Selasa, 28 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Kafir Harbi: Akhirnya PAS Yang Berpecah Lagi....

Posted: 28 Jun 2016 02:02 AM PDT

Tuan Ibrahim: Rakyat bukan Islam automatik bukan kafir harbi

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah "kafir harbi" oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.

"Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.," kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.


Ia merupakan kenyataan pertama seorang pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu itu, yang menerima kecaman pelbagai pihak.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai "kafir harbi" kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.

DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud. -FMT

ULASAN GB

Ramai menganggap PAS sudah semakin buntu... mabuk... semenjak beralih menjadi parti keris panjang...

Kenyataan Mufti terbaru beliau mengakui mensasarkan DAP sebagai kafir harbi walaupun sebelum ini beliau menafikannya. Mungkin ada pihak yang telah memberikan sekonongan kepadanya sehingga menyebabkan beliau berani menegaskan tuduhannya itu.

GB tak hairan dengan kenyataan mufti itu kerana memang beliau mufti UMNO. Jadi kena jaga kepentingan UMNO kononnya UMNOLha yang memberi rezeki kepadanya - itu iktikad kebanyakan ahli-ahli UMNO.

Yang GB pelik dan hairan ialah kenyataan Mursyidul Am PAS sendiri, Dr. Haron Din yang sudah disuap gaji dan elaun dari kerajaan UMNO setelah dilantik menjadi ketua Kluster Majlis Perundingan Islam (MPI). Perlantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster MPI itu menunjukkan PAS kini sudah semacam menjadi "cabang agama" untuk UMNO.

Terlebih pelik ialah apabila Haron Din sebelum ini telah mengisytiharkan DAP sebagai musuh Islam dan bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

Kenyataan Haron Din itu selang tak tumpah dengan tuduhan Mufti Pahang yang telah mengkafir-harbikan DAP.

Dan semua rakyat melihat bagaimana ahli-ahli PAS dan UMNO bertempik sorak di alam siber dan alam bumi menyokong kenyataan-kenyatan kedua-dua "agamawan" berkenaan. Termasuklah PM, Datuk Seri Najib di dalam satu majlis di Pekan Pahang menyokong kanyataan kedua-dua tokoh agamawan berkenaan.


Tiba-tiba Timbalan Presiden PAS, TITM, membuat kenyataan bahawa
"Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi."
Maka berteraburlah ahli-ahli dan penyokong PAS. Ada yang sokong Mursyidul Am PAS, ada yang sokong TITM.

Yang taksub dan suka bermaki-makian, memang menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS yang dilihat selari dengan pendirian Presidennya iaitu Haji Hadi. Mereka meneruskan maki hamun seperti selalu yang dilakukan Haji Hadi.

Mereka gembira dan melepaskan perasaan dan geram mereka di laman sosial. Caci maki mereka lebih teruk dari golongan kafir.

Dan ternyata kini PAS sudah berada di persimpangan jalan. Ia terus berpecah lagi. Golongan taksub Hadi dengan golongan TITM yang akhirnya PAS musnah dengan sendiri.

Demikianlah berjalan hukum kebenaran dan keadilan .... PAS menerima hukumanNya lantaran ahli-ahli PAS yang melampaui batas itu. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampuai batas.


VIDEO BERKAITAN



Dr Mazlee Saran Muhyiddin & Mukhriz Sertai AMANAH

Posted: 27 Jun 2016 08:56 PM PDT

Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno, demikian lapor Sinar Harian Online.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.


Menurutnya, pilihan terbaik bagi kedua-dua pemimpin itu sekarang adalah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.

"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Katanya lagi, akar umbi Umno di Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pasti akan terkesan dengan situasi itu dan tidak mustahil akan bersama-sama menyertai Amanah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, PAS tidak segan silu mempelawa Mukhriz untuk menyertai parti itu.

"Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat "pakatan peringkat tertinggi" Umno-PAS.

"Umno Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara Umno dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.

"Mereka cuba menyatukan PAS dan Umno. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu)," kata bekas menteri besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian Umno itu.

ULASAN GB

Tentang pelawaan Dr Mazlee Malik terhadap dua bekas pemimpin itu ke AMANAH, GB rasa memang tiada halangan untuk mereka berdua melakukannya. Apatah lagi sebelum ini pun kedua-dua tokoh itu telah berada di pentas AMANAH beberapa kali di dalam misi SELAMATKAN MALAYSIA.

Yang kelakarnya PAS, yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong suruh Mukhriz menyertai PAS. Cukup-cukup terdesak dah PAS ni, sudah tak ada harga diri lagi. Dah macam pelacur jalanan jadinya.

Dahulu semasa Tun Mahathir umumkan dirinya keluar UMNO, PAS berkejar mencari Mahathir dan menghantar borang PAS kepada Tun.


Tun tak layan setelah mendapati pemimpin PAS terdiri dari pemakan dedak.

Sekarang PAS cuba pula untuk menarik anak Tun, Mukhriz untuk masuk PAS. Bukankah kelakar gila namanya tu?

Namun di dalam politik segala-galanya boleh berlaku. Kita doakan kedua-duanya Muhyiddin dan Mukhriz dapat membuat keputusan yang tepat di dalam meneruskan misi perjuagannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.



Tiada ulasan: