Ahad, 13 Disember 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘Koalisi’ kepartian dan keutuhan dasar bersama, mana lebih utama?

Posted: 13 Dec 2015 08:01 PM PST



parti pembangkang
BERDEPAN dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.
Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambil alih kuasa kerajaan BN.
Sehingga hari ini, kerajaan UMNO BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terus menerus menerima tekanan kuat dari pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahupun perbahasan Rang Undang-Undang (RUU).
Sungguhpun hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).
Namun momentum penentangan yakni perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang tetap ampuh ketika berdepan kerajaan BN di setiap negeri dan Parlimen. Di Dewan Negeri Johor sahaja, wakil rakyat BN berasa lelah dengan perdebatan dewan.
Suhu berkenaan tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah keadaan itu lebih hangat dan kritikal lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
parlimenIni penting kerana kekuatan pembangkang hari ini bukan lagi bergantung pada hubungan 'koalisi' atau gabungan antara parti tetapi lebih nyata dalam aspek hubungan tugas sebagai wakil rakyat baik di DUN mahupun Parlimen.
Ekosistem ini berubah kerana momentum keresahan rakyat terhadap isu-isu utama dalam aspek ekonomi dan sosial. Hal kepartian sudah tidak begitu menjadi agenda.
Jika diukur hebat atau utuh sekalipun hubungan gabungan antara parti pembangkang, ia belum tentu dapat menggugah hegemoni kuasa politik BN di Dewan Rakyat, malah ia belum tentu mampu mengolah gelombang penentangan rakyat terhadap dasar pemerintahan BN.
Perkara kedua, sekalipun gabungan politik pembangkang retak seribu, kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang kekal stabil pada dasarnya, baik dalam urus tadbir dan aspek pertumbuhan ekonomi dan urusan kebajikan sosialnya.
Tidakkah kita berasa satu perkara yang unik apabila keadaan politik kepartian meliar dan meribut tetapi tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan kerajaan, terus berjalan teratur, malah cekap?
Indikasi itu sangat signifikan apabila kita rujuk kembali visi pakatan pembangkang yang berhasrat membawa satu budaya politik baru dan menolak kuasa politik UMNO BN.
Kita sering menggambarkan bahawa menerusi kekuatan gabungan antara parti, barulah ia membawa kejayaan politik untuk menukar kerajaan BN. Gambaran itu, hari ini, boleh menipu kita kembali.
Dalam politik baru sepertimana hasrat gabungan pembangkang, kekuatan sebenar yang boleh menumbangkan BN bukan semestinya terletak pada kepartian.
Bukan bermakna parti tidak penting tetapi dalam senario kebencian rakyat terhadap UMNO BN pada masa ini, kekuatan sebenarnya banyak bergantung pada peringkat pembuat atau merangka dasar ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Gabungan kepentingan rakyat itu mungkin bentuknya belum dapat dizahir sebagai entiti yang mudah difahami oleh rakyat biasa, macam alien. Kerana kita semua berazam untuk membentuk sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan.
Maka, bentuk selain BN atau Pakatan, sukar muncul atau tidak dapat difahami. Imaginasi itu terhenti setakat di situ sahaja, ini kelemahannya.
Dalam merangka dasar, baik pada peringkat DUN atau Parlimen, kefahaman dan kerjasama antara wakil rakyat pelbagai parti enting untuk mengundi sesuatu dasar atau undang-undang, berbeza dengan identiti parti yang sering memisah dan menjarakkan kerjasama.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Sebagai contoh, BERSIH. Kempen itu menjadi massa dan berpengaruh bukan kerana kekuatan politik kepartian, sebaliknya kerana semua pihak bersetuju dengan perjuangan BERSIH baik pada peringkat awam dan wakil rakyat di Parlimen termasuk sebahagian dari BN.
Maka kerana itu, BERSIH berjaya membawa mesejnya walaupun ada parti politik yang tidak menyokong atau menyertainya.
Contoh kedua, kempen PAS untuk Hudud. Ia gagal pada peringkat pembuat dasar (Parlimen). Ini kerana dasar itu tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat pelbagai parti politik, hatta UMNO yang kononnya sanggup menerima pembentangan RUU itu.
Jadi nyata sekali, gabungan parti politik bukan lagi menjadi kekuatan utama untuk menjana kemenangan sebaliknya kekuatan itu terletak pada pembuat dasar termasuk dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) politik dan sosial.
Cumanya, bagaimana hal ini dapat dipermudah untuk kefahaman dan penerimaan rakyat.
Kepercayaan tak boleh dipaksa tetapi boleh dibina. Jadi, adakah kita boleh percaya pada pembangkang?

* Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

Tanpa setitis logik Najib fitnah DAP

Posted: 13 Dec 2015 05:10 PM PST





Najib gagal
"Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sahaja, sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP….Maksud saya, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu serta Bumiputera."
NAJIB juga menambah bahawa masa depan anak-anak bangsa bakal diperjudi apabila DAP memerintah negara.
Nampaknya, dalam Perhimpunan Agung yang paling kucar-kacir dan cacamerba, Najib gagal menguruskan persepsi dan keyakinan rakyat Malaysia serta ahli partinya sendiri.
Sehinggakan beliau terpaksa mengalih perhatian yang kini tertumpu ke atas dirinya dengan mengulangi fitnah dan tohmahan yang langsung tidak berasas.
melayu_berpecah_dap_berkuasaPertamanya, kenyataan Najib tidak mengandungi setitis logik.
Mustahil untuk orang Melayu hilang kuasa di negara ini. Bukankah sahaja hampir semua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu.
Dari segi ekonomi pun, kebanyakan sektor juga dikawal jika tidak dimonopoli oleh ahli peniaga Melayu dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diterajui orang Melayu.
Dari segi politik dan perundangan pula, kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar, kerana apa-apa pindaan yang berdampak ke atas hak Melayu, memerlukan bukan sahaja majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
Kedua, DAP bukan parti perkauman seperti UMNO. DAP adalah parti berbilang kaum dan mempunyai perwakilan Melayu di setiap peringkat perundangan di negara ini – Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri dan peringkat kerajaan tempatan.
DAP juga tidak pernah anti-Islam sepertimana yang dibuktikan oleh keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tuduhan anti-Melayu dan anti-Islam oleh Utusan Malaysia hanya fitnah semata-mata.
Pun begitu, fitnah Najib mudah disangkal berdasarkan rekod prestasi Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
25bcd-zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzhdhBukan sahaja peruntukan agama Islam dilipat ganda berbanding zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN), malah peruntukan tahunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dimulakan buat kali pertama.
Di samping itu, bayaran tahunan juga diberi kepada para huffaz serta guru KAFA dan SAR.
Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM20 juta untuk mengambil alih tanah milik bukan Muslim untuk dijadikan tanah perkuburan Islam. Jelas, Islam bukan sahaja dihormati tetapi juga diperkasa melalui pentadbiran Pakatan Harapan.
Lebih penting lagi, Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP juga memperkenal sistem tadbir urus yang cekap, amanah dan telus untuk membasmi rasuah dan mengelak penyelewengan.
Hasilnya, rizab negeri meningkat dan penjimatan dapat dikongsi semua melalui program kebajikan rakyat yang rata-rata memanfaatkan orang Melayu.
Hakikatnya, Umno yang selama ini mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini.
NOW-YaPEIM-JamilKhir_00Siapakah yang bertanggungjawab bagi skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) apabila dana hasil sumbangan orang ramai didakwa digunakan bagi membiayai seorang pemimpin Wanita UMNO dan keluarganya?
Bagaimana pula dengan dakwaan penggunaan duit Yayasan Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB? Tidak lupa juga skandal MARA yang membabitkan pembelian hartanah bernilai ratusan juta ringgit di negara asing pada harga yang dikatakan terlalu tinggi.
Najib sepatutnya tidak berdalih lagi.
Jangan terus menerus cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan pentadbiran beliau dengan menggunakan fitnah lapuk yang tidak berasas. Jika beliau begitu berani, sila jawab dengan lurus dan jelas:
Mana RM2.6 bilion?

* Zairil Khir Johari ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP

MKN ‘raksasa’ kuasai negara tanpa proses Perlembagaan

Posted: 13 Dec 2015 05:07 PM PST





Aziz Bari
KUALA LUMPUR 14 DIS: Pakar Undang-Undang, Aziz Bari menyifatkan usaha meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai terdesak kerana ingin menguasai negara tanpa melalui proses Perlembagaan.
"'Raksasa' yang dicipta kerajaan itu semata-mata untuk mengambil kuasa penuh terhadap kabinet," katanya sambil menambah, amalan kesetiaan kepada parti, bukannya rakyat antara sebab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong RUU itu diluluskan.
Beliau juga mempersoal RUU itu yang tidak jelas dalam menerangkan secara terperinci mengenai kawasan keselamatan yang menjadi salah satu intipati.
"Siapa berhak untuk menentukan di mana kawasan keselamatan itu? Ia boleh jadi di Parlimen, Dataran Merdeka, ia boleh berlaku di mana-mana," katanya dalam forum anjuran DAP bertajuk National Security Council Act: To Protes or To Opress di Petaling Jaya, pada 9 dia baru baru ini.
Antara ahli panel lain ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; bekas Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga; peguam, Hanipa Maidin dan pensyarah, Azmi Shahrom.
SUFI4153Berdasarkan RUU, MKN terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Angkatan Tentera, Setiausaha Kerajaan dan Ketua Polis Negara.
RUU dikritik kerana memberi kuasa besar kepada Perdana Menteri dan memberi hak mutlak untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa waran jika sesebuah lokasi itu diisytiharkan kawasan keselamatan.
Secara berseloroh, Aziz menyifatkan RUU itu sebagai 'kreatif' dan 'magis' di tengah-tengah kemelut skandal yang dihadapi kerajaan UMNO BN tetapi sangat berbahaya kepada segenap lapisan rakyat.
"Saya tidak pernah terfikir kita semua akan melalui keadaan seumpama ini. RUU itu sangat berbahaya, ahli parlimen yang mengundi meluluskannya tidak sedar bahayanya terhadap diri mereka sendiri," katanya.
Menyatakan Dewan Negara dan Yang Di-Pertuan Agong boleh menolak RUU itu tetapi mengakui keberangkaliannya amat tipis, beliau merayu Dewan Negara menangguh pelaksanaan RUU itu bagi membenarkan perbincangan awam.

‘EKONOMI AKAN JATUH JIKA UMNO TERUS MAIN SENTIMEN PERKAUMAN’

Posted: 13 Dec 2015 05:04 PM PST

KERJASAMA UMNO – PAS: PKR AKAN PANTAU – RAFIZI

Posted: 13 Dec 2015 02:33 AM PST

Kerajaan Pulau Pinang beri bonus setengah bulan gaji,termasuk guru tahfiz,KAFA dan berkaitan..

Posted: 13 Dec 2015 02:28 AM PST


Lim Guan Eng Pulau Pinang
PULAU PINANG 10 DIS: Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan gaji lagi dengan minimum RM700 yang akan dibayar pada 18 Disember 2015, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Menyatakan bayaran bonus pertengahan tahun dibuat Jun lalu melibatkan perbelanjaan RM5.22 juta, beliau berkata, pemberian bonus akhir tahun menelan belanja RM5.22 juta, bermakna RM10.44 juta dibelanja bagi pemberian bonus 2015.
Katanya, pemberian bonus itu turut dipanjangkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta guru dan staf Sekolah Persendirian Cina sebanyak RM300 seorang.
Selain itu,  Setiausaha Agung DAP itu berkata, sejumlah RM200 turut diberi kepada guru tahfiz, guru pondok dan Guru Tadika Islam (TADIS) Negeri Pulau Pinang.
"Kerajaan Negeri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang bertambah akibat pelaksanaan cukai GST.
"Ia juga sebagai penghargaan ke atas kegigihan dan kesungguhan menjalankan amanah. Tanpa melaksanakan GST, Kerajaan Negeri mampu memberi bonus dan tidak jadi bankrap.
"Bayaran bonus pertengahan tahun sudahpun dibuat pada Jun lalu melibatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM5.22 juta," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sejak 2008 hingga 2014, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri memberi bonus sebulan gaji dengan minimum RM1,300 yang biasanya dibayar dua kali iaitu pada pertengahan dan akhir tahun semasa, melibatkan perbelanjaan RM47.42 juta.
"Jelas sekali, sepanjang tujuh tahun Kerajaan Negeri Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang, jauh lebih berkesan daripada 50 tahun sebelum ini," katanya.

Isu perkauman helah Najib tutup skandal politik

Posted: 13 Dec 2015 02:26 AM PST


KUALA LUMPUR 13 DIS: Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam kerana cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian dari skandal politik yang beliau hadapi.
Antara lain, Presiden Umno itu dilapor menggambarkan sekiranya Umno kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), negara ini akan ditadbir Pakatan Harapan yang menentang perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputra.
IMG_9046Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kenyataan Najib itu tidaklah mengejutkan kerana setiap kali Umno berhadapan krisis, parti itu akan menggunakan helah menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan penjajahan asing.
"Skandal politik yang sedang menekan Datuk Seri Najib tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputra. Krisis yang melanda Umno sekarang sehingga lunturnya sokongan rakyat kepada parti itu berpunca dari skandal kewangan 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau yang masih belum dijawab sehingga hari ini.
"Helah beliau yang cuba memainkan api perkauman bagi menutup skandal peribadi adalah terkutuk dan merendahkan lagi kedudukan beliau di mata rakyat. Malah, pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong bila mana pengumuman yang membolehkan kuasa darurat dilaksanakan kini boleh dibuat oleh Perdana Menteri; bukan lagi terhad kepada pengisytiharan Agong," kata Wan Azizah dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan, ketiga-tiga parti – KEADILAN, DAP dan Amanah menjunjung sepenuhnya peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah berkaitan perkara-perkara penting berhubung kedudukan Bumiputra, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
Menurut mereka, muafakat ini telah pun ditandatangani bersama di dalam Buku Jingga dan dipiagamkan antaranya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain serta mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan;
"Selain itu, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global," jelas Wan Azizah lagi.
Justeru, Pakatan Harapan menyeru rakyat terutama kaum Melayu tidak terperangkap dengan permainan perkauman.
"Kami akan terus menumpukan kepada isu-isu penting rakyat seperti kos sara hidup yang meruncing, sistem percukaian yang tidak adil, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan menekankan tata kelola bagi membanteras rasuah yang berleluasa," kata mereka.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68499

REBAT ELEKTRIK DIPOTONG, RAKYAT MARAH TERUS JADI MANGSA BN

Posted: 13 Dec 2015 02:24 AM PST

LEBIH SETAHUN, MANGSA BANJIR KELANTAN DAKWA DIPERLAKUKAN MACAM BOLA

Posted: 13 Dec 2015 02:22 AM PST

Tiada ulasan: