Ahad, 26 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Betul lah 'cash is king'

Posted: 26 Jun 2016 05:15 PM PDT




Mereka-mereka yang gelandangan di bandaraya dalam negeri Pulau Pinang ini kini men'demand' wang tunai sebagai bentuk bantuan untuk mereka daripada bantuan yang berbentuk makanan yang diterima mereka yang tak henti-henti sempena bulan mulia ramadhan ini.

Mereka berkata terlalu banyak bantuan-bantuan makanan yang diterima olih NGO-NGO dan badan-badan kebajikan yang lain-lain sehinggakan makanan-makanan itu terpaksa dibuang tanpa mereka memakan nya pun.

Gelandangan-gelandangan itu berkata bukanlah mereka tidak bersyukur dengan nikmat makanan yang diberikan, tetapi ada lah lebih baik jika diberi derma dalam bentuk wang tunai.

'Gurkah-gurkah politik di-port' mendapati sekurang-kurang ada tiga badan NGO yang akan memberikan bantuan makanan-makanan untuk gelandangan-gelandangan ini berbuka puasa dan bersahur.

"Kami mahu duit 'cash' untuk kami beli benda-benda lain, bukan makanan dan minuman, bukan nasi kandaq bungkuih dengan ayaq sirap..!", itu lah kata-kata mereka.

P/S: nampaknya gelandangan-gelandangan ini pun dah paham dengan moto Najib iaitu 'cash Is King'. Kah..Kah..Kah.., hebat betul Najib..

dollah yankee -
Kenapa NGO-NGO yang nak membantu ini tidak mau guna sistem kupon untuk membolehkan gelandangan-gelandangan ini membeli makanan?

Tiada ulasan: