Isnin, 30 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Dikecam Kerana Angkuh Dengan Jentera Parti

Posted: 30 May 2016 12:15 AM PDT

JANGAN RIAK DAN TAKABBUR...
HJ HADI BONGKAK DENGAN JENTERA PAS


Menjawab apa yang disebut olah Hj Hadi bahawa beliau serik bekerjasama dengan KEADILAN kerana KEADILAN hanya hadir waktu pilihanraya, tetapi ahli2 Pas yang lebih banyak bekerja, sesungguhnya mmg ada kebenarannya walaupun tidak berlaku di semua tempat.

Hj Hadi selalu merujuk kepada jentera Pas semata2 untuk membandingkan kekuatan politik partinya dgn parti2 lain, dan ini menunjukkan betapa lemahnya hj hadi sbg pemimpin politik.


Adakah Hj Hadi juga mahu sebut bahawa kemenangan Dap di banyak kawasan yang ditandingi oleh parti berkenaan adalah kerana kekuatan jentera Pas?

Di Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas sejak lama, di dalam PRU13 yang lalu Pas hilang 6 Kerusi Dun yang dimenanginya sebelum itu. Kelantan adalah negeri yang hampir 100% Melayu Islam yang sepatutnya tiada masalah utk Pas, namun prestasi Pas merudum teruk. Adakah tiada jentera Pas di situ?

Dua lagi negeri Melayu yang gagal dikuasai oleh Pas adalah Terengganu dan Kedah. Pas hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah sepenggal saja. Adakah tiada kekuatan jentera Pas di situ?

Di Pahang, dalam PRU13 yang lalu, jika melihat kepada kekuatan jentera dan meriahnya kempen Pas, kita tidak menyangka bahawa PJ Pas Pahang, Us Tuan Ibrahim boleh kalah di Jengka. Amat hebat jentera Pas di situ. Sebab apa tewas?

Ini membuktikan bahawa kekuatan jentera hanyalah sebagai penyumbang sahaja. Dap dilihat hampir tiada jentera, tiada markas merata2 bahkan sukar mahu melihat bendera Dap berkibar di mana2. Tapi Dap banyak menang di Kerusi yang ditandinginya.

KEADILAN memang diakui tidak sehebat jentera Pas. Namun KEADILAN berperanan menyumbang strategi dan propaganda di dalam membawa isu2 besar yang kebanyakannya dikorek oleh pimpinan2 KEADILAN. Dap pula mempunyai kekuatan kewangan.

Aku pernah memuji PR dulu kerana kita saling melengkapi untuk bina kekuatan bersama. KEADILAN hebat di dalam membawa isu, Pas miliki jentera yang kuat dan Dap miliki kewangan. Kesemua ini sudah cukup membuatkan dua penggal umno/bn hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Malangnya, apabila ada yang telah merasa kuat hanya melihat kepada jentera mereka maka dicari jalan utk bersendirian. Bersendirian lebih kuat katanya. Akhirnya,mereka akur mereka perlu kawan. Tiada pilihan lain, terpaksa berbaik dgn umno dan kutip parti IKATAN, parti yang ibarat hidup segan mati tidak mahu itu.

Di Sg Besar dan K.Kangsar nanti, apakah kekuatan jentera boleh menentukan kemenangan? Kita tunggu.

WFAUZDIN NS


Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

"Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

"Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja, kawasan lain pun begitu juga,"katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.

Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.

Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu.

Namun mahkamah telah menolak saman itu kerana Abdul Hadi tidak pernah menyebut secara jelas siapakah yang dimaksudkan oleh beliau walaupun ada unsur fitnah di situ.

Terkini, sikap ahli parlimen Marang ini selari dengan sikap Pas Terengganu dalam hubungan mereka dengan PKR.

Timbalan Pesurujaya Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, Pas patut bertanding di kerusi Dun Bandar, satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Terengganu sekarang. Ia dimenangi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri juga berkata, Pas akan bertanding kesemua 32 Dun di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri jika diadakan.

Kenyataan ini dibuat ketika Pas mempunyai tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.
-MD


ULASAN GB

GB tak mahulah ulas panjang.

Cukuplah GB katakan kalau tak mahu bekerjasama dengan PKR lagi sangat elok dan baik jika PAS tarik diri dari menyertai kerajaan di Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Ada berani? Atau masih sayang kedudukan, pangkat dan harta di sana?

[VIDEO] UMNO Cadang, PAS Bentang, Yang Jahatnya DAP & AMANAH (?)

Posted: 29 May 2016 06:51 PM PDT

"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan.


Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri.

Adly juga menyatakan kita kena beri sumbangan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya kita dapat meraih sokongan daripada rakyat dan seterusnya dapat merealisasikan keinginan untuk melihat perubahan (perintahan dan kehidupan) di dalam negara ini.

Beliau bercakap demikian di Majlis Pelancaran Pilihanraya AMANAH Melaka ke PRK Sungai Besar di Sungai Rambai malam tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Tanah dan Luarbandar Parti Amanah Negara, Tn Hj Mazlan Aliman dan Pengerusi AMANAH Negeri Sarawak, Sdra Hud Andre Zulkarnaen.

AMANAH Melaka diputuskan akan membantu berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar.

Turut hadir pada majlis pelancaran malam tadi ialah Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, pimpinan AMANAH Melaka dan Ketua-ketua AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka.

Mazlan di dalam ucapannya menyeru agar petugas-petugas AMANAH yang akan bertugas membantu calon AMANAH di PRK Sungai Besar supaya bersiap sedia dengan kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di dalam menghadapi ujian getir terutama apabila PRK ini berlansung pada bulan Ramadhan.

Menyentuh tentang peneylewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib, beliau menyuarakan keyakinannya bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Konspirasi terbesar 1MDB akan terbongkar satu masa nanti. -GB


Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman

Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

"Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.

"Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

"Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah," jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

"Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

"Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan," tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.

Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.

"Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar)," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu. -MD




Tiada ulasan: