Khamis, 5 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tindakan tatatertib atas penjawat awam Selangor main snuker waktu kerja

Posted: 05 Nov 2015 06:28 AM PST




Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata antara kesalahan dilakukan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib adalah bermain snuker, makan dan minum di premis makanan dan membeli-belah ketika waktu bekerja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata antara kesalahan dilakukan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib adalah bermain snuker, makan dan minum di premis makanan dan membeli-belah ketika waktu bekerja. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Seramai 18 penjawat awam di Selangor dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh 9 bulan tahun ini kerana "mencuri tulang" dalam waktu bekerja, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
 
Katanya, antara kesalahan dilakukan penjawat awam terlibat ialah bermain snuker, makan dan minum di premis makanan dan membeli-belah ketika waktu pejabat.

"Pemantauan ini turut melibatkan di kawasan-kawasan seperti premis makanan, pusat hiburan, pusat beli-belah dan sebagainya," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik Yakob Sapari mengenai tindakan yang dikenakan serta jumlah penjawat awam terlibat. 
 
Azmin berkata, tindakan tersebut diambil atas arahan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri menerusi satu surat dikeluarkan pada 1 Jun, 2009, termasuk arahan Jabatan Perkhidmatan pada 8 April, 2009.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga mengarahkan skuad pemantauan ditubuhkan di setiap peringkat jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak-anak syarikat yang tertakluk di bawah SUK.


18 November keputusan pertuduhan Khairuddin, Matthias

Posted: 05 Nov 2015 06:26 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.  
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
 
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang akan diketahui pada 18 November ini sama ada pertuduhan terhadap mereka tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin berkata tarikh itu adalah yang terawal dapat ditetapkan kerana beliau akan bercuti selama seminggu dari minggu  depan.

Hakim itu juga tidak membenarkan permohonan Khairuddin dan Chang bagi jaminan interim sementara menunggu perkara itu diputuskan pada 18 November.

Peguam mewakili Khairuddin, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memohon kepada mahkamah agar mendengar permohonan jaminan interim itu, tetapi dibantah Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud yang berkata mahkamah boleh mendengar perkara itu pada tarikh sama. 
 
 "Saya minta mahkamah memberikan saya sekurang-kurangnya 5 minit untuk berhujah berhubung jaminan interim. Anak guam saya Khairuddin dan Chang ditahan selama 6 minggu," katanya dan menurutnya beliau tidak mahu membazirkan masa mahkamah tetapi sekurang-kurangnya mahkamah memberikan jaminan interim kepada mereka.

Masri pula berkata pihak pendakwaan membantah keras permohonan bagi jaminan sementara pada peringkat ini kerana mahkamah masih belum membuat keputusan tentang pertuduhan itu.

Pada ketika itu, anggota keluarga Khairuddin menjadi emosional dan mula merungut satu sama lain kenapa mahkamah enggan mendengar dan membenarkan jaminan sementara diberikan kepada tertuduh itu.

Ini mendorong anggota polis dalam mahkamah tampil menenangkan anggota keluarga  berkenaan termasuk isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida.

"Saya minta kamu semua bersabar ya, mahkamah tengah bersidang," kata anggota polis.

Chang yang duduk dalam kandang tertuduh turut berdiri dan memberitahu hakim yang rakannya dalam sel dijangkiti HIV dan menghidap tuberkulosis (TB atau batuk kering) dan beliau (Chang) juga mengalami gangguan pada tekak dan hilang suara.

"Anda mahu saya tunggu 2 minggu lagi. Adakah mahkamah mahu saya dan  Khairuddin juga terdedah kepada HIV dan TB. Adakah ini adil kepada kami?" katanya.

Hakim Azman kemudian menjawab: "Mr Chang mahkamah bersimpati dengan awak".

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di 5 lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Lima lokasi itu adalah pejabat ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong; dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Kedua-dua tertuduh memfailkan usul di Mahkamah Tinggi bagi memohon perintah antara lain, pertuduhan terhadap mereka tidak boleh dibuat di bawah Sosma dan mahu mahkamah membebaskan mereka dengan ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin pada 19 Oktober tahun ini merujukkan kes mereka ke Mahkamah Pesekutuan untuk menentukan persoalan Perlembagaan dan Mahkamah Persekutuan menetapkan hari ini untuk mendengar perkara itu.

Panel 5 anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan yang rujukan persoalan perlembagaan dibuat Mahkamah Tinggi adalah tidak kompeten kerana tidak mematuhi Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Hakim Arifin juga memerintahkan perkara itu didengar dengan segera kerana ia melibatkan kebebasan seseorang. – Bernama,


KENAPA NAJIB TERUS MENERUS BERANI MEMBEBANKAN KEHIDUPAN RAKYAT?

Posted: 05 Nov 2015 06:22 AM PST

shahbudindotcom


Oleh kerana debat 1MDB akhirnya sah tidak menjadi kenyataan berikutan Arul Kanda Kandasamy sendiri enggan berdebat dengan Rafizi Ramli yang dinamakan oleh Pakatan Harapan untuk menggantikan Tony Pua atas alasan Speaker Parlimen tidak membenarkannya,  maka topik kali ini juga turut berbeza sedikit.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang tindakan kerajaan yang tidak henti-henti dan terus-menerus melakukan kenaikan dalam kos hidup rakyat.

Ketika ini harus diakui  satu demi satu beban peningkatan kos hidup sedang menimpa rakyat. Ia seolah-seolah bertali arus tanpa hentinya sedangkan secara logiknya, sesebuah kerajaan semestinya bimbang dengan kenaikan kos hidup rakyat.

Kenaikan kos hidup akan menyebabkan rungutan rakyat meningkat dan seterusnya boleh menjejaskan peluang mengekalkan kuasa dalam pilihanraya yang merupakan proses pengadilan terbuka untuk sesebuah kerajaan.

Dalam masa yang sama, fenomena in juga menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Razak bagaikan tidak kisah lagi dengan segala janji dan harapan yang pernah ditaburnya semasa kempen pilihanraya lalu.

Kenapa Najib dan kerajaan tidak kisah langsung dan terus juga melakukan pelbagai kenaikan?

Belum habis dengan rungutan tentang kenaikan kadar tol dalam bandar, secara tiba-tiba rokok dan tambang komuter pula dinaikkan harganya. Selepas ini, entah apa lagi agaknya yang akan dinaikkan harganya.

Walaupun saya tidak merokok, tetapi kenaikannya sebanyak hampir 40 peratus dan menjadikan harganya RM17 sekotak berikutan kenaikan yang terbaru ini, ia dikira agak melampau dan membebankan perokok. 

Kenapa sampai begitu tinggi kenaikannya?

Jika soal bahaya dan kehidupan sihat rakyat yang diutamakan, mengapa tidak terus diisytiharkan haram saja? 

Adakah kenaikan yang tinggi itu lebih bertujuan untuk menampung kantung perbendaharaan negara yang semakin kosong?

Dalam kes rokok ini, di kalangan orang UMNO dan penyokong BN sendiri kedengaran ramai yang tidak senang dengannya. Mereka menganggap kerajaan seolah-olah ingin mendera dan menambahkan lagi sengsara kehidupan perokok.

Begitu juga dengan tol, saya turut mendengar seorang bekas Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan juga merungut dengan mengatakan kenaikan itu cukup terasa dan agak membebankan berikutan beliau kerap melalui tol Penchala yang dulu bayarannya cuma RM2, tetapi kini sudah menjadi RM3 sehala.

Sebelum ini, subsidi petrol serta diesel juga dimansuhkan dan cukai GST enam peratus diperkenalkan.

Pendekata, dengan segala kenaikan itu, untuk seorang pekerja biasa di sekitar Lembah Kelang, menyediakan RM50 sehari untuk menampung kehidupan sudah tidak mencukupi lagi.

Dalam masa yang sama, gaji dan pendapatan bulanan tetap statik dan tidak pula meningkat. 

Apakah ada kerajaan lain di dunia ini yang melakukan kenaikan berturut-turut sebegini rupa? 

Tidak bimbangkan Najib dengan masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang apabila terus menerus melakukan kenaikan dan membebankan rakyat sedangkan imejnya sudah sedia merudum?

Jawapannya juga mudah - selagi masih ramai yang tidak kisah, malah sanggup mempertahankan Najib berkaitan wang RM2,600 juta yang disahkan masuk ke akaun peribadinya, kemudian memecat beberapa individu yang mempersoal serta sedang menyiasatnya, malah terus dipertahankan lagi, maka selagi itulah beliau sebenarnya tidak bimbang apa-apa untuk membebankan kehidupan rakyat.

Pemimpin yang menerima wang sebesar itu memang buruk sifatnya, tetapi kesediaan menyokong dan mempertahankan pemimpin sebegitu  jauh lebih terhina, apatah lagi jika turut tidak segan-segan memindahkan kegagalan mentadbir kepada rakyat untuk menanggung sengsaranya.

Iltizam menolak Najib kali ini mesti lebih kuat daripada biasa, jika tidak, lebih banyak sengsara bakal menjelma.


Faktor Ringgit Jatuh Hari ini. Bukan Punca 1MDB, Tetapi Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen!

Posted: 05 Nov 2015 06:14 AM PST

BERITA SEMASA


Faktor Ringgit Jatuh Hari ini. Bukan Punca 1MDB, Tetapi Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen!


A money changer counts Malaysian ringgit banknotes for customers in Kuala Lumpur on June 11, 2015. The fall in the Malaysian ringgit would boost exports and encourage foreign tourists to visit the Southeast Asian country since goods and services will be cheaper. AFP PHOTO / MOHD RASFAN


Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengatakan isu 1MDB mesti diselesaikan segera jikalau mahu nilai ringgit Malaysia naik. Seperti biasa, menteri tidak bersetuju.

Malah, berdasarkan jawapan terbaru Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani ada senaraikan empat faktor yang dirasakan lebih tepat untuk dijadikan faktor dan punca mengapa dan kenapa nilai ringgit Malaysia jatuh hari ini ditahap antara yang terburuk di Asia.
Mengapa?

Kata menteri antara lain ialah :
  1. Faktor kemungkinan kadar faedah akan naik lagi dalam masa terdekat ini oleh Federal Reserve US
  2. Pertumbuhan ekonomi melibatkan negara-negara baru dengan kejatuhan nilai matawang masing-masing hari ini
  3. Penyusutan dan kelembapan pertumbuhan ekonomi China dan tindakan China turun nilai Yuan China mengalami kelembapan ekonomi dan tindakannya menurunkan nilai yuan
  4. Ketidaktentuan yang berlaku dalam negara Malaysia termasuklah cadangan pembangkang yang mahu lakukan undi tidak percaya Najib Razak di parlimen
Ermm…..kepada menteri. Ringgit Malaysia sudah mula jatuh teruk sejak suku ketiga tahun 2014 lagi sejak kepala sawit jatuh harga lagi. Undi tidak percaya Najib Razak di Parlimen hanya bari kedengaran sebulan dua ini. Menteri, menteri.

P/S : Nazir Razak mengatakan sukar untuk mempromosikan Malaysia selagi ada skandalnya 1MDB mana satu yang patut rakyat percaya? Nah….Berita Semasa ada kongsikan di bawah ini satu kajian terhadap kebanyakan profesion di Malaysia, mana satu yang rakyat Malaysia percaya? 

Anda boleh klik gambar-gambar di bawah ini…


SPRM: SRC macam tak mahu kami siasat

Posted: 05 Nov 2015 06:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatannya terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, tetap diteruskan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat adalah perkara berbeza dan tidak boleh dijadikan penghalang.

"Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu," katanya.


Zaki berkata, SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatannya.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.

"Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International," katanya.

Zaki mengingatkan mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan.

Bernama hari ini melaporkan SRC meminta peguam negara memulakan siasatan bebas untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap kebocoran atau kemungkinan penjualan maklumat sulit.


TMJ puji Tengku Abdullah, KJ dan Jamal Nasir

Posted: 05 Nov 2015 06:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui beliau masih "cetek" dalam pengalaman dan berpendapat ada tokoh lain lebih layak mengetuai FAM.

Dalam temubual disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Ismail menamakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai tokoh paling sesuai mengepalai badan induk bola sepak negara.

Seorang lagi tokoh yang disebut beliau ialah bekas pengurus pasukan Pahang Datuk Jamal Nasir Ismail.

Ditanya wartawan mengenai isu Tengku Ismail berkata, Tengku Abdullah lebih layak "meneruskan usaha" di FAM.

"Saya (ada) banyak kerja untuk dilaksanakan di Johor. Lagipun, lebih ramai lagi calon yang lebih layak untuk menerajui FAM," katanya.

Beliau berpendapat tiga nama yang dicadangkannya itu "lebih layak menggalas tanggungjawab tersebut kerana mereka "lebih berpengalaman" berbanding dirinya.
Yakin tetap berusaha

Dari satu segi kenyataan itu dilihat agak sinis kerana sebelum ini Tengku Ismail pernah mengkritik FAM sebagai punca bola sepak negara ini "rosak" sejak 31 tahun lalu.

Beliau juga membangkitkan mengenai isu gangguan bookie yang masih aktif dan membimbangkan.
Pada pandangan TMJ, masalah itu adalah satu daripada isu yang perlu ditangani segera oleh FAM.

FAM mempunyai sejarah panjang di negara ini sejak ia ditubuhkan pada 1933 dan pernah diketuai pelbagai tokoh, termasuk dua perdana menteri - Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj serta Tun Razak Hussein.

Antara tempoh 1984 hingga 2014 - atau 30 tahun - Presiden FAM adalah Sultan Ahmad Shah sebelum jawatan itu diganti anak baginda, Tengku Abdullah sejak tahun lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian JDT yang baru menjuarai Piala AFC, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu mengucapkan syukur atas kejayaan amat menggembirakannya.

Bagaimanapun katanya, masih banyak lagi perkara yang perlu diusahakan.

"Saya yakin JDT akan berusaha sedaya upaya, walaupun kita kini berdepan dengan beberapa kecederaan.
"Namun, fokus saya sudah kepada 2016 dan musim-musim akan datang," katanya mengulas harapan untuk Piala Malaysia 2015.

JDT antara yang terawal muncul sebagai pasukan yang layak ke peringkat suku akhir selepas meraih 12 mata dalam saingan peringkat kumpulan dan masih berbaki dua perlawanan.


'Tolong kami, belanja pergi kerja RM50 sehari'

Posted: 05 Nov 2015 06:04 AM PST

Belanja pergi kerja RM50 sehari
 

PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook.

‎Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain.


Zul dakwa Zahirah MacWilson hampir diculik

Posted: 05 Nov 2015 05:54 AM PST

Zul dakwa Zahirah MacWilson hampir diculik
 

PELAKON yang popular dengan drama Rindu Awak 200 %, Zul Ariffin mendakwa, pelakon Zahirah MacWilson hampir diculik di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi laman mikro Twitter milik pelakon itu, Zul memberitahu Zahirah nyaris di culik di sebuah pusat membeli belah di Damansara, semalam.

"Orang kecoh pasal Zul dan Zahira punya gambar? Sejam lepas, Zahirah nyaris nak culik di shopping mall The Curve. Pergilah kecoh mengenai itu," tulisnya.

Zul turut menasihati wanita supaya lebih berhati-hati ditempat-tempat seperti tempat letak kereta dan jangan jalan bersendirian.

Sebelum ini, pelakon yang dikatakan bercinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin Pillai, 38, dikaitkan mempunyai hubungan dengan Zahirah MacWilson selepas gambar kedua pelakon itu sedang berpengangan tangan di sebuah restoran bertebaran di laman sosial.


Rakyat Malaysia terkandas di Lombok

Posted: 05 Nov 2015 05:07 AM PST


Rakyat Malaysia terkandas di Lombok
Fareeza (kanan) bersama keluarganya sedang menunggu bas.


LOMBOK - INDONESIA. Rakyat Malaysia yang berada di Lombok terkandas akibat letusan gunung berapi di Gunung Rinjani, Isnin lalu.

Fareeza Zaini, 26, berkata dia bersama keluarganya datang ke Lombok untuk bercuti.

"Kita mengetahui kejadian ini setelah menonton berita.

"Berita itu turut memaklumkan penerbangan pulang ke beberapa destinasi termasuk tanah air terpaksa di tunda sehingga Selasa ini," katanya.

Menurutnya, dia bersama keluarga terpaksa pergi ke Surabaya untuk mengambil penerbangan ke Malaysia.

"Saya dimaklumkan perjalanan ke sana perlu menaiki bas dan teksi manakala tempoh perjalanan kira-kira 12 jam," katanya.

Sementara itu, seorang pembantu pelancong yang enggan dikenali berkata, satu keluarga dari Kelantan terpaksa tinggal buat sementara waktu di rumah penduduk tempatan.

"Keluarga itu kehabisan wang, mereka terpaksa tidur di rumah penduduk tempatan," katanya.


Saya tiada masalah bangun awal pagi

Posted: 05 Nov 2015 05:05 AM PST

 
Sebagai rakyat Malaysia yang menyumbang dana demi kesejahteraan negara, saya mengharapkan supaya kebajikan saya dipelihara oleh kerajaan.
 
 
 
bangun-pagi

"Kalau kos hidup tinggi, belajar tanam ubi kayu" – Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia.

"Kalau tak suka GST, masak sendiri di rumah" – Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Sudah berpuluh-puluh kali saya dengar pemimpin negara menasihati kita cara untuk menanggani masalah kos sara hidup yang semakin melampau. Daripada belajar menanam ubi kayu hinggalah belajar memasak nasi goreng telur.

Kini saya dikhabarkan pula dengan nasihat terbaru daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan – "Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol".

Kali pertama membaca kenyataan beliau, sememangnya berderau darah panas saya. Namun setelah diteliti, nampaknya ada juga kebenaran pada kenyataan Datuk Abdul Rahman itu.

Sesungguhnya kita sebagai anggota masyarakat punya tanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga. Sekiranya kos hidup tinggi dan membebankan, maka patutlah kita berusaha mengurangkannya sama ada menghentikan perbelanjaan yang berupa pembaziran ataupun mencari cara alternatif bagi pengurusan kewangan yang lebih cekap.

Sementara kita merangka gaya hidup baru yang sesuai dengan kos sara hidup yang semakin melonjak, saya juga berpendapat, pemimpin negara turut bertanggungjawab merealisasikan tugas yang diamanahkan rakyat kepada mereka.

Daripada menasihati rakyat bangun awal pagi, saya ingin menyarankan menteri-menteri agar bangun awal pagi untuk ke mesyuarat serta persidangan Parlimen menggunakan jalan raya biasa tanpa menggunakan polis sebagai escort. Cubalah menjadi pengguna jalan raya biasa seperti kami.

'Nikmatilah' jalan-jalan yang penuh berlubang, berlekuk, sempit dan bertampal sana-sini. Rasai pengalaman tersadai di jalan pabila berhadapan dengan lampu-lampu trafik yang tidak berfungsi selama beberapa hari. Rasanya jika pemimpin kita sanggup melalui cabaran ini, pasti juga akan terserlah kebenaran bahawa bukan semua lebuhraya yang punya jalan biasa sebagai alternatif.

Pada hemat saya juga, dalam pada rakyat Malaysia cuba menanggani kos yang semakin tinggi, para menteri seharusnya sudah mula melakukan sesuatu untuk membantu rakyat – bukannya sekadar memberi cadangan-cadangan yang kurang cerdik bunyinya.

Daripada menyarankan agar rakyat bangun awal pagi, lebih molek kiranya kerajaan berusaha menaik taraf semua jalan biasa – lebarkan jalan raya serta turapkannya agar rakyat lebih selesa menggunakannya.

Selain itu, tingkatkanlah kualiti kemudahan pengangkutan awam agar rakyat yang merasakan tol membebankan punya pilihan lain yang lebih baik. Lebihkan jumlah bas di atas jalan; kerapkan kunjungan keretapi dan LRT ; dan benarkan Uber bergerak bebas di atas jalan.

Dalam pada itu, sekiranya pemimpin benar-benar berjiwa rakyat, usahlah teruskan niat untuk meluluskan peningkatan kos pengangkutan awam yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi kerana sebenarnya, inilah alternatif paling baik bagi rakyat menghadapi masalah kenaikan tol, kenaikan harga minyak serta masalah trafik sesak.

Sesungguhnya, sebagai rakyat Malaysia yang membanting tulang empat kerat setiap hari dan menyumbangkan dana bagi kesejahteraan negara, saya mengharapkan kebajikan saya dipelihara oleh kerajaan yang memerintah.

Saya tiada masalah untuk bangun awal pagi semata-mata untuk menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol. Namun harapan saya agar pemimpin kita juga tiada masalah bangun awal pagi setiap hari dengan semangat ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Saya dikurung bersama pesakit HIV dan TB – Matthias Chang

Posted: 05 Nov 2015 05:02 AM PST

 
Matthias Chang mendedahkan perkara itu ketika membantah keputusan mahkamah menolak permohonan dia dan Khairuddin dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan pada 18 November.


Khairuddin-Abu-Hassan,matthias-chang


KUALA LUMPUR: Peguam kanan dan bekas Pegawai Khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang yang ditahan di Penjara Sungai Buloh mendakwa dia diletakkan dalam sel tahanan bersama penghidap HIV dan Batuk Kering (tuberculosis).

Dia memaklumkan perkara itu di Mahkamah Tinggi pada Khamis ketika membantah keputusan mahkamah menolak permohonan dia dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka disebut pada 18 November ini.

"Rakan tahanan sel saya ada HIV (positif) dan Batuk Kering (TB). Kesihatan saya menjadi pertaruhan.

Adakah ini adil kepada saya," katanya dari kandang tertuduh selepas Hakim Azman Hussin menolak permohonan ikat jamin itu.

Keputusan mahkamah itu turut membangkitkan kemarahan ahli keluarga Khairuddin yang meninggalkan mahkamah sebaik mendengar keputusan itu.

Dalam hujahnya, peguam kedua-dua tertuduh, Haniff Khatri Abdullah menegaskan, jika ikat jamin tidak dibenarkan ia boleh membawa penahanan secara salah terhadap Khairuddin dan Matthias.

Katanya, kedua-duanya telah ditahan selama enam minggu tetapi pertuduhan ke atas mereka belum ditetapkan sama ada mengikut SOSMA 2012 atau tidak.

Khairuddin dan Matthias didakwa di mahkamah pada 12 Oktober lalu atas tuduhan cuba mensabotaj sistem pembankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124 L Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pihak kerajaan mendakwa tuduhan sabotaj itu membolehkan Khairuddin dan Matthias ditahan mengikut SOSMA 2012.

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 18 November ini sama ada penahanan mereka itu boleh dibuat mengikut SOSMA 2012 atau tidak.

Laman web MITI siar kandungan teks TPPA

Posted: 05 Nov 2015 04:58 AM PST

 
Ia mempunyai 30 bab dengan beberapa ratus muka surat


tppa 1


KUALA LUMPUR: Kandungan teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebah di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam tempoh kurang 24 jam.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas ia dibangkitkan oleh Ahli Dewan Rakyat.

"Teks ini dapat diakses di dalam laman web MITI dalam tempoh 24 jam. Teks ini panjang, ada 30 bab, beberapa ratus muka surat. Panjang ceritanya.

"Nothing to hide," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada Khamis.

Selain itu, Mustapa turut menafikan dakwaan bahawa perjanjian TPPA satu bentuk penjajahan baru.

"TPPA ini telah menimbulkan banyak kontroversi, ada yang mengatakan ini satu bentuk penjajahan baru dan ada yang menganggap ini sebagai kerjasama yang tidak saksama.

"Kita sudah ada lebih 500 lebih pelabur di luar negara. Pelaburan asing di Malaysia berjumlah kira-kira RM470 bilion, tetapi pelaburan Malaysia di luar negara pula lebih RM500 bilion," ujarnya lagi.

Jelasnya, rakyat di negara ini seharusnya sedar bahawa dakwaan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menindas pelabur-pelabur dalam negara juga adalah tidak benar.

"Kita harus sedar bahawa syarikat-syarikat perladangan Malaysia ada di Russia, bank-bank kita ada di Singapura.

"Kita harus sedar syarikat-syarikat kita ada di luar, malah jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar jauh lebih besar dari pelaburan asing negara kita," katanya.

ADUN DAP pertahan Pas

Posted: 05 Nov 2015 04:55 AM PST

 
Tiada sebab untuk mana-mana parti keluar daripada kerajaan Selangor kerana ketiga-tiganya terikat dengan manifesto PRU13.


Datuk-Teng-Chang-Khim


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mempertahan Pas supaya kekal dalam kerajaan negeri Selangor.

Wakilnya, Datuk Teng Chang Khim berkata permintaan supaya parti Islam itu disingkirkan dari kerajaan negeri bukan isu yang besar kerana kenyataan itu tidak mewakili pimpinan DAP Pusat.

"Itu pandangan perwakilan dan tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat dan kepimpinan DAP Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor pada Khamis.

Chang Khim menambah tidak ada sebab untuk Pas disingkirkan daripada kerajaan Selangor kerana ketiga-tiga parti (Pas, DAP, PKR) terikat dengan manifesto dan janji (Pakatan Rakyat) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Semua pihak perlu matang dalam berpolitik menggunakan pendekatan pragmatik.

"Sekarang, mandat itu masih dengan kita, melainkan kita mahu bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan membubarkan dewan.

"Saya yakin, rakyat juga tidak berhasrat untuk melihat dewan ini dibubarkan," katanya.


Mengulas lanjut, Chang Khim juga mengesahkan pentadbiran kerajaan Selangor gabungan Pas, DAP dan PKR ketika ini masih dalam keadaan baik, malah keadaan politik negeri juga stabil.

Isu vape: Facebook Kementerian Kesihatan ‘diserang’

Posted: 05 Nov 2015 04:54 AM PST

 
Pengguna laman sosial meluahkan tidak puas hati dan mahu tindakan sama diambil terhadap penjualan rokok yang lebih bahaya.


kementerian-kesihatan


PETALING JAYA: Laman rasmi Kementerian Kesihatan yang menyiarkan rakaman penerangan mengenai isu pengharaman vape 'diserang' pengguna laman sosial gara-gara tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah Kementerian Kesihatan, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (eCig) manakala tiada nikotin dipanggil vape.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan rokok yang sudah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

"Sejak bila rokok amek masa 100 tahun baru menyebabkan kanser?perokok-perokok ni ada yang sampai 100 tahun ke ko tengok?

"Then ko kata vape benda baru dan tak pasti akibatnya dan cuma khuatiri mendatangkan kemudaratan, Kaji dulu baru ban..andai akibatnya mendatangkan kebaikan kan ke rugi banned vape ni?

"Rokok katanya dah wujud beratus tahun dan mmg dh dikenali kemudaratannya, ban terus la pegi jual buat ape? tapi KKM xbole ban sbb political issue..see!!tu sume nak duiittt," tulis Muhammad Amirul Rejab Zakaria yang mendapat lebih 200 likes.

Ada juga pengguna laman sosial yang mengaitkan penjualan arak yang sememangnya diharamkan Islam dan tidak baik untuk kesihatan.

"Tolong haramkan arak dan rokok dahulu, baru haramkan vape.. Arak dah terang-terang haram dlm Islam, tp kenapa Malaysia masih menghalalkan pengeluaran dan penjualan arak di malaysia?? Bukankan Malaysia negara Islam?? Atau Islam atas nama sahaja?? Arak lebih teruk kesan negatifnya daripada Vape.. Haramkan arak dan rokok.. Hentikan kilang arak di Shah Alam..," tulis Sulaiman Arbain yang menerima lebih 100 likes.

"Kerajaan haramkan vape sebab dia takut org tak nak beli rokok. Rokok ada cukai tinggi. V
ape mana ada cukai. Diorang mana pikir psl kesihata rakyat sangat. Kalau diorg pikir dh lama rokok diharamkan. Nk dibandingkan rokok dgn vape, rokok ada lebih 4000 bahan kimia. Vape ada satu je bahan iaitu nikotin. Nikotin hanya menyebabkan ketagihan. So ni semua psl duit diorg je," komen Aliff Illias.

Bagi netizen yang menyokong tindakan Kementerian Kesihatan itu, mereka berpendapat tindakan mengikut Akta Racun merupakan keputusan tepat kerana penggunaan vape semakin berleluasa termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

"Banyak sungguh komen tak bijak di sini. Komen ikut nafsu. KKM nak mencegah kemudaratan pun ramai yang melawan. Fikir pakai lutut ni lah jadinya," tulis Taufiq Jailani.

"Sebagai seorang pegawai akademik ..saye menyokong KKM dan percaya bahawa rokok n vape bukan aspirasi anak muda..kita mesti menyediakan pimpinan masa depan yg bebas dpd jajahan pemikiran vape n rokok..Say No to vape," tulis Wafa Husna Md Zin.

Arul Kanda cari helah elak debat – Rafizi

Posted: 05 Nov 2015 04:50 AM PST

 
Dia mendakwa Arul Kanda berselindung di sebalik kenyataan Speaker Dewan Rakyat untuk mengelak debat 1MDB diteruskan.


Rafizi-Arul


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda tidak seharusnya berselindung di sebalik kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjelaskan kontroversi 1MDB merupakan isu nasional dan tidak wajar Arul mengelak daripada berbahas mengenainya.

"Untuk Arul cuba mengambil helah apabila berselindung dan hanya sudi berbahas dengan Tony Pua adalah satu tindakan yang tidak tepat.

"Isu 1MDB ini bukan isu peribadi antara Tony Pua dan Arul Kanda sahaja, ia melibatkan rakyat. Arul harus jawab isu ini dan apabila tidak, ia menunjukkan beliau seorang yang tidak profesional," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

Jelas Naib Presiden PKR itu lagi, dia dan Tony Pua telah mempersoalkan isu 1MDB ini sejak enam tahun lalu dan menjadi tanggungjawab Arul untuk menjawab.

"Paling kurang, berani sikitlah menjawab. Kalau tidak sia-sia rakyat bayar gaji berpuluh ribu," katanya lagi.

Arul sebelum menerusi kenyataan media berkata, dia tidak akan berdebat dengan Rafizi bagi menghormati keputusan Yang Dipertua Dewan bahawa sebarang debat harus berlangsung selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai perkara itu, Rafizi menjelaskan Arul Kanda telah menyalah tafsir kenyataan yang dibuat oleh Pandikar Amin.

"Dia hanya mereka-reka cerita, dan disebabkan itu Tony Pua telah bertanyakan soalan yang khusus sekiranya beliau ditukarkan, adakah akan menjejaskan siasatan PAC dan jawapan yang diberikan Speaker adalah beliau tidak boleh menghalangnya," kataya lagi.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, beliau tiada masalah dengan kenyataan Arul untuk tidak meneruskan debat itu.

"Terserah kepada Arul." katanya kepada FMT.

Pembangkang: Tak semestinya RTM hos debat 1MD

Posted: 04 Nov 2015 04:02 PM PST

Pembangkang: Tak semestinya RTM hos debat 1MDB
Saifuddin bersama wakil-wakil DAP, Amanah dan PKR pada sidang media di sini, hari ini.


KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan hari ini menegaskan bahawa debat yang disebut-sebut antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda tidak semestinya dihoskan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Setiausaha Sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, banyak lagi stesen TV lain yang boleh menjadi medan debat tersebut.

"Itu (menteri batal debat) cerita lain. Kita hormati keputusan yang dibuat oleh  Speaker (Dewan Rakyat).

"Kita fikir debat itu bagus untuk rakyat. Kita calonkan wakil alternatif. Debat itu tidak semestinya RTM yang hoskan. Banyak lagi stesen (TV) lain," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Debat: DAP umum pengganti Tony petang ini]

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: 'Tutup' siasatan PAC kalau terus debat]

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika ditemui sebelum ini mengesahkan siaran langsung perdebatan 1MDB yang dijadualkan Jumaat ini dibatalkan.

Ia berikutan selepas dimaklumkan bahawa Tony Pua tidak lagi menyertai debat itu.

Pada sidang media sama, Saifuddin memberitahu bahawa nama calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat sebentar tadi akan dikemukakan kepada Majlis Presiden, malam ini sebelum diumumkan esok.

"Kita hanya ada satu nama. Kita umum di lobi Parlimen jam 11.30 pagi.

"Selain itu, kita juga akan umum tim untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Semua konsep juga akan dimaklumkan esok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya soal alternatif debat selepas menteri membatalkan siaran langsung melalui RTM.

Tony yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara terbuka yang kemudiannya dipersetujui.

Salleh sebelum ini juga menyatakan kesediaan RTM untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan Tony Pua perlu meletak jawatan sebagai anggota PAC atau tidak terlibat sama sekali dalam siasatan 1MDB sekiranya berhasrat meneruskan debat terbuka itu.


Menteri sahkan perpindahan, cuma dalaman

Posted: 04 Nov 2015 03:59 PM PST

Kow Gah Chie 





Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengesahkan timbalan pendakwa raya yang ditugakan di Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan secara dalaman.

Kata Ahli Parlimen Batang Sadong itu, Ahmad Shazalee Abdul Khairi kini tidak lagi berkhidmat di bahagian berkenaan.

"Baru-baru ini beliau dinaikkan pangkat ke Gred L54 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman," katanya dalam penggulingan perbahasan Belanjawan 2016 di parlimen hari ini.

Menurut Nancy, perpindahan itu dibuat tanpa sebarang niat buruk dan tidak sepatutnya disalah tafsir.

Sebelum ini Malaysiakini ada menyiarkan laporan mengenai perpindahan Ahmad Shazalee yang sebelum ini berkhidmat di bahagian yang menyiasat isu syarikat SRC International.

Beliau juga terbabit dalam beberapa penahanan reman saksi utama siasatan kes berkenaan.

Kata Nancy, walaupun tidak lagi bertugas di bahagian operasi khas, Ahmad Shazalee masih ditempatkan bersama SPRM.

"Pejabat Peguam Negara meluluskan kenaikan pangkatnya dan membenarkan beliau terus berkhidmat di SPRM namun tidak lagi di bahagian operasi khas," katanya.

Nancy menjelaskan kenaikan pangkat itu tidak boleh dilaksanakan jika Ahmad Shazalee kekal di bahagian itu.

"Niat yang baik ini, bagaimanapun, disalah tafsir oleh sesetengah pihak," katanya.

Debat yang tidak bawa manfaat

Posted: 04 Nov 2015 03:57 PM PST



Oleh Mohd Sayuti Omar


Setuju sangat dengan pandangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy tidak akan menyelesaikan masalah melain memberi pencerahan dan maklumat kepada umum.

Jalan penyelesaian terbaik menuntasi skandal itu kata Khairy ialah dengan menyerahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menyudahkan siasatannya. Beliau percaya dengan prosedur PAC sahaja isu itu dapat diselesaikan.

Di sini saya nak tambah sedikit, bukan sahaja setakat itu tetapi kerajaan perlu membebaskan siasatan tersebut tanpa ada campur tangan dan halangan.


Pasukan khas yang dibentuk sebelum ini terdiri daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan juga Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat segala transksi ke dalam akaun 1MDB termasuk wang derma kepada Datuk Seri Najib Razak dan perkara-perkara lain perlu dihidupkan semula.

Pun begitu saya secara peribadi tidak percaya ia dapat diselesaikan kerana sudah ada niat agar skandal itu jangan diselesaikan apabila pasukan khas berkenaan dirombak dan diganti dengan orang baharu yang bersimpati dengan Najib. Pertukaran peguam negara adalah satu hal yang sangat jelas.

Dan skandal itu tetap menjadi hantu dan momok kepada rakyat apa lagi bagi pihak pembangkang, apabila pasukan penyiasat khas itu dibubar. Najib dan pembelanya tidak boleh mempertahankan skandal berkenaan kerana pembubaran pasukan itu memberi isyarat dan erti jelas berhubung perkara itu.

Pendeknya selagi Najib ada kuasa, kuasa itu tidak akan diberikan untuk menyiasat ke atas dirinya hatta demi kepentingan negara sekiranya ia menjejaskan diri. Kalau pun siasatan dibuat ia bertujuan untuk menutup rapat rahsia skandal itu bukan dibuka kepada umum. Jadi matlamat debat itu sia-sia sahaja.

Penjelasan Arul nanti hanya sebagai soal kepada sesuatu yang belum terungkap tetapi sudah dihidu umum.

Lantaran itu ia membuang masa sahaja dan mencuri tidur rakyat dan pegawai kerajaan. Yang boleh manfaat daripada debat berkenaan ialah Pua. Apa pun hujah yang akan dinyata dan dikatakan Arul itu kelak, orang akan "jeh" tolak begitu sambil ia akan dianggap ia sudah diprogramkan.

Katanya RTM bersedia menyiarkan secara langsung debat berkenaan. Penyiaran itu sudah tentu bagi menunjukkan menteri menjaganya sanggup berbuat apa sahaja asalkan kedudukannya selamat dan walafiat.

Demikian juga rancangan atau tepat ajakan seorang ahli Jawatankuasa Kerja PAS yang hendak berdebat dengan Datuk Husam Musa di atas tajuk kejatuhan kerajaan PAS di Kedah dan Terengganu. Debat itu juga tidak ada faedah besar kepada pembangunan dan politik negara ini. Malahan ia lebih busuk daripada debat Pua dan Arul.

Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan Kedah bukan perkara perlu didebatkan tetapi ia patut dibincang, difikir kemudian diambil iktibar agar tidak berlaku di kemudian hari, ataupun bagi mengelakkan ia tidak berulang di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Apabila lokasi debat itu ditetapkan dan tajuk juga dipilih oleh sebelah pihak, nampak sangat tujuan itu bukan bertolak daripada niat baik tetapi daripada hati yang busuk. Cara ia dipelawa juga tidak menunjukkan ada elemen keikhlasan bagai menangani masalah yang timbul berhubung debat berkenaan.

Ia dicadangkan itu bukan penyelesaian kepada masalah (kelemahan) PAS tetapi lebih untuk menunjukkan keberanian bagi orang yang mengajak. Ia juga satu idea dangkal daripada orang yang rasa bertaraf antarabangsa.

Saya tidak pasti apakah ajakan individu parti agama itu sudah disahut Husam atau tidak. Molek kalau Husam tidak ikut "erel" dengan ajakan itu. Apa yang didedah dan ditimbulkan Husam dalam surat-suratnya sehingga merangsang orang PAS itu untuk mempelawa debat sudah terjawab, ia sebagai benar.

Misalnya mengenai pertanyaaan Husam tentang Yayasan Islam Kelantan (YIK) menunggaki hutang sampai berbelas-belas juta. Perkara ini sudah pun disahkan exco Kelantan. Menurut exco berkenaan, tunggakan yang tertimbun kini mencecah RM14 juta. Ia satu kesengsaraan kewangan kepada YIK yang sebelum ini berkali-kali menafikan.

Penjelasan dan pengakuan itu sekaligus menampakkan kerajaan Kelantan (YIK) baik, telus dan bertanggungjawab. Tetapi apabila ia menggunakan alasan, syarikat yang menjalankan perniagaan dengan YIK tidak mematuhi syarat sehingga YIK bermasalah, menjelaskan YIK hendak letak kesalahan dan kelemahannya ke atas belakang orang.

Perkara ini tidak sesenang itu, kesalahan dan kelemahan YIK hendaklah diakui dengan jujur tanpa cuba menyalahkan pihak lain. Meletakkan kesalahan kepada syarikat yang menjalankan usaha sama (JV) dengan YIK bukan boleh dilakukan seperti meletak "igu" dan "gerap" ke atas bahu lembu atau kerbau.

Penjelasan exco berkenaan menggambarkan akan kelemahan tadbir urus orang yang bertanggungjawab terhadap YIK itu sendiri. Siapa lagi kalau bukan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Jadi mengenai pelawaan orang PAS untuk berdebat dengan Husam elok tidak diteruskan dan Husam tidak perlu respons kepada pelawaan itu yang sudah awal-awal lagi dibuat bukan bertolak daripada keikhlasan. Biarlah orang yang mengajaknya itu menunjukkan keberanian dan kebenarannya dengan cara demikian. Budak-budak memang begitu.

Lagipun saya bimbang kalau berlaku debat itu dan kedua pihak tidak dapat mengawal perasaan maka lebih banyak lagi tembelang PAS akan terburai. Apa-apa boleh jadi. Saya sangat bimbang apakah ada dalam pengetahuan Husam mengenai ada seorang exco Kelantan yang dikatakan bawa wang berjuta ringgit dalam 2 guni. Wang itu baru dikeluarkan dari sebuah bank di Kota Baru. – msomelayu.blogspot.my

Dihukum penjara sebab rogol kenalan FB

Posted: 04 Nov 2015 03:45 PM PST

Dihukum penjara sebab rogol kenalan FB
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah. –Foto Sinar Harian oleh ADILA SHARINNI WAHID


KOTA BHARU - Padah buat seorang juru kimpal kerana kesalahan merogol remaja bawah umur yang baru dikenali di laman sosial facebook, dia dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Muhammad Al Hafiz Mohd Yusoff, 21, didapati bersalah pada akhir kes perbicaraan.

Tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan di Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2013.

Sebelum kejadian, tertuduh mengajak mangsa bersiar-siar dan sebelum menghantarnya pulang, tertuduh membawanya ke kawasan hutan serta merogolnya.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Nasrul Mohamed merayu hukuman terhadap anak guamnya diringankan dengan alasan tertuduh masih bujang dan sentiasa memberi kerjasama baik kepada mahkamah sepanjang perbicaraan.

"Saya juga memohon penangguhan hukuman berikutan anak guam saya akan memfailkan rayuan hari ini (petang, semalam)," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali bagaimanapun membantah permohonan itu dengan hujah tertuduh tidak mempunyai masalah kesihatan bagi menjalani hukuman dan memohon tertuduh dikenakan balasan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

"Mangsa masih di bawah umur, saya mohon mahkamah memberi perhatian terhadap kesan trauma dan maruah yang tercalar serta pengalaman pahit yang tidak akan padam sepanjang hidupnya. Mohon juga hukuman yang memberi pengajaran kepada orang lain terhadap keseriusan jenayah ini," katanya.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan jaminan dinaikkan kepada RM20,000. Perbicaraan berjalan dengan 15 saksi pendakwahan dan empat saksi pembelaan.


Ringgit kukuh berbanding dolar AS

Posted: 04 Nov 2015 03:41 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini, didorong permintaan berterusan terhadap ringgit, kata peniaga. 
 
Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar daripada 4.2810/2900 pada penutupan semalam. 
 
Seorang peniaga berkata, ringgit terus mengukuh kerana peniaga ambil keputusan berhati-hati terhadap dolar AS sementara menunggu data terbaharu ekonomi daripada ekonomi terbesar dunia itu. 
 
Ringgit juga tinggi berbanding mata wang utama lain. 
 
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0587 daripada penutupan semalam 3.0629/0698 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5157/5213 daripada 3.5442/5531 semalam. 
 
Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 6.5688/5777 daripada 6.5996/6148 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6671/6743 daripada 4.7061/7164.
 
 

Pesawat mendarat cemas kerana kentut, tahi kambing

Posted: 04 Nov 2015 03:39 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Pesawat Singapore Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa diubah haluan dan mendarat cemas di Bali, Indonesia selepas berlaku amaran kebakaran.

Bagaimanapun, amaran itu ternyata tidak benar apabila sistem pengesan asap pesawat pengangkut SQ-7108 jenis Boeing 747-400 itu tersilap bacaan.
 
The Aviation Herald melaporkan amaran kebakaran sebenarnya disebabkan oleh gas daripada kentut dan najis kambing biri-biri.
 
Selain membawa empat anak kapal, pesawat itu turut mengangkut 2,186 ekor kambing biri-biri.
 
"Perkhidmatan kecemasan tidak menemui sebarang tanda kebakaran, kepanasan atau asap.
 
"Petunjuk asap itu disebabkan oleh kentut dan najis kambing biri-biri," menurut laporan itu lagi.
 
Pesawat itu tiba ke Kuala Lumpur kira-kira 2 jam setengah kemudian selepas berlepas semula dari Bali.
 
Kentut dan najis haiwan mengeluarkan gas metana.
 
 

Rawatan istimewa tetapi kesihatan Anwar terus merosot?

Posted: 04 Nov 2015 03:35 PM PST



Oleh Syed Ibrahim Syed Noh


Kenyataan Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menerima rawatan istimewa yang tidak diberi kepada banduan yang lain tidak berasas kerana keadaan kesihatan Anwar bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot.

Ini pada pendapat saya kerana tafsiran 'rawatan istimewa' yang berbeza yang dilaporkan kepada Nur Jazlan.

Bagi Nur Jazlan fisioterapi sebanyak 10 kali di penjara dalam tempoh 8 bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna seperti di hospital untuk memastikan kesihatan Anwar terjamin.


Beliau perlu diberi hak rawatan yang sempurna untuk merawat kesakitan saraf pada bahu kanannya dan mungkin pada tengkuknya.

Yang diminta bukan rawatan istimewa tetapi rawatan sempurna.

Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Anwar bertambah buruk.

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

Janji Najib tubuh Jawatankuasa Sosma luput

Posted: 04 Nov 2015 03:30 PM PST



Oleh Ooi Heng


Susulan kenyataan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 3 November, 2015 badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, janji beliau menubuhkan jawatankuasa menyemak Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 apabila Akta Sosma dikuatkuasakan luput selama 3 tahun 3 bulan 3 hari.

KPRU menyemak penyata rasmi Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan mendapati pada 3 November 2015, iaitu pada hari Gani memberikan ucapan dalam forum dianjurkan Majlis Peguam bertajuk

"Sosma – Serigala dalam badan kambing?" di Kuala Lumpur, jaminan diberikan perdana menteri semasa beliau membuat bacaan kali kedua rang undang-undang (RUU) Sosma 2012, luput.

Pada 16 April, 2012 semasa mencadangkan RUU Sosma 2012 dibacakan kali kedua, perdana menteri memberikan jaminan yang berbunyi seperti berikut:

"Lindung jamin keenam ialah apabila akta ini berkuat kuasa, kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini daripada semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan."

Perdana menteri juga menyatakan dalam Majlis Dewan Rakyat pada hari tersebut: "Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan saja agensi berkenaan tetapi juga presiden Majlis Peguam dan Suhakam."

KPRU mendapati, jaminan yang sama diulang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Liew Vui Keong pada 8 Mei, 2012.

KPRU juga menyemak status Akta Sosma dan mendapati Akta Sosma diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun, 2012 diwartakan pada 22 Jun, 2012 sebagai Akta 747 dan dikuatkuasa pada 31 Julai, 2012.

* Penulis ialah pengarah eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat di Malaysia

Posted: 04 Nov 2015 03:28 PM PST

Bernama
Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat di Malaysia
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menerima kunjungan hormat bintang filem terkemuka Tamil, Rajinikanth (kanan), di Seri Negeri, Ayer Keroh pada 27 Oktober lalu. - Gambar Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Kehadiran superstar India, Rajinikanth di Malaysia untuk membuat penggambaran bagi filem terbarunya, 'Kabali', menarik perhatian dan menjadi topik perbualan para peminatnya sejak beberapa hari lepas.

Lebih dikenali sebagai 'Thalaiva' (pemimpin) dalam kalangan peminatnya, bintang filem itu sentiasa dikelilingi peminatnya ke mana sahaja beliau pergi dan seseorang yang dapat bergambar dengan pelakon veteran ini, mengganggap dirinya sangat bertuah.

Superstar yang akan genap berusia 65 tahun bulan depan ini terkenal dengan keramahannya dan sikapnya tidak keberatan untuk berjabat tangan dan bergaya untuk selfie dengan sesiapa sahaja.

Peminat tegar ikon filem India ini, Ekhnath Vivekanandar, 23, berkata beliau sanggup pergi ke hotel tempat pelakon itu menginap di sini bagi memenuhi impiannya untuk bertemu dengannya.

"Saya meminatinya sejak saya kecil lagi dan apabila mendapat tahu Thalaiva saya berada di sini, saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melepaskan peluang bertemu dengannya," kata pemuda itu.

Pada mulanya, Ekhnath hampir berputus asa untuk berbuat demikian berikutan kehadiran banyak peminat pelakon itu di hotel berkenaan, namun beliau tetap tabahkan hati.

"Kemudian, saya ikut keretanya ke lokasi penggambaran dan menunggu berjam-jam dengan harapan dapat bertemu dengannya," kata peminat itu.

Kesabarannya membuahkan hasil apabila selepas semua peminat lain beredar, Rajinikanth hadir di hadapannya dan mereka berbual serta bergambar bersama.

Abiraami Menon, 23, pula berkata dia berpeluang bergambar dengan superstar itu dan menyiarkannya di media sosial kerana begitu terharu dengan sikap merendah diri serta kemesraan semula jadi yang ditampilkan pelakon berkenaan dengan para peminatnya.

Menurut pelajar perempuan ini, dia adalah antara peminat yang berkumpul di satu lokasi penggambaran di sini dan hampir menangis kerana kecewa tidak dapat bertemu pelakon pujaannya itu.
Bagaimanapun, kata Abiraami, seperti suatu keajaiban, Rajinikanth dapat mengesan kekecewaannya dan ketika beredar dengan kereta dari tempat itu, pelakon berkenaan meminta pemandunya berhenti dan memanggilnya.

"Rajinikanth pegang tangan saya dan meminta saya supaya jangan menangis," katanya sambil menambah bahawa beliau terkejut dengan sikap sayang pelakon itu kepada peminatnya.

Menurut laporan, Rajinikanth akan berada di Malaysia hingga 21 Nov ini bagi menyempurkan penggambaran filem itu, yang bermula di Melaka sebelum beralih ke Kuala Lumpur. 
 
 

Pihak berkuasa Vietnam berkas wanita Malaysia miliki kokain

Posted: 04 Nov 2015 03:25 PM PST

Agensi
Pihak berkuasa Vietnam berkas wanita Malaysia miliki kokain
Vietnam Komunis mempunyai undang-undang dadah yang paling berat di dunia. Sesiapa yang didapati bersalah memiliki lebih daripada 600 gram (20 auns) heroin, atau lebih daripada 20 kilogram candu, boleh berdepan hukuman mati. - Gambar Fail
 
 
HANOI: Vietnam telah menahan seorang wanita Malaysia kerana menyeludup dadah jenis kokain, lapor media tempatan Rabu, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman mati di negara komunis itu.

Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, dtahan membawa lima kilogram (11 paun) dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City pada malam Selasa, lapor akhbar Tuoi Tre.

Wanita itu dilaporkan telah melawat beberapa bandar termasuk Columbia, Panama, Brazil dan Dubai sebelum ditahan di Vietnam. Pihak berkuatkuasa menjumpai tepung yang dipercayai kokain di dalam bagasinya, lapor akhbar itu.

Vietnam Komunis mempunyai undang-undang dadah yang paling berat di dunia. Sesiapa yang didapati bersalah memiliki lebih daripada 600 gram (20 auns) heroin, atau lebih daripada 20 kilogram candu, boleh berdepan hukuman mati.

Vietnam telah menjatuhkan hukuman mati terhadap berpuluh-puluh warga asing atas kesalahan dadah – ramai daripada mereka warga Australia yang menetap di negara itu.

Pada September, seorang wanita Australia telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun selepas cubaan menyeludup dadah jenis heroin di dalam seluar dalamnya.
Tahun lalu, seorang lelaki Filipina dan seorang wanita dijatuhkan hukuman mati selepas ditahan membawa 11 paun kokain. 
 
 

Tiada ulasan: