Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


Kubur besar: Polis belum tahan sesiapa Bernama |

Posted: 19 Dec 2015 12:30 AM PST

Kubur besar: Polis belum tahan sesiapa


Kubur besar: Polis belum tahan sesiapa Dalam kes itu, enam suspek warga asing telah dikenal pasti, tetapi mereka masih bebas hingga kini.

Selepas hampir lapan bulan kubur besar yang dipercayai menempatkan mangsa pemerdagangan manusia ditemui di Wang Kelian, Perlis, polis Malaysia masih belum menahan sesiapapun.

Ketua pasukan khas yang menyiasat kes itu, SAC Goh Kok Liang berkata bulan lepas, enam suspek warga asing telah dikenal pasti, tetapi mereka masih bebas hingga kini.

"Tiada perkembangan, kami masih mengesan mereka," katanya apabila dihubungi di sini. Beliau mengaku pihak polis tidak mengetahui sama ada enam individu itu yang dipercayai warga Thai dan Myanmar masih berada di negara ini.

Polis mengumumkan pada Mei lalu penemuan kubur besar dengan 106 rangka yang dipercayai milik pelarian Rohingya, serta 28 kem mangsa pemerdagangan. Sebanyak 139 kubur itu yang sesetengahnya kosong terletak di atas bukit ratusan meter dari aras laut.

Polis Thai telah mendakwa 88 orang termasuk seorang jeneral berhubung pemerdagangan manusia bulan lalu. Dilihat sebagai kekurangan tindakan di pihak Malaysia, membuat orang ramai bertanyakan kenapa tiada rakyat Malaysia didapati terbabit dalam pemerdagangan manusia dan pembunuhan yang berlaku dalam kawasan sempadan negara ini.

"Siasatan kami setakat ini tidak menunjukkan sebarang penglibatan rakyat Malaysia...namun kami masih menyiasat," kata Goh.

Sementara itu ACP Maszely Minhad, Penolong Pengarah Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman, menjelaskan mengenai masalah yang dihadapi polis Malaysia.

"Apabila pihak Thai menyerbu kem di sebelah kawasan mereka, mangsa dan petualangnya masih di sana. "Apabila kita pergi ke kem di kawasan kita di sempadan, semua telah tiada.

Jadi kita perlu bergantung kepada saksi yang kita temui di kawasan berdekatan," katanya.


Posted by mountdweller

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT