Khamis, 24 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kerjasama PAS, Umno ada kepentingan peribadi??

Posted: 24 Dec 2015 01:13 AM PST

 PAS sekarang dilihat semakin tunggang langgang dan bercelaru ekoran kenyataan SUA, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Kenyataan Taki tersebut telah mengundang berbagai reaksi dari beberapa kalangan pimpinan tinggi PAS.

Ada yang menempelaknya,  "Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan umno, maka individu itu sahaja yang pergi," Kata Idris Hj Ahmad.

Nik Abduh, Ketua Pemuda seolah-olah mahu menjelaskan kepada Idris Ahmad, Naib Presiden PAS : Bukan gabungan PAS, Umno ....dua parti itu hanya bekerjasama demi kepentingan agama dan rakyat, bukan bergabung seperti yang digembar gemburkan....

Yang ironisnya, Nik Abduh turut dibidas oleh bapa mertuanya sendiri, Abdul Fatah Haron: 
"Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yang sudah mahir menari.....
"Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK)." 
Siapakah gerangannya yang Abdul Fatah maksudkan dengan "orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK)."  (dakwaan ini sangat serius boh!)

Zuhdi pula cuba tampil membela Takiyuddin dengan katanya, "Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno.Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara."

 Mohd Amar pula muncul untuk membantu dengan penjelasan selanjutnya, "Benda ini (kerjasama) kita bincang di peringkat PAS Pusat dalam Lajnah Politik dan bukan keputusan presiden (Abdul Hadi ) seorang saja.


 "(Semua) setuju, tak ada masalah (untuk bekerjasama dengan Umno). Sebab ini menyentuh kepentingan Islam. Bukan dengan Umno sahaja, dengan siapa-siapa kita boleh bincang, kita boleh duduk sekali," katanya.


Menarik sekali komen Dzolkharnain Abidin membidas alasan dan hujah longgar mereka yang kononnya demi agama :

Kebaikan perlu disokong walau siapa pun yang melakukannya. Inilah teori 'kerjasama' Umno - Pas bikinan Ketua Pemuda Pas Pusat.


 Soalnya, mengapa teori itu tidak terpakai untuk semua kes tetapi hanya terpakai untuk kes Umno - Pas saja?9

Mengapa kebaikan orang lain selain Umno ditutup sebelah mata? Atau, hanya kebaikan Umno dianggap kebaikan, tapi kebaikan orang lain dianggap keburukan? Rembat 2.6b pun kira baik jugak?

Mahfuz Omar dengan sinis berkata : Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.... Kah! Kah! Kah! 

Sesama mereka semua sudah bertelagah sebab terlalu takut para penyokong mereka marah dan join Amanah!

Saya setuju dengan apa yang Abdul Fatah kata, "Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas oleh orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq.

"Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan (umno)."

Teguran Abdul Fatah nampak ikhlas walaupun menampakan kemarahannya terhadap seseorang hingga dituduhnya munafiq.

Walau apa pun kita dapat saksikan bagaimana PAS masih mahu memperbodohkan para wala'unnya sendiri....

Bahawa tiada siapa yang akan tentang dan marah jika bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cuma keikhlasan dan kesungguhan PAS yang sepatutnya berlaku dalam parlimen tidak berlaku.

Kebanyakan Ahli Parlimen PAS, selain Mahfuz Omar, mereka tidak lantang bersuara menasihati kerajaan yang saban hari menyusahkan rakyat. Mereka lebih selesa duduk goyang-goyang telor  atau ponteng!

Kemunkinan besar mereka bersikap begitu adaah kerana bimbang dengan ugutan PM Najib :

"Jangan minta apa-apa kalau tak sokong BN!"

Maka benarlah sebagaimana yang Abdul Fatah sebutkan, "kerana ada KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq" 

Apakah mereka tidak menyedari, 'membangkang' merupakan satu bentuk nasihat juga. Kerjasama PAS-Umno adalah lebih kepada memberi sokongan kepada Umno yang sedang kelemasan....

Kerana terpaksa aku melangkah pergi.

Posted: 23 Dec 2015 09:00 PM PST

"Meniti hari - hari terakhir di sini. Semoga ada sinar di sana"
 demikian coretan ringkasnya di hari terakhir mencurah bakti
sebagai Setiausaha Eksekutif PAS Negeri Perak 

di Pejabat Perhubungan PAS Perak.
Pagi ini sepanjang jalan menuju ke pejabat dari Kuala Kangsar ke Ipoh mengalir airmata aku. Minggu ini terakhir buatku di pejabat itu setelah 30 tahun hampir menumpahkan kasih dan baktiku walau sedikit namun aku puas. Terkenang sesuatu yang indah yang terpahat kuat dalam diriku.

Seminggu dua ini aku teringat kenangan itu dan terasa sedih dan sayu. Liku – liku mehnah dan tribulasi nakal bermain di benak dan fikiranku. 

Bermula bertugas secara part time ketika pejabat itu di Bandar Baru, Kuala Kangsar dan secara full time di Air Kuning, Taiping. Berpindah lagi di Bandar Ipoh Raya, Ipoh hingga kini. Sekali lagi sebak kerana ketika itu ramai yang tidak memahami sikap aku.

 Sejak kelmarin pejabat aku yang 3 tingkat itu aku renung sepuas – puasnya. Aku lawati bilik – bilik mesyuarat dan dewan seminar yang aku jaga dengan baik bakal aku tinggalkan. Bilik aku yang comel itu juga yang akan disi oleh orang lain, aku berharap jagalah kekemasannya nanti. Aku tahu terkadang ramai yang rungut diri aku tegas,displin dan terlalu protokol. Aku hormati suara – suara itu. 

Di pejabat itu kadang – kadang kawan hairan kerana lat beberapa bulan position susunatur di ruang tamu berubah – ubah. Kalian tahu aku cerewet dan kalian juga tahu aku sukakan kemas dan bunga – bunga. 

Sahabat aku Sdra Ismad dan Ustaz Halim@Ustaz Yeop dan lain – lain banyak membantu. Aku juga banyak belajar erti kesabaran dari AF Ustaz Misbahul Munir. Terima kasih sahabat.

 Aku bertuah dan berbangga kerana banyak yang aku pelajari disana. Kekanda Tuan Haji Noh Ahmad adalah guru pentadbiran aku. Ilmu pilihanraya banyak aku belajar dari kekanda Cikgu Radzi dan AF Ustaz Haji Azizan Mohd Desa seorang guru politik yang matang. Manakala Almarhum Tuan Guru Haji Sabran Asmawi mengajar aku erti kasih sayang. Begitu juga Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Kadir Kahar dan Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Arif begitu kasih aku kepada mereka. Aku amat hargai.

 Kepada sahabat – sahabat aku di luar sana.Kita tetap bersaudara walaupun kalian memilih warna ini dan warna itu. Tiada yang boleh memisahkan persaudaraan kita yang sekian lama dibina.

 Teruskan kalian membuat kebaikan kerana sesuatu yang baik itu tidak perlu kata – kata indah. Ianya tetap baik dan indah walaupun manusia tidak menyebutnya. Sepertimana bunga – bunga yang indah dan harum walaupun tidak dipuji, ianya tetap mekar menghiasi taman.

 Sahabat yang memahami jiwa dan prinsip aku, mereka tahu kenapa aku melangkah pergi.

 Selamat tinggal kenangan dan selamat tinggal sahabat. Doakan aku. ~ Khalilul Rahman

Catatan kaki 

1) Korang boleh dapat sedikit makluman ringkas mengenai Khalilul ini  di sini  dan di sini.

2) Selaku orang lama di Pejabat Perhubungan PAS Perak, beliau dipercayai ada jawapan mengenai Tiga Ulama PAS Perak yang pernah disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu.

Kes Tiga Ulama PAS tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, tetapi sehingga kini berita mengenainya terus menyepi tanpa siapa yang mengetahui apa keputusan yang telah diambil terhadap mereka. 

Tiga Ulama PAS yang dimaksudkan itu ialah :

- Ustaz Mat Saleh bin Said. ( YDP Tambun @ Naib ketua Ulama) 
- Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz (Ketua Penerangan PAS Tambun) 
- Ust Arman Yusof (AJK Ulama)  Baca ceritanya di sini

Kerjasama: Bukan soal wajar atau tak, soalnya bolehkah?

Posted: 23 Dec 2015 05:00 PM PST

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kerjasama politik boleh berlaku antara Pas dan Umno tetapi ianya agak sukar berlaku. 

 Menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat empat sebab kerjasama politik kedua-dua parti itu 'sukar' terlaksana.

 "Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. Pas ada kesilapan dengan amanatnya di Kampung Banggol, Peradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. Umno ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jika pun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.

 "Kedua, parti ini berbeza ideologi. Hudud adalah perjuangan utama Pas. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, Umno perlulah memenuhi syarat hudud Pas. Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan syarat hudud Pas ini," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.

 Katanya lagi, sebab yang seterusnya adalah arah tuju kerjasama yang tidak jelas.

 "Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung? Pemimpin Umno dan Pas tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini.

 "Dan keempat, masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini. Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini?," katanya.

 Oleh itu kata Agus, jalan terbaik buat masa ini ialah kedua-dua parti itu moleklah sekiranya bekerjasama dalam hal ehwal yang membabitkan menjaga kesejahteraan rakyat.

 "Atasi tekanan hidup rakyat, perkemaskan dasar-dasar yang menekan rakyat. Selepas itu, angkatlah perubahan yang dibuat itu sebagai hasil dari kerjasama Umno-Pas.Jika ini dapat dilakukan, saya yakin orang Melayu boleh menerima kerjasama Umno-Pas dengan senang hati.

 "Ini kerana makna kerjasama Umno-Pas dalam hati rakyat adalah apabila pemimpin boleh menjaga kesejahteraan hidup mereka," katanya.

 Polemik kerjasama politik antara Pas dan Umno kembali bergema selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya di Perhimpunan Agung Umno 2015 yang menghulurkan tangan bagi menjalinkan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

 Malah Najib sekali lagi mengulangi perkara sama pada program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. ~ sumber

Tiada ulasan: