WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 29 May 2016 08:00 PM PDT Satu demi menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen. Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong. Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut. Terbaru, dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka. Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan. Malangnya, di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN. Jika benar marah kepada kerajaan dan kerana usul Hadi Awang itu dilihat menggambarkan wujudnya kerjasama antara UMNO dengan Pas untuk melaksanakan hudud, mengapa mereka tidak mahu keluar BN? Sebenarnya semua ini hanya wayang untuk menjaga penyokong masing-masing menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan. Dalam masa yang sama, tidak kedengaran pula pemimpin-pemimpin UMNO menempelak ugutan yang dilakukan oleh menteri-menteri bukan Islam yang mahu meletakkan jawatan itu. Pas sebagaimana biasa, lebih menyalahkan dan memarahi DAP berbanding MCA, MIC dan Gerakan berkaitan usul berkaitan hudud itu. Ya, semuanya adalah wayang belaka di mana masing-masing sedang melakukan pementasan untuk kepentingan penyokong masing-masing yang kesudahan ceritanya hudud tetap tidak ke mana-mana. Panjang umur sama-samalah kita saksikannya. (SH 29/05/2016). |
KEMBALIKAN MARUAH MALAYSIA MELALUI URUSTADBIR BAIK – MAT SABU Posted: 29 May 2016 07:30 PM PDT Kembalikan maruah Malaysia melalui urustadbir baik – Mat SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengarahkan ahlinya agar terus memperjuangkan konsep 'good governance' dan menterjemahkan konsep 'Islam rahmat untuk semua' di alam realiti. Dalam satu kenyataannya, Mohamad berkata, Maqasid Syariah perlu terus diperluaskan dan diperbincangkan sehingga ke peringkat perlaksanaan. "Di Malaysia, soal good governance makin jauh ke belakang. Sekarang Malaysia makin dihina kerana rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Kenapa rasuah tidak menjadi isu utama kepada umat Islam?" soal beliau. Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin boleh didakwa di mahkamah jika kerajaan ingin melakukannya. Kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor boleh didakwa di mahkamah jika pemerintah mahu berbuat demikian, katanya. "Tetapi, bolehkah pihak pemerintah mendakwa Perdana Menteri yang mengaku menerima 2.6 bilion? "Peguam Negara, polis dan SPRM menjadi mangsa sebelum tindakan dikenakan terhadap orang nombor satu negara itu," katanya. Oleh itu, katanya, parti Amanah memperjuangkan bahawa tiada pilih kasih dalam perlaksanaan undang-undang sama ada terhadap golongan bangsawan, pemerintah, ataupun rakyat biasa. Ia sesuai dengan Sabda Rasulullah bahawa; "Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah putri Muhammad mencuri niscaya aku memotong tangannya." (Bukhari dan Muslim), katanya. "Anggota Amanah jangan ragu atau terpanggil dengan seruan-seruan lain. Terus melaksanakan perjuangan Islam Rahmat Untuk Semua dengan good governance menjadi idaman kita. "Terus bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan untuk membina Malaysia baru akan datang supaya kita berupaya menterjemahkan konsep Islam Rahmat Untuk Semua. Maqasid Syariah perlu terus diperluaskan dan diperbincangkan sehingga ke peringkat perlaksanaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan