Selasa, 31 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Baru Diumumkan Calon, Dr.Rani Dah Serang Mat Sabu & AMANAH

Posted: 31 May 2016 12:51 AM PDT

...Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Abdul Rani sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa.

Malah, Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau seorang yang penyabar dan berjanji "tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap".

"Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan baling mikrofon," katanya.

Tidak jelas beliau merujuk kepada siapa.

Bagaimanapun Presiden Parti Amanah Negara (Negara) Mohamad Sabu sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon (gambar) di atas pentas.

Mohamad antara nama disebut-sebut sebagai calon PAS dalam dua pilihan raya kecil akan datang. AMANAH masih belum mengumumkan calon mereka setakat ini.

Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menguasai kerusi Sungai Besar dengan mengetepikan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan kelebihan 399 undi sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan. -petikan malaysiakini

ULASAN GB

Baru saja nama diumumkan sebagai calon, Dr.Rani terus menyerang Presiden AMANAH.

Punyalah "baik" sikap beliau yang memasuki bakul dan mengaku dirinya seorang yang penyabar dan berjanji "tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap".

Apabila seorang yang dulunya dianggap baik tetapi berada di dalam kumpulan yang ketuanya suka memaki hamun, maka sifat pemimpin itulah yang akan menempiasi dirinya.


Pepatah arab menyebut "an-aaasu 'ala diini muluukihim" yang ertinya manusia (rakyat) itu mengikuti agama (akhlak) para pemimpin mereka

Berkata Imam Ghazali pula:
"Rosaknya Rakyat kerana rosaknya pemimpin, rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulamak"

Maka tidak hairanlah kita untuk mendapati begitu ramai ahli-ahli PAS yang memfitnah dan memaki hamun...

Sebenarnya ada banyak kisah mengenai Dr.Rani tetapi kita tidak berkempen dengan membuat serangan peribadi seperti yang beliau lakukan.

Ini tidak, Mohammad Sabu belum pun dinamakan sebagai calon AMANAH di Sungai Besar, Dr.Rani sudah mengambil sikap "menyerangnya" walaupun dia faham Mohamad Sabu mencampakkan mikrofon itu hanya sebagai satu gimik untuk menyeru rakyat supaya bangkit menentang kezaliman UMNO.

Jadi kita dapat melihat "keresahan" Dr.Rani sendiri jika AMANAH menghantar calon untuk bertanding di Sungai Besar apatah lagi jika Mohamad Sabu yang dinamakan sebagai calon

Seperti yang GB ulas sebelum ini, Dr.Rani sendiri ditewaskan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar di dalam muktamar yang lalu oleh golongan yang mengaku pro-ulama.

Kini kerana PAS tiada calon ulama yang berwibawa untuk bertanding di Sungai Besar, maka Dr.Rani dikutip semula untuk menggalas tugas mewakili PAS di dalam PRK tersebut.

Kebanyakan golongan profesyenal di dalam PAS sudah menubuhkan sebuah parti Islam yang lain, Parti Amanah Negara namanya, sebuah parti yang lebih amanah, progresif dan peduli yang dipimpin oleh penasihat-penasihat dari kalangan ulamak yang bertaraf dunia juga, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan ramai lagi di dalam saf kepimpinan seperti Dr. Mujahid Yusof, Ust Hasanuddin Yunos, Dr.Hassan Baharum yang jauh dari akhlak yang rendah seperti memaki hamun dan memfitnah.

PAS sudah tidak lagi berupaya memegang obor "PAS FOR ALL" yang telah diperkenalkan oleh golongan progresif di dalam PAS satu ketika dulu. Obor itu telah dicampakkan ke longkang. Jika ada ahli PAS yang menggunakannya, ia hanyalah tempelan yang bertujuan untuk menipu dan memperdayakan rakyat.

Bagi PAS, parti mereka hanya untuk "geng ulamak", geng yang boleh memaki-hamun dan memfitnah, geng yang boleh mengkafir malah melaknat orang sesuka hati.

Obor ISLAM FOR ALL itu kini sudah berada ditangan AMANAH dan insyaAllah keindahan dan keperkasaan Islam itu akan dapat dilihat oleh seluruh rakyat, Islam dan bukan Islam.


Dr Rani Termenung Bila ADUN Sekincan Ajak Rakyat Undi AMANAH

Posted: 30 May 2016 06:38 PM PDT

Harapan Dr Rani agar Ng Suee Lim menyokongnya hancur berkecai

Harapan calon Pas di Sungai Besar, Dr Rani Othman agar kawan beliau yang juga Adun Sekinchan, Ng Suee Lim membantunya dalam pilihan raya kecil (PRK) nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana, belum lagi nama calon Amanah diumumkan, Suee Lim sudah berkempen agar pengundi beliau di Sekinchan mengundi calon rakan komponen Pakatan Harapan itu.


"Yb Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ......????" tulis Dr Rani dalam facebooknya hari ini.

Sebelum ini, dalam temuramah dengan lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Dr Rani berharap kawan beliau dalam "Geng 52" itu akan menyokongnya dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Saya sangat berharap Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya.

"Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri,"
kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.

Malam semalam ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran, Ng Suee Lim telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon Amanah.


Gambar beliau memegang contoh kertas pencalonan dengan tiga logo iaitu BN, Pas dan Amanah, beliau meminta orang ramai memangkah calon Amanah.

Sokongan pengundi Cina yang membentuk 33% pengundi di Sungai Besar kali ini akan menentukan calon mana yang akan menang selepas pengundi Melayu akan berpecah dua antara BN dan Pas.

BN meletakkan Adun Sungai Panjang Budiman Radzi manakala Pas meletak Adun Meru, Kapar, Dr Rani Othman sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pengundian akan dibuat pada 15 Jun. -MD


Jentera DAPSY siap menangkan calon Pakatan Harapan

IPOH, 29 MEI: Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyokong penuh calon Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Menurut Ketua DAPSY Wong Kah Woh, pendirian ini dibuat memandangkan PAS telah menolak segala kemungkinan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan, dan dilihat lebih cenderung untuk memenangkan UMNO.

"Oleh sebab itu, Pakatan Harapan perlulah meletakkan calon yang terbaik di kedua-dua kawasan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menewaskan calon BN," ujarnya.

Beliau berkata, bagi memenangkan calon Pakatan Harapan, DAPSY juga akan bekerjasama erat dengan Pemuda Amanah dan Angkatan Muda Keadilan dalam kedua-dua PRK ini.

"Kita akan kerah jentera DAPSY seluruh negara untuk memenangkan calon Pakatan Harapan. Jentera DAPSY dari Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah akan membantu kempen PRK di Kuala Kangsar manakala jentera DAPSY dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak akan berkempen di Sungai Besar," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu.

Selain itu, pilihanraya kecil ini katanya merupakan pilihanraya pertama yang akan ditandingi Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia selepas penubuhannya.

"Pakatan Harapan perlu memaparkan satu barisan pembangkang yang bersepakat, bersepadu dan dapat memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi menjelang PRU-14.

"Amanah baru berusia lapan bulan. Selaku rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, adalah penting untuk kami memastikan Amanah berkembang, dan seterusnya menjadi satu parti yang mampu untuk melontarkan cabaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14," katanya.


ULASAN GB

Dr Rani telah kalah di dalam pemilihan YDP PAS Kawasan Kapar di dalam muktamar tahun lalu, ditewaskan oleh golongan pro-ulama.

Tetapi pada PRK Sungai Besar tiba-tiba PAS yang dikuasai oleh geng ulama ini menamakan Dr. Rani sebagai calonnya.

Semacam sudah tiada ulama berwibawa untuk diketengahkan tetapi panggil juga Dr.Rani untuk bertanding bagipihak PAS.

Selamat bertanding kepada Dr. Rani.


Tiada ulasan: