Rabu, 15 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BONGKAR] Rupa-rupanya Dia Pegawai MARA, Patutlah Sokong BN...

Posted: 15 Jun 2016 01:56 AM PDT

Ahli Amanah kempen pilih Budiman

SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

"Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai 'Touch N Go' kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.


"Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan," katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

"Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.

"Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar," katanya.

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya.

"Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa," katanya.

Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.

"Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

"Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun," katanya.

Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah.

"Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami.

"Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman.

"Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami," katanya.

Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri. -SH

ULASAN GB

Mula-mula terkejut juga GB baca berita di atas ... kebetulan berita itu tersebar "serentak" dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali ke Majlis Iftar Perdana anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Jadi semacam ada satu "konspirasi" untuk menutup cerita kedatangan Azmin dengan menimbulkan berita kononnya beberapa ahli AMANAH berkempen untuk calon BN

GB terpaksa mencari maklumat siapa Mohd Sapigni Tulus itu. Nama pun pelik, jadi GB ingat ia mungkin nama palsu. Oh tidak. Nama itu memang wujud dan meang ada kad pengenalannya.

Malah carian di internet ada memaparkan nama itu.

Pagi ini juga tersebar di media sosial, bahawa Mohd Sapini itu rupa-rupanya pegawai MARA di Unit Naziran dan Kualiti.


Bila sebut MARA, teringat pengerusinya, Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru-baru ini ada turun ke Sungai Besar bersama Shahrizat Jalil di Sungai Besar yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos.

Mungkin ia faktor kebetulan. Tetapi selepas itu tup-tup keluar berita AMANAH sokong calon BN.

Namun yang paling pelik semalam ialah yang bersorak sakan mengenai berita di atas ialah kumpulan PASIK. Kalau dulu semasa menjelang pilihanraya, PAS menjadi sasaran UMNO dengan tersiarnya berita ahli-ahli PAS menyertai UMNO, kini yang menjadi mangsa ialah AMANAH. Dan Kali ini juga puak PAS ini yang terkinja-kinja kegembiraan.

Politik dedak yang telah diamalkan UMNO itu tidaklah kita hairan sangat kerana ia lansung tidak menggugat keutuhan parti AMANAH.

AMANAH adalah sebuah parti, yang sekalipun usianya baru, tapi pemimpinnya adalah profesyenal dan telah lama berkecimpung di dalam politik kerana kebanyakannya adalah pimpinan tertinggi di dalam parti sejarah mereka iaitu PAS.

Walaupun dituduh PENGKHIANAT tetapi pimpinan AMANAH inilah yang dahulunya yang telah menjulang PAS ke mercu kecemerlangan. Dan mereka bukan pengkhianat, yang khianat ialah PAS sendiri yang telah mengkhianati amanah rakyat kerana rakyat tidak pernah merestui undi mereka kepada pAS untuk PAS berbaik-baik dengan UMNO BN.

Berbalik kepada soal kononnya beberapa ahli AMANAH menyokong calon BN, tidaklah menjadi kudis kepada AMANAH. Biasanya ia menjadi kudis kepada mereka sendiri, hidup bagaikan terbuang kerana matlamat mereka menaja parti dahulu rupa-rupanya sudah ada "niat" yang terselindung yang kini Allah telah dedahkan.


Kehadiran Dr.Rani Di Iftar Pakatan Harapan Cetus Kontroversi Dalam PAS

Posted: 14 Jun 2016 07:27 PM PDT

MB Selangor turun Sungai Besar sokong calon Amanah, turut serta calon Pas

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.

Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.


Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengisytiharkan sokongan beliau kepada Azhar di majlis berbuka puasa ini.

Turut hadir di majlis ini ialah calon Pas, Dr Abdul Rani Osman.

Dalam ucapannya beliau mengakui memerlukan pertimbangan yang sukar dalam mengambil pendirian dalam PRK Sungai Besar.

"Sebagai timbalan presiden PKR, selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, saya memilih untuk memberi sokongan kepada calon dari Pakatan Harapan.

"Saya percaya dengan latar belakang agama, kredibiliti dan latar belakang keluarga, Ustaz Azhar akan dapat menjadi suara kita di Parlimen Sungai Besar," katanya

Kepada calon Pas beliau turut berharap dapat terus menyembung persahabatan

"Dr Rani, jangan sedih, kita masih rakan di Dewan Undangan Negeri, anda telah menyumbang banyak saya berdoa agar anda akan terus berjaya dan menyumbang," katanya

Pada ketika ini, beberapa orang-orang di khalayak menjerit menggesa Dr Rani untuk menyertai Azmin dan Azhar di atas pentas tetapi dia tinggal di tempat duduknya.

Azmin dalam ucapannya memohon maaf kerana tidak dapat kerap melawat tempat itu semasa kempen PRK Sungai Besar kerana jadual ketat bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk majlis berbuka puasa di masjid-masjid di negeri ini hampir setiap petang.

"Saya bertanya kepada Tuanku untuk memberikan saya kebenaran untuk berada di sini petang ini dan Tuanku membolehkan saya untuk berbuat demikian," kata Azmin sambil menambah bahawa dia akan datang lagi pada hari Jumaat. -MD


MESEJ YANGH VIRAL DI KALANGAN AHLI PAS

*SEGERA*

*Untuk Sebaran Ahli SAHAJA*

Dewan Ulama' Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berikut:-

1) Menggesa Dr Rani, calon P093 menarik diri dari bertanding mewakili Pas susulan tindakan beliau menghadiri program iftar anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar petang tadi.

2) Mengarahkan seluruh jentera pilihanraya di negeri selangor berhenti dari memberi sokongan kepada Dr Rani serta merta.

3) Mengarahkan semua pengundi Pas di Sungai Besar mengundi calon Barisan Nasional atau memboikot dengan tidak turun mengundi dalam PRK akan datang.

DUPNS amat kecewa dengan tindak tanduk Dr Rani yang memalukan parti sejak bermula kempen PRK kali ini.

Terbukti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DUPNS bahawa Dr Rani adalah harumanis adalah benar!





ULASAN GB

GB belum dapat mengesahkan mengenai mesej yang viral di media sosial terutama whatsapps mengenai kenyataan Dewan Ulama Negeri Selangor tersebut.

Namun yang nyata kehadiran calon PAS Dr Abdul Rani Osman itu memang telah melanggar pantang pimpinan PAS yang sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya ahli-ahli tidak menghadiri majlis-majlis yang diyang dianjurkan oleh AMANAH dan DAP.


Malah salah stau alasan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa dilucutkan keahlian PAS adalah kerana sebab menghadiri majli sedemikian.

Dr.Rani tentunya sedia maklum mengenai arahan itu, dan sudah tentu juga memikirkan tentang risiko beliau menghadiri majlis Iftar Pakatan Harapan tersebut.

Sebelum ini di dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dr Rani telah ditempelak sebagai "profesyenal cetak-rompak" .

Ketika itu, perwakilan Dewan Ulama PAS dari Selangor mempersoalkan pemilihan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Malah, wakil berkenaan, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat pertandingan antara PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis melawan harum manis".

Sewajarnya juga Dr.Rani mengetahui dan menerima hakikat betapa sempitnya pemikiran pimpinan PAS yang mengeluarkan arahan sedemikian dan tidak sewajarnya lagi beliau berada di dalam PAS.

Sebelum ini juga exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Samad pernah menjadi sasaran ahli PAS kerana cuba untuk tidak memtuhi arahan Presiden PAS, baca: Ahli PAS Serang Iskandar Gara-gara "Tidak Wala" Kepada Hadi

PAS dilanda sindrom ketaksuban melampau dan jangkaan yang menyataan PAS akan terus berpecah dan berkecai nampaknya semakin nyata. Wallahualam.


Tiada ulasan: