Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan, kata Husni hanazdlah

Posted: 28 Jun 2016 09:29 AM PDT

  "Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan....."

  Demikian antara ungkapan bekas Menteri Kewangan II, YB Husni Hanadzlah kepada pertanyaan seorang kenalannya yang bertanya, "Apa cerita YB Dato Seri... "

  YB Husni turut menyatakan dalam perbualan itu, perletakan jawatannya sebagai Bendahari Umno/BN Malaysia, Timbalan Pengerusi Umno?BN Negeri Perak dan Ketua Umno/BN Bahagian Tambun.

 Beliau tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu dan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

  Terutamanya kerana sebelum ini, beliau tidak pernah membayangkan hasratnya untuk meletakan jawatannya sebagai menteri.

  Namun pernyataannya, "Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan.... " menggambarkan kepada kita bahawa para menteri-menteri dan mereka yang masih lagi menyokong PM Najib adalah mereka yang hidup dalam dunia politik yang kepura-puraan.

 Baca beritanya di sini
 Bahawa mereka ini semua tahu dan menyedari mengenai kebobrokan Najib dalam skandal 1MBD yang sarat hutang itu.

  Husni merupakan salah seorang menteri yang baik dan jujur.

Nampaknya Umno semakin menambah kehilangan menteri-menteri yang baik seperti Husni ...

  Spekulasi menyatakan perletakan semua jawatannya itu kemungkinan besar kerana beliau tidak mahu terbabit dengan Najib dalam skandal besar negara, 1MBD.

 Tetapi yang agak menghairankan dan menimbulkan persoalan ialah kenapa beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti tetapi masih lagi kekal sebagai ahli Umno?

  Persoalan itu kita tunggu dulu. Ramai puak yang sedang memujuk Husni untuk menyertai puak masing-masing. PAS dan AMANAH khabarnya sedang melobi... dan Umno Tambun sendiri berharap agar Husni tetap bersama dengan parti tersebut.

  Bekas naib presiden PAS, YB Mahfuz Omar menyakini tindakan Husni ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib.

 Mahfuz juga berharap Husni "tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat .

 "Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia," kata Mahfuz.

  Husni patut kembali semula ke jalan perjuangan asalnya... Dia merupakan orang kuat Anwar Ibrahim yang dibawa balik ke Perak untuk jadi Menteri Besar.
Petang tadi saya lihat khemah-khemah sudah dipasang dihadapan
rumah Husni.di Sungai Rokam. Hari Raya masih lama lagi...
Tidak pasti apa tujuannya....
 Namun bila Anwar jatuh akibat difitnah, Husni turut mempercayainya dan berubah sikap dan nasibnya baik dan naik menjadi menteri pusat.

  Saya sendiri pernah bertanya kepadanya, "Kenapa kamu belot terhadap Anwar?"

" Dia main bontot Saiful, Ali....ko tahu?..." Begitulah jawapan Husni ketika itu.

Harap-harap Husni sudah menyedari kesilapannya selama ini yang diselubungi dengan politik kepura-praan Umno. Husni harus kembali bersama perjuangan rakyat untuk selamatkan Malaysia.

Umno Semporna memang bertindak sempurna ... patut dicontohi Umno lain!

Posted: 28 Jun 2016 03:00 AM PDT

  Sebagaimana yang dilaporkan, sebagai bantahan terhadap tindakan MT UMNO menggantung Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, 19 AJK Bahagian dan 300 Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

 Mereka bertindak demikian kerana merasakan Shafie tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya sebelum dijatuhkan hukuman.

 Dengan tindakan itu, UMNO Bahagian Semporna sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi.

 Ini baru solidariti dan setiakawan...dan jika lebih ramai yang sedia mengambil tindakan serupa, gugatan terhadap Najib pasti akan lebih berkesan lagi.

 Jika lebih ramai yang kenal erti perjuangan dan tidak sayang jawatan, Najib juga lebih mudah diberi pengajaran untuk sedia mendengar perbezaan dan kritikan dan tidak semata-mata gemar menggunakan kuasa yang ada padanya. ~ shahbudindotcom

  Berikut pula komen Syed Akbar Ali :
Semua ahli UMNO yang masih belum berhenti atau menarik diri dari jawatan dan keahlian perlu fikir rapi keadaan paling genting sekarang yang menimpa seluruh negara kita dan semua kaum dan lapisan masyarakat kita.
 Hanya ahli UMNO yang boleh menyelamatkan keadaan sekarang.
 Tindakan tegas dan berani 300 Ketua Cawangan Sempoerna, 17 pemimpin Bahagian dan ADUN Sulabayan patut dicontohi
 Darah pejuang pelaut Bajau dan Suluk.
 Jika ahli UMNO masih hendak tunggu lagi orang lain pula yang akan datang menyelamatkan keadaan.
 UMNO akan lenyap. Ahli UMNO akan muflis. 
 UMNO Bahagian Pagoh yang menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

 Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan ....

 Di Perak, Husni Hanadzlah Menteri Kewangan II meletak jawatan sebagai menteri dan semua jawatan dalam parti, termasuklah sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional (BN).

 Beliau juga meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan beberapa jawatan dalam Umno Perak.

Apa reaksi Umno Tambun? Kenapa masih senyap sepi jer....??

DR Danial Zainal Abidin Ulas Isu DAP Kafir Harbi

Posted: 28 Jun 2016 12:01 AM PDT

KUANTAN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pada Isnin menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada DAP berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi.

 Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam boleh diistilahkan sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan agama Islam.

 "Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

   Apa-apalah alasan dia nak berdalih...pemikiran kafir harbi lah pula bagai...

Namun, apa juga alasannya, kenyataan Mufti Pahang bahawa DAP Kafir Harbi itu tidak pernah dia sangkal atau nafikan.

Mengulas kenyataan Mufti Pahang itu, DR Danial Zainal Abidin berkata :

"Tentang DAP Kafir Harbi dia tidak menafikannya..... cuma sepanjang yang saya bacalah...

"Ia mengatakannya saya tak berkata kepada DAP... juga kepada lain-lainnya yang sepertinya ...

"Yang tu kenyataan bahawa DAP Kafir Harbi tu masih relevan... kalau itulah yang dia katakan...." Sila ikuti ucapannya melalui rakaman berikut :

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT