Khamis, 5 November 2015

Biaqpila

Biaqpila


PRESIDEN 1MDB KENA BERDEBAT WALAUPUN DENGAN KUCING

Posted: 05 Nov 2015 03:17 AM PST


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berikrar akan terus mengasak presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy sehingga beliau menerima cabaran berdebat dengannya mengenai isu yang melanda firma milik negara yang bermasalah itu.

Katanya, Arul Kanda telah mennyahut cabaran untuk berbahas tanpa syarat dan tidak boleh memungkiri janjinya.

"Penerimaannya (untuk berdebat) adalah tanpa syarat. Jika kucing mahu berdebat dengannya, sekalipun, beliau mesti berdebat kucing.

"Jika beliau tarik balik (kata-katanyan) seminggu kemudian, maka ini menunjukkan bahawa 1MDB mahu menyembunyikan sesuatu," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya bagaimana beliau akan mengasak Arul Kanda, setiausaha agung PKR itu berkata beliau akan memikirkan caranya kemudian.

Rafizi berkata Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk berdebat.

"Tugasnya sebagai CEO 1MDB adalah memberikan jawapan (kerana) duit kita (rakyat) dalam 1MDB," katanya.

Malaysiakini

Tiada ulasan: