Selasa, 16 Februari 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KENDERAAN RASMI AL-MARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Posted: 16 Feb 2016 02:04 PM PST




(Sunarti Kibat - Bekas Wartawan Utusan Malaysia)

Saya masih mengingati, kenderaan rasmi Tok Guru pada ketika itu ialah Mercedes Benz hitam, bernombor DAB 80. Pada suatu hari, ketika kempen sedang rancak berlangsung di Semerak, Tok Guru turut dijadualkan untuk memberi ceramah selepas waktu Isyak. Petang itu beliau mempunyai tugas nun jauh di Kuala Krai. Sehabis tugas di Kuala Krai pada lewat petang, beliau terus ke lokasi sepatutnya untuk menyampaikan ceramah.

Disebabkan kehadiran Tok Guru ke majlis ceramah pilihan raya dengan kenderaan rasmi pada malam itu, ia menjadi modal terbaik kepada parti lawan untuk mempertikaikan ketulusannya. Sehingga beliau disifatkan 'cakap tak serupa bikin' kerana turut menyalahgunakan harta kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan politik.

Persoalannya, apakah reaksi Tok Guru setelah beliau dihentam kerana menyalahgunakan kenderaan menteri besar untuk ke ceramah politik?

Keesokan paginya saya menemui Tok Guru untuk bertanyakan jawapannya atau bahasa wartawan buat 'follow up'. Jawapan beliau amat memeranjatkan saya. Saya menyangka Tok Guru akan marah atau sekurang-kurangnya hanya mendiamkan diri sahaja. Saya tidak ingat ama ada berita tersebut disiarkan atau tidak.

Dalam satu lagi majlis ceramah, selepas Tok Guru menerima kritikan tersebut, beliau bersungguh-sungguh memohon maaf kerana telah melakukan kesalahan. Iaitu menyalahgunakan kenderaan rasmi bagi tujuan ceramah politik. Beliau juga berjanji tidak akan mengulanginya. Itulah sebenarnya jawapan awal Tok Guru kepada saya ketika saya maklumkan mengenai kritikan salah seorang pemimpin politik lawan ke atasnya.

Tok Guru menjelaskan bahawa, beliau terpaksa menggunakan kereta rasmi itu kerana majlis yang dihadiri sebelumnya di Kuala Krai tamat lewat petang. Oleh kerana itu, beliau terpaksa bergegas ke Semerak dan tidak sempat balik ke Kota Bharu untuk menukar kenderaan lain. Setelah permohonan maaf itu dibuat oleh Tok Guru, maka isu salah guna kereta rasmi menteri besar berakhir malam itu juga dan tidak ada siapa yang mengungkitnya lagi.

Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang semestinya sukar untuk dilakukan oleh orang lain sekiranya berada ditempat beliau.

FT: PQPTRW 1-0 PDRM FA

Posted: 16 Feb 2016 07:05 AM PST



TAHNIAH PQPTRW berjaya mencatat kemenangan pertama musim ini selepas dua perlawanan.
.
FT: PQPTRW 1-0 PDRM FA
--
65' Dramane Traore
.
GAMBAR: Reaksi puas terpancar diwajah Dramane Traore selepas berjaya meletakkan bola ke gawang PDRM pada minit ke-65 perlawanan.
.
PENAJA UTAMA:
• Vida Beauty
• Pamoga Qu Puteh
• Millenia
• CengalJati
.
Foto oleh @wawanfaiz
.
————————————
Facebook/Twitter: TRWFC
Instagram: @trwfc_official
www.theredwarriorsfc.com
————————————

Keadaan Air Di Sebuyau Sarawak, Sangat Kotor!

Posted: 16 Feb 2016 05:56 AM PST



Keadaan air paip di kawasan Sebangan, Sebuyau. Mohon pihak berkenaan turun padang bagi mengatasi masalah ini.

Photo By Sebanganion Sarawakions

7 CIRI YANG ADA PADA MANUSIA SOMBONG.

Posted: 16 Feb 2016 05:54 AM PST



7 CIRI YANG ADA PADA MANUSIA SOMBONG.
Tiada Jaminan Syurga.

Dikisahkan daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman bin 'Auf r.a menceritakan:

"Pernah Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Amr bin 'Ash r.huma bertemu di Bukit Marwah. Lalu mereka berdua bercakap-cakap beberapa saat. Setelah itu Abdullah bin Amr pergi, sedangkan Abdullah bin Umar masih berada di sana sambil menangis, lalu seseorang datang bertanya kepadanya :

"Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Abu Abdur Rahman?"

Ibnu Umar berkata : "Orang ini, iaitu Abdullah bin 'Amr baru saja mengaku bahawa ia telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Barangsiapa yang ada kesombongan dalam hatinya walaupun sebesar zarah, maka اللّٰه akan menghunjamkan wajahnya ke dalam Neraka".
(H.R. Ahmad dan Tabrani dalam al-Kabiir dan para perawinya shahih, Majma'uz Zawa 'id 1/282)

Sudah menjadi sunnatullah, bahawa manusia mempunyai sifat khilaf dan lupa.

Walau bagaimanapun kepandaian seseorang, sekali waktu ia pasti berbuat khilaf atau lupa. Kerana itu, sebagai makhluk yang lemah kita harus senantiasa memohon rahmat dan ampunan dari-Nya atas segala kekhilafan dan kesalahan kita, baik yang kita sengaja maupun yang tidak.

Firman اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bermaksud:

" Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( QS Al Isra': 037 )

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Muslim)

Ibnu Qayyim Al-Jauzi, mejelaskan seseorang yang sombong memiliki sifat-sifat seperti:

1. Sesungguhnya semakin bertambah ilmunya, semakin bertambah pula kesombongan dan kebongkakannya.

Dengan ilmu yang mereka miliki itu akan digunakan untuk menjatuhkan seseorang yang ia benci, menanti sanjungan dan pujian atau merasakan ianya sudah cukup sebagai jaminan syurga untuknya.

2. Setiap bertambah amalnya, semakin bertambah kebanggaannya dan memandang rendah orang lain, serta semakin bertambah prasangka baiknya terhadap diri sendiri.

3. Semakin bertambah usianya, semakin bertambah rakus dan serakahnya kepada dunia.

Dengan pengalamannya, kelebihan ini digunakan untuk meraih gelaran dan juga pujian. Namun ia tidak sedari bahawa ia semakin menghampiri kematian.

4. Semakin menumpuk harta dan kekayaannya, semakin bertambah bakhil dan kikirnya.

Segala yang اللّٰه kurniakan kepadanya, dipergunakan untuk mencari nama dalam kumpulan tertentu. Memandang rendah orang-orang yang miskin daripadanya tanpa ia sedari nikmat kekayaan itu adalah fitnah yang besar menimpa dirinya, juga itu hanyanya pinjaman kepadanya.

5. Semakin meningkat darjat dan pangkatnya, semakin meningkat pula kesombongan dan keangkuhannya.

6. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

7. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan اللّٰه hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

— Sesungguhnya seorang yang sombong adalah seperti Qarun, yang berlaku sombong dan zalim terhadap golongannya dengan kekayaan dan kekuasaan yang اللّٰه telah kurniakan padanya.

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada اللّٰه." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

"Seseorang yang sombong umpama ia melihat kecilnya seseorang di puncak bukit, namun ia tidak sedari, bahawa ia juga kecil dari pandangan di atas bukit."

KELEBIHAN PARA ULAMA ADALAH PADA IJTIHADNYA

Posted: 16 Feb 2016 04:33 AM PST



Para ulama adalah golongan yang arif mengenai agama. Justeru, sesiapa yang tidak sampai tahap mujtahid, perlulah mengambil panduan dan bertanya kepada yang arif. Firman Allah:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(al-Qur'an, Surah al-Anbiya' 21: 7)
Maksudnya:
Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Zikri jika kamu tidak mengetahui.

Malah, ijtihad orang awam adalah tertolak berdasarkan dua ayat al-Qur'an iaitu:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
(al-Qur'an, Surah al-Isra' 17: 36)
Maksudnya:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Maka seseorang muslim tidak harus mengelurkan pendapat pada hukum-hakam terutamanya pada perkara yang tidak diketahui.

أَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
(al-Qur'an, Surah al-A'raf 7: 33):
Maksudnya:
Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Berbanding dengan golongan liberal yang membuka seluas-luasnya kepada orang awam untuk berijtihad dan menolak kebolehan ulama berijtihad. Ini merupakan prinsip golongan liberal yang bercanggah benar daripada pandangan Islam. Islam membenarkan ulama berijtihad tetapi golongan liberal memandang negatif ijtihad ulama. Begitu juga, Islam menolak ijtihad orang awam dalam cabang agama tetapi golongan liberal membuka seluas-luasnya kepada orang awam berijtihad. Malah, prinsip-prinsip wacana Islam Liberal adalah bebas berijtihad dan menolak autoriti ulama.

Dalam Islam, kedudukan ulama seiring dengan pemerintah kerana kedua-duanya iaitu ulama dan pemerintah adalah diiktiraf oleh al-Qur'an sebagai sumber arahan. Tetapi golongan liberal menolak kepimpinan dan autoriti ulama. Sungguh bercanggah!!! Islam memberi autoriti kepada ulama untuk mengeluarkan arahan berdasarkan kefahaman nas tetapi golongan liberal sentiasa menolak autoriti ulama. Malah, golongan Islam Liberal melihat autoriti ulama hanya akan memberi kesan negatif. Mereka mengatakan golongan ulama akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan orang lain. Golongan liberal sememangnya benar-benar mencabar Islam dan syariat Allah.

Dr. Muhammad Atiullah Bin Othman

Tiada ulasan: