Selasa, 24 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gaya mewah melampau Taib Mahmud dicemuh

Posted: 24 May 2016 05:21 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun beristerikan wanita Lubnan pada 2011Bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun beristerikan wanita Lubnan pada 2011Viral di media sosial sejak semalam apabila gaya melampau mewah Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-80 menerima cemuhan orang ramai.

Rata-rata netizen mengecam majlis yang diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun perkahwinan Taib dengan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib itu kerana dilihat jauh berbeza dengan realiti kemiskinan majoriti rakyat di Sarawak.

Turut tersebar foto yang memaparkan penampilan seksi wanita berasal dari Lubnan yang dikahwini Taib sejak lima tahun lalu serta hadiah istimewa berupa sebuah kereta jenama Bentley berwarna putih.

Hadiah kereta mewah daripada pengeluar British yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta itu dikatakan pemberian seorang tetamu kehormat utama (VVIP) dari Semenanjung.

Kecenderungan ramai netizen yang berkongsi beberapa foto terbabit juga kebetulan berlaku selepas BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu dengan menyapu 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan.

Sementara itu, Utusan Borneo atas talian semalam melaporkan majlis hari jadi Taib yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sarawak, 21 April itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Taib dapat hadiah kereta mewah ketika rakyat Sarawak masih dihimpit kemiskinan dan mengalami masalah infrastrukturTaib dapat hadiah kereta mewah ketika rakyat Sarawak masih dihimpit kemiskinan dan mengalami masalah infrastrukturSelain itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, menteri-menteri dan menteri-menteri muda serta ahli keluarga juga dilapor hadir.

Senarai gaji juga viral
Dalam perkembangan berkaitan, senarai gaji ahli pentadbiran serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak berkuatkuasa pada 2013 lalu juga muncul viral kembali di kebanyakan kumpulan WhatsApp dan Facebook.

Gaji untuk Ketua Menteri yang diumum naik daripada RM13,000 kepada RM39,000 manakala kenaikan gaji Adun sebanyak 233 peratus menjadi RM15,000 berkuatkuasa juga pada ulang tahun kelahiran Taib ketika itu turut diperkatakan netizen.

Taib yang muncul sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun sejak 1981 pernah dikaitkan dengan pembongkaran berkaitan penyelewengan tanah di negeri itu oleh kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness (GW) pada 2013 lalu.Jalan raya dan bekalan air masih bermasalah di Sarawak tetapi Taib hidup maha mewahJalan raya dan bekalan air masih bermasalah di Sarawak tetapi Taib hidup maha mewah

Paparan klip video yang masih boleh diakses di YouTube itu menyaksikan wakil GW yang menyamar sedang berunding dengan beberapa individu termasuk sepupu Taib bagi mendapatkan ribuan hektar tanah hutan di Sarawak.

Selain masih mengalami masalah infrastruktur dan utiliti serta isu rampasan tanah, tahap kemiskinan dalam kalangan rakyat di Sarawak juga masih berada pada paras tinggi berbanding negeri lain di Malaysia.

Setakat 2014, dilaporkan sejumlah 100,387 ketua isi rumah (KIR) dengan 28 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan miskin tegar iaitu mempunyai pendapatan bulanan RM600 ke bawah.

Gaya mewah Taib dan keluarganya jauh berbeza dengan majoriti rakyat di SarawakGaya mewah Taib dan keluarganya jauh berbeza dengan majoriti rakyat di SarawakSementara itu, mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) 2014 yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, Sarawak antara negeri yang menyaksikan agihan pendapatan isi rumah di bawah pendapatan purata nasional.

Ceramah 'Jalan ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar' sahkan PAS tanding dua PRK

Posted: 24 May 2016 05:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menganjurkan ceramah perdana esok berjudul Jalan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Beristiqamah hingga Kemenangan, yang  sekaligus menggariskan iltizam parti itu menolak bantahan Pakatan Harapan dan bertanding di kedua-dua kerusi parlimen berkenaan. 
 
Poster mengenai ceramah itu yang akan berlangsung di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur, sudah pun viral di media sosial. 
 
Majlis itu akan membariskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penceramah utama, di samping Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib. 
 
PAS akan mengumumkan calonnya untuk dua kerusi Parlimen berkenaan di ibupejabat, Jumaat ini. Hari penamaan calon adalah 5 Jun manakala 18 Jun ditetapkan sebagai hari mengundi. 
 
Beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini menolak cadangan PKR supaya PAS hanya bersaing di Kuala Kangsar manakala  Pakatan Harapan  bertanding di Sungei Besar demi memastikan saingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional. 
 
Bagaimanapun Hadi beberapa kali menegaskan bahawa PAS akan meneruskan tradisi bertanding di dua kerusi berkenaan yang dimenangi BN dengan majoriti kecil pada pilihanraya umum 2013. 
 
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan masih  cuba memujuk PAS bertanding hanya di Kuala Kangsar sahaja. PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) masing-masing mengintai kerusi Sungei Besar. 
 
Ini kerana dua parti komponen PH itu yakin mendapat sokongan pengundi Cina yang merangkumi 25 peratus daripada 33,277 pengundi di kerusi Parlimen berkenaan. 
 
Semalam, Pengarah Strategi PAN Khalid Samad menggesa Azmin untuk menghentikan rundingan dengan PAS, sebaliknya memperlengkapkan persiapan PH untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan. 
 
Noriah Kasnon memenang kerusi Sungai Besar pada PRU 13 dengan majoriti 399 undi.
 
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan susulan kematian Noriah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak awal bulan ini. 


Pemimpin PKR membisu soal calon PRK dan krisis dalaman parti

Posted: 24 May 2016 05:05 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pimpinan PKR dilihat berdolak-dalih terhadap krisis dalaman dan luaran yang kini membadai parti, termasuk soal pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diajukan bagaimana penyelesaian bagi pertelingkahan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam isu peletakan calon, bagaimanapun mengelak daripada memberi sebarang reaksi.
 
"Saya akan berada di sini esok dan lusa. Kita akan adakan mesyuarat biro politik malam ini. Saya rasa anda sudah buat banyak liputan tentang isu ini dengan rakan-rakan saya yang lain. Terima kasih," katanya sebelum menambah baru sahaja pulang dari luar negara, baru-baru ini.
 
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan isu pilihan raya kecil itu sehingga ke hari ini sudah dua kali ditangguhkan.
 
Ia sepatutnya diadakan pada Khamis lalu, kemudian ditunda pada semalam, namun akhirnya ditangguhkan sekali lagi.
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada semalam mendakwa ketiadaan respon rasmi dari PAS menjadi punca mesyuarat berkenaan terpaksa ditangguhkan.
 
PAS berpendirian tegas sedari awal untuk meletak calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, meskipun menyedari hasrat parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding di dua kerusi itu.
 
Malah PKR juga didakwa 'mengintai' peluang untuk turut sama meletak calon partinya.
 
PKR kini bukan sahaja tersepit dengan perbalahan parti pembangkang berkenaan isu PRK itu, malah ia juga dibebani dengan skandal rasuah membabitkan kerajaan negeri Selangor.
 
Pengarah Politik dan Dasar PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ditemui pemberita hari ini enggan mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Kononnya dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan tertentu pentadbiran kerajaan negeri Selangor membawa perpecahan di kalangan PKR.
 
"Saya berharap kita akan dapat menjelaskan dan memastikan bahawa kita berdiri sebagai satu komponen parti yang tunggal," katanya ringkas.
 
Ahli Parlimen Tumpat itu bagaimanapun tidak melihat polemik yang timbul itu akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kelak.
 
"Apa sedikit yang saya tahu penglibatan pendek saya secara langsung di dalam parti, parti ini telah berjaya meletakkan dan mengumpulkan kekuatan berdasarkan pemerhatian saya semasa pilihan raya sebelum ini, saya cukup yakin bahawa parti akan dapat bersatu dan berlawan di dalam pilihan raya kecil akan datang," ujarnya lagi.
 
 

PAS umum calon Sungai Besar, Kuala Kangsar, Jumaat ini

Posted: 24 May 2016 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  PAS akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, pada Jumaat ini.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata keputusan itu masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan kerana PAS perlu mengambil pandangan beberapa individu di dalam parti sebelum membuat keputusan.
 
"Kedua-dua kerusi berkenaan adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan, kita akan umum calon 27 Mei ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.
 
Diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan PAS menjadi punca mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu PRK ditangguhkan, Idris berkata pihaknya tiada kena mengena mengenai apa yang berlaku di dalam pakatan berkenaan.
 
"Mereka yang tidak dapat kata sepakat kenapa kami yang dipersalahkan? Menurut saya itu merupakan satu tanggapan yang tidak betul," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
 
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.
 
 
 

Mesyuarat MPPH tangguh kerana Presiden PKR tiada kuasa - Shahrir

Posted: 24 May 2016 04:58 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic


KUALA LUMPUR: Pengerusi kelab penyokong kerajaan Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyalahkan PAS sebagai punca Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) ditunda.

Katanya, punca utama penangguhan mesyuarat itu adalah Wan Azizah sendiri kerana beliau tidak mempunyai kuasa yang lebih kuat berbanding timbalannya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali yang menjadi pengantara dalam rundingan dengan PAS.

"Bukan PAS puncanya tetapi puncanya Wan Azizah dan tindakan beliau hendak menyalahkan PAS saya rasa tidak tepat sebenarnya,

"Beliau sendiri kena mengakui bahawa beliau sebagai Presiden PKR tetapi tidak mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk mengatasi Azmin itu sendiri.

"Azmin sendiri di bawah telunjuk DAP kerana DAP mempunyai proksi yang kuat iaitu kami yang juga lebih mendengar kepada arahan DAP dan 'menari' ikut rentak DAP dan PKR dalam keadaan berbalah ini tidak mampu untuk mengatasi permainan politik DAP itu sendiri," katanya ketika ditemui Antarapos di parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mencabar Pakatan Harapan untuk berhadapan perlawanan tiga penjuru dengan menggunakan 'tukang kempen' mereka, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

"Tetapi bagaimanapun sepatutnya Pakatan Harapan berdepan dengan tiga penjuru saya rasa mereka patut rasa yakin kerana mereka mempunyai Tun Dr Mahathir sebagai penyokong kuat dan 'tukang kempen' yang kuat bagi pihak mereka," ujarnya.

Semalam Wan Azizah mendakwa Mesyuarat Majlis Presiden PH terpaksa ditunda beberapa kali kerana menunggu respon rasmi PAS berkenaan pendirian parti itu untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mesyuarat tersebut sepatutnya diadakan pada semalam (Isnin) selepas ditunda pada Khamis lalu.

Ia diadakan bagi membincangkan soal peletakan calon pembangkang di dua kerusi berkenaan, selepas pendirian PAS yang mahu mempertahankan kerusi tradisionalnya, selain hasrat Parti Amanah Negara (PAN) untuk turut sama bertanding.

Hari ini, Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad turut menyelar Azizah menyalahkan PAS dan menegaskan bahawa parti Islam itu tidak menganggu urusan dan keputusan 'rumah' orang lain.


Kerusi Sg Besar, Kuala Kangsar milik PAN mengikut perjanjian PH - Saari Sungib

Posted: 24 May 2016 04:56 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang ADUN dari Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya kembali merujuk kepada perjanjian gabungan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada Januari lalu berhubung peruntukan kerusi pilihan raya. 
 
ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, berlandaskan perjanjian dengan PKR dan DAP di bawah payung PH, semua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS adalah menjadi milik PAN selepas ketiga-tiga parti itu membentuk gabungan pembangkang yang baru. 
 
"Kestabilan yang dibina sejak 1999 adalah untuk satu lawan satu, jadi kalau Pakatan Harapan sudah menggantikan Pakatan Rakyat, PAN sudah menggantikan PAS, demi kestabilan itu kita kekalkan pengagihan yang telah kita bergaduh dan berbalah..dan kita berjaya kompromi.
 
"Bagi saya, istilah untuk kestabilan dan nak capainya bukan mudah, tetapi saya masih terbuka untuk melihat apa sebabnya. Kalau kita kekalkan yang lama, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah calon PAN, tapi kita kena runding," katanya kepada Antarapos.
 
Awal hari ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata hasrat parti itu untuk bertanding di PRK Sungai Besar adalah kerana mahu menyelamatkan hubungan PKR dan PAS di Selangor.
 
Langkah itu diambil setelah rundingan PAS dan PKR gagal mencapai sebarang persetujuan di mana parti Islam itu bertegas untuk bertanding, begitu juga dengan PKR.
 
"Kalau (kerusi) Parlimen di Selangor, PAS tujuh kerusi maka tujuh kerusi ini akan dipertandingkan oleh PAN, kalau Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 kerusi PAS, maka selayaknya dipertandingkan oleh PAN, itu pada dasarnya," kata Saari sebagai menyokong kenyataan Khalid.
 
Saari dalam pada itu turut menjangkakan peluang akan lebih memihak kepada PH untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar biarpun wujud pertembungan tiga penjuru.
 
"Ada kajian menyatakan kalau tiga penjuru di Sungai Besar, kelebihan kepada kita (PH), kalau di Kuala Kangsar memang PH tiada harapan (kalau tiga penjuru) sedangkan dua penjuru (antara PAS dan BN) pun masih berat (sukar) untuk kita menang, lebih memihak kepada BN. 
 
"Tapi di Sungai Besar, tiga penjuru akan beri kelebihan kepada PH. Itu pandangan secara rawak," ujarnya. 
 
Media hari ini melaporkan PAN dijangka mencalonkan Presidennya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu di PRK Parlimen Sungai Besar.
 
Khalid berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu antara calon yang disenarai pendekkan untuk diangkat sebagai calon PAN.
 
Selain Mat Sabu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
 
 

AMANAH tetap mahu tanding p'raya kecil

Posted: 24 May 2016 04:32 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

LIHAT VIDEO DI SINI


Parti Amanah Negara (AMANAH) sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, walaupun sebelum ini PKR didakwa ingin meletakkan calon mereka di Sungai Besar namun parti tersebut tidak boleh menghalang mereka untuk bertanding di kerusi tersebut.

"Persefahamannya ialah PKR akan bertanding sekiranya PAS menarik diri. Tetapi PAS masih bertegas untuk bertanding, jadi AMANAH yang akan bertanding," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 Selain itu, anggota parlimen Shah Alam itu juga memberitahu, pihaknya turut akan memastikan tiada pertindihan kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan.

Malah Khalid juga berkata, AMANAH ingin bertanding di dua kerusi tersebut untuk memastikan tiada 'pergaduhan' antara PKR dan PAS dalam merebut kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita akan berbincang bagi memastikan tiada pertindihan antara parti dalam Pakatan Harapan.

"Bagi kita dalam AMANAH, berilah kita bertanding kerana kita tidak mahu PKR-PAS bergaduh kerana ia akan merosakkan hubungan antara mereka dalam kerajaan negeri Selangor," katanya lagi.

Sebelum ini terdapat dakwaan PKR ingin meletakkan calonnya di Sungai Besar dan menggesa PAS tidak meletakkan calon di kerusi tersebut.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut didakwa mengeluarkan kenyataan supaya exco PAS meletakkan jawatan sekiranya mereka bertanding.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Azmin.


Nurul 'gembira' media fokus isu dalaman PKR

Posted: 24 May 2016 04:29 AM PDT

MALAYSIAKINI



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengelak untuk bercakap berkaitan kedudukan rakan sejawatnya Rafizi Ramli yang kedudukannya sekarang menjadi perhatian umum.

Nurul Izzah hari ini diajukan soalan mengenai mesyuarat biro politik PKR pada malam ini.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibraim itu berkata, beliau tidak tahu tentang intipati mesyuarat malam ini memandangkan baru pulang daripada acara di luar negara.

"Saya rasa awak boleh tanya pemimpin lain kerana saya baru pulang dari Tunisia.

"Saya rasa anda semua (pemberita) terlalu fokus dan habiskan masa untuk isu ini.

"Terima kasih. Saya sangat 'gembira'," kata anggota parlimen Lembah Pantai itu.

 Mesyurat biro politik PKR malam ini dijangka panas di tengah-tengah kemelut antara pimpinan utama parti itu.

Rafizi malam ini mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rafizi dikatakan mahu bertindak demikian walaupun Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor dikatakan berpendirian tiada keperluan menyiasat perkara itu.

Dalam masa yang sama timbul desas-desus kedudukan Rafizi sebagai setiausaha agung PKR akan diambil alih oleh anggota parlimen Tumpat dan bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.


Sg Besar, K Kangsar Uji Iltizam Pembangkang

Posted: 24 May 2016 04:18 AM PDT



DALAM tampalan 12 Mei bertajuk "Cabaran Sg Besar dan Kuala Kangsar, antara lain, saya berkata:

"Antara Sungai Besar, di mana kemenangannya kecil, dan Kuala Kangsar, di mana kemenangannya tidak besar, Mohd Najib dan anak kapal penisi Bugisnya sekali lagi dilambung badai.

Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi "cash is king" berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu."

Sehingga kita mengetahui kesudahan tarik tali di kalangan parti-parti pembangkang mengenai siapa yang akan bertanding, kesimpulan rambang menjurus ke arah kemenangan Umno/Barisan Nasional.

Tetapi, sekiranya muncul kesepakatan tulen di kalangan parti-parti pembangkang, Umno/BN mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dua kerusi itu.

Pembangkang berpecah kepada tiga puak besar. Pertama Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kedua PKR-PAS dan ketiga PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Walaupun PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menolak kerjasama dengan DAP, ia kekal dalam Kerajaan Selangor atas kehendak PKR. Ini menjadikan Selangor unik kerana diperintah oleh gabungan tiga parti di mana dua daripadanya tidak sebulu.

Sekarang dengan adanya Amanah, PAS bermusuh dengan DAP dan Amanah tetapi berpakat dengan PKR. Amanah adalah parti serpihan PAS yang terdiri daripada pemimpin bukan aliran agama yang tersingkir ketika pemilihan parti tahun 2015.

Menjelang PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, PAS dan PKR bertelingkah kerana PAS mahu mengekalkan pegangan ke atas kedua-dua buah kerusi itu manakala PKR mahu mengambil alih kerusi Sg Besar. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, PAS mewakili Pakatan Rakyat di kedua-dua buah kerusi itu dan kalah tipis.

Dalam perkiraan PAS harapannya menang kali ini lebih besar kerana pelbagai skandal dan masalah yang melanda Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, selepas PRU 2013.
   
Semasa PRU 2013 skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC International Sdn Bhd belum diketahui umum.

Ekonomi pula tidak seteruk sekarang dan kos sara hidup rakyat jelata masih terkawal kerana belum ada GST dan subsidi belum ditarik balik. Itu pun prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah dalam PRU 2008.

Mohd Najib "Sitting Duck"

 

Sekarang, dengan pelbagai skandal, kesempitan hidup rakyat jelata akibat kelembapan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi serta perpecahan dalam Umno, 
Mohd Najib adalah "sitting duck" – itik kembara yang tunggu untuk ditembak.
Jadi tidak hairanlah kalau PAS mahu bertanding semula di kedua-dua buah kerusi itu. Ia berasa boleh menewaskan Umno/BN dengan lebih mudah.

Seperkara lagi, perkembangan ini mempunyai nilai tambahan kerana sejak akhir-akhir ini Presiden PAS, (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, (Datuk) Dr Harun Din digambarkan oleh media Umno sebagai sangat akrab dan berahi dengan Mohd Najib.

Maka timbul tanda tanya sama ada PAS benar-benar hendak melawan Umno/BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar atau bertanding olok-olok untuk memberi kemenangan kepada calon Mohd Najib?

PKR pula berasa ia mempunyai harapan yang lebih besar untuk menumbangkan Umno/BN di Sg Besar berbanding PAS atas premis ia mengetuai kerajaan campuran Selangor dan lebih akrab dengan DAP. Faktor DAP dan undi orang Cina kritikal bagi merampas Sg Besar.

Kalau PAS kembali bertanding, pengundi Cina mungkin memboikot kerana sejak meninggalkan PR, PAS banyak membuat kenyataan yang memusuhi DAP dan bercanggah dengan aspirasi orang Cina.

Seyogia diingatkan salah satu daripada kerusi DUN Sg Besar iaitu Sekincan dimenangi DAP. Tanpa kerjasama padu DAP, harapan menumbangkan Umno/BN mungkin lebih sukar.

Kemudian fakta Deklarasi Rakyat (DR). Sg Besar dan Kuala Kangsar akan turut menjadi arena menguji implikasi Deklarasi Rakyat ke atas sentimen pengundi, khususnya penyokong Umno/BN.

Mohd Najib dan konco-konconya akan melakukan apa saja untuk memang. Ini adalah permulaan kepada perjuangan hidup mati mereka. Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan mereka  taburkan untuk mengekalkan dua kerusi ini.

Tetapi kalau PAS tidak khianat dan pembangkang bersatu padu untuk tempoh PRK itu, kita mungkin menyaksikan Sg Besar dan Kuala Kangsar menjadi permulaan kepada kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Wallahuaklam.


Kes curi telefon di Low Yat: Lelaki kena penjara 4 bulan

Posted: 24 May 2016 04:06 AM PDT


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang penganggur kerana didapati bersalah mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat, di Kuala Lumpur, tahun lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor juga menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23.

Dalam menyampaikan keputusannya, hakim itu berkata beliau tidak dapat mengabaikan "cara jenayah itu dilakukan".

"Saya mesti mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan itu, dia turut mengaku bersalah terhadap tuduhan dadah dan kes serangan lain," kata Nur A'minahtul.

Beliau berkata demikian ketika menolak permohonan daripada peguambela Shaharudin Ali, yang mewakili Shahrul Anuar supaya mahkamah memberinya bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, Nur A'minahtul kemudiannya membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara empat bulan tetapi memerintahkan wang denda RM1,000 dibayar serta-merta.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama melaporkan majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Hukuman tidak semestinya menghukum tetapi memulihkan pelaku. Mahkamah tidak boleh menutup mata dan menafikan kes kecurian yang kerapkali berlaku. Mahkamah juga mengambil kira sepanjang tempoh dibicara, tertuduh terlibat dengan kes lain walaupun belum disabit.

"Sehubungan itu, mahkamah berpendapat Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (bon berkelakuan baik) tidak sesuai dan tidak wajar diberikan. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 terhadap tertuduh," katanya.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.




Mahkamah membenarkan permohonan peguam Shaharudin Ali yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan terhadap keputusan hari ini dan mengekalkan jaminan RM3,000.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan.

Terdahulu ketika rayuan, Shaharudin memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah iaitu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik kepada tertuduh.

"Dia mencuri telefon kerana tekanan akibat disamun dan kehilangan telefon bimbitnya pada hari sama kejadian di Low Yat," katanya yang turut memberitahu tertuduh berasal daripada keluarga miskin dengan kedua-dua ibu bapanya merupakan Orang Kurang Upaya pekak dan bisu.

Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne bagaimanapun membantah hukuman bon berkelakuan baik sebaliknya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pemenjaraan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain kes itu telah menimbulkan isu perkauman.

"Saya membantah bon berkelakuan baik kerana kes ini adalah satu kes di mana perbicaraan penuh telah dijalankan dan mahkamah mendapati tertuduh bersalah," katanya.

Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pada 24 Feb 2016, tertuduh sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik menggunakan parang di Jalan Jelatek di Kuala Lumpur pada 20 Feb lepas.

Sebelum ini, dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengambil dadah syabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.


Isu UEC: Menteri 'tampar' timbalannya sendiri - DAP

Posted: 24 May 2016 04:02 AM PDT

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan timbalannya, Chong Sin Woon dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain dalam isu Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC).

"Semasa pilihan raya negeri Sarawak, Chong mendakwa kerajaan telah sedia untuk mengiktiraf UEC tidak lama lagi.

"Chong kata 'kita makin hampir'," kata ahli parlimen Rasah dari DAP, Teo Kok Seong di lobi parlimen.
UEC ditadbir oleh sekolah-sekolah tinggi Cina bebas di seluruh negara, dan belum diiktiraf oleh kerajaan Persekutuan.

Chong dilaporkan berkata: "perjalanan ke arah merealisasikan UEC tidak jauh lagi".

Bagaimanapun, Teo berkata, menteri berkenaan telah memberikan jawapan yang berbeza dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

Dalam jawapannya, Mahdzir berkata, UEC telah gagal untuk memenuhi keperluan yang digariskan di dalam Dasar Pendidikan Nasional seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

"Ini suatu tamparan kepada timbalan menteri oleh menterinya sendiri," dakwa Teo yang bertanyakan perkembangan terkini mengenai UEC berikutan pengumuman Chong itu.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pengiktirafan kerajaan terhadap UEC masih di peringkat perbincangan, belum dimuktamadkan.

UEC adalah ujian standard untuk pelajar sekolah tinggi persendirian Cina anjuran Dong Zong, Gabungan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM).

Kerajaan negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri Universiti Malaysia Sarawak.

Langkah itu menjadikan negeri pertama mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) itu.


Singapura arah bank terbabit skandal 1MDB ditutup

Posted: 24 May 2016 04:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup.

Menurut Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.

Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

"Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.

Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia juga telah merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.

Pasukan pendakwaan Singapura akan menilai sama ada mereka telah melakukan sebarang  kesalahan.

Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana  urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan telah didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.

"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.

"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.

BSI Bank telah beroperasi di Singapura sejak 2005.

Dana 1MDB tak terkesan dengan tindakan S'pura, Switzerland

Posted: 24 May 2016 03:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengesahkan dana-dana pelaburan milik firma itu tidak terkesan dengan sebarang pengumuman oleh pihak berkuasa perundangan asing yang dibuat hari ini.

Dalam kenyataannya, 1MDB berkata, pihaknya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa asing berkaitan perkara itu yang bersangkut paut dengan firma tersebut.

"1MDB tetap komited untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa perundangan asing, tertakluk kepada nasihat dari pihak berkuasa perundangan tempatan yang relevan, dan sejajar dengan protokol tadbir urus antarabangsa," jelas firma itu lagi.

Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup.

Menurut Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.

Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

"Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.

"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.

"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.

BSI Bank telah beroperasi di Singapura sejak 2005.


Untung nasib Rafizi dalam PKR ditentukan malam ini

Posted: 24 May 2016 03:45 AM PDT


 
Oleh Kow Gah Chie


Semua mata akan tertumpu kepada susuk tubuh Rafizi Ramli berhubung kedudukan beliau selaku setiausaha agung PKR, ketika pucuk pimpinan parti itu akan duduk semeja dalam mesyuarat biro politiknya malam ini.

Suhu mesyuarat tersebut dijangka lebih 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu.

Ini berikutan tindakan Rafizi yang mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat itu.

Rafizi dikatakan masih mahu menyerahkan bukti itu walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu.

Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu-menahu jika biro politik akan membincangkan kedudukan beliau pada malam ini.

"Namun, sesiapa jua adalah bebas untuk membawa apa isu sekalipun," katanya dalam mesej teks.

Baru-baru ini, Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau.

Antara yang disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan Rafizi itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

"Saya tidak sedar kewujudan khabar angin itu, saya baru pulang dari persidangan di Indonesia," jelas Kamaruddin ketika ditemui di lobi Parlimen.

Apabila ditanya apakah beliau akan menerima jawatan baru itu, Kamaruddin sekadar berkata, " Tidak, saya tidak rasa perkara ini berbangkit sekarang."

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar mengesahkan keputusan terletak atas budi bicara presiden parti.

Pemimpin parti boleh berbincang atau mencadangkan sama ada Rafizi dikekalkan atau diundurkan namun presiden mempunyai kuasa prerogatif untuk menentukannya.

"Setiausaha agung dilantik oleh presiden, pimpinan boleh memberi pandangan mereka( mengenai kedudukan Rafizi), yang pasti keputusan akhir di tangan presiden," ujar beliau.~Mkini


Keistimewaan Pasport

Posted: 24 May 2016 03:37 AM PDT



 
Oleh Tun Mahathir


1. Dan sekarang penapisan media cara Najib akan dieksport. Media asing mesti diletakkan di bawah kawalan sepertimana media Malaysia dikawal. Semua laporan hendaklah memuji 1MDB, Petro Saudi, Kepulauan Cayman, Kepulauan British Virgin, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib, 2.3 bilion Ringgit yang telah dikembalikan, pemecatan ahli-ahli parti dan pemimpin yang gagal untuk memuji kesemua di atas dan lain-lain lagi.

2. Bagaimanakah penapisan media asing dan kawalan akan dilakukan? Mudah sahaja. Pasport adalah keistimewaan. Lucutkan rakyat Malaysia akan keistimewaan ini.
3. Tarik balik pasport mereka jika mereka gagal untuk memuji Najib ketika bercakap kepada media asing. Ini adalah satu perkara yang betul dan benar-benar demokratik yang perlu dilakukan. Semua negara berdemokrasi di dunia tarik balik pasport rakyat mereka jika mereka memberitahu kepada media asing perkara yang buruk tentang pemimpin-pemimpin mereka. Rakyat Malaysia, di bawah demokrasi Najib perlu melakukan perkara yang sama.

4. Saya akan memulakan dan menjadi contoh dengan memuji tinggi melangit Najib dan 2.6 bilion ringgit dalam akaunnya apabila berada di luar negara. Mana-mana ucapan yang saya sampaikan di luar negara dan mana-mana jawapan saya dalam temu bual dengan media asing akan mengetengahkan penangkapan demokratik Najib dan penahanan sesiapa yang gagal melaporkan kepada polis mengenai tindakan Najib untuk menyelamatkan negara ini dengan cara mengisytiharkan pengkritik-pengkritik sebagai pengganas.

Saya akan terus menurus bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam yang mana orang-orang Arab telah memberikan kepada beliau USD 681 milion. Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan UMNO untuk tidak bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun pemimpin besar itu.

5. Pasport itu adalah suatu keistimewaan. Ini termaktubkan dalam perlembagaan Malaysia. Perlembagaan dan undang-undang juga menyatakan bahawa jika anda tidak memuji Najib, pasport itu akan dirampas.

6. Apabila saya berada di luar negara saya akan mempertahankan Najib dan Kerajaan demokratik beliau.

Saya memberi jaminan bahawa saya (dengan mengulum lidah) akan berbuat demikian.
7. Tiga tepukan untuk 1MDB dan wang di dalam kocek PM.

8. Sekarang negara ini akan menjadi penjara yang besar bagi mereka yang bercakap menentang Najib kepada media asing apabila berada di luar negara.

BAGAIMANA AGAKNYA NAJIB AKAN DIKENANG 20 TAHUN AKAN DATANG?

Posted: 23 May 2016 05:34 PM PDT

shahbudindotcom

 

Pepatah ada mengingatkan - harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Pepatah lain pula mengingatkan - yang penting bukan bagaimana kita bermula, tetapi di mana pengakhiran kita.

Kedua-dua pepatah ini adalah ingatan untuk kita agar sentiasa menjaga nama baik dalam kehidupan. Bila baik perbuatan kita, maka yang ditinggalkan pun tentulah nama yang baik juga.

Sebaliknya jika buruk perbuatan atau perlakuan kita, maka buruklah juga nama yang ditinggalkan.

Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin, meninggalkan nama serta jasa yang boleh dikenang dan pengakhiran yang baik itu memang jauh lebih penting berbanding orang biasa sebagai kebanggaan kepada waris-waris yang ditinggalkan.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan serta pemimpin yang banyak mengajak rakyat pelbagai kaum untuk saling bertolerasi sebagai asas penting mengisi pembebasaan negara dari penjajahan.

Tun Razak diingati sebagai Bapa Pembangunan berikutan beberapa dasar yang diperkenalkannya untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dengan miskin.

Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan berikutan tindakannya yang lebih ke arah memupuk keharmonian dan hubungan baik sesama rakyat.

Tun Mahathir Mohamad disanjung sebagai Bapa Pemodenan yang bukan saja merubah negara dengan mencipta pelbagai kejayaan dan kecemerlangan, bahkan juga menjulang nama Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Badawi lebih sinonim dengan memperkenalkan Islam Hadhari, memperluaskan industri makanan halal dan menggalakkan peningkatan modal insan.

Walaupun pencapaiannya agak sederhana serta terpalit dengan pelbagai isu, tindakan Tun Abdullah meletakkan jawatan lebih awal telah menyelamatkan namanya daripada lebih tercemar lagi.

Najib Razak?

Bagaimana agaknya rakyat dan negara ini akan mengenang beliau dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang berikutan imej yang melekat pada dirinya sekarang ini?

Bolehkah kita membayangkan bagaimana namanya disebut dan keluarganya dikenang ketika itu nanti?


Kompleks Arkeologi Sungai Batu Diisytihar Tamadun Tertua Asia Tenggara

Posted: 23 May 2016 05:30 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
SUNGAI PETANI: Kompleks Arkeologi Sungai Batu pada Isnin melakar sejarah buat negara dan Asia Tenggara apabila diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau itu.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi daripada Universiti Oxford, Profesor Dr Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Ia berlangsung pada majlis penutupan Festival Kedah Tua 2016 di sini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

Lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome menandatangani plak pengisytiharan itu, kata Mokhtar kepada Bernama.

Malangnya pakar arkeologi Mesir, Dr Zahi Hawas, tidak hadir ke Persidangan Antarabangsa Kedah Tua menyebabkan kita tidak berjaya mendapatkan beliau untuk menandatangani plak itu," katanya.

Beliau sepatutnya hadir sebagai pakar tamadun Mesir tetapi tidak dapat dihubungi pada saat akhir.
Sekiranya ada keperluan untuk kita ke Mesir dan dapatkan tandatangannya, kita akan ke sana, kata Mokhtar.

Menurutnya, pengisytiharan itu akan membantu melancarkan usaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Selain itu, ia juga akan membantu membangunkan tapak arkeologi itu sebagai produk arkeopelancongan, katanya.

Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak menjalankan usaha pemuliharaan tapak ini pada masa akan datang, tambahnya.

Persidangan Antarabangsa Kedah Tua (KTIC) yang berakhir semalam dianjurkan bersempena Festival Kedah Tua 2016 bagi mengetengahkan tamadun Kedah Tua serta kepentingannya di rantau Asia Tenggara

Mohamad Sabu antara calon Amanah di Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 05:24 PM PDT

SINAR HARIAN

Khalid Samad
Khalid Samad
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi," kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam satu sidang media di Parlimen, Khalid berkata Amanah berpendapat sukar bagi PKR bertanding menentang Pas pada kedua-dua PRK itu memandangkan kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai hubungan yang baik.

Sehubungan itu, katanya Amanah bersedia mewakili Pakatan Harapan dalam PRK berkenaan.

Menurutnya PKR perlu menerima hakikat bahawa Pas tidak akan menarik diri daripada bertanding.

Oleh itu, tumpuan perlulah diberikan kepada mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di dua kerusi itu, kata Khalid.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita berkata PKR dan Pas masih boleh berbincang berhubung isu calon bagi memastikan hanya satu calon daripada pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding tentang calon bagi kedua-dua PRK itu.

Namun, katanya beliau telah pun bertemu Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pusat Pas Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung perkara itu. 

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata, beliau yakin PKR dan Pas dapat berbincang mengenai pilihan raya kecil berkenaan.

"Kami perlulah menanti (kesediaan) Pas untuk bertemu kerana parti itu yang mahu bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen.

Nada berbeza pula dilontarkan  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan parti itu sudah menutup pintunya bagi sebarang perbincangan dengan Pas mengenai kedua-dua PRK itu.

"Kami tidak mahu berbincang dengan Pas. DAP tidak akan adakan sebarang perbincangan dengan Pas," katanya yang juga Anggota Parlimen Bagan.

PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen bagi kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar

Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan penamaan calon pada 5 Jun. – Bernama


Negara jadi ‘penjara’ untuk penentang Najib

Posted: 23 May 2016 05:18 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menyebut negara ini bakal menjadi 'penjara' besar kepada sesiapa sahaja yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pasport itu keistimewaan. Termaktub dalam Perlembagaan. Perlembagaan dan undang-undang juga menyebut, jika kamu tidak memuji Najib, pasport kamu akan dirampas.

"Sekarang negara akan menjadi 'penjara' besar kepada semua yang menentang Najib kepada media asing di luar negara," katanya dalam catatan blognya, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan terdapat peruntukan di bawah Jabatan Imigresen iaitu mana-mana individu mengkritik kerajaan tidak dibenarkan ke luar negara dan kebenaran untuk ke luar negara merupakan satu keistimewaan bukannya hak.

Pada 15 Mei lalu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dilaporkan tidak dibenarkan berlepas ke Korea Selatan.

Melalui catatan sama, Mahathir sekali lagi secara sinis turut berikrar untuk memuji Najib ketika beliau berkunjung ke luar negara.

"Saya jadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion di dalam akaunnya setinggi langit apabila ke luar negara. Sebarang ucapan saya di luar dan jawapan saya kepada mana-mana media asing akan mengetengahkan soal penahanan dan penangkapannya yang demokratik," katanya.


Pas punca mesyuarat Majlis Presiden tangguh

Posted: 23 May 2016 05:14 PM PDT

 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


KUALA LUMPUR - Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

"Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. 
Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.

"Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadualkan diadakan semalam, bagi membincangkan parti dan calon mereka di dua PRK itu, ditangguhkan sebanyak dua kali selepas ditunda pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tarikh baharu mesyuarat itu masih belum dimuktamadkan sehingga satu keputusan diambil sama ada mahu melibatkan Pas atau sebaliknya.

Kelmarin, Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa tidak menerima sebarang pengesahan rasmi berkaitan mesyuarat tersebut.

Sebelum ini juga, Amanah berhasrat meletakkan calonnya untuk bersaing dengan Pas, khususnya di Parlimen Sungai Besar kerana parti Islam itu bukan lagi sekutu pakatan pembangkang itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu mengulangi pendiriannya bahawa parti Islam itu akan meletakkan calonnya di dua kerusi Parlimen berkenaan yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


Benarkah Pas boleh menang di Sungai Besar?

Posted: 23 May 2016 05:10 PM PDT





 
Oleh Azmi Hassan


Lazimnya jika berlaku pilihanraya kecil (PRK), parti yang menjadi tumpuan adalah parti yang menyandang kerusi tersebut dan dalam PRK Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar, maka logiknya tumpuan adalah kepada Umno.

Tetapi menarik terutama sekali di kawasan Parlimen Sungai Besar tumpuan telah beralih daripada Umno kepada Pakatan Harapan dan Pas kerana kemenangan calon tidak lagi bergantung kepada siapa calon Umno tetapi lebih menjerumus sama ada keputusan yang bakal diambil oleh Pakatan Harapan dan Pas.

Secara logiknya agak sudah pasti Pas tidak akan melepaskan peluang meletakan calon mereka kerana kawasan parlimen tersebut dari segi tradisinya di wakili oleh calon dari parti tersebut. Bermula dari pilihan raya umum (PRU) 2004, di turuti dengan PRU 2008 dan kali terakhir PRU 2013, calon Pas berjaya mengurangkan perolehan undi calon Umno.

Jika PRU 2004 menyaksikan perbezaan undi di antara calon Pas dan Umno adalah 31 peratus tetapi PRU 2008 menyaksikan penyusutan perbezaan perolehan undi memihak kepada calon Pas kepada 20 peratus dan kali terakhir pada PRU 2013 calon Pas hanya tewas sebanyak 399 undi iaitu perbezaan undi sebayak satu peratus sahaja.

Sebab itu dari segi logiknya Pas sepatutnya meletakkan calon mereka kerana kekuatan Pas semakin bertambah kuat.

Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu bahawa tiada lagi perbincangan dengan Pakatan Harapan mengenai pendirian Pas di Sungai Besar bagaikan telah memuktamadkan keputusan kepimpinan Pas yang tetap dengan pendirian mereka adalah parti yang paling kuat dan mampu menewaskan calon Umno.

Tetapi timbul sedikit keraguan mengenai kekuatan sebenar Pas di Sungai Besar walaupun keputusan PRU 2013 memberi persepsi mengenai kekuatan Pas.

Tetapi perlu di beri perhatian bahawa bahawa Pas bertanding pada PRU 2004 dalam gabungan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif sementara PRU 2008 dan 2013 melalui Pakatan Rakyat.

Sebab itu timbul sedikit kemusykilan tentang kekuatan sebenar Pas kerana keputusan ketiga-tiga PRU adalah bersandarkan kekutan pakatan pembangkang manakala status quo Pas pada masa kini adalah berada diluar pakatan pembangkang.

Jika di teliti keputusan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sekinchan yang terletak dalam kawasn parlimen Sungai Besar, akan timbul sedikit kesangsian mengenai kekuatan sebenar Pas dalam kawasan parlimen tersebut.

Mengikut daftar pemilih terkini kawasan Sekinchan mempunyai 57 peratus pengundi Cina berbanding 39 peratus pengundi Melayu. Jika di tinjau satu lagi kerusi Dun dalam kawasan parlimen Sungai Besar iaitu Sungai Panjang, pengundi Melayu merangkumi sebanyak 85 peratus berbanding pengundi Cina cuma 15 peratus sahaja.

Tidak dapat dinafikan pengundi Cina di Sekinchan boleh dianggap sebagai kumpulan penentu kerana citarasa dari golongan ini sedikit sebanyak akan mewarnai keputusan PRK Sungai Besar.

Pada PRU 2004, pembangkang yang diwakili oleh DAP meraih kemenangan dengan 4,903 undi iaitu majoriti 344 undi. Komposisi pengundi pada ketika itu adalah 40 peratus Meleyu dan 57 peratus Cina.

Keputusan PRU 2008 pula menyaksikan calon DAP sekali lagi mencapai kemenangan dengan 5,403 undi.
Manakala PRU 2013 pula calon DAP secara mendadak memperolehi sebanyak 8,107 undi mengalahkan calon MCA dengan majoriti yang agak besar iaitu 2,239 undi.

Tidak keterlaluan jika diambil kira statistik keputusan Sekinchan maka besar kemungkinan sebahagian besar jumlah undi yang diperolehi oleh Pas dalam kawasan parlimen Sungai Besar itu datangnya dari penyokong DAP di Sekinchan.

Oleh kerana status quo sekarang ialah DAP dan Pas dianggap sebagai seteru politik, maka agak mustahil jika hanya Pas yang bertanding, undi penyokong DAP di Sekinchan akan diberikan kepada Pas.

Lazimnya jika penyokong DAP merasa kurang senang dengan calon yang bertanding, kumpulan ini akan memboikot dengan tidak keluar mengundi.

Apa yang berlaku pada PRK Teluk Intan pada tahun 2014 ketika DAP mempertaruhkan Dyana Sofia sebagai calon telah menyaksikan hanya 67 peratus pengundi yang layak menunaikan tanggung jawab mereka. Begitu jelas sekali terdapat sejumlah pengundi yang memboikot PRK Teluk Intan tersebut.

Sehingga hari ini belum ada ketetapan dari Pakatan Harapan sama ada mereka akan meletakkan calon tetapi apa yang pasti adalah Pas akan mempertaruhkan calon mereka tidak kira apa keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan.

Hakikatnya adalah jika Pakatan Harapan dan Pas masing-masing dengan calon mereka di Sungai Besar, sudah agak pasti kemenangan tidak akan berpihak sama ada kepada Pakatan Harapan atau Pas kerana pecahan undi akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional.

Tetapi Pas sebenarnya mempunyai senjata yang agak kuat untuk memaksa Pakatan Harapan tidak meletakkan calon di Sungai Besar kerana jika Dun Sekinchan pengundi Cina dianggap kumpulan penentu maka dalam Dun Selangor pula Pas yang mempunyai sekurang-kurangnya 13 wakil Dun yang masih bersama mereka mampu menghuru-harakan kerajaan Selangor walaupun tanpa kerjasama wakil Dun Umno.

Tunku Aziz Buat Laporan Polis Terhadap Dr Mahathir

Posted: 23 May 2016 05:01 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang di-Pertuan dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.

Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat".

Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mengambil perhatian bahawa beberapa protal berita telah melaporkan tentang perkara itu.

Katanya Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Dr Mahathir) dakwa telah dikumpulkan.

"Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka, Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Isnin.

Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.

Tunku Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir itu telah menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana menteri itu. -Bernama

Dua Pendaki UTM Berjaya Takluk Puncak Everest

Posted: 23 May 2016 04:59 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
JOHOR BAHARU: Dua belia yang masing-masing merupakan mahasiswa dan lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, berjaya menakluk puncak gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan, Isnin.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata kedua-dua pendaki itu adalah Mohd Farul Aidib Mahamad Yusoff, 22, pelajar tahun dua Fakulti Pengurusan dan Azim Afif Ishak, 28, lepasan UTM yang kini menjadi jurulatih Mohd Farul. 

"Mereka berangkat ke Tibet pada April lepas dan sepanjang di sana, mereka mendapatkan khidmat seorang sherpa untuk membimbing mereka. 

"Mereka mendaki dari Tibet dan memulakan pendakian ke puncak itu dari Kem 3 pada pukul 11.45 malam semalam," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. 

Wahid yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan itu berkata pencapaian itu dikecapi hasil sokongan dan dorongan semua pihak termasuk penasihat projek pendakian iaitu Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor. 

Beliau berkata, kedua-dua pendaki itu dijangka pulang ke tanah air pada awal bulan depan dan warga UTM berharap mereka tiba dengan selamat. -Bernama

BN Guna Pendekatan Munasabah Tarik Pengundi Muda - Zahid

Posted: 23 May 2016 04:56 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
SEKINCHAN: Barisan Nasional (BN) mempunyai beberapa pendekatan yang disifatkan sebagai 'munasabah' dalam usaha memikat pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   

Timbalan Perdana Menteri itu berkata pendekatan mesra golongan muda tersebut akan disesuaikan mengikut situasi setempat.

"Kita mempunyai beberapa pendekatan munasabah yang disesuaikan dengan situasi setempat. Kita yakin kaedah itu akhirnya akan menerobos minda kumpulan sasaran (golongan muda)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan pimpinan BN Selangor, Isnin>

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pendekatan tersebut.   

Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengenai usaha menarik pengundi bukan Melayu, Ahmad Zahid berkata Umno akan bekerjasama dengan parti-parti komponennya dalam kempen PRK itu nanti.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno, berkata partiitu juga memberi mandat sepenuhnya kepada kepimpinan BN Selangor dan jentera parti di Sungai Besar untuk memastikan kemenangan BN.   

Beliau berkata walaupun pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, BN hanyamemperoleh majoriti 399 undi, beliau yakin jumlah itu dapat ditingkatkan lagi menerusi kerja kuat dan perpaduan seluruh jentera parti.   

"Kita (semua jentera BN) perlu ketepikan kepentingan peribadi. Kita buktikan kita akan peroleh kemenangan paling besar. Jentera yang kuat, adalah jentera anak-anak tempatan..." katanya.   

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun. -Bernama

Kritik Pilihan Raya, ADUN Pembangkang Digantung Kehadiran Sehari

Posted: 23 May 2016 04:54 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Chow Yu Hui,  dihalau keluar dan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas enggan menarik balik kritikan yang dibuatnya terhadap pilihan raya umum lepas. 

Yang Dipertua DUN Datuk Seri Ishak Muhamad membuat keputusan itu selepas ADUN DAP itu enggan menarik balik kenyataannya yang mendakwa pilihan raya umum itu tidak adil dan tidak bersih, walaupun beliau diberi peluang tiga kali untuk berbuat demikian. 

Chow mengeluarkan kenyataan itu semasa mencelah penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengunaan Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang di sini, dengan membangkitkan mengenai 160 negara mengamalkan sistem Cukai dan Barangan (GST). 

"Semua 160 negara yang mengamalkan GST mengamalkan pilihan raya yang bersih dan adil. Mengapa Malaysia tidak amalkan?" katanya menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin meminta Chow menarik balik kenyataan itu. 

Chow bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya menyebabkan Datuk Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) mengusulkan beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

Ahmad Shukri berkata Chow telah menggunakan bahasa yang biadap dan mengeluarkan tuduhan serta bersangka jahat yang bermaksud Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak bersih dalam melaksanakan tugasnya.

"Perkara 36 (4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pahang menyatakan adalah salah bagi sesorang ahli menggunakan bahasa biadap. Perkara 36 (6) pula menyatakan seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain," katanya pada Isnin.

Ishak sekali lagi memberi peluang kepada Chow untuk menarik semula kenyataan itu, namun Chow tetap dengan pendiriannya dan berkata: "Jika saya kata tidak betul, kamu boleh betulkan saya. Ini adalah perbahasan."

Chow juga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersangka jahat pada anggota dewan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat secara umum.

Ishak bagaimanapun dengan tegas menyatakan pengamatan dan pemikirannya mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai tidak sesuai, biadap dan salah mengikut peraturan mesyuarat.

"Sebagai seorang yang berhormat, dewan ini harus kita hormati. Seharusnya menggunakan bahasa yang baik dan lembut. Jangan sesekali buat persepsi tanpa fakta yang kukuh. 

"Saya ingin menjaga keamanan dan persefahaman di dalam dewan ini. Oleh itu YB (Yang Berhormat) perlu berpandangan jauh, jangan terbawa-bawa dengan sikap angkuh kerana kita mesti hormat-menghormati, sama ada kerajaan atau pembangkang," katanya.

Ishak berkata seorang pemimpin mesti mengamalkan akhlak yang baik dan banyak lagi perkataan sesuai yang boleh digunakan beliau. Persidangan DUN bersambung pada Selasa.  -Bernama


Tiada ulasan: