Selasa, 16 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Merayu kepada Allah dan Rasul, tapi nak jumpa pak menteri??

Posted: 16 Feb 2016 05:43 AM PST

  
   Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

 Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

 Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

 "Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.

 "Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.

 "Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

 "Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.

 "Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).

 Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.

 "Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.

 "Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.

 "Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.

 Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.

 Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka. – 16 Februari, 2016. ~ sumber

Komen al-Husseyn : 

  Wow! tugas khas dia untuk menangani pelampau agama? Tapi apasal dengarkan vdo dia, dia sendiri melampau-lampau hentam orang?

  Cabar Maza untuk berebat dimana sahaja, bila Maza sambut cabarannya dia bagi alasan tak berani dan bagi alasan sebab arahan daripada pimpinan tertinggi negara....

  Bila diarahkan tukar tempat kerja ...boleh pula nak bantah! Sampai nak jumpa sendiri dengan menteri?? Ugut nak berhenti kerja?? 

  Hello Zamihan, kalau dah ada surat hitam puteh suruh tukar tu, apa lagi yang kamu kurang pastinya lagi? Kamu ingat surat arahan palsu ker? 

 "Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul." - Dah tu kamu jumpa Zahid tu nak sembang pasal apa? Bukan sebab nak merayu ker?? 

Melayu terhutang budi dengan siapa? Penagih dadah Melayu itu atau Ismail Sabri?

Posted: 15 Feb 2016 08:00 PM PST


Jadi remaja lelaki yang mencuri telefon bimbit di Low Yat Plaza pada Julai tahun lepas adalah seorang penagih dadah.

 Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur Jumaat lalu apabila dia mengaku bersalah terhadap penyalahgunaan dadah.

 Majistret Muhamad Faizal Ismail turut memerintahkan Shahrul Anuar menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu dan menjalani dua tahun pengawasan polis.

 Apa yang menarik dalam kes ini adalah bahawa dia didakwa mengambil methamphetamine di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, pada pukul 4.15 petang, pada 12 Julai tahun lepas.

 Persoalannya, bagaimana Shahrul Anuar mendapat dadah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi? - di IBU PEJABAT POLIS!??

 Kita boleh membuat kesimpulan bahawa sama ada dia dibekalkan dengan methamphetamine dari dalam atau oleh pengunjung dari luar. Apa-apa pun, mengapa badan dia tidak diperiksa untuk  apabila dia dalam tahanan polis?

 Orang ramai perlu beri penjelasan oleh polis.

 Shahrul Anuar adalah lelaki yang hampir menyebabkan rusuhan kaum di tengah-tengah Kuala Lumpur selepas dia mencuri telefon daripada sebuah kedai di Low Yat Plaza.

 Kecurian itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 Jadi Shahrul Anuar telah disahkan seorang pencuri biasa dan penagih dadah. Kami tahu betul bahawa penagih dadah terlalu malas untuk bekerja tetapi akan pergi untuk wang mudah untuk memberi makan tabiat mereka yang sakit.

 Tetapi adakah anda ingat siapa yang datang untuk menyelamatkan seorang pencuri biasa dan penagih dadah?

 Siapa lagi tetapi seorang menteri yang bernama Ismail Sabri.

 Menteri ini tidak ambil tahu mengenai fakta kes tetapi memilih untuk bertindak demi bangsa, atau ia kelihatan begitu.

 Dia percaya cerita fiksyen yang seorang peniaga Cina telah menjual telefon klon kepada pelanggan Melayu dan kerana itu dia mesti mencari keadilan untuk bangsanya.

 Jadi Ismail Sabri buat Low Yat Plaza 2 di Kompleks Mara - semua kerana pencuri biasa dan seorang penagih dadah biasa.

 Yang demikian itu menunjukan jelas tentang mentaliti menteri.- sumber

Komen al-Husseyn :

  Itulah mengenai mentaliti pak menteri yang rasis. Bagaimana pula dengan sistem keadilan? Mungkin juga rasis kalau diperhatikan denda yang dikenakan ke atas penagih dadah Melayu ini berbanding dengan hukuman denda yang dikenakan keatas tiga jurujual Cina yg didapati bersalah yang masing-masing didenda RM1,800 kerana membelasah penagih dadah Melayu ini.

  Tiga jurujual Cina itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. ~ sumber

  Manakala penagih dadah Melayu ini didenda RM2,000 sahaja atau menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut...

  Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan pengawasan polis sehingga tiga tahun. ~ sumber

   Bayangkanlah, penagih tu mengambil dadah di Ibu Pejabat Polis! Sepatutnya tentulah hukumannya lebih berat lagi kerana mencemarkan tempat polis sendiri - bukan balai polis biasa, tetapi Ibu Pejabat Polis Malaysia!

 Jadi apa ceritanya? Cer bandingkanlah betapa lenientnya.... untungnya jadi Melayu!Kan? 

Dan kalau tidak kerana penagih dadah Melayu ini buat havoc, peniaga Melayu tentu tidak akan dapat berniaga di Low Yat Plaza 2 di Kompleks Mara.... Jadi orang Melayu harus terhutang budi dengan siapa? Penagih dadah Melayu itu atau Ismail Sabri?

Tiada ulasan: