Sabtu, 30 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 30 Jan 2016 07:26 PM PST

Mohd Amar, Takiyuddin perlu bertanggungjawab





KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musamenyarankan dua individu penting dalam perlaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Husam berkata, dua individu terbabit, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurutnya, kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan.
"Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di sini, malam kelmarin.
Selain Husam turut menjadi panel forum itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Terdahulu Husam yang juga Adun Salor mendakwa matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik Pas dan Umno.
Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden Pas ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.
"Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada Pas Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.
"Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).
"Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan Pas Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan," katanya.
Dalam sidang medianya, Husam berkata, dengan menggunakan modal hudud, Umno berjaya memecahkan Pakatan Rakyat sekali gus merencatkan usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya.
Malah, beliau tidak menolak negeri dimiliki pembangkang seperti Kelantan boleh terlepas setelah pergolakan dalaman yang menyaksikan Pas terpaksa bersendirian.

‘SERANGAN PORTAL PRO UMNO KE ATAS PENGARAH SPRM BOLEH MAKAN DIRI’

Posted: 30 Jan 2016 07:18 PM PST

BN dicabar guna slogan ‘GST selamatkan Malaysia’

Posted: 30 Jan 2016 07:07 PM PST


Teo-Kok-Seong1
RASAH 30 JAN: Barisan Nasional (BN) dicabar menukar slogan 'Janji Ditepati' kepada 'GST Selamatkan Malaysia' pada Pilihanraya Negeri Sarawak berikutan mereka berbangga dengan pelaksanaan cukai itu kerana kononnya ia menyelamatkan negara.
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata  ia berikutan BN tidak tahu dan memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat pelaksanaan sistem cukai itu.
"Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertema 'Janji Ditepati' menekankan bahawa jika Barisan Nasional terus diberi mandat, kerajaan akan menangani masalah kos sara hidup rakyat.
"Pada masa sama, tiada satu pun perkataan GST ataupun pelaksanaan sistem cukai itu berani disebut. Ia menunjukkan BN pada masa itu khuatir GST menyebabkan kehilangan sokongan rakyat," katanya pada kenyataan media, semalam.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi angkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 30 April depan manakala tarikh penamaan calon pada 18 April tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat ketetapan.
Ini kerana, kata Kok Seong, BN bimbang jika semua poster ataupun bahan kempen dicetak dengan tertera ungkapan mereka menyokong penuh pelaksanaan GST, rakyat akan menolak mereka pada mana-mana pilihan raya.
Pada majlis Hari Kastam Sedunia ke-34 dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik, berkata ekonomi negara  stabil ekoran pelaksanaan GST berikutan RM51 bilion hasil cukai itu dikutip tahun lalu berbanding RM37.2 bilion pada 2014.-Roketkini.com

Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung Haji

Posted: 30 Jan 2016 07:03 PM PST


Dr-Ariffin-Omar-480x300
KUALA LUMPUR 31 JAN: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.
"Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?
"Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus?  Apa salahnya jika saya persoalkan?" katanya kepada Roketkini.
Baru-baru ini, Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.
Sebaliknya, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan nada perkauman sempit memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.
Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sentimen perkauman semata-mata kerana membuat teguran,  Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar.
"Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama," katanya kepada RoketKini.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menuntut pentadbiran Tabung Haji supaya memberi penjelasan sama ada institusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.
Beliau berkata, ia berikutan kecenderungan pentadbiran Tabung Haji menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanan pendeposit.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nilai rizab terkumpul Tabung Haji menunjukkan nilai negatif dengan kerugian terkumpul lebih besar dari RM351 juta berdasarkan penyata laporan bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit.
Ia bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan dan kekurangan dana RM351 juta.

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion

Posted: 30 Jan 2016 07:01 PM PST


tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.
"Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat," katanya.
Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.
Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu. -Roketkini.com

Tiada ulasan: