Jumaat, 26 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET ?

Posted: 26 Feb 2016 04:00 AM PST

KENYATAAN MEDIA 16 DISEMBER 2015 ADAKAH LAPORAN RASUAH SAYA KE ATAS SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET SEPERTI LAPORAN RASUAH BERSANGKUTAN PEMIMPIN BN LAIN ?

 Pada 27 Oktober 2015 yang lepas saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu set dokumen yang saya yakini ada kaitan dengan 'skandal pembalakan' di negeri Kelantan.

Berikut ialah laporan saya di mana saya serahkan sekali dengan semua dokumen yang disebut.

 Pada 19 Oktober 2015 beralamat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, No 344, Jalan Haruan 5-8, Oakland Commercial Centre II, Negeri Sembilan, saya (penama di atas) telah menerima satu sampul yang mengandungi sejumlah dokumen yang saya percaya ianya berkaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK).

 Bersama ini, saya sertakan :

i. 1 surat bertarikh 08 Oktober 2013, dari Lapangan Desiran Sdn Bhd, kepada Komplek Perkayuan Kelantan, yang menyenaraikan 8 perkara sumbangan / habuan / bayaran berkaitan perjanjian di antara KPK dan syarikat tersebut. Dari sumbangan / habuan / bayaran yang disenaraikan, jelas terdapat wujudnya rasuah.

 ii. Dokumen pembuktian transaksi sumbangan / habuan / bayaran 10 ekor lembu berkaitan perkara (i). – Resit penghantaran dan Salinan Kad Pengenalan penerima lembu tersebut disertakan

 iii. Salinan surat sewa beli Public Islamic Bank sebuah kenderaan model Toyota Fortuner, D110 berkaitan perkara (i) sebahagian imbuhan.


iv. Salinan cek bernombor 395721 Public Bank Kota Bharu Kelantan, milik syarikat Biotrend Asia (M) Sdn Bhd, bernilai RM1 juta dibayar kepada Zahri Bin Ismail berkaitan berkara (i).

v. Salinan invoice IFC Holding Sdn Bhd, yang dibilkan ke atas penama surat perkara (i), membekalkan 167 kotak PVC Vinyl tile code 3211, 167 kotak PVC Vinyl tile code 3111 dan 13 tin PVC Vinyl glue yang bernilai RM34,544.80 yang mempunyai kaitan dengan perkara (i).

 vi. Salinan surat / perjanjian oleh Dato Zahri Bin Ismail, beralamat di Istana Negara Kuala Lumpur bertarikh 20 November 2012, kepada Dato Peter Sow Chin Chuan, yang beralamat Jalan Hospital Kota Bharu, menyatakan perjanjian jual beli 5000 ekar konsesi pembalakan milik KPK di mana Dato Zahri Bin Ismail bertindak atas kepentingan KPK menerima bayaran tunai RM150,000 dan tercatat baki RM4,850,000 (RM4.85juta). Salinan surat / perjanian jelas melibatkan penama-penama yang terkandung dalam perkara (i).

 vii. Salinan resit pembayaran daripada Dato Sow Chin Chuan kepada Adli Aznam & Akram (peguambela & peguamcara) bernilai RM1 juta melalui cek Public Bank bernombor 395711.

 viii. Salinan cek Public Bank Kota Bharu Kelantan, bertarikh 14 Ogos 2012, milik Biotrend Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM1 juta, dibayar kepada Adli Aznam & Akram.

 ix. 1 risalah 24 muka surat bertajuk 'Surat Dato' Husam Musa kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Baldah Toyyibah yang diteliti ada kaitan dengan perkara-perkara di atas.

 x. Salinan surat Dato' Haji Husam Musa bertarikh 4 Oktober 2015, kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, bertajuk 'Selamatkan Kelantan, Hentikan Pemberian Hutan Simpan Kekal Untuk Ladang Hutan' yang mempersoalkan syarikat yang mendapat keistemewaan membalak di Hutan Simpan Kekal Kelantan.

 xi. Daftar perniagaan DHR Kelstar Plantation Sdn Bhd, syarikat yang berkaitan dengan surat perkara (x).

 xii. Salinan gambar skrin akaun facebook Zahri Ismail yang diyakini disebut dalam beberapa dokumen di atas. 

 Dalam dokumen (vi) seorang yang dikenali sebagai Datuk Zahri Ismail telah menggunakan alamat Istana Negara. Ini menimbulkan keraguan. Carian di Laman social Facebook nama tersebut telah menemukan sebuah akaun yang mana individu tersebut secara jelas menampilkan diri dengan gambar – gambar bersama beberapa pimpinan kerajaan pusat. Penama ini amat meragukan dan disyaki cuba manipulasi (menipu) menggunakan hubungan beliau dengan beberapa pimpinan utama. Persoalan juga muncul bagaimana penama itu boleh menerima wang atas nama syarikat kerajaan negeri (KPK) dan menggunakan Istana Negara sebagai alamat penama.

 Dengan semua dokumen ini SPRM seharusnya tidak ada alasan tidak memulakan siasatan malah cukup untuk mensabitkan penama – penama terbabit.

 Saya telah tampil membuat laporan SPRM selaku anak muda Kelantan yang mana saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

 Tujuan saya membuat kenyataan media dan mendedahkan semua dokumen ini kepada umum adalah untuk membersihkan nama saya kononya saya hanya mereka fitnah dan tidak punya asas dalam membuat laporan SPRM. Malah saya merasa amat kecewa apabila ada antara 'pemuka' yang saya kenali yang juga rapat dengan Kerajaan Negeri mahupun PAS itu sendiri menyambut saya umpama musuh, adakah begitu cara Islam meraikan aduan salah laku ? Malah tanpa selindung saya juga menerima ugutan namun saya abaikan kerana yakin ini kerja orang terdesak. 

 Saya juga melahirkan rasa kecewa saya terhadap SPRM yang sehingga kini kelihatan tidak bergerak. Saya mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM.

 Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan 'pecah amanah' atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.

 Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada saya disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang saya buat.

 Selama ini saya hanya mendengar mengenai 'cerita' laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa orang ke atas korupsi berkaitan Bn atau pemimpin Bn, hasilnya pelapor disiasat berjam – jam. Disabit kesalahan kerana membuat pendedahan tetapi yang melakukan korupsi terus dilindungi. Kali ini saya sendiri rasakan perkara yang sama. Cuma persoalanya adakah laporan yang saya buat juga dilindungi kerana ada kepentingan Bn atau mereka telah menjadi sekutu yang juga mendapat perlindungan ?

 Sekian.

 MOHD AFIQ BIN AYOB

Nota : Untk melihat tulisan dan salinan dokumen sila klik di sini

Menyekat akses kepada laman web The Malaysian Insider : Tindakan SKMM Semborono !

Posted: 26 Feb 2016 12:00 AM PST

  Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana menyekat akses kepada laman web The Malaysian Insider.

Aktivis Badaruddin Ismail buat laporan polis selepas
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia arah sekatan akses
portal The Malaysian Insider atas alasan keselamatan negara. 
Aktivis Badaruddin Ismail buat laporan polis selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia arah sekatan akses portal The Malaysian Insider atas alasan keselamatan negara.

Aktivis Badaruddin Ismail, 70, membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 10.20 malam semalam, beberapa jam selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan beberapa pembekal perkhidmatan Internet menyekat akses kepada portal itu atas alasan "keselamatan negara".

 Badaruddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din berkata tindakan itu bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

 Dalam laporannya, beliau menyatakan SKMM tidak boleh menentu sahkan artikel mana dilapor siar oleh The Malaysian Insider yang berunsur menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata tindakan SKMM itu dibuat secara semberono dan tidak berjustifikasi, menyifatkan ia tuduhan palsu berniat jahat, dan penyalahgunaan kuasa.

 "Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan selepas membaca di laman web itu petang semalam yang ia disekat SKMM. 

 "Bagaimana SKMM boleh menentukan apa yang dianggap sebagai ancaman keselamatan negara? Itu tugas polis," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

 Badaruddin berkata sekatan yang dikenakan dikatakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu juga tidak berkenaan kerana undang-undang itu terlalu umum. ~ sumber

Sementara itu, Syahredzan Johan seorang peguam berkata melalui status di fesbuknya berkata, SKMM tidak boleh dengan sendirinya memutuskan bahawa terdapatnya kesalahan atau pelanggaran di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia' dan kemudian bertindak menyekat akses ke laman berita TMI.

  Menurutnya, seksyen tersebut tidak memberi kuasa kepada SKMM untuk menyekat mana-mana laman sesawang. Ia merupakan suatu Seksyen yang mewujudkan suatu kesalahan - penggunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan yang tidak wajar. 

  "Jika ada seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233, dia seharusnya dihadapkan ke Mahkamah. Mahkamah kemudiannya akan menentukan sama ada dia bersalah, bukannya pihak SKMM. 

" Tindakan SKMM ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan boleh dicabar atas dasar, antara lain, bahawa ianya melangkaui bidangkuasa Suruhanjaya tersebut yang telah diberikan oleh Parlimen.

 "Ia juga bermakna bahawa tindakan SKMM ini boleh dikatakan sebagai bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan." Jelasnya lagi.

Menggelabah sangat hingga tak berani nak kata 10 kepada 5 x 2 !

Posted: 25 Feb 2016 09:00 PM PST

 Dua orang ahli Panel Penilaian Operasi yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menafikan bahawa panel tersebut terlibat dengan laporan berita bertajuk "Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM" yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider kelmarin.
Geraf oleh TMI bersumberkan dari SPRM
  Walaupun kita semua mampu memahami graf yang mudah diatas itu , tapi Tan Sri Hamid Bugo, pengerusi panel dan seorang lagi ahli panel itu tidak berani untuk menyatakan bahawa ada "bukti mencukupi untuk mendakwa Najib lebih SRC" 
   

  Mereka berdua ini umpama hanya mampu melihat simbol matematik 2 X 5 = 5 x 2 tapi tidak berani menyatakan bahawa resolusinya ialah 10! sebagaimana kita manusia yang waras mampu memberikannya.

  Kenapa mereka ini begitu takut untuk berkata bahawa "terdapat bukti yang boleh dipercayai untuk melakukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak"?

 Ketua Panel itu juga berkata , panel tidak membuat kesimpulan bahawa "Para penyiasat SPRM telah mengumpul bukti yang cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib." 

  Macam-macam penafian yang mereka berdua kemukakan....6 lagi ahli panel tidak terlibat dengan pernyataan penafian di sini

Kenapa dua orang ni sahaja yang nampak takut menggelabah sangat hingga tak berani nak kata 10 kepada 5 x 2 ??

Halang akses TMI bukti Putrajaya takut media bebas?

Posted: 25 Feb 2016 06:03 PM PST

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini, mendapat tentangan di kalangan pemimpin politik yang berpandangan tindakan SKMM itu amat mengejutkan, mendukacitakan dan pencabulan hak asasi rakyat.

Adun Salor Datuk Husam Musa berkata, sekatan laluan ke atas portal berita TMI bukan sahaja mengejutkan, tetapi menakutkan.

 "Malaysia dengan cepatnya seakan menuju negara diktator semacam Filipina di era Marcos dan Myanmar di era tentera.9 "Simpton itu menyerlah. Hanya kerana ketakutan satu dua orang terhadap nasibnya di neraca undang-undang.

"Jika ia bersabit dengan laporan hari ini oleh TMI - kenyataan Panel SPRM adanya prima facie atas kes 1MDB - lalu TMI disekat laluan akses, ternyata 1MDB telah mengheret Malaysia terlalu jauh ke jurang kerosakan," ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

 Bekas Naib Presiden Pas ini berkata, semua kebenaran berkaitan 1MDB menunjukkan kesalahan kepada beliau. Hari demi hari tidak pernah reda dari bukti dan fakta baru.

 "Lebih baik bagi orang ini menerima hakikat dirinya telah membawa beban kepada negara," ujarnya.

 Menurut portal media bebas itu, beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu. Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, di sesetengah tempat, mengadu mengenai sekatan itu. Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web The Malaysian Insider.

 Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.


 Bagi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil pula berkata, tindakan SKMM menghalang akses pengguna beberapa Internet Service Provider (ISP) ke laman berita online TMI amat mendukacitakan dan dikecam.

 "Tindakan yang bersifat kuku besi ini jelas melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang ke-7, iaitu 'Menjamin tiada penapisan Internet' dan berkemungkinan berkait laporan berita TMI dalam isu "derma politik" RM2.6 bilion pemimpin utama negara.

 "Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.

 "Putrajaya tidak patut menggunakan langkah ini untuk menghalang tugas dan tanggungjawab media sebagai estet ke-empat di dalam sesebuah demokrasi.

 "Malah ia hanya mengukuh persepsi umum bahawa ada usaha untuk menghalang orang ramai dari mendapat berita dan maklumat untuk perbincangan sihat di ruang awam demi masa depan negara. Sudah pasti tindakan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia," ujar Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Keadilan.

 Justeru beliau menggesa agar Putrajaya mengkaji semula dan menarik balik halangan akses ini dengan segera. 


 Manakala Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad pula berkata sekatan terhadap TMI merupakan satu pencabulan hak asasi rakyat yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

 katanya, hak untuk tahu dan mendapat maklumat berhubung prestasi dan tindakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah satu hak yang dijamin perlembagaan. 

 "Amanah menyedari bahawa kerajaan sedang tertekan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa khususnya berhubung 1MDB. Namun tindakan menghalang akses kepada mana-mana laman berita seperti TMI tidak boleh diterima. 

 "Amanah mengutuk apa jua usaha menutup salah laku pimpinan kerajaan dengan menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang bebas dan telus dari sumber-sumber di luar kawalan kerajaan.

 "Amanah ingin mengingatkan kerajaan Umno- BN bahawa keadaan dan suasana dunia tidak lagi seperti dahulu di mana akses kepada maklumat boleh dihalang dengan mudah. Suasana dunia tanpa sempadan dewasa ini menyebabkan maklumat boleh diperolehi dari pelbagai sumber," ujarnya dalam kenyataan. 

 Justeru Khalid berkata, adalah lebih baik pihak kerajaan mendepani segala pendedahan yang dibuat mana-mana pihak secara bertanggungjawab dengan memberi jawapan balas terhadap setiap persoalan yang ditimbulkan.

 "Sekiranya pendedahan dan tuduhan itu adalah benar dan berasas maka Amanah menuntut supaya pihak bertanggungjawab, setinggi mana sekalipun kedudukan mereka, perlu dibawa ke proses pengadilan dan tidak sebaliknya dilindungi dengan menindas dan menafi hak rakyat.

 "Amanah menuntut supaya halangan akses kepada laman berita The Malaysian Insider ditamatkan dengan segera dan kerajaan kembali ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat," ujar Ahli Parlimen Shah Alam ini. ~ SUMBER

Tiada ulasan: