Jumaat, 8 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bekas CEO 1MDB Tetap Kata Najib Yang Bersalah...

Posted: 08 Apr 2016 12:42 AM PDT

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.


"Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

"Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.

"Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat," menurut laporan itu.


Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.

"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.

"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini,"
kata Mahathir.

Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.

Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.

"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
-mk


ULASAN GB

Berhiruk pikuk golongan ultra-taksub semalam apabila Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) berkata Najib tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas skandal sekitar 1MDB.

Kononnya Presiden PAS mempunyai ilmu luar batasan apabila meminta rakyat tidak menghukum Najib sebelum dibuktikan bersalah dalam isu 1MDB.

Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Tan Seng Giaw itu ialah ulasannya mengenai perjalanan 1MDB dengan tidak mengambil kira peranan Lembaga Penasihat.

Kenyataan di atas oleh bekas CEO 1MDB membuktikan bahawa Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat memang ada peranan, malah besar peranannya iaitu

Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Dan memang benar kata TDM, bekas CEO itu tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. Jadi mengapa letakkan kesalahan hanya kepada CEO tersebut? Apatah lagi hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion.

Dan hari ini Timbalan Presiden PAS, TITM meminta Najib meminta maaf.... kalau Najib tak bersalah apasal TITM suruh Najib meminta maaf, wahai ultra-taksub?

Alhamdulillah, Hanipa Sudah Mula Sedar & Beri Respons...

Posted: 07 Apr 2016 08:45 PM PDT

Hanipa mula sedar, tunjuk perkembangan positif

Keadaan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini sudah menunjukkan perkembangan positif dengan menggerakkan mata dan kepalanya, kata salah seorang ahli keluarganya.

"Alhamdulillah, satu perkembangan yang positif ditunjukkan oleh YB Hanipa yang mana beliau sudah mula sedar dan menggerakkan tangannya. Beliau juga cuba gerakan kepala dan mata untuk beri respon bila namanya dipanggil.
"Cuma doktor minta beliau beri tindak balas secara perlahan-lahan dan pulih secara semulajadi," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir berkata Hanipa dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat.

Beliau kemudian dipindahkan ke wad kecemasan HKL bagi mendapatkan rawatan susulan. -mk

LAPORAN SEBELUM INI


Hanipa stabil tapi masih di ICU

7 APRIL: Ahli Parlimen AMANAH Sepang, Hanipa Maidin yang menjalani pembedahan neurologi akibat darah beku dalam otak dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

"(Hanipa) Masih dalam ICU selepas menjalani pembedahan pada Isnin dan keadaannya kini stabil tapi masih di bawah pengawasan doktor.

hanipa HKL"Apa yang berlaku kepada beliau ini boleh kita katakan strok," kata kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir kepada Mkini.

Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan HKL.

Menurut Anuar Hanipa ketika ini masih belum sedar disebabkan ubat bius yang diberikan doktor kepadanya.

"Kita mengharapkan semua pihak dapat mendoakan kesihatan kedua-dua pimpinan Hanipa dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Asmuni Awi pulih seperti sediakala agar mereka dapat meneruskan khidmat mereka. Insya-Allah," kata Anuar.


ULASAN GB

Semuga Allah mengurniakan kesembuhan untukmu Hanipa Maidin.

"Ya Allah, sembuhkanlah beliau seperti sediakala. Kami dan parti kami masih memerlukan khidmatnya....

Dengarlah rayuan kami ya Allah, terimalah doa kami ini... aamiin, aamiin

Apa Wayang Yang PAS Main Dalam PRN Sarawak?

Posted: 07 Apr 2016 09:00 AM PDT

Letak calon bukan Islam tidak bantu Pas

KUALA LUMPUR - Tindakan Pas yang buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak hakikatnya tidak akan membantu parti itu untuk meraih sokongan pengundi, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata selain cenderung untuk menolak Pas disebabkan agenda hukum hudud yang diperjuangkan parti itu, pengundi di Sarawak lazimnya mengundi parti yang mewakili kaum masing-masing.


"Strategi Pas meletakkan calon bukan Islam tidak akan mengubah pola pengundian masyarakat Sarawak kerana pengundi tidak melihat kepada calon, tetapi parti yang diwakili oleh calon terlibat."

"Ini kerana isu yang dibawa oleh mereka adalah bersifat nasional seperti 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan hudud, sedangkan rakyat negeri itu lebih bertumpu kepada isu tempatan seperti pembangunan, kemudahan infrastruktur, pendidikan, peluang pekerjaan dan tanah adat," katanya kepada Bernama.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang, 59, sebagai calon Dun Kakus.

Clement adalah antara 11 calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya negeri, yang mempunyai 82 kerusi kali ini. Calon-calon Pas lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda Pas Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi Dun baharu).

Satu-satunya calon wanita Pas adalah Hamidah Mokthar, 26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah Pas Sarawak akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro.

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata strategi 'tidak menjadi' Pas itu juga secara langsung mencalar dan mengenepikan imej parti Islam yang diperjuangkan selama ini, semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

"Sebenarnya Pas cuba untuk mencapai kemenangan dengan apa jua cara... Tanpa menghiraukan hakikat bahawa Pas adalah sebuah parti Islam. Strategi ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti itu yang sebelum ini tidak pernah meletakkan calon bukan Islam,"
katanya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -Bernama

ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan seorang sahabat di kumpulan WA. Cuba baca:


Ya, GB ulangi: apa wayang yang PAS mainkan sekarang?

Kedua, dahulu Presiden PAS sendirilah yang menyatakan "Mereka yang tidak berpendidikan peluk Kristian.


Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Ketiga, di dalam satu video yang viral di media sosial, sempat pula dia menuduh AMANAH sebagai "khadam DAP".

Apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu sebenarnya hanya melahirkan jiwanya yang kacau dan hatinya yang berpenyakit. Menuduh yang bukan-bukan, melabel secara membabi buta kerana sebenarnya beliau cuba menutup rasa cemburu dan irihatinya dengan perkembangan AMANAH yang kini walaupun hanya baru beberapa bulan ditubuhkan sudah mampu menyaingi partinya di seluruh negara.

Rakyat Sarawak berpusu-pusu mengisi borang AMANAH

GB perturunkan jawapan yang menarik dari Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengenai kenyataan Presiden PAS itu:

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim

Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang,"
katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) di pihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan 'dedak' rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah 'khadam DAP'.





Tiada ulasan: