Khamis, 10 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Meletup... 51 Dalil Najib Tak Layak Sebagai PM, Rosmah Di Tangga Teratas

Posted: 10 Dec 2015 12:40 AM PST

Isu Rosmah di tangga teratas video '51 dalil'

Ketika ketegangan hubungan perdana menteri dan timbalannya pada 1998 – Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – muncul sebuah buku kontroversi ketika perhimpunan agung Umno.

Mungkin terinspirasi daripada buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" itu, video hampir sama kini muncul di Internet yang memaparkan 51 sebab penolakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.


Dinamakan "51 Dalil Mengapa PM Najib Razak Sudah Tidak Layak Jadi PM", video itu kini dikongsi meluas di media sosial.

Tidak jelas asalnya dikeluarkan oleh siapa, ia dikesan dimuat naik di Facebook Kelab Che Det, yang menyokong Mahathir.

Empat jam sahaja dimuat naik, ia ditonton sebanyak 189,455 kali, dikongsi 7,552 kali dan mengumpul 11,534 'like'.

Di tangga teratas, video itu menjadikan dakwaan sekitar isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai faktor utama.

"Tidak berupaya mengawal isteri boros berbelanja," menurut dalil pertama itu.

Antara faktor lain dibangkitkan melibatkan kekangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup, isu 1MDB dan penerimaan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. -mk


Tiada ulasan: