WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DEKLARASI RAKYAT SAHKAN TANDATANGAN TULIN, TOLAK DAKWAAN PEMALSUAN
- TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR....
- Takkan menteri BN tidak dimaklumkan tentang usul hudud di Parlimen?
- Rupa-rupanya Ridhuan Tee ahli seumur hidup MCA
- PRK K. KANGSAR: ANAK JATI MINTA TUKAR CALON
- BN BUAT LAWAK LETAK BALU BEKAS MP SEBAGAI CALON – HAMIDAH
| DEKLARASI RAKYAT SAHKAN TANDATANGAN TULIN, TOLAK DAKWAAN PEMALSUAN Posted: 30 May 2016 09:11 PM PDT ![]() Deklarasi Rakyat sahkan tandatangan tulin, tolak dakwaan pemalsuanSekretariat Deklarasi Rakyat hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah berurusan dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sekretariat itu juga menegaskan tidak pernah terlibat dalam urus niaga dengan Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook yang dikatakan terpalit sama dalam isu berkenaan. Ketua sekretariat itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah yang sewajar dan mencukupi untuk membuang tanda tangan 'palsu' sejak deklarasi tersebut dilancarkan. "Sejumlah 1,071,997 tanda tangan atas talian yang disahkan dan terkini diterima. Kami turut menolak sejumlah 253,505 tanda tangan kerana berlakunya pertindihan dan ketidak lengkapan. Baki 200,000 dikumpul dalam bentuk kertas. "Proses audit ke atas tanda tangan yang diterima dijalankan secara berterusan bagi memastikan integriti dan kesahihannya. "Sekretariat percaya apa yang akhirnya diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong adalah dokumen yang dipercayai dan bebanan tanggung jawab yang diserahkan oleh mereka yang menanda tangani dokumen itu," jelasnya dalam kenyataan seperti dipetik Malaysiakini. Minggu lalu, Azharudin mendakwa beliau ditipu dalam penjualan ratusan ribu nama untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat. Beliau mendakwa dihubungi oleh Ema yang menjanjikannya bayaran RM5,000 sebagai habuan. Pangkalan data itu, katanya, adalah antara yang dibekalkan kepada semua parti-parti politik pada pilihan raya umum ke-13. Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, gerakan itu sentiasa komited dengan perjuangannya untuk membawa mereka yang melakukan rasuah besar-besaran ke muka pengadilan. "Usaha-usaha ini (dakwaan tanda tangan palsu) bertujuan memperkecilkan sokongan rakyat kepada Deklarasi Rakyat selain melawan mereka yang berjuang demi menjayakan agenda reformasi," ujarnya. |
| TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR.... Posted: 30 May 2016 06:28 PM PDT |
| Takkan menteri BN tidak dimaklumkan tentang usul hudud di Parlimen? Posted: 30 May 2016 06:17 PM PDT http://wrlr.blogspot.my/2016/05/semua-ini-hanya-wayang.html ![]() KUALA LUMPUR, 31 MEI: Ugutan beberapa pemimpin BN untuk meletakkan jawatan mereka dalam kabinet jika undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negara ini menimbulkan persoalan sama ada mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum usul dibentang. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran menyatakan rasa hairan sama ada menteri-menteri BN dimaklumkan terlebih dahulu mengenai tindakan dua menteri UMNO yang bersetuju agar usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Akta 365 dipercepatkan dalam Dewan Rakyat pada hari Khamis lalu. Jelas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, beliau yakin bahawa rang undang-undang persendirian oleh Hadi itu tidak akan berjaya dimajukan sekiranya pemimpin-pemimpin BN tersebut berani mempertikaikan langkah unilateral UMNO memberi ruang kepada usul Hadi Awang. "Sukar untuk dipercayai bahawa keputusan mengenai perkara sepenting itu tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam Kabinet oleh UMNO dengan pemimpin-pemimpin MIC, MCA dan Gerakan. "Tidak kira sama ada keputusan Kabinet telah dilanggar atau langkah memberi keutamaan kepada usul Hadi itu tidak dibincangkan dengan menteri-menteri berkenaan, ia menunjukkan bahawa UMNO tidak menghormati komponen parti BN yang lain," jelas beliau. Pada 26 Mei lalu Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat. Aturan mesyuarat diubah bagi membolehkan usul itu mendahului urusan kerajaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Walau bagaimanapun, Hadi kemudiannya meminta agar perbahasan usul itu ditangguhkan ke sessi Parlimen seterusnya pada Oktober akan datang. Disebabkan perkara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam semalam menyertai pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang membuat keputusan untuk meletak jawatan dalam kabinet jika undang-undang hudud dilaksanakan. Terlebih dahulu, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong telah pun meletakkan jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian tersebut. "Sekiranya hudud dilaksanakan, tidak cukup sekadar menteri dan timbalan menteri MIC, MCA dan Gerakan meletakkan jawatan kerajaan. Parti-parti ini mesti berani untuk keluar daripada Barisan Nasional," tegasnya. – Roketkini.com |
| Rupa-rupanya Ridhuan Tee ahli seumur hidup MCA Posted: 30 May 2016 06:17 PM PDT PATUT KUAT MELALAK , RUPANYA PEMAKAN DEDAK NO WAHID... |
| PRK K. KANGSAR: ANAK JATI MINTA TUKAR CALON Posted: 30 May 2016 06:03 PM PDT ![]() PRK K. Kangsar: Anak jati minta tukar calonPengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS. "Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Dr Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN. "Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini," katanya kepada FMT. Sebelum itu, Syed Rosli juga telah memuat naik beberapa status yang agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes dengan pemilihan Mastura seabgai calon BN di Kuala Kangsar. Menjelaskan bantahannya, Syed Rosli berpandangan calon PAS mempunyai ciri-ciri tertentu yang memberi kelebihan kepada kempen parti Islam itu sekiranya Mastura kekal calon BN. "Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina. "Selain itu calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana," jelasnya. Sementara itu, Syed Rosli turut mengkritik pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar. "Sepatutnya dia (Budiman) menolak dan beri peluang calon lain. Kita mahu barisan pelapis muda yang lebih layak dan sedang menunggu peluang daripada BN," katanya. |
| BN BUAT LAWAK LETAK BALU BEKAS MP SEBAGAI CALON – HAMIDAH Posted: 30 May 2016 05:57 PM PDT ![]() BN buat lawak letak balu bekas MP sebagai calon – HamidahKeputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu. Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini. Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat. "Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon. "Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga. "Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi," katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik. Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen. "Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya," katanya kepada FMT. Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN. "Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang. "Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka. "Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang)," katanya. Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan. Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan