Jumaat, 8 April 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Hutang 1MBD cecah RM55 billion, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB harus bertanggungjawab

Posted: 08 Apr 2016 07:17 PM PDT





Hutang 1MBD cecah RM55 billion, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB harus bertanggungjawab

Tony Pua 3
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Datuk Seri Najib Razak selaku pengasas syarikat sarat hutang dan skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), harus bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan syarikat milik Kementerian Kewangan itu dalam pengurusan kewangannya.
Selain memegang jawatan Perdana Menteri, Najib juga menerajui Kementerian Kewangan.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, mendapati ada banyak sebab untuk mengaitkan Najib dengan kegagalan syarikat terbabit seperti yang termaktub di dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada hari terakhir sidang Parlimen semalam.
Mengikut Memorandum dan tata urusan syarikat (M&A) 1MDB, beliau yang juga Ahli PAC berkata, setiap aktiviti pindahan wang syarikat terbabit perlu disertakan bersama surat sokongan bertulis yang jelas daripada Perdana Menteri.
"Oleh itu, Perdana Menteri secara peribadinya telah menandatangani semua resolusi bertulis berkaitan pelaburan syarikat berkenaan yang telah gagal, seperti US$1.83 bilion usaha sama Petrosaudi, pinjaman bon bernilai US$6.5 bilion, pengambilalihan berbilion ringgit aset tenaga dan hartanah serta pemecatan dua juruaudit luar, Ernst & Young dan KPMG," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, mengikut M&A 1MDB itu juga, syarikat berkenaan dilarang untuk melantik wakil pegawai daripada Kementerian Kewangan untuk menyertai 1MDB bagi membolehkan satu sistem semak dan imbang dijalankan terhadap syarikat itu.
"Kurangnya pengawasan di peringkat Menteri Kewangan, seperti yang diakui oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar sendiri kepada PAC, hanya meningkatkan lagi kemungkinan keterlibatan Perdana Menteri dalam kesemua skandal berkenaan," katanya.
Malah, katanya lagi, Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB juga gagal mengarahkan 1MDB untuk memberikan kerjasama penuh dan menyediakan dokumen serta rekod yang lengkap berkaitan hal kewangan syarikat terbabit kepada PAC, khususnya yang dilakukan di luar negara.
"Justeru, paling kurang pun, Najib yang juga Menteri Kewangan harus bertanggungjawab selaku Menteri… Malah, hutang yang ditanggung 1MDB kini adalah RM55 bilion sejak Oktober tahun lalu, iaitu lebih besar daripada bajet RM32.3 bilion Kementerian Kewangan bagi tahun 2016," katanya. -Roketkini.com

SIRI JELAJAH PAHANG

Posted: 08 Apr 2016 07:02 PM PDT



09 APRIL 2016 (SABTU) .
PROGRAM CERAMAH JELAJAH MELAYU BERMARUAH PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PARLIMEN TEMERLOH DAN BERA DIADAKAN SERENTAK. AYUH !! DATANG BERAMAI2 BERSAMA KEPIMPINAN UTAMA KEADILAN PUSAT DAN PIMPINAN PH.

NAJIB BELUM BERSIH LAGI - MAKLUMAN KEPADA PENYOKONG2NYA

Posted: 08 Apr 2016 05:23 AM PDT




.........JUGA MENTERI YANG TERMAKAN DEDAK BERLEBIHAN...KAH..KAH...KAH...





Sesiapa yang mengatakan Najib Razak sudah bersih daripada kemelut 1MDB hanya berdasarkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, sebenarnya lebih menyerlahkan mereka tidak membaca dan meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Oleh yang demikian,  khususnya kepada penyokong Najib, daripada menteri hinggalah kepada blogger berbayar, jika masih malas juga membaca laporan setebal 106 muka surat itu, ada baiknya mereka meneliti kenyataan salah seorang anggota PAC, Tony Pua ketika mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi.

Antara yang disebut oleh beliau yang boleh dijadikan pencerahan ialah:- 

- "Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.

"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

"Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"

- "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib, khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara, jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat membersihkan nama beliau.

"Sebab itu saya minta Najib mengarahkan 1MDB untuk menyerahkan semua dokumen kepada PAC dan Ketua Audit Negara untuk penelitian selanjutnya. Jika tidak, Najib akan terus dicemari persepsi takut kepada kebenaran."

- "Hanya kerana seorang lelaki (Tun Mahathir Mohamad) memetik angka yang salah untuk jumlah tabung yang tidak jelas, tidak bermakna tiada wang berbilion dolar telah hilang.

"Kami sudah mengesahkan sekurang-kurangnya AS$5.5 bilion wang dan aset 1MDB tidak boleh disahkan oleh Ketua Audit Negara, selepas siasatan dijalankan selama setahun."

- "Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman, tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian.

"Bantuan Bank Negara khususnya adalah perlu untuk mendapatkan dokumen transaksi di luar negara.

"Pengerusi PAC sebelum ini ( Nur Jazlan) mendengar kedua-dua belah pihak. Kami semakin sukar mendesak sesuatu perkara sekarang ini seperti kes melibatkan bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh misalnya, hanya setelah didesak berulangkali, barulah beliau dapat dipanggil untuk memberi keterangannya."

- "Kita akur untuk membentangkan laporan yang tidak sempurna kerana berkejar dengan masa. Mungkin jika tidak dibentang dalam sessi Parlimen sekarang, ia tidak dapat dibentang langsung dalam sessi Parlimen akan datang, mungkin kerana subjudis atau seumpamanya.

- "Kita berharap PAC akan menyiasat beberapa perkara yang diabaikan kali ini dalam siasatannya di masa akan datang."

Ada penyokong Najib yang masih tidak faham? (SH 

Tiada ulasan: