Ahad, 31 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Orang Najib" Terus Lakukan Serangan Ke Atas Pegawai SPRM...

Posted: 31 Jan 2016 01:25 AM PST

Serangan terhadap Bahri boleh makan diri, kata Rafizi

Serangan terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.


"Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.

Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.

Ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.

Rafizi menasihatkan alat-alat propaganda ini bahawa sebanyak mana 'spin' pun, tidak boleh memulihkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi diberikan dalam menutup kes terhadap perdana menteri.

Lebih buruk lagi, katanya, jika mereka mahu menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri bagi menyelamatkan kredibiliti Najib, ia adalah satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri sendiri.

Pada hari Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. -mk


Korban cuti raya siasat kes Najib, akhirnya kecewa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan tujuh bulan untuk menyiasat kes membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam mengarahkan supaya kes itu ditutup kerana tiada alasan bagi memulakan pendakwaan.

Selepas menghadapi pelbagai halangan malah mengorbankan cuti Hari Raya, penyiasat yang bekerja siang malam kini berasa kecewa atas perkembangan terbaru itu, dedah sumber.

"Kami bekerja sepanjang bulan puasa, bahkan berbuka puasa dan bersahur di pejabat untuk jalankan siasatan.

"Kami tak balik ke rumah bertemu keluarga dan ramai antara kami mengorbankan cuti raya pada tahun lepas untuk siasat kes ini,"
kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan.

Sumber itu menegaskan SPRM menyiasat kes itu secara bebas, dengan hanya menumpukan kepada fakta. Bahkan pegawai-pegawai SPRM juga terpaksa berhadapan dengan tekanan pihak polis yang menyiasat mereka berhubung dokumen yang bocor.

Ini termasuk apabila rumah dan pejabat bekas Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi diserbu anggota cawangan khas.

Dua pegawai kanan iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob Zin turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Namun keputusan itu dibatalkan selepas mendapat kritikan.

Keadaan itu bertambah buruk hingga SPRM mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dan perlindungan.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya mengarahkan supaya kertas siasatan kes tersebut ditutup.
-mk (27/1/2016)


ULASAN GB

Samada Najib, Peguam Negara ataupun cybertrooper Najib, kesemua mereka akan tetap menerima hukuman. Sunnatullah tetap berjalan, tiada siapa yang boleh terlepas dariNya. Allah Maha Adil Lagi Maha Perkasa. Kita peringatkan sekali lagi: Jangan lupa apa yang menimpa kepada Allahyarham Jamaluddin Jarjis... ia adalah iktibar untuk semua.

Tetapi jika kamu-kamu masih ingin meneruskan perbuatan durjana kamu, silakanlah. Tugas kami hanya untuk memberitahu dan mengingatkan....

Balasan Allah tetap akan tiba juga... cepat atau lambat.

Tiada ulasan: