Kelab Greenboc |
| Kisah Nabi Suapkan Makanan Kepada Pengemis Yahudi Yang Menghinanya.... Posted: 27 Jun 2016 01:57 AM PDT Isu DAP kafir harbi: Ingat semula kuliah Tok Guru Nik Aziz, kata Rafizi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, menjatuhkan hukum kafir harbi ke atas orang bukan Islam yang tidak sependapat mengenai satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen adalah amat menyimpang. Beliau menegaskan isu berkaitan keutamaan mendahulukan pelaksanaan hudud dalam masyarakat Islam yang majmuk mempunyai perbezaan di antara ulama dan pakar-pakar perundangan Islam walaupun dikatakan rang undang-undang itu bertujuan memartabatkan mahkamah syariah ke arah pelaksanaan hudud. Mengulas kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman kelmarin bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam, beliau berkata, pelbagai pendapat berhubung penguatkuasaan undang-undang hudud bukan bermakna menolak hukum Allah. "Soal perbezaan pendapat dalam pelaksanaan undang-undang hudud sekarang sebenarnya adalah khilaf mengenai keutamaan untuk mendahulukan syariat-syariat lain di dalam masyarakat, bukannya soal menolak hukum Allah sehingga boleh dilabelkan dengan pelbagai nama," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau merujuk kepada kepada pendapat bekas Penasihat Undang-undang Negara Teluk serta bekas Profesor Undang-undang Universiti Riyadh, Dr Mohamed Salim El-Awa dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, "Punishment In Islamic Law" terutamanya kesimpulan beliau mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di muka surat 134 hingga 138. "Pendirian saya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud sebelum ini adalah berpandukan kepada pandangan beliau (selain dari pandangan ulama dan pemikir Islam yang lain) bahawa orang Islam menerima hudud sebagai sebahagian dari syariat Islam," ujarnya. Menyifatkan gejala menghukum kafir harbi yang dicetuskan mufti itu sebagai "ribut kecil", Rafizi turut memetik salah satu kuliah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang dimuatkan dalam buku, "Jumaat Bersama Tok Guru" tentang sirah Rasulullah SAW dengan seorang pengemis Yahudi. "(Kuliah itu) sepatutnya menginsafkan kita orang Islam mengenai sunnah Rasulullah SAW dalam berdakwah. Ia ingatan kepada saya dan ingatan kepada semua," ujarnya yang juga Setiausaha PKR itu lagi. -MD
ULASAN GB Kisah Rasulullah dengan pengemis Yahudi di atas bukan sahaja diceritakan oleh TG Nik Aziz di dalam kuliahnya, malah lansung dipraktiskan oleh TG Nik Aziz di dalam kehidupannya. Tatkala Karpal Singh bersuara dengan lantang menentang hukum hudud, apakah TG Nik Aziz berang dan menyisihkannya? Tidak samasekali, malah TG Nik Aziz datang berkunjung ke kediaman Karpal Singh dan Karpal memerikan kek hari jadi untuk TG Nik Aziz ketika itu. Sejak itu Karpal Singh tidak lagi melakukan serangannya terhadap hukum hudud. Sikap yang diambil TG Nik Aziz juga berbeza dengan pimpinan PAS yang ada kini mengenai DAP. Semuga Allah mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh Allahyarham TG Nik Aziz bersama-sama dengan roh para syuhada dan para nabi. |
| Kafir Harbi: MP Hairan Polis Berdiam Diri, AMK Ke IPD Dang Wangi Esok Buat Laporan Posted: 26 Jun 2016 07:16 PM PDT Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kenyataan mufti Pahang apabila mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, lapor malaysiakini. Kata beliau, ini kerana, sejak tahun lepas lagi, Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah kenyataan 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah" mereka yang tidak sehaluan dengan partinya. Namun, Raja Kamarul berkata, tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis ekoran laporan tersebut. "Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang (pimpinan Umno) bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh di hapuskan. "Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka. "Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari negeri kerajaan Umno. Bukankah PAS juga menjadi penasihat pada Umno," tanya Raja Kamarul dalam satu kenyataan. Jumaat lalu, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang merupakan Mufti Pahang telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu lagi, keadaan tersebut berbeza dengan tindakan anggota militan Islamic State (IS) yang membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut dengan pihak polis memberi amaran keras. "Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sepatutnya," kata Raja Kamarul. Justeru, Raja Kamarul mempersoalkan sejauh manakah seriusnya kerajaan dalam perkara sedemikian. "Adakah kerajaan serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata. "Adakah kerajaan menunggu insiden yang tidak diingini berlaku sebelum bertindak," tanya beliau. Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan ekstim Mufti Pahang tersebut bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam. Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK, Sdra Wan Ji Wan Hussain di dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa kenyataan ekstrim mufti berkenaan boleh mengundang pertumpahan darah. Justeru itu beliau mengambil langkah untuk membuat laporan polis pada hari esok (Isnin) jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Beliau meminta orang ramai untuk terut serta memberikan sokongan. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan