Ahad, 25 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


tak terkatakan

Posted: 25 Oct 2015 09:30 PM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

Biasanya kita hanya melihat dengan kepala mata bila tidak mampu berbuat apa2 selain kita hanya berdoa itu saja yang kita punya dan terdaya segala.

Rakyat telah mengamanahkan kepada pemerintah bn untuk mentadbir kutip cukai gst dan segala macam hasil bumi tetapi yang kita nampak sabahan dan sarawakian sama saja macam dimusim2 sebelum merdeka.

Yang hanya beda yang tinggal di kota pekan sedang yang di ulu2 sempadan masih tak punya api letrik dan air paip meski merdeka bertahun2 lamanya.

Kesian dijanji dimusim election konon rakyat didahulukan sedang hakikat rakyat dikemudiankan poket anak bini kroni didahulukan dan di tv janji manis kemajuan bakal ada di mana2 bawah barisan nasional.

Sabah penerima anugerah termiskin dan pendidikan asas tersorot sesuatu yang cukup memalukan segala.

Selamat semuanya jumpa esok nanti tidur mimpi bidadari 


ISMAILY BUNGSU
sabah

GAJI SABAHAN (Bajet 2016)

Posted: 25 Oct 2015 09:00 PM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

Kos sara hidup di sabah memang mahal dan tak sepatutnya seperti yang ada sekarang.

Bajet dibentang gaji sabahan 930rm sedang di semananjung rm1200 dan ini tidak adil.

Ketidakadilan ini lagi ketara bila guru2 sabah bertugas di semananjung dibayar elaun rumah sekitar rm350 sebulan sedang yang dari semananjung bertugas di sabah disekitar rm900. Adilkah ini?

Selanjutnya tinggal di kota kinabalu dengan gaji rm920 apakah cukup untuk sewa rumah sebuah biasa sekitar rm1000 dan sewa kamar sekitar rm300.

Bayar tambang bas, pakai makan dan sebagainya. Jika dipotong hutang ptptn lalu bagaimana mahu hidup?

Di brunei dan di singapura jika di sabah rm1000 dan di negara berkenaan sekitar rm4000 dan di negara berkenaan segala kemudahan cukup memuaskan luang kerja banyak buat orang lokal sedang di sabah kurang ramai belia hijrah ke semananjung malaysia termasuk singapura.


Memang kesian anak2 sabah kita lulus universiti luang kerja tiada yg sesuai dengan kelulusan dan akhir kerja di super2 market atau melakukan apa saja kerja asal dapat hidup beli makanan.

Yang jelas cm musa gagal menyediakan pekerjaan buat anak2 sabah dan kesannya ramai penganggur balik kampung nasiblah orang tua masih ada pekerjaan biasa sebagai penoreh getah dan usaha ladang sawit.

Kesan sawit turun harga dan getah jatuh ke paras rendah hidup orang kampung terpaksa berjimat dan ada yg terpaksa berhentikan anak2 mereka lanjutkan persekolahan kesan tak mampu lagi.

Inilah gambaran rata2 orang sabah tapi macai bn terus mendendangkan yg sabahan cukup baik hidup mereka dan ini memang kenyataan yang tidak masuk akal.

Di pru akan datang siaplah rakyat sabah undi parti yang boleh duduki putrajaya demi
perubahan dan caranya undi HARAPAN PAKATAN.



NURLIYANA ABDULLAH
TENOM

Panggil mesyuarat Pakatan, tengok siapa datang, kata Pua OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 25 Oct 2015 08:15 PM PDT


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang Pakatan Rakyat masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang Pakatan Rakyat masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan, bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih wujud atau tidak.

Beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri.

"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.

"Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.

"Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata malam tadi, PR masih hidup dan dianggotai PAS dan PKR, seperti yang dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik antara mereka di Selangor dan Kelantan.

Tetapi Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara, parti PAS serpihan.

Saifuddin berkata, empat mesyuarat yang diadakan antara PAS dan PKR setakat ini hanya menyaksikan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, kerana menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif.

Ditanya mengenai pertemuan antara PAS dan PKR yang dilihat agak kerap, Pua hari ini berkata, bukan hak DAP menghalang dua parti itu dari bermesyuarat.

"PKR boleh bercakap dengan mana-mana pihak yang ia mahu bercakap, kerana ia parti yang lain, ia bukan DAP," katanya.

Tetapi, beliau berkata, jika PAS menyertai Pakatan Harapan, parti itu mesti bersetuju dengan platform dasar bersama gabungan itu yang diumumkan sebaik ia dilancarkan.

"Mana-mana pihak – saya fikir sudah dinyatakan sebelum ini – yang menerima platform dasar bersama kami dan boleh bekerja dalam rangka kerja gabungan itu serta bersetuju dengan perjanjian gabungan itu, boleh menyertai Pakatan Harapan," katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu tersebut, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan menganggap pemimpin Amanah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.

PKR, dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat pada 11 Oktober lalu memutuskan, keanggotaan Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba dan memasukkan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai mereka. – 25 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Apa Najib tak beritahu dalam Bajet 2016 4.1K9 Nigel Aw

Posted: 25 Oct 2015 07:45 PM PDT



Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menawarkan senarai menarik dalam Belanjawan 2016, seperti faedah kepada penjawat awam dan peningkatan nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tetapi dari mana datangnya wang untuk peruntukan itu ketika hasil negara menyaksikan kejatuhan harga komoditi?

Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya.

Apa yang tidak dinyatakan, kemungkinan harga minyak masak semakin mahal, harga tiket kereta api dan pesawat laluan "tidak ekonomi" semakin mahal dan beberapa pemotongan subsidi.

Kementerian Kewangan – Subsidi umum hampir separuh

Sekilas pandang, Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.

Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.

Potongan lain termasuk pengurangan 95 peratus peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta.

Pemotongan itu membolehkan perbelanjaan dalam bidang lain, termasuk peruntukan RM1.073 untuk meningkatkan gaji minumum.

Kerajaan sudah pula memulakan rasionalisasi subsidi secara agresif mulai awal tahun ini. Setakat ini masih tidak jelas pemotongan selanjutnya selepas ini akan datang daripada mana.

Kementerian Pengajian Tinggi – kurang wang untuk universiti

Potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Paling buruk melibatkan Universiti Malaya, diikuti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang menyaksikan bajetnya masing-masing dipotong sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus.

Beberapa anggota parlimen sudah menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan yuran universiti dinaikkan.

Kementerian komoditi – Minyak masak lebih mahal

Sebanyak 60.76 peratus, daripada RM1.659 bilion kepada RM651 juta, belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dipotong.

Ketika program kementerian di seluruh negara dipotong belanjawannya, pengguna mungkin menanggung beban sebenarnya.

Ini kerana, sebuah potongan terbesar daripada RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak tidak diteruskan sepenuhnya bawah bajet 2016.

Skim yang diperkenal pada 2007 itu itu bertujuan menentukan harga siling dan permintaan cukup dalam pasaran dengan memberi pampasan kepada pengeluar.
Justeru, pemansuhan skim itu tahun depan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk harga minyak masak.

PAS: Pakatan Rakyat masih ada, tanpa DAP

Posted: 25 Oct 2015 07:15 PM PDT


Selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Malah, kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP – kawan yang kemudian bertukar seteru politik PAS Islam itu.

"PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.

"Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini," kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September melibatkan DAP dan PKR serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Tuan Ibrahim berhujah, kewujudan Pakatan Rakyat dibuktikan melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

Beliau juga mendakwa keadaan itu menyebabkan ada pihak yang iri hati dan menimbulkan spekulasi seperti 'Langkah Rawang' sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.

Sebuah blog sebelum ini mendakwa terdapat agenda menggantikan Azmin dengan anggota terbaru berprofil tinggi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai menteri besar Selangor.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menegaskan, realiti di Malaysia, paksi politik dan perubahan keseluruhan akan berlaku bila paksi politik Melayu dan Bumiputera membuat perubahan.

Ke arah itu, beliau membayangkan tindakan pemutusan hubungan mereka dengan DAP memberi anjakan besar kerana tidak lagi perlu memikul bebal dituduh alat parti yang dituduh chauvinis Cina itu.

Dalam masa yang sama, kata Tuan Ibrahim, isu seperti peningkatan kos hidup dan dakwaan penyelewengan BN dijangka turut menyumbang ke arah perubahan sokongan Melayu.

Bapa mangsa culik keluar notis di akhbar bersihkan nama pemandu teksi

Posted: 25 Oct 2015 06:45 PM PDT



KUALA LUMPUR: Susulan kes penculikan seorang kanak-kanak di Kajang awal bulan ini, keluarga mangsa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama pemandu teksi yang telah bertindak menghantar kanak-kanak itu pulang dengan selamat.

Bapa kanak-kanak itu, Lee Kim Wen, mengeluarkan notis di hampir kesemua akhbar harian pada Sabtu demi memulihkan imej pemandu teksi berkenaan yang dikatakan tercalar selepas dia turut sama ditahan bersama tiga suspek kes tersebut.


Notis di salah sebuah akhbar harian bertarikh 24 Oktober 2015.
 
Melalui notis itu, Lee memberitahu, dia dan keluarganya yakin pemandu teksi itu, Hanizan Mohd Radzi, tidak terbabit dengan kes penculikan berkenaan.

Malah mereka sekeluarga sangat berterima kasih di atas kesanggupan Hanizan membantu mengembalikan kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga.

Mereka juga kesal kerana bantuan yang diberikan Hanizan telah disalah anggap dan berharap penjelasan yang dipaparkan di dada-dada akhbar ini akan dapat mengembalikan keadilan kepada Hanizan dan keluarga.

Pada 9 Oktober lalu, Li Zhi Yang, 5 tahun, telah dilarikan dua lelaki di hadapan sebuah tadika ketika ibunya sedang memberikan tunjuk arah kepada dua suspek berkenaan.

Insiden tersebut menjadi viral setelah rakaman CCTV kejadian tersebut dipaparkan di media sosial.

Hadi Ponteng Parlimen - Ini Alasannya...

Posted: 25 Oct 2015 06:15 PM PDT




Asalnya saya tak berminat untuk nak ulas isu hal kehadiran Tok Guru Presiden PAS ke sidang Parlimen. Sebabnya terlalu ketara unsur kebudak-budakan dari mereka yang menimbulkan perkara ini. Tapi bila nampak melarat dan ramai sangat yang tak faham, saya tulis sikit.

Satu-satu sidang parlimen mengambil tempoh masa yang lama untuk berakhir. 5 hari seminggu dari pagi dan ada ketikanya sampai tengah malam. Seorang pemimpin utama parti seperti Tok Guru Presiden mempunyai komitmen jadual tugasan yang sangat padat. Sama sebagaimana pemimpin utama parti lain. Sebab itulah seseorang pemimpin dibantu oleh ramai pegawai dan setiausaha untuk melicinkan tugasannya.

Najib tak selalu berada di Parlimen malah kehadiran Tok Guru ke Parlimen melebihi kehadiran Najib. Itu biasa. Sebagai PM, Najib ada ramai pegawai yang akan menyempurnakan apa yang perlu semasa beliau tak hadir ke Parlimen. Menteri-menteri pun ramai yang tak hadir ke parlimen. Mereka ada timbalan yang akan mengambil alih tugasan.

LGE juga begitu. Bukan selalu ada di Parlimen. Saya tak berminat untuk turut menjadi bodoh dengan membandingkan jumlah kehadiran LGE dengan Tok Guru walau saya yakin Tok Guru lebih kerap hadir. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Adalah suatu yang bangang kalau orang ingat Tok Guru ponteng parlimen untuk pergi memancing!

Tanggungjawab Tok Guru bukan hanya sebagai Ahli Parlimen. Beliau juga Adun Rhu Rendang dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Komitmen Tok Guru bukan setakat atas muka bumi Malaysia, tetapi menjangkau ke dunia Islam lain.

Seseorang ahli parlimen ada masa dan waktu untuk mereka berucap. Bila soalan mereka akan dijawab juga ada waktunya. Bila tiba giliran, biasanya ahli parlimen akan hadir ke dewan.

Hadir ke parlimen adalah tugas seseorang MP. Tetapi hadir ke parlimen bukan satu-satunya tugas sebagai MP! Bila tak hadir ke parlimen bukan maknanya makan gaji buta. Banyak lagi tugasan yang perlu disempurnakan oleh seorang MP. Sebab itu peraturan parlimen tak menetapkan semua MP mesti hadir setiap hari!

Maaf... saya yang bukan MP tulis jawapan. -HARAKAHDAILY 24/10/2015

INI PULA KOMEN NETIZEN..


~~SIAPAKAH MANGSA SETERUSNYA???KES 1MDB LEBIH HEBAT DARI KES ALTANTUYA~~

Posted: 25 Oct 2015 05:45 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Kit Siang: Adakah Dr M mangsa 1MDB seterusnya

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menjangkakan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi "mangsa" seterusnya dalam usaha kerajaan menutup mulut pengkritik 1MDB.

"Saya hanya mangsa terbaru raksasa 1MDB dan ramai lagi, termasuk Dr Mahathir, bakal menjadi korban," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir adalah pengkritik paling lantang terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB yang kini sarat hutang itu, sejak tahun lalu.

Sehari selepas dirinya digantung keahlian selama enam bulan, Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyenaraikan korban 'raksasa' 1MDB.

Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketiga-tiga mereka dipecat daripada jawatan masing-masing pada akhir Julai kerana kelantangan membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim.

Tiada ulasan: