Sabtu, 9 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kalau Najib Tak Bersalah, kenapa PAS Suruh Beliau Minta Maaf?

Posted: 09 Apr 2016 01:38 AM PDT

1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:

Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan

Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.


Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:

Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya 'mengumpul' hutang sebanyak RM50 bilion.

Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam 'tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai' terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.

Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.

Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.

Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC. -mk

ULASAN GB

Kenyataan TITM, Timbalan presiden PAS di atas telah menutup mulut para "ultra taksub Hadi" di dalam PAS.

Salah seorangnya bernama Faiz Al-Hajari yang menulis seperti berikut di dinding FBnya:


Kenyataan Penyokong Hadi Di FB

Berhubung isu 1MDB, secara asasnya TGHH ada keluarkan 2 statement besar -

• x boleh hukum Najib selagi tidak terbukti dia bersalah
• kepincangan 1MDB hanyalah mengulang kepincangan firma2 terdahulu.

Masa tu semua kutuk TGHH. Dituduhnya TGHH sudah dpt habuan RM2.6b. Dituduhnya TGHH mahu UG dgn Najib. Baju sedondon dijadikan modal. Pelbagai lagi.

Dikatanya Pas x serius mendepani isu rakyat. Pas mahu bersekongkol dgn Umno hanya kerana Pas tidak meratib kisah 1MDB.

Selama ini kami menahan rasa.

Nah, laporan PAC tadi - yg suka diingatkan mengandungi ahli dr pembangkang dgn hanya sorg sahaja dr Pas manakala ahli Dap merupakan VCnya - jelas menyatakan

• Najib tidak terlibat
• pengurusan 1MDB amat pincang dan tiris


Sekaligus MEMBENARKAN kedua2 pandangan TGHH selama ini. Dan ianya juga MEMBENARKAN usaha Pas yg tidak mahu hanya menjatuhkan Najib semata2, tetapi mahu mengubah sistem dan dasar agar skandal2 seperti ini tidak berulang.

Alhamdulillah..anda tuduh presiden kami nyanyuk, tidak pandai berpolitik, hanya layak mencandat sotong dan sebagainya...namun terbukti betapa pandangan beliau amat jitu dan tepat.

Tuan Guru Presiden, kami ahli2 Pas AMAT BERBANGGA berpresidenkan anda.

FB : Faiz Al-Hajari

Jika benar begitu, mengapa TITM perlu meminta Najib meminta maaf jika Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan di dalam isu 1MDB?

Ternyata golongan ultra taksub hadi kini terperangkap sendiri. Dia begitu percaya kepada laporan 1MDB yang kononnya telah membersihkan Najib.

PAS akan sentiasa bertilingkah di dalam kenyataan dan tindakan mereka. Ia petanda bahawa PAS kini sedang diambang kehancuran. Yang menghancurkannya: bukan orang lain tetapi pemimpin dan ahli mereka sendiri bermula dari Tuan Presidennya.

Rafizi Mahu Saman KPN, Cabar Tanding Pilihanraya

Posted: 08 Apr 2016 06:44 PM PDT

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, lapor Malaysia Dateline.

Ia berhubung dakwaan Khalid bahawa Rafizi membuat cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai mengenai arahan meletakkan tangan di belakang ketika dibawa ke mahkamah dengan diiringi pegawai polis.

"Dia hanya buat cerita dongeng untuk kelirukan orang ramai," kata Khalid.

Katanya, ketika diring, Rafizi boleh meletakkan tangan di mana-mata ketika berjalan.

Tetapi Rafizi menafikan tuduhan Khalid berkenaan.

"Saya diarahkan oleh pegawai polis untuk letak tangan di belakang.

"Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai dibuat di hadapan peguam saya.

"Kenyataan IGP memfitnah dan saya rujuk peguam. Kenyataan IGP menuduh saya berlakon itu akan saya bincang dengan peguam untuk saya saman.

"kalau IGP main politik mari bertanding di Pandan,"
tulisnya di Twitter.

Peguam Saiful Izham Ramli sebelum itu telah berkata arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.

Manakala tindakan polis memegang lengan mereka pula ketika berjalan adalah amalan biasa, tambahnya lagi.

Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi blognya dan diikat jamin RM1,000 bagi tuduhan memftnah TH.

Ketiga-tiga tuduhan itu akan disebut semula pada 29 April ini.


Guna OSA untuk keselamatan negara bukan keselamatan PM

Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak harus digunakan secara berwewenang (arbitrary) bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri malah perlu digunakan untuk keselamatan negara dan bukannya penyelewengan wang negara, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.

Mengutuk keras penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk disiasat di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Faiz menyifatkan tangkapan yang dilakukan di pintu masuk parlimen itu sebagai tidak menghormati kesucian institusi legislatif yang menjadi tunggak utama sistem demokrasi negara.

"Keberanian YB Rafizi mendedahkan dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan salah urus institusi kewangan negara termasuk LTAT, Tabung Haji, 1MDB dan sebagainya harus dipuji.

"Ketua Polis Negara sewajarnya menyambut baik pendedahan ini kerana ianya dilakukan demi menyelamatkan dana berbilion ringgit wang negara, dan bukan sebaliknya bertindak zalim terhadap beliau.

"Sebaliknya, Perdana Menterilah yang harus ditangkap dan disiasat berkenaan pelbagai skandal dan salahlaku yang dihadapi ketika ini," tegas beliau.

Faiz turut menasihati Ketua Polis Negara agar menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan peribadi Perdana Menteri dan tidak mengkhianati amanah rakyat untuk memelihara keamanan negara dan menegakkan keluhuran undang-undang (rule of law).

"Negara ini bukan milik Najib Razak, tetapi milik rakyat. Suara rakyat suara keramat. Rakyat harus bangkit menuntut pembebasan segera wira rakyat ini.

"Kezaliman dan salahguna kuasa Perdana Menteri ini harus dihentikan," ujar beliau.
-md


ULASAN GB

Go Rafizi go!

GB tertarik puisi untuk Rafizi ini:

Tiada ulasan: