Selasa, 7 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘ajar’ Najib, Zahid, kata Nizar

Posted: 07 Jun 2016 08:12 AM PDT


  Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

 Namun bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan.

 Berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 "Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

 "Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

 "Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).

 Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.

 "Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

 "(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak," katanya.

 Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.

 "Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.9 "Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?" soalnya sambil disambut tepukan daripada hadirin.

 Nizar sehubungan itu, menyeru rakyat tempatan untuk menolak mana-mana calon yang mempunyai sebarang kaitan dengan BN dan sebaliknya menyokong calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH, iaitu Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

 Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.

 Selain daripada Mastura, Termizi juga menghadapi saingan daripada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

 BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009, selepas Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, menolak permohnan Nizar untuk membubarkan Dewan.

 Nizar terpaksa membuat permohonan itu selepas tiga ADUN - dua dari PKR dan satu dari DAP - meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas yang mesra BN.

 Almarhum Sultan Azlan memetik Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa berdasarkan budi bicara baginda, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN susulan pembelotan itu.

 Nizar membawa perkara itu ke mahkamah tetapi pada bulan Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah, selepas dilantik BN yang mempunyai majoriti di DUN Perak. ~ sumber

Khalid Samad : AMANAH letak calon, tidak ada kaitan dengan PAS

Posted: 07 Jun 2016 01:00 AM PDT

  SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) membidas pemikiran PAS yang menganggap keputusan parti itu meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai tidak menghormati kerusi tradisi mereka.

 Pengarah komunikasinya Khalid Samad berkata, keputusan Amanah meletakkan calon di dua kawasan itu bukan bertujuan untuk bergaduh dengan PAS, sebaliknya dibuat dengan agenda yang lebih besar.

 "Ini bukan soal Amanah nak gaduh dengan PAS. PAS letak calon, Amanah pun turun nak lawan PAS, tidak.

 "Soal gaduh Amanah dengan PAS itu soal kecil, itu hanya dalam minda PAS yang kata kita letak calon ini kerana PAS letak calon, tak ada kaitan pun dengan PAS," katanya kepada pemberita di Pejabat Amanah Sungai Besar di sini, Isnin.

 Khalid berkata, keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan bersama Pakatan Harapan dan bermatlamat memperkenalkan sebuah lagi gabungan parti pembangkang kepada rakyat.

 "Kita melihat ada agenda yang lebih besar iaitu untuk menonjol dan memperkenalkan Pakatan Harapan sebagai pakatan baharu setelah Pakatan Rakyat dimusnahkan.

 "Orang kata sudah tak ada harapan nak lawan dan jatuhkan Barisan Nasional (BN), parti pembangkang dah berpecah dan sebagainya, jadi kita nak zahirkan wujudnya gabungan parti pembangkang yang boleh mencabar BN," katanya.

 Khalid berkata, kehadiran Amanah di Sungai Besar mempunyai kaitan dengan 'tagline' pilihan raya yang baharu diperkenalkan pada sidang media yang sama iaitu 'Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia'.

 Katanya, Amanah mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat dan pengundi bahawa parti ini wujud dan dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

 "Ini soal kita nak rakyat tahu Pakatan Harapan, satu pakatan yang baharu, yang satu-satunya mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk membebaskan dan selamatkan rakyat," katanya.

 Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, walaupun berlaku pertembungan lebih dari dua penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tetapi ia sebenarnya satu pertarungan untuk melawan BN.

 Katanya, dalam mencapai matlamat tersebut, hanya Pakatan Harapan sahaja yang mampu menumbangkan BN.

 "Parti lain tidak mampu sama ada dari segi jumlah kerusi yang ditandingi, atau jumlah kerusi yang mampu dimenangi.

 "Mereka tiada kemampuan untuk menolak BN dan tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa undi berpasukan," katanya. ~ sumber

Idris Ahmad tak berani sebut PKR sokong Amanah menguntungkan BN?

Posted: 06 Jun 2016 10:29 PM PDT

   Ust. Idris Ahmad kata, Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong DAP untuk bertanding di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

 Bagaimana pula dengan sokongan PKR terhadap Amanah? Kenapa dia tak berani nak sebut PKR sokong  Amanah menguntungkan BN? 

  Tidak mungkin mamat ni tak tahu yang Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah turut hadhir pada penamaan colon di Sungai Besar?

Juga Azmin Ali yang siap mendakap erat Presiden Amanah, Mat Sabu sebagai menunjukan sokongannya?

Tengok gambar tu betul-betul.... itu bukan gambar Hj Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali Perkasa tau!

  Sementara itu pula Rafizi Ramli hadir di penamaan calon Kuala Kangsar memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding di situ.

Amanah bertanding sebagai mewakili Pakatan Harapan
  Amanah bertanding bukan hanya disokong oleh DAP, malah oleh PKR. Amanah bertanding sebagai mewakili Pakatan Harapan yang bergabung didalamnya DAP, PKR dan Amanah.

 Naib Presiden PAS itu kata serangan dan kritikan DAP dan Amanah terhadap PAS ketika ini juga jelas menunjukkan mereka sedang 'membantu' BN untuk mencapai kemenangan di dua PRK itu pada 18 Jun ini.

 Dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, Pakatan Harapan bukan sahaja berhadapan dengan Umno, malah dengan Pas.

 Pakatan Harapan mempunyai matlamat dan agenda iaitu menentang Umno/BN. dan mana-mana parti yang mesra Umno/BN.

  Pas telah mengambil sikap yang lunak dan mesra terhadap Umno tapi menngaku mahu lawan Umno? Ada akai ker?

 Pada 16 April lalu, presiden Pas telah membuat kenyataan bahawa PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil konsep Al-Quran iaitu bertolong-menolong dalam perkara baik dan tidak membantu dalam perkara yang buruk. Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah setelah 'Amanat Haji Hadi' yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO.
 

   Apakah mamat ni mahu Amanah mengikut jejak kelaku Pas yang berbaik-baik dengan Umno? Tetapi pada masa yang sama mengaku nak lawan Umno? Jangan nak cuba kelirukan rakyat. Ngaku sahajalah jadi Hang Setia khadam Umno.Pas adalah merupakan celupan Umno.

  "Kita sokong parti AMANAH sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti AMANAH.DAP dan AMANAH mempunyai matlamat dan agenda sama, iaitu menentang BN."kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

  Mamat ni juga berkata, Amanah ni lemah tetapi di mana ada PAS bertanding, mereka pun bertanding sama. Tindakan meletakkan calon juga seolah-olah memberi 'tongkat' kepada BN.....

  Tolong bagi ingat kat mamat ni, Pas yang selama ini ngaku kuat bila bersendirian, menganggap Amanah sebagai parti nyamuk hinggakan diajak berunding pun tidak dilayan... tiba-tiba mahu Amanah jangan bertanding melawannya?

   Tolong pesan kat mamat ni, kalau Pas benar-benar mahu lawan Umno, apasal siang malam kerja Pas memaki hamun DAP dan Amanah? Pas berhenti maki Umno dan jadi khadam Umno memaki DAP dan Amanah.

   Semasa penamaan calon di Kuala Kangsar, ada kawan yang menceritakan bagaimana Pas mempamirkan akhlak politik matang yang kononnya memperjuangkan Islam :
Alhamdulillah..di Hari pencalonan di Kuala Kangsar.. Allah Zahirkan kita wajah2 buruk akhlak agamawan yg mempergunakan agama.. 

pertama Abdullah Khairi , terkinja2 terjerit2 memaki Mat Sabu dengan gelaran Mat Sabun berulang kali.. Sedangkan Mat Sabu tidak ada di Kuala Kangsar pun.. Mat Sabu di Sungai Besar.. begitu lah dendam nya mereka.. bukan menyerang UMNO dan Najib..sasaran mereka Mar Sabu... kalau yg buat mcm ni orang biasa takde lah buruk mana..tapi ia dilakukan org yg dikatakan agamawan...
 kedua bagaimana Ketua Dewan Ulama PAS, Ostad Siddeq Noor, bukan sahaja tidak mampu berhadapan dan hanya tunduk bila didatangi pemimpin Amanah, tapi angkuh tidak mahu menjawab salam yg diberikan.. ostad2 ni selalu bercakap besar depan para pengikut.. tapi tidak mampu berhadapan dan berhujjah..
 Inilah Wajah wajah Takfiri.. dan inilah bibit2 Khawarij...- Ipoh Mali  

Tiada ulasan: