Komentar Kini |
| Betul kah Pas yang kata umno Kafir Posted: 14 Jun 2016 05:55 PM PDT Sebelum penulis pergi lebih jauh, kawan penulis yang juga seorang penulis prolific berkata macam mana pas boleh kata umno kafir, sedangkan pas adalah sebuah pertubuhan (bukan manusia) Betul jugak. Macam mana pas boleh berkata demikian. Lainlah jika pas itu manusia, maka, ada lojiknya dia berkata umno itu kafir. Soalnya, Bekas Ketua hakinm Negara, Tun Abdul Hamid Muhammad, berkata pas sekarang ini tidak lagi mengkafirkan umno. Tun Abdul Hamid Muhammad berkata demikian dalam rencana pendeknya bertajuk: Segerakan usaha penyatuan Melayu (BH 12 Jun 2016) Lihat pada bahasanya, bahawa Tun Abdul Hamid Muhammad percaya dan yakin bahawa sebelum ini PASlah yang mengkafirkan umno. Betulkah pas sebelum ini mengkafirkan umno? Rata rata bersetuju paslah yang mengkafirkan umno punca orang Melayu berpecah.Bukan setakat itu sahaja. malah, kata Tun Abdul Hamid Muhammad, pecah akidah. Bermakna, orang orang Melayu pas mempunyai akidah yang berlainan berbanding dengan akidah orang orang Melayu umno. Pada hemat penulis, Pas tidak pernah kata umno kafir. Boleh rujuk kata kata Haji Hadi Awang Ketika berceramah pada 7 April 1981 di Banggol Peradung Manir Kuala Terengganu yang dijenamakan sebagai Amanat Haji Hadi Awang. Ia merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu. Atas amanat itulah, orang umno berkata pas kata umno kafir.Tidak timbul pas kata umno kafir. Kerana orang umnolah yang kata pas, kata umno kafir. Perincian dan penelitian pada rujukan asal jelas pas tidak mengkafirkan umno.Atas sebab itulah Datuk Seri Haji Abdul Awang presiden pas sampai sekarang ini tidak tarik balik kata kata yang diungkapkan dalam cermahnya itu. Sama sama kita lihat ungkapan tersebut. Saudara- saudara sekalian percayalah Kita menentang umno, bukan kerana nama dia umno. Kita menantng Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekaklkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang undang kafir, dan mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka Percayalah saudara-saudara sekelian,
|
| You are subscribed to email updates from Komentar Kini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan