Isnin, 30 Mei 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ajaibnya Pendidikan Sekolah Yayasan Islam Kelantan

Posted: 30 May 2016 05:17 AM PDT



Nak cerita di Kelantan, sekolah arus perdana biasa tidaklah terlalu popular. Meskipun sekolah tu MRSM. Di Kelantan, lain macam sikit. Sekolah agama jadi buruan...

Nak cerita di Kelantan, sekolah arus perdana biasa tidaklah terlalu popular. Meskipun sekolah tu MRSM. Di Kelantan, lain macam sikit. Sekolah agama jadi buruan para ibu bapa.

Di negeri itu, ada satu yayasan yang menguruskan sekolah-sekolah agama iaitu Yayasan Islam Kelantan. Ada mungkin beratus sekolah agama di bawah kelolaan yayasan ini. Apa yang menakjubkan, yayasan ini bukannya yayasan yang mewah.

Sekolah-sekolahnya pun uzur. Ada sekolah yang tak ada dinding, ada yang papan, ada yang dinding ada tingkap pula tiada, kerusi dan meja masih lagi macam zaman 90-an dulu.

Dulu papan hijau sekarang upgrade sikit ke whiteboard, tapi mungkin ada lagi sesetengah pakai papan hijau. Kantin kecil saja. Kadang-kadang kantin tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

Dari segi gaji guru-guru, murah. Serendah RM700 ke atas mengikut sijil masing-masing. Guru yang dah mengajar lebih 3 tahun baru dapat gaji RM1.5k setelah tolak itu ini dan untuk dapat jawatan guru tetap bukanlah semudah yang difikirkan serta gaji ditawarkan tidaklah lumayan.

Tapi, ajaib Ya Rabb.

Sekolah-sekolah yayasan ni dapat bangunkan Maahad-maahad. Popular di Kelantan, Maahad Muhammadi Perempuan/Lelaki. Kemudian, meniti di bibir rakyat terkini Maahad-maahad Tahfiz Sains antaranya MTS Kok Lanas (L), MTS Tanah Merah (P) dll.

Kecemerlangan yang dicatatkan para pelajar di sekolah-sekolah serba sederhana dan tidak mewah dengan bajet "segalanya perlu berjimat", adalah sangat luar biasa. Ada suatu tahun, menandingi sekolah arus perdana.

Ada suatu tahun, melebihi kecemerlangan sekolah biasa. Ingat tak Nik Madihah yang dapat 20A di Malaysia? Itu dari sekolah Maahad yayasan inilah.

Pelajar-pelajar tidak merungut walaupun yayasan ini boleh diletakkan dalam kategori 'miskin'. Kalau kaya, sudah pasti guru-gurunya gaji mahal. Kadang-kadang nak buat bangunan pun, perlukan sumbangan orang ramai.

Erti Redha

Bukan prasarana jadi keutamaan. Hebat macam mana pun sekolah tu pembangunannya, besar macam mana pun sekolahnya, luas macam mana pun padang sekolahnya, bukan penanda aras modal insan pelajar.

Warga pendidik dan pelajar di bawah yayasan ini, menerima dengan rela hati apa jua keadaan sekolah mereka. Kondisi daif macam mana pun, reda. Kita nak pergi kutip ilmu, bukan nak pergi buat sekolah. Bukan nak pergi makan sedap di kantin, bukan nak dilayan taraf VIP di sekolah.

Yang boleh dipuji warga pendidiknya, gaji sikit tapi ikhlas tu besar. Mana ada manusia sanggup tahan dengan gaji seribu dua dalam ekonomi meleset ni? Patut guru gaji rendah inilah yang mengajar 'cincai-cincai', padanlah dengan gajinya.

Tapi, demi anak bangsa, sanggup. Demi agama, siang malam sanggup korban walaupun gaji tak semenggah. Bukan soal gaji sebenarnya, tapi keikhlasan, pahala dan syurga.

Tarbiyyah Lebih Utama

Agama asas segalanya. Bila kita ingat semuanya dari Allah, rezeki pun dari Allah. Nasib baik ada sekolah je. Nasib baik sekolah ada bumbung saja.

Erti syukur dengan apa yang ada.

Lain beb bila masuk sekolah tarbiyyah ni. Walaupun habis sekolah, habis universiti pun, ajaran di sekolah agama itulah yang masih berbekas dalam diri. Asas agama bercambah di situ. Bertaut di situ. Sesat macam mana suatu hari nanti dalam kehidupan, akan kembali kepada asas cahaya ini.

Sebab itulah, ketika hayat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau mempertahankan sekolah agama rakyat ini habis-habisan. Inilah masa depan tarbiyyah negeri Kelantan. Anak bangsa yang ada asas keimanan tercetus di sini.

Ulama dulu lahir dari sekolah pondok, pondok usang, pondok kayu. Tapi, ilmu masya-Allah tinggi menggunung namun masih rendah hati.

Ujian penilaian bahasa Arab.

Murid sekarang ada segalanya hatta henfon pun kalau boleh nak diluluskan di sekolah, sekolah pun canggih-canggih sampai ada yang belajar dalam aircond, perhimpunan pun ada kerusi duduk untuk pelajar. Tapi, yang lahir dari sekolah 'ada segalanya' tidak sampai ke tahap ulama atau cendekiawan Islam.

Lahir bangsa raver, hipster, sosial bebas, aurat bebas, pencaci maki dan pengkritik tanpa adab pula. Astaghfirullah.
Keberkatan. Keberkatan. Keberkatan.

Bila sekolah hubungkan hati pelajar dengan Allah, maka ujudlah keberkatan. Bila sekolah hubungkan hati pelajar dengan cemerlang akademik semata-mata di atas kertas dan sijil, maka dapatlah apa yang mereka mahukan.

Moga yayasan yang arwah TGNA kasih ini hidup dan berlaku penambahbaikkan dari semasa ke semasa untuk warga guru khasnya dan pelajar amnya.

Sekolah mahal, bayar ribu-ribu, belas ribu, belum tentu jamin dapat beli akhlak mulia.

Wallahu'alam.

Abg Bikai the spoileretosz

Tiada ulasan: