteria Dilaporkan Di Kedah

Posted: 04 Jul 2016 03:06 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Satu lagi kes difteria dilaporkan diKedah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 kes dengan lima kematian diseluruh negara sehingga Sabtu lepas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharuitu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang demam sejak 26 Jun lalu. 

"Tiga hari kemudian pesakit mengalami sawan dan dirujuk ke sebuah hospitaldi Kedah dan dimasukkan ke wad. Namun keadaan pesakit bertambah teruk di mana pada Jumaat lepas (1 Julai) pesakit memerlukan bantuan peralatan pernafasan.

"Pesakit kemudiannya dirujuk ke pusat perubatan di Kuala Lumpur dan ujian makmal mengesahkan bahawa ia positif difteria," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

"Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak kes baru ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dijalankan," katanya.

Noor Hisham berkata setakat ini, tiga kes dikesan di Melaka dengan satu kematian, Kedah (tujuh kes dengan satu kematian) dan Sabah (empat kes dengan tiga kematian). 

Beliau berkata Johor turut melaporkan satu kes disyaki difteria membabitkankanak-kanak lima tahun yang mempunyai sejarah demam dan sakit tekak.  

Pesakit berkenaan tidak mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap dankeputusan ujian makmal masih belum diperoleh, katanya.  

Dr Noor Hisham turut menasihatkan ibu bapa agar menyemak semula status imunisasi anak-anak mereka dengan memastikan anak-anak di bawah umur tujuh tahun telah mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap supaya perlindungan optimadapat diberikan. 

"Semoga langkah proaktif semua pihak akan dapat meningkatkan imunitikelompok dan membendung kejadian difteria daripada terus menjadi masalah kesihatan awam," katanya. -Bernama

Nyaris Tak Pulang Beraya Kerana Rayani Air

Posted: 04 Jul 2016 01:31 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 
 
PETALING JAYA: Beberapa keluarga dan pelanggan Rayani Air nyaris tidak pulang berhari raya akibat pembatalan penerbangan melibatkan tiket bernilai sehingga ribuan ringgit.

Ia merupakan dugaan besar buat salah seorang penumpang yang buat pertama kali berpeluang untuk berhari raya di kampung halaman selepas tidak dapat melakukannya sejak tiga tahun lalu.

Dengan kerinduan yang amat sangat terhadap keluarganya di Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu, suri rumah, Anrada Dimulu, 38, merancang untuk pulang bersama suami dan tiga anaknya.

"Kami rindu sangat, jadi suami mengambil cuti selama dua minggu untuk kami berhari raya di kampung.

"Kami berjaya dapatkan tiket Rayani Air hampir RM2,000 tetapi nak buat macam mana, tiket yang dibeli telah dibatalkan," katanya kepada mStar Online.

Anrada atau Ann berkata, dia dan suaminya terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket penerbangan baharu.

"Tetapi harga tiket dah semakin mahal untuk penerbangan terus ke Kota Kinabalu, dengan keadaan suami sahaja yang bekerja dan anak-anak yang perlu ditanggung lagi.

"Kami akhirnya berjaya dapat cari cara lain dengan membeli tiket ke Labuan dan kemudian terpaksa menaiki feri untuk ke Kota Kinabalu," katanya sambil menambah ia merupakan pertama kali dalam hidupnya pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur melalui Labuan.

Seorang lagi penumpang Rayani Air terpaksa melupakan hasrat untuk membuat persiapan Aidilfitri selepas membeli tiket penerbangan  alternatif dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Hanya mahu dikenali sebagai Jaafar, 46, hari raya kali ini cukup bermakna kerana anaknya yang baharu lahir buat pertama kali akan bertemu neneknya.

"Kerana faktor masa dan kos, kami enam sekeluarga sukar untuk pulang ke kampung. Jadi, Aidilfitri kali ini bakal menjadi sesuatu yang istimewa kerana kami akan pulang bersama anak yang baru berusia beberapa bulan.

"Tetapi tak sangka pula nasib Rayani Air turut menimpa kami. Terpaksalah cari alternatif lain, kena tambah belanja lagi, saya bukannya bergaji besar," katanya dengan nada terkilan.

Menurut Jaafar yang bertugas dalan bidang perhotelan, dia terpaksa memotong perbelanjaan lain akibat pembelian tiket baharu.

"Dengan perbelanjaan baharu hampir RM3,000, bajet saya untuk raya dah 'lari' kerana saya perlu juga bawa wang untuk diberi kepada keluarga di kampung.

"Hari Raya kali ini tak fikir sangat nak baju baru ke, sebab apa yang lebih penting kami dapat pulang berhari raya di Kuching," katanya

Jaafar mendakwa, Rayani Air telah mengeluarkan cek bertarikh 30 Jun sebagai bayaran balik tambang tetapi malangnya ia merupakan cek tendang selepas dideposit ke dalam akaun bank.

Monash University Belum Terima Panggilan Berhubung Suspek Pengganas

Posted: 04 Jul 2016 01:31 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Monash University Malaysia berkata, pihak berkuasa masih belum menghubungi mereka berhubung salah seorang alumi yang menjadi suspek terlibat dalam serangan Dhaka Sabtu lalu.

Jurucakap Monash University Malaysia, Dr Susheela Nair berkata; "Hujung minggu lalu, kami mengetahu melalui halaman sosial bahawa satu atau dua orang warga Bangladesh yang didakwa terlibat dengan serangan pengganas pernah menghadiri Monash Malaysia.

"Pihak universiti belum menerima apa-apa komunikasi atau pengesahan daripada pihak berkuasa berkenaan kes ini," jelasnya dalam satu kenyataan ringkas.

Pada malam Jumaat, tujuh militan Negara Islam membunuh 20 orang termasuk 18 warga asing di sebuah kafe ala barat di Dhaka, Bangladesh.

Enam lelaki bersenjata ditembak mati oleh pasukan keselamatan di kafe Holey Artisan Bakery.

Salah satu lelaki bersenjata yang ditembak mati didakwa pernah mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta di sini selepas tiba dari Dhaka pada tahun 2012.

Dalang Sebenar Penangkapan Guan Eng Ada Dalam DAP

Posted: 04 Jul 2016 01:31 AM PDT

 

 



Utara News Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.


Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow.

Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional… the supreme leader of DAP.

Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai "pemain impot" dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Selamat Tinggal Lim Guan Eng.


Ditulis oleh :
Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.

Kecewa digantung, Shafie umum keluar Umno

Posted: 04 Jul 2016 12:47 AM PDT

 
Pengumuman itu dibuat di kediaman Shafie di Sabah, di depan lebih 5,000 penyokongnya, sebentar tadi.


shahfie-apdal,mt


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) memutuskan untuk menggantung keahlian beliau sehingga siasatan selesai dijalankan.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu digantung daripada jawatannya sebagai naib presiden Umno susulan tindakannya yang dikatakan secara terang-terangan melanggar disiplin dan perlembagaan parti.

Turut hadir mendengar pengumuman itu ialah beberapa pemimpin Umno Bahagian dan sayap, selain penyokongnya. Shafie yang kini bekas ketua Umno Bahagian Semporna merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu Sabah.

Sebelum ini MT sebulat suara membuat keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli Umno kerana didapati melanggar disiplin dan perlembagaan parti.

Kedua-duanya didakwa duduk sepentas dengan parti pembangkang sambil memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Walaupun Shafie sejak mula dipecat daripada Kabinet bersama Muhyiddin kerana mengkritik kepimpinan Najib, namun nasibnya agak baik kerana MT hanya menggantung keahliannya sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai.

Rahman Dahlan tak terkejut Shafie keluar Umno

Posted: 04 Jul 2016 12:43 AM PDT

 
Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.


rahman-shafie


PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) bertindak menggantung keahliannya sehingga siasatan selesai dijalankan, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan Shafie terlibat dalam gerakan yang memudaratkan parti.

"Keputusan Datuk Seri Shafie Apdal keluar Umno tidak memeranjatkan sama sekali. Memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti," katanya dalam status Twitternya, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.

"Dulu pun begitu. Apatah lagi sekarang," katanya.

Rahman berkata Umno bukan kuat kerana individu tetapi kerana misi dan perjuangannya dan pemimpin akan datang dan pergi tetapi yang tinggal hanyalah perjuangan.

Katanya, tindakan Shafie keluar parti itu tidak akan menjejaskan Umno di Sabah kerana sokongan rakyat adalah kepada parti dan bukannya kepada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.

"Umno Semporna masih berfungsi dan akan diperkukuhkan lagi dengan barisan kepimpinan yang lebih mantap, mempedulikan kepentingan rakyat," katanya.

Exco Penang sebulat suara kekalkan Guan Eng ketua menteri

Posted: 04 Jul 2016 12:42 AM PDT

Exco sebulat suara memutuskan kes terhadap Guan Eng bermotifkan politik.


rashid-hasnon-lim-guan-eng


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini sebulat suara bersetuju Lim Guan Eng kekal ketua menteri, selepas mesyuarat tergempar majlis kerajaan negeri (exco) hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata exco memutuskan Guan Eng tidak perlu mengambil cuti kerana beranggapan beliau tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang dihadapinya.

"Ia keputusan sebulat suara yang dakwaan ke atas Lim bermotifkan politik dan oleh itu beliau tidak perlu mengambil cuti," Rashid memberitahu wartawan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata exco memberikan keyakinan penuh kepada Guan Eng.

Khamis lalu, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman. Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

TIADA APA2 YANG BOLEH DIHARAPKAN DARIPADA HUSNI

Posted: 03 Jul 2016 11:58 PM PDT

shahbudindotcom


Bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah akhirnya mengesahkan sebab utama pengundurannya daripada kabinet ialah kerana enggan dipindahkan ke kementerian lain.

Katanya, beliau sebelum ini sudah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang dan berhasrat ingin mengakhiri kariernya di Kementerian Kewangan.

Tambah beliau, pertukaran ke kementerian lain yang hanya memberinya masa kira-kira setahun setengah untuk berkhidmat sebelum pilihanraya akan datang menjadikan tugasnya nanti tidak lagi efektif.
 
 
 
 
Pengesahan Husni itu bertepatan dengan laporan blog ini pada 27 Jun lalu yang mengatakan pengunduran Husni daripada kabinet sebagaimana yang diumumkan oleh Najib Razak bukanlah dibuat kerana persaraan sukarela, tetapi sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati berikutan portfolionya ingin ditukarkan.

Kesimpulannya,  Husni berundur daripada kabinet dan kemudian melepaskan semua jawatannya dalam UMNO bukanlah kerana prinsip atau ada sesuatu yang tidak dipersetujuinya mengenai kepimpinan Najib dan kerajaan atau mengenai 1MDB, tetapi semata-mata kerana hasratnya ingin kekal di Kementerian Kewangan tidak dipenuhi.

Makna mudahnya, segala-galanya kerana jawatan.

Kalau Najib bersedia mengekalkannya di Kementerian Kewangan, pasti  hari ini Husni masih lagi kekal sebagai menteri dan tetap sayang kepada semua jawatannya dalam UMNO.

Apa yang istimewanya Kementerian Kewangan kepada Husni sehingga  beliau tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain?

Apa pula yang beliau rasa dirinya begitu istimewa sehingga mahu memegang jawatan Menteri Kewangan sehingga pencen atau sehingga beliau sendiri tidak mahu jawatan tersebut?

Hanya Husni yang tahu jawapannya.
 
 
 
 
Dengan pengesahan Husni tentang sebab-sebab pengundurannya itu, ia barangkali mengecewakan sebilangan mereka yang memuji perletakan jawatannya dahulu dengan pelbagai tafisran, yang antaranya dikatakan kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kemungkaran dalam kerajaan, enggan berterusan bersubahat berkaitan 1MDB dan sebagainya.

Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang mengajak Husni agar bersama dengan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir Mohamad untuk memperbetulkan sekian banyak kepincangan kewangan dalam pentadbiran kerajaan.

Malang sekali, rupa-rupanya perletakan jawatannya dalam kerajaan dan kemudiannya dalam UMNO hanyalah semata-mata kerana kepentingan jawatan dan tiada kaitan sama sekali dengan faktor-faktor yang lain.

Dapat jawatan yang diinginkannya, beliau bersedia kekal dalam kerajaan, tidak dipenuhi keinginannya, letak jawatan.

Begitu murah nilai Husni sebenarnya. Pengakuannya meletakkan di mana harga dirinya yang sebenar dan tidak ramai pemimpin yang sedia mengaku meletakkan jawatan semata-mata kerana tidak mendapat jawatan yang diinginkan.

Selepas tiada apa-apa jawatan, Husni dilaporkan ingin ke Jordan untuk mendalami bahasa Arab, Al Quran dan hafazan selama tiga bulan.

Memang difahami Husni mengetahui banyak perkara mengenai kerajaan selama berada dalam kabinet, tapi bagaimana jika sekembalinya dari Jordan nanti, Najib menawarkannya kembali jawatan sebagai pengerusi di mana-mana GLC atau agensi kerajaan?

Merajuk kerana jawatan, sudah tentu mudah juga dipujuk dengan jawatan.

Akhirnya, tiada apa-apa sebenarnya yang boleh kita harapkan daripada Husni. 


Jangan pakai jubah di luar negara, nasihat UAE kepada rakyat

Posted: 03 Jul 2016 11:48 PM PDT

 
Insiden itu berpunca daripada seorang pekerja hotel mengesyaki Ahmed yang memakai jubah putih dan berikrar taat setia kepada IS ketika bertutur bahasa Arab menerusi telefon.


Ahmed-al-Menhali


PETALING JAYA: Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menasihatkan rakyatnya tidak memakai jubah putih ketika berada di negara lain bagi memastikan keselamatan diri terjamin susulan insiden seorang warganegara itu ditahan kerana disangkakan suspek IS.

UAE turut memanggil diplomat kanan Amerika Syarikat bagi membantah "layanan kasar" terhadap Ahmed al-Menhali yang ditahan di sebuah hotel di pinggir bandar Cleveland, Ohio ketika beliau dalam perjalanan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Kementerian Luar UAE dipetik Al Jazeera sebagai berkata, pihaknya menyuarakan rasa tidak puas hati dan menuntut penjelasan berhubung penahanan Ahmed hanya kerana beliau mengenakan pakaian kebangsaan negara itu, iaitu jubah putih dan ghutra pada Rabu lalu.

Insiden itu berpunca daripada seorang pekerja hotel yang mengesyaki Ahmed berikrar taat setia kepada IS ketika bertutur bahasa Arab menerusi telefon.

"Pekerja itu segera menghantar mesej kepada adiknya bagi memaklumkan perkara itu, sebelum menghubungi polis dan mendakwa saya berikrar taat setia kepada Isis dan polis segera bertindak balas seakan-akan saya membawa senjata," katanya melalui seorang rakan kerana ketidakupayaannya bercakap dengan betul akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Polis kemudiannya melepaskan Ahmed selepas mengesahkan beliau tidak mendatangkan sebarang ancaman dan pegawai dari pinggir bandar Cleveland turut memohon maaf kepada Ahmed atas insiden itu.

Ahmed berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan lanjut.

Insiden Anti-Islam meningkat secara mendadak di Amerika ekoran serangan IS di negara barat.

Semalam, seorang doktor Islam di Texas ditembak dan ditikam ketika dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh.

Sabtu lalu, seorang lelaki Muslim turut diserang berhampiran sebuah masjid di Florida.

SPR akan lakukan persempadanan semula 11 kerusi di Sabah, ramal Adun PKR

Posted: 03 Jul 2016 11:44 PM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
See Chee HowSee Chee How


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How, menyakini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sekali lagi akan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk kepentingan Umno-BN dalam menghadapi PRU14.

Beliau berkata kawasan persempadanan semula itu akan membabitkan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Sabah ekoran pergolakan dalaman pemimpin dan ahli Umno yang berlaku kini di negeri itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak ini juga mendakwa kali ini, SPR akan mengumumkan 11 kerusi baru bagi persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri Sabah yang akan dilakukan pada Ogos depan dalam persediaan menghadapi PRU14.

"Mengikut perlembagaan seorang perdana menteri boleh mengeluarkan perintah kepada parlimen dan dewan undangan negeri untuk melakukan persempadanan semula kawasan untuk tindakan SPR.

"Ia akan diserahkan kepada SPR yang mana badan itu akan mencadangkan 11 kerusi baru di negeri Sabah," dakwanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau ditemui selepas hadir sebagai panel dalam "Preparatory Seminar and Workshop on Gearing up for Redelineation' yang dianjurkan Majlis Peguam Malaysia, pada Sabtu.

Ditanya tujuan persempadanan itu perlu dilakukan di negeri di bawah bayu itu, See berkata, ia semata-mata untuk mengukuhkan sokongan pengundi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan BN.

Bagaimanapun beliau meramalkan agak sukar bagi BN untuk mendapatkan suara majoriti di Dun berbanding Parlimen di Sabah.

"Mungkin kali ini BN akan dapat suara majoriti 2/3 di Parlimen dan tidak akan peroleh sokongan 2/3 di beberapa Dun.

"Mereka akan lakukan persempandanan semula negeri Sabah kerana pergolakan politik dalaman Umno di bawah kepimpinan Najib, untuk buat Najib gembira, mereka (SPR) boleh adakan berapa banyak kerusi yang Najib mahukan," ujarnya.

Pada PRU13 negeri Sabah mempunyai 25 Parlimen dan 60 Dun dengan jumlah pemilih berdaftar 981,814 pengundi.

Mengapa 11 kerusi baru? Ramalan Naib Pengerusi Negeri Sarawak ini lagi," ia (SPR)  akan lakukan sama seperti Sarawak," ujarnya yakin.

Pada PRN Sarawak baru-baru ini, Chee See How dan seorang ketua dari masyarakat Kayan di negeri itu pernah terlibat mencabar pelan notis dan draf kawasan yang diterbitkan oleh SPR pada Januari yang mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang membentuk Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie pada Mei telah mengeluarkan perintah mandatori mengarahkan SPR untuk menerbitkan notis yang lebih terperinci untuk semakan awam.

Ini adalah kali pertama SPR dicabar berhubung persempadanan kawasan pilihan raya dan persempadanan semula. Pengerusi SPR telah dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Urusan Kajian Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak dilaksanakan selaras dengan keputusan Dewan Undangan Negeri pada 11 Nov tahun lalu yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menambah jumlah anggota Dun daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi.

Petisyen yang diterima ialah berkaitan penukaran kerusi kepada wilayah parlimen yang lain dan rungutan kurang serta lebih mengenai wilayah parlimen yang sepatutnya mendapat kerusi negeri yang baru.

Kumpulan ahli politik dan beebrapa NGO percaya bahawa SPR telah gagal untuk mematuhi kewajiban berpelembagaan mereka seperti tertera dalam Seksyen 2 (c), Bahagian 1 Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak berpuas hati dengan "kawasan pilihan raya tidak sekata" yang dicadangkan oleh SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya baru-baru ini.

MP Alor Setar soal Shabery Cheek apa nasib program Myberas

Posted: 03 Jul 2016 11:42 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek disoal adakah kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan program MyberasDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek disoal adakah kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan program Myberas


Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung mahu menteri pertanian, Datuk Sri Ahmad Shabery bin Cheek apa telah terjadi kepada program Myberas yang diumumkan oleh perdana menteri, Datuk Sri Najib Razak pada 28 Januari, awal tahun ini.

"Saya menggesa Shabery Cheek, Menteri Pertanian memberi penjelasan terbuka mengenai isu-isu berkaitan program Myberas yang memerlukan jawapan segera pihak kementerian kerana ada maklumat yang saya terima bahawa program ST15% beras hancur akan diganti program lebih teruk kualiti 25% beras hancur, yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau ingin tahu sama ada kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan program Myberas, dan jika sumber beliau adalah salah, bilakah program Myberas akan dilaksanakan tanpa alasan lagi daripada pihak kerajaan;

"Saya minta pihak kerajaan segera menghentikan apa-apa idea tidak siuman untuk memperkenalkan 25% beras hancur berkualiti rendah kepada orang ramai untuk menggantikan program subsidi beras negara ST15," katanya.

Beliau mengingatkan tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan janji mereka untuk melaksanakan program Myberas yang diumumkan oleh PM sendiri bertujuan membantu golongan miskin tegar.

"Adalah amat memalukan untuk menteri pertanian sekiranya memang ada rancangan kerajaan memperkenalkan beras 25% hancur kepada orang awam apabila beliau sebelum ini menyatakan adalah salah untuk terus memberi beras yang dihancurkan kepada rakyat miskin untuk dimakan.

"Saya menyeru kerajaan untuk dengan segara untuk melaksanakan program Myberas dan mencari satu gantian kepada program subsidi ST15 yang dibatalkan dengan beras berkualiti baik secepat mungkin untuk membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan daripada kenaikan kos hidup sekarang." katanya.

Menurut Gooi, semasa perbahasan bajet 2015 di Parlimen pada November tahun lalu, apabila Menteri Pertanian mengumumkan pembatalan program beras ST15 dalam ucapan penggulungannya, beliau telah bercakap dengan penuh semangat tentang bagaimana beliau tidak bersetuju dengan terus memberi rakyat miskin negara makan beras hancur yang berkualiti rendah.

"Beliau memberi contoh negara-negara Asean bagaimana rakyat miskin Thailand dan Vietnam boleh makan beras yang berkualiti baik, berbanding negara kita. dengan perhatian kebanyakan isi rumah di negara ini membeli dan menggunakan gred beras 5% atau 10% hancur. .

"Kita terkejut hanya tujuh bulan selepas ucapan menteri pertanian pada November 2015 tahun lepas di parlimen, ia telah datang dengan cadangan untuk mengkaji pengenalan skim subsidi beras baru untuk menggantikan program ST15% beras hancur dengan menggunakan beras lebih teruk kualiti 25% beras hancur, yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia.

Lebih teruk kata beliau, ada maklumat daripada sumber-sumber dalam industri beras yang mereka telah diberitahu oleh pegawai-pegawai di kementerian pertanian bahawa ada cadangan membatalkan dan memansuhkan terus pelaksanaan program Myberas.

Jurutera muda cipta bas elektrik buatan Malaysia yang pertama

Posted: 03 Jul 2016 11:35 PM PDT

BERNAMA
 
 
Bas elektrik ciptaan jurutera MalaysiaBas elektrik ciptaan jurutera Malaysia
Bas elektrik bakal beroperasi di ibu kota pada pertengahan 2017.


Menariknya, ia adalah hasil kepakaran dan kemahiran sepasukan 30 jurutera muda lulusan universiti tempatan yang mencipta bas elektrik buatan negara pertama itu.

Idea menghasilkan teknologi hijau itu berikutan ia kini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan kos penyelenggaraannya adalah minimum berbanding penggunaan bas konvensional.

Ketua Pegawai Operasi Sync R&D Sdn Bhd Nurulhanom Laham berkata kejayaan 30 jurutera muda itu amat membanggakan kerana mereka masih baharu dalam membangunkan teknologi seperti itu selain kejuruteraannya hanya dimiliki negara China.

"Sebenarnya banyak permintaan daripada pengusaha bas namun bekalan agak terhad selain kurang kemudahan penggunaan kenderaan elektrik seperti stesen pengecas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Projek itu yang bermula sejak 2011 telah dipatenkan sebagai Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM).

Nurulhanom berkata bas elektrik itu mampu menjimatkan kos operasi pengusaha bas di negara ini sehingga 60 peratus iaitu penjimatan lebih RM300 juta setahun berbanding penggunaan tenaga diesel.

Jelasnya, bas elektrik itu dibuat mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan United Nations Economic Commission for Europe yang membolehkan ia beroperasi dengan selamat di atas jalan raya.

"Ia kini sudah di peringkat akhir iaitu ujian dan pengsijilan bagi menjamin setiap komponen kenderaan itu berada di tahap terbaik dan selamat serta memenuhi standard sebelum ia boleh dipasarkan," katanya.

Teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sejauh 200,000 kilometer selaras dengan purata perjalanan operasi bas di ibu kota untuk sehari, katanya.

Jelasnya proses reka cipta menelan belanja kira-kira RM30 juta itu bakal siap sepenuhnya Ogos ini dan dijangka dapat digunakan di atas jalan raya pada pertengahan 2017.

Sementara itu, seorang daripada jurutera muda terlibat Mohd Elyas Ariff Shaibudin, 28, berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam rekaan bas elektrik, itu bukan penghalang untuk beliau memanfaatkan kemahiran dipelajarinya di universiti.

Mengakui tidak mudah menghasilkan inovasi itu tanpa bimbingan pakar, graduan kejuruteraan mekanikal Universiti Malaya itu berkata peluang itu sebaliknya telah mendorong jurutera muda sepertinya berfikiran lebih kritis dan kreatif.

Bagi Nizamuddin Daud, 28, pula antara cabaran yang perlu dihadapi bagi menjayakan inovasi itu adalah kekurangan sumber rujukan memandangkan kejuruteraan bas elektrik adalah ciptaan baharu yang belum meluas.

"Banyak kali proses percubaan menemui jalan buntu dan gagal tetapi kami berjaya atasinya dengan kerja berpasukan," katanya.

Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni

Posted: 03 Jul 2016 11:29 PM PDT

ARIF ATAN
Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


Menganggap dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan generasi lebih muda, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui mengurus hutang negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kerja Menteri Kewangan II yang begitu rumit.

Selain itu, ujarnya, bidang tugas jawatan dalam "Namun, saya meneruskan perkhidmatan untuk membantu YAB Perdana Menteri, kerajaan dan negara berdepan dengan gelombang ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang pernah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Harvard.

Mengimbas keputusannya berundur daripada Jemaah Menteri, 27 Jun lalu, Ahmad Husni memberitahu pada pagi tersebut beliau meminta pengesahan Najib tentang pertukaran portfolionya dalam rombakan Kabinet yang akan diumum petang itu.

"YAB PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio. Saya memaklumkan kepada YAB PM, bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan.

"Saya ada satu setengah tahun sahaja lagi untuk berkhidmat. Jika saya diberi portfolio lain, tempoh satu setengah tahun tidak mencukupi untuk membolehkan saya berkhidmat dengan efektif," jelasnya dalam catatan yang disiar Berita Harian Ahad semalam.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau pada masa ini berada di fasa ketiga yang dipanggilnya sebagai fasa kematangan selepas fasa belajar dan bekerja.

"Kita tumpu masa melaksanakan amal jariah dan berkongsi ilmu dengan golongan yang berada di Fasa 1 (zaman belajar) dan Fasa 2 (zaman bekerja) ke arah memantapkan kapasiti generasi ini. Fasa ini (kematangan) juga yang akan membawa kita ke akhir hayat," ujarnya.

Berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum menceburi politik pada usia 31 tahun, beliau berkata, penglibatannya itu berlaku secara kebetulan dan didorong atas kesedaran integriti.

"Bolehkah kita bergantung kepada pemimpin yang tiada integriti? Apakah nasib masa depan masyarakat?" soalnya lagi yang pernah bekerja di Coopers & Lybrand, The Chase Manhattan Bank, Asiavest Merchant Bankers dan Bumiputra Merchant Bankers.

Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh letak jawatan

Posted: 03 Jul 2016 11:24 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu disahkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday, dipetik BH, sebentar tadi.
 
"Beliau hanya meletakkan jawatan dalam parti iaitu sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh dan masih lagi memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak," katanya ketika dihubungi.
 
Surat peletakan jawatan yang ditandatangani sendiri Shahruddin bertarikh hari ini itu mula tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak awal pagi tadi.
 
 

Cuti peristiwa Aidilfitri turut terpakai bagi institusi, pejabat pendidikan negeri - KPM

Posted: 03 Jul 2016 11:21 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan kerajaan negeri turut dianggap sebagai cuti bagi semua institusi dan pejabat pendidikan di negeri berkenaan, kata Kementerian Pendidikan.
 
"Sehubungan itu, peruntukan kemudahan cuti ini terpakai bagi pengisytiharan cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (10 Julai) yang diumumkan sehingga kini oleh Kerajaan negeri Johor, Terengganu dan Kedah," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Menurut kementerian itu, cuti peristiwa yang diberikan itu tidak perlu diganti. 
 
Peruntukan kemudahan cuti peristiwa ini juga terpakai bagi semua institusi dan pejabat pendidikan negeri Kelantan sekiranya ada pengisytiharan oleh kerajaan negeri selepas ini, menurut kenyataan tersebut. 
 
 

Kebudayaan negara bimbang fesyen pelik 'jubah sado'

Posted: 03 Jul 2016 11:15 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Fesyen "jubah sado" sempena Hari Raya yang baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi boleh mengancam warisan pakaian tradisional Melayu, menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
 
Bagaimanapun, ia mengakui idea seumpama itu kesan daripada kemunculan Internet yang mendedahkan negara kepada pelbagai fesyen luar negara.
 
"Idea-idea baru ini mungkin diceduk dari rekaan luar negara yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita, justeru itu wujudlah pelbagai rekaan seperti jubah tanpa lengan, jubah hipster, jubah pahlawan dan sebagainya," kata Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ezlina Alias.
 
Katanya, fesyen seumpama itu boleh menghakis warisan pakaian baju Melayu.
 
Beberapa bulan lalu, kemunculan fesyen jubah moden atau "Jubah Pahlawan" mengundang kritikan pelbagai pihak.
 
Menjelang Hari Raya minggu ini, jubah moden bukan satu-satunya fesyen yang mendapat perhatian.
 
Baru-baru ini, pelakon Jaafar Onn membidas fesyen kurta yang dipromosikan sempena Hari Raya, kerana baginya fesyen bercirikan budaya India tidak sesuai pada Aidilfitri.
 
"Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya India. Diketengahkan seperti menyambut raya India.
 
"Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sebab tak mahu pakai songkok dan sampin, jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok," katanya dalam kiriman Facebook.
 
Antara ciri "Jubah Pahlawan" ialah lengan pendeknya yang memudahkan mengambil wuduk, serta poket memuatkan telefon bimbit.
 
 

Puncak Purnama - Sakit mata atau 'mata sakit'?

Posted: 03 Jul 2016 11:10 PM PDT

Rimanilzah


Di jalan masuk ke sekolah saya ada arca yang berjudul "Ruyung, Sagu dan Masa". Arca itu biasa sahaja, iaitu berupa imej batang sagu, kapak dan jam.

Pernah ada cadangan untuk merobohkan arca itu. Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menganggap arca itu ialah karya seni.

Oleh sebab itu, apabila mendapat berita sebuah arca Seniman Negara di Jalan Atap dirobohkan saya berasa amat terkejut dan sedih.

Ke manakah "rasa seni" pihak berwewenang di negara ini?

Semasa arca itu dibina pada 1985, saya masih di Tingkatan Enam. Bas yang saya naiki untuk ke sekolah saban hari akan melalui taman mini UMBC, tempat arca Puncak Purnama dibina.

Saya melihat perkembangan pembinaan arca itu setiap kali bas mini atau Bas KL Klang yang saya naiki melaluinya.

Saya berasa kagum melihat arca itu apabila ia siap dibina pada 1986. Arca itu berupa dua puncak yang bertangga-tangga.

Saya bukan sahaja tidak faham akan maksudnya pada waktu itu malahan tidak tahu ia hasil karya Seniman Negara Syed Ahmad Jamal.

Arca itu berwarna putih yang sekarang saya ketahui dibina daripada kaca seramik. Kesan penglihatan terhadap arca itu berbeza-beza mengikut waktu.

Tiada pandangan pengarca

Pada waktu pagi, arca itu kelihatan amat mendamaikan. Pada waktu tengah hari kelihatan amat putih dan sedikit menyilaukan mata.

Paling menarik apabila dilihat pada seputar waktu enam petang. Arca itu kelihatan amat menenangkan. Bayang pada garis-garis binaan berupa tangga kelihatan amat jelas.

Sayang sekali saya tidak pernah terfikir untuk mengabadikan foto kenang-kenangan di arca itu.

Kesan penglihatan seperti itu tidak lagi boleh dilihat apabila bahan binaan arca itu ditukar daripada kaca seramik kepada bahan keluli pada 1996.

Langkah itu bagi saya satu tindakan buta seni yang diambil tanpa mendapat pandangan daripada pengarca sebenar.
Alasan merobohkan arca itu kerana ia menyakitkan mata pula sukar untuk diterima.
Alasan itu hanya menyakitkan hati. Tentu ada cara lain untuk menyelamatkan arca itu jika pihak yang berwewenang tidak mengalami masalah 'mata yang sakit'.

Jika anda pernah ke Dayabumi pada tahun 1980-an dan 1990-an, ada satu tempat makan yang dinamakan The Stove. Di situ terdapat arca yang berupa glob.

Saya mendapat tahu kawasan ini hendak dimajukan menjadi hotel. Bagaimanapun, arca glob itu tidak dimusnahkan begitu saja.

Tak mahu mengerti

Pihak pemaju mengambil inisiatif mengalihkannya tanpa memusnah struktur binaan arca berkenaan.

Walaupun begitu nasib arca itu seterusnya tidak saya ketahui. Kali terakhir saya pernah melihat arca glob itu tersadai di depan bangunan Ibu Pejabat Pos Malaysia.

Nah, itu tindakan insan yang ada simpati terhadap karya seni! Tindakan yang sebegitu boleh diambi terhadap Puncak Purnama sepatutnya.

Namun apa lagi yang boleh diharapkan, arca itu telah ranap. Nasi sudah menjadi bubur. Arca itu telah terkubur.

Moga apa yang terjadi terhadap Puncak Purnama menjadi ikhtibar kepada pihak berwewenang dan penggiat seni di negara ini.

Diharapkan hal yang sama tidak berlaku terhadap karya-karya seni yang lain.

Usman Awang telah lama menyuarakan kesan pembangunan ini melalui sajaknya Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya tetapi sesetengah pihak tidak pernah mahu mengerti.


RIMANILZAH lelaki kota raya yang berhijrah ke luar bandar raya dan menjadikan 'kota basah' di utara semenanjung sebagai tempat tinggalnya dan menjadi peminat filem, buku, sajak dan barang vintaj. 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT