Tukar Tiub |
- DEMO BAJU MERAH BATAL
- TANGAN GHAIB TANGAN SIAPA?
- PROJEK CARI MAKAN
- SAJE TANYA JANGAN MARAH
- SAMAN JANGAN TAK SAMAN
- SURAT TERBUKA DARI SB
- TUNGGU DAN LIHAT
- ADAKAH INI MENGHASUT?
- NAJIB , YAHUDI DAN ZIONIS
- NAK SIASAT APA?
- BILA NAK SAMAN MAHATHIR
- ARAHAN PANGLIMA BUGIS
Posted: 07 Oct 2015 07:13 PM PDT DEMO KAJANG BATAL? TAK DAPAT BUJET KE? Demo di Kajang batal, Jamal sasar di Ampang pula Jamal Md Yunos, yang mencuri tumpuan sewaktu perhimpunan Baju Merah pada 16 September, membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang yang diwakili Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebaliknya, Ketua Umno Sungai Besar itu kini mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung isu wabak denggi di negeri itu. "Wabak denggi ini, kita tidur dekat rumah pun tak aman. Selangor (adalah) negeri penyumbang denggi yang paling cemerlang sekali. "Tahniah (kepada kerajaan negeri) dan syabas membiakkan nyamuk aedes dengan menggunakan peruntukan (bekas) Khalid Ibrahim," katanya kepada pemberita. Jamal berkata protes tersebut akan diadakan di pusat beli belah Spectrum di Bandar Baru Ampang pada petang Ahad in KAH KAH KAH woit semua kecewa 200,000 dah sampai kajang semua dah sedia semua tunggu arahan tup tup di batal 200,000 kaki demo kecewa 200,000 kaki demo frus frus menonggeng kah kah kah satu hari punya kerja tak dapat fulus kah kah kah woit di ampang ini berapa ratus ribu? nak kira sama mak cik datang shoping? nak masuk kira orang shopping? kah kah kah BiJAK BiJAK -------------- |
Posted: 07 Oct 2015 06:34 PM PDT TANGAN SiAPA? TANGAN BADAK KE Muhyiddin dakwa seolah ada 'tangan ghaib' tutup kesalahan isu 1MDB"DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara," bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu kenyataan. "Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara," kata lagi. Dalam kenyataannya juga, timbalan presiden Umno itu mendakwa seolah-olah terdapat "tangan ghaib" yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu berhubung perkembangan siasatan dan pendakwaan skandal itu yang dianggapnya "amat mendukacitakan". "Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. "Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya. KAH KAH KAH woit tangan siapa ini ini mesti tangan besar ini mosti tangan godang ini mesti tangan berat tangan dah dapat upah tangan dah dapat sos madey kata ada sos baru namanya SOSMAH kah kah kah SOS MAH ------------ |
Posted: 07 Oct 2015 06:00 PM PDT Amaran Ali Tinju: Melaka Raya tak selamat 10 Okt"Gerakan Merah" mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu. Amaran itu dibuat presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom selepas mendakwa terdapat sekumpulan "samseng Cina" memukul penguatkuasa kerajaan pada awal Oktober lalu. KAH KAH KAH woit kah kah kah woit kalau dua puluh kalau tiga puluh orang yang turun berdemo biar tak payah bagi malu kompeni bersih ada 500,000 yang turun berdemo kah kah kah try harder bro kalau ramai boleh dapat bujet lebih kah kah kah ADA BUJET ------------ |
Posted: 07 Oct 2015 10:08 AM PDT ADAKAH PENYiMPAN MOHOR BESAR RAJA RAJA MELAYU AKAN DI PiNDAHKAN KE JABATAN PERDANA MENTERi SAJE TANYA JANGAN MARAH penyimpan mohor mohor besar - Astro Awaniwww.astroawani.com/.../penyimpan-mohor-mohor-be...Translate this page Topik mengenai penyimpan mohor mohor besar, Berita Terkini, Foto, Video, Foto ...Raja-raja melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan segaraRaja-raja Melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB ...www.astroawani.com/.../raja-raja-melayu-mahu-siasata...Translate this page 1 day ago - Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja ...Raja-Raja Melayu Mahu Siasatan Berkaitan 1MDB ...www.bernama.com/.../v8/.../newsindex.php?i...Translate this page 1 day ago - Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja ...Bernama |
Posted: 07 Oct 2015 06:30 AM PDT ALHAM DULiLLAH CERITA AKAN TERBARAi Ling pertahan kenyataan 1MDB, tidak akan minta maaf kepada NajibBekas presiden MCA Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Najib Razak, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda. "Saya berharap untuk melihat perdana menteri berdiri di kandang saksi, kerana beliau pasti akan terpaksa berbuat demikian jika beliau mendakwa reputasinya menjadi taruhan. "Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf," katanya dalam satu kenyataan media. – 7 Oktober, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ling-pertahan-kenyataan-1mdb-tidak-akan-minta-maaf-kepada-najib#sthash.L8syuD30.dpufKAH KAH KAH woit ini berita baik berita amat baik kah kah kah mat momgol masuk mahkamah kepala cukong masuk sama dua dua buka cerita rabak rabak rabak kah kah kah SAMAN TERUS -------------- |
Posted: 07 Oct 2015 05:30 AM PDT SiLA BACA SILA HAYATi SURAT SB SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini. Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara. Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS. Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. "What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah. Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja. Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT. Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal? Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan. surat ini panjang untuk sambungan baca disini: Follow us: @MsiaChronicle on Twitter ---------------- |
Posted: 07 Oct 2015 04:55 AM PDT TUNGGU! ADA ATAU TAK TV3 RTM BUAT LAPORAN KENYATAAN RAJA MELAYU TENTANG 1MDB UTUSAN DAN BERiTA HARIAN SENYAP SEPi penyimpan mohor mohor besar - Astro Awaniwww.astroawani.com/.../penyimpan-mohor-mohor-be...Translate this page Topik mengenai penyimpan mohor mohor besar, Berita Terkini, Foto, Video, Foto ...Raja-raja melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan segaraRaja-Raja Melayu Mahu Siasatan Berkaitan 1MDB ...www.bernama.com/.../v8/.../newsindex.php?i...Translate this page 1 day ago - Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja .Bernama Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja buat laporan ...bm.therakyatpost.com/.../pejabat-penyimpan-mohor-b...Translate this page Mar 26, 2015 - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata ... Selesaikan siasatan 1MDB segera, kata Raja-Raja Melayu.1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai | Free ...www.freemalaysiatoday.com/.../1...Translate this page 21 hours ago - Penemuan siasatan 1MDB hendaklah dilaporkan secara lengkap dan ...Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri .Free Malaysia Today ---------------- |
Posted: 06 Oct 2015 11:38 PM PDT ADAKAH KENYATAAN RAJA RAJA INI MENGHASUT? SAJE TANYA JANGAN MARAH Raja-raja Melayu mahu siasatan 1MDB selesai secepat mungkin Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-raja-melayu-mahu-siasatan-1mdb-selesai-secepat-mungkin#sthash.VwiElYG4.dpuf--------- |
Posted: 06 Oct 2015 09:47 PM PDT NAJIB, YAHUDI DAN ZIONIS Rakyat Malaysia terutama - Orang Melayu terperanjat besar apabila melihat gambar Muhamad Najib bin Abdual Razak beramah mesra dengan Benjamin Bibi Netanyahu. Bibi ini nama manja Netanyahu - yang kini menjawat kerusi Perdana Menteri Israel. Gambar ini tersebar luas dalam portal berita dan juga dalam FaceBook. Anak-anak muda dan pengamal Media Baru heboh dengan berita ini. Netanyahu ini seorang Yahudi dan seorang Zionis yang ganas. Belum pun reda berita gambar 'ramah mesra' ini tetiba The Times of Israel mengeluarkan berita memuji-muji Najib Razak. Portal berita Israel melaporkan tentang Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor yang amat mesra dengan Isreal berbanding dengan pemimpin Malaysia yang terdahulu. Di Malaysia berita 'mesra' ini meledak dan memeranjatkan. Kemesraan sabagini belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Tidak pernah akhbar Isreal memuji pemimpin Malaysia. Malah Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri amat dibenci oleh Israel dan kaum Zionis. Sebelum meneruskan tulisan ini adalah sopan dan stratejik untuk diterangkan apakah itu Zionis dan apakah itu Yahudi. Telah beberapa kali saya menulis dalam usaha untuk menerangkan dua pekara ini. Saya lakukan ini kerana pada pemerhatian saya di Malaysia ini telah berlaku kesilapan takrifaan tentang Zionis dan Yahudi. Yahudi ialah kaum, bani atau bangsa. Dalam Kitab suci al-Quran ada terdapat perkataan Bani Israel. Ini bangsa Yahudi. Dua puluh empat dari 25 Nabi yang wajib dikenali namanya oleh penganut Islam adalah dari bani Israel. Bani Yahudi ini sama saperti Bani Melayu yang telah wujud dari zaman berzaman walau pun Bani Melayu tidak disebut dalam Quran. Manakala Zionis atau Zionisma ialah satu fahamaman politik. Ianya diwujudkan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897. Zionisma ialah satu gerakan politik bangsa Yahudi yang bertujuan untuk mendirikan negara Israel. Yang boleh jadi Yahudi hanya Yahudi. Tetapi yang bukan Yahudi boleh menjadi Zionis. Melayu, Arab , China - siapa sahaja boleh jadi Zionis. Menerima pakai falsafah dan menyokong perjuangan Zionis maka seseorang itu dianggap Zionis. Dari fakta sejarah, dunia tahu bahawa Uganda telah ditolak sebagai wilayah untuk dijadikan negara Isreal dalam Kongres Ke Tujuh Zionis pada tahun 1905. Malah Australia, Canada dan Texas pernah dicadangkan untuk dijadikan wilayah penempatan bangsa Yahudi i.e negara Israel. Terbukti Zionisma adalah satu gerakan politik Yahudi untuk mencari tanah jajahan. Justeru amat jelas Zionisma ini bertopengkan agama Yahudi. Palestin telah dipilih melalui kerjasama kuasa kolonial British dengan kaum Zionis melalui melalui Deklarasi Belfour 1917. Negara Palestin telah dijajah oleh gerakan Zionis pada tahun 1948. Malapetaka atau Nakba penjajahan Palestin ini bermula pada 15 Mei 1948 apabila Isreal didirikan atas bumi Palestin. Kaum Zionis telah berjaya membawa masuk bangsa Yahudi yang telah ditindas di Eropah masuk ke Palestin berbondong-bondong terutama satelah tamat Peang Dunia KeDua. Lalu persoalan timbul mengapa akhbar Israel memuji suami Rosmah? Pasti ramai akan tertanya-tanya mengapa secara tetiba pujian sampai? Betulkah suami Rosmah ini terserempak dengan Netanyahu? Suami Rosmah bertegang tekak menerangkan bahawa dia hanya terserempak dengan Bibi Netanyahu. Betul kah ini? Kalau terserempak siapa pula yang ambil gambar? Siapa pula yang menghantar gambar kepada media sedunia? Saya tidak pernah sampai ke Amerika dan belum pernah melihat bangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Tetapi pada hemat saya mustahil bangunan yang bagini penting dibuat dengan jalan laluan yang terhad. Kalau banguanan PPB ini dibuat oleh Kontrektor Bumiputera saya amat yakin bangunan ini akan hanya ada satu pintu keluar masuk dengan tiga butir lift. Maka masuk akal Najib dan Netanyahu akan terserempak dipintu lift. Tetapi bangunan PBB ini direka oleh Oscar Niemeyer dan Le Corbusier. Dua orang Mamat ini bukan dari Rembau. Oscar seorang berfahaman Komunis berasal dari Brazil. Manakala Le Corbusier dari France. Mereka ini pereka bangunan yang tersohor dalam dunia. Hakikatnya mereka bukan Kontrektor Bumiputera. Hakikatnya ada banyak laluan pergi dan datang banguan PBB. Hakikat mustahil suami Rosmah dan Netanyahu terserempak dipintu lift. Jika TIDAK terseremapk maka timbul persoalan apa sebenarnya telah berlaku? Dengan fikrah yang kritikal mari kita ingati kembali APCO. Apakah pembaca telah terlupa apa itu APCO? Apakah Bani Melayu dan Bani Ketuanan Melayu telah terlupa siapa itu APCO? Sebelum APCO digaji oleh suami Rosmah syarikat 'iklan' ini telah digaji oleh siapa? Justeru jika ingatan para pembaca telah cerah maka senang untuk memahami siapa agaknya yang menyediakan ucapan suami Rosmah yang mengambil ayat-ayat dari Kitab Torah. Semua ini dirancang. Semua ini disusun. Dalam Persidangan Sambutan 70 Tahun PBB - tidak ada Ketua Negara datang tanpa perancangan yang terperinci. Jadi apa berita dibelakang berita? Bagini kesahnya : Suami Rosmah sedar bahawa media dunia - Wall Street Journal, The New York Times, Washington Post, The Guardian, Sydney Morning Herald dan dan dan - semuanya telah mengarahkan muncung senapang mereka ke dada suami Rosmah. Najib Razak wajib dihumbankan sacepat mungkin. Akhbar dan media dunia yang berpengaruh ini menyerang suami Rosmah kerana Najib terlibat dalam apa yang mereka anggap 'money laundring' atau pengalihan wang haram. Kerja jahat ini amat bahaya untuk sistem ekonomi kapitalis yang mereka sokong. Bahaya menjadi berganda-ganda kerana kerja jahat ' money laundring' ini dilakukan oleh kepala negara. Dalam masa yang sama Muhamad Najib bin Abdul Razak juga sedar bahawa hampir kesemua media besar dalam dunia ini sama ada dimiliki oleh Zionis atau bersimpati dengan gerakan Zionis. (Mustahil Mamat APCO tidak sedar pekara ini ) Dalam politik antarabangsa - mustahil ada pemimpin negara Dunia Ketiga yang berani mengutuk Israel. Mana saja negara atau kepala negara yang berani mengutuk Israel pasti akan diserang. Ahmadinejad dari Iran telah diketepikan. Gadaffy dan Sadam Hussein diwafatkan. Suami Rosmah sedar akan hal ini. Justeru - ucapan suami Rosmah dirancang dengan ayat-ayat yang bersangkutan dengan Yahudi dan Isreal. Dirujuk ayat-ayat suci dalam Kitab Taurah. Bijak. Hakikatnya ucapan suami Rosmah bukan ucapan yang mengutuk keganasan Zionisma. Bukan mengutuk penjajahan Palestin. Bukan membongar jenayah Israel yang mengancam dunia Arab. Semuanya tidak. Justeru ucapan dari suami Rosmah menjadikan Bibi suka. Dari gambar yang kita lihat jelas senyuman Bibi amat menggumbirakan. Apakah Bibi telah tahu lebih awal isi ucapan suami Rosmah? Mungkin Mamat APCO yang dipakai oleh Bibi adalah Mamat APCO yang sama yang dipakai oleh suami Rosmah. Walah hua alam bisawab. Apa tujuan semua ini? Jelas semua ini dilakukan sebagai langkah minta nyawa. Muhamad Najib bin Abdul Razak dari Malaysia sedang minta nyawa dari kaum Zionis. Ini makna ucapan dan gambar Najib bersama Netanyahu. Suami Rosmah amat amat sedar akan pengaruh kaum Zionis International. Dunia hari ini dilakar, dirancang dan diatur oleh kaum Zionis International. Ini bukan tohmah atau omong kosong. Ini fakta politik dunia. Sebelum berucap di PBB - suami Rosmah dikatakan telah minum pagi, minum petang, makan malam - dengan pelbagai jenis Malaon di New York. Suami Rosmah diaporkan telah memberi ucapan kepada kaum pemodal besar di New York. Kaum pemodal besar ini selalunya adalah kaum Zionis. Sayugia dimaklumkan bahawa kota New York adalah sarang kaum Zionis International. Apakah kaum Zionis International tidak tahu siapa suami Rosmah ini? Apakah Bibi Netanyahu tidak tahu apa yang sedang berlaku di Malaysia? Pasti tahu. Buktinya cukup senang dalam laporan berita The Times of Israel ada diselitkan berita tunjuk perasaan anti-Israel yang berlangsung Jumaat lalu. Ertinya media Zionis mengikuti apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Bukan sahaja APCO ajen mereka - ramai lagi sosok 'cari makan' yang bersedia untuk menjadi talibarut Zionis. Langkah minta nyawa oleh suami Rosmah ini cukup jelas. Portal The Times of Israel telah membandingkan suami Rosmah dengan pemimpin Malaysia yang terdahulu. Nama pemimpin dahulu tidak disebut tapi kita tahu sosok yang tegas mengutuk Israel ialah Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini jugalah yang pada ketika ini sedang mengepalai kempen untuk menerajang suami Roamah dari kerusi Perdana Menteri. Apakah Bibi tidak tahu hal ini? Apakah The Times of Israel tidak tahu hal ini? Mungkin budak-budak APCO telah diberhentikan secara resmi. Tetapi pasti ada tunggul dan benih benih baru yang memberi laporan terperinci kepada BOSS di Tel Aviv. Apa yang memeranjat ialah para Pak Lebai, para Pendakwah, Tok Kadi, Pak Imam , Tok Mufti senyap tak berani bersuara tentang suami Rosmah 'terserempak' dengan Bibi Netanyahu. Hanya dua minggu dahulu DAP dikatakan ajen Zionis Yahudi. Sebelum ini Anwar Ibrahim. Penjual Agama ini tidak heboh mungkin mereka menyimpan harapan - mana tahu - jika Penderma Tok Arab itu akan datang sekali lagi membawa beg. Lalu timbul persoalan - Apakah suami Rosmah berjaya minta nyawa dari Bibi Netanyahu? Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat apa yang akan dilakukan oleh Mahathir Muhamad.(TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ------------ |
Posted: 06 Oct 2015 09:08 PM PDT NAK SIASAT GAPO? SEMUA DAH KENA BELI SAKSI ILANG PAS gesa hidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDBPAS menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak agar siasatan 1MDB diselesaikan secepat mungkin. "Dengan saranan Raja-Raja Melayu, diharap kerajaan jangan berlengah lagi untuk menghidupkan pasukan siasatan khas 1MDB yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM dan membenarkan mereka untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Timbalan Presidennya, Tuan Lebai Ibrahim Tuan Man. PINDAHKAN LEBAI INI KE JABATAN PERDANA MENTERI KAH KAH KAH -------------- |
Posted: 06 Oct 2015 08:39 PM PDT NAJiB BERANI SAMAN LIONG SiK KOMENTAR lee liong sik cakap 'saya setuju dengan mahathir najib wajib letak jawatan kerana najib ambil duit orang rakyat masuk akaun pribadi' Liong Sik sokong Dr M, mahu Najib letak jawatan - Politik ...4 days ago - Liong Sik sokong Dr M, mahu Najib letak jawatan ... SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Utar, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini secara terbuka menyokong pendapat ... "Saya bersetuju," kata Liong Sik dipetak laporan The Star. Ling Liong Sik Gesa Najib Letak Jawatan - Berita Semasa ...www.mstar.com.my/.../ling-liong-sik-gesa-najib-letak-... 4 days ago - KUALA LUMPUR: Tun Dr Ling Liong Sik secara terbuka menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak ... Ling Liong Sik Gesa Najib Letak Jawatan ... Tags /Kata Kunci: Tun Dr Ling Liong Sik , Datuk Seri Najib Tun Razak ...Translate this page www.ekeleh.com/setuju-najib-letak-jawatan-sebab-dia... 3 days ago - Setuju Najib letak jawatan sebab dia ambil duit orang masuk akaun peribadi dia ... Kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang Translate this page MADEY CAKAP ' najib ini pencuri' Berita Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno Pekan, jangan ...www.kinitv.com/video/23632O74 3 days ago - Berita: Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak pengundi Umno di Pekan supaya tidak mengundi Perdana Menteri, Datuk...Translate this page Putra Merdeka: Najib Pencuri ~ Tun M..!politikputramerdeka.blogspot.com/.../najib-pencuri-tu... 3 days ago - Mendakwa Datuk Seri Najib sebagai pencuri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Pekan memastikan Presiden Umno itu ...Translate this page Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekanmalaysia.watsupasia.com › KiniTV 3 days ago - Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengajak pengundi Umno supaya tidak mengundi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ...Translate this page KiniTV on Twitter: "Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno ...https://twitter.com/kinitv/status/650600609423355904 2 days ago - Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekan http://fb.me/BILA NAJIB NAK SAMAN MAHATHIR ----------- |
Posted: 06 Oct 2015 08:13 PM PDT Penemuan siasatan 1MDB hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan keikhlasan kerajaan yang sama... PAHLAWAN BUGIS PINDAHKAN SEMUA KE OPIS PIEM KAH KAH KAH --------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan