Rabu, 7 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


Takut bukan kerana salah,tapi takut kerana takut kena tangkap...

Posted: 07 Oct 2015 08:16 AM PDT


"Berani kerana benar,takut kerana salah", nampak nya pepatah ini pada zaman Najib dengan Rosmah ni dah tak boleh pakai lagi dahh ...

Negara kini berada pada zaman yang menakutkan apabila bukan sahaja ekonomi merosot malah politik, sosial, dan perkauman juga berada pada tahap yang sangat membimbangkan.


Keadaan ini nampak macam akan terus kekal jika Najib masih degil dan terus 'ketegaq' mau duduk di Putrajaya.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang satu ketika dulu begitu lantang dan galak bercakap tentang hal Najib laki bini, kini mereka juga sudah mula rasa takut sebab duduk dalam pemerintahan yang menakutkan. Mereka kini sudah tidak berapa nak berani bercakap secara terbuka sebab bimbang nanti dipanggil pak polisi dari cawangan khas untuk disoal siasat dan takut nak kena tidur dalam 'lokap' dan takut dikatakan ada niat dan ada elemen untuk jatuhkan kerajaan dan akan didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan atau Langkah-langkah Khas (Sosma), mereka takut jadi macam Khairudin Abu Hasan.


Tetapi yang sangat pasti hari ini ialah ramai rakyat dari segenap penjuru negara yang telah menolak kerajaan dalam diam kerana mereka takut untuk buka mulut dan dianggap ingin sabotaj kerajaan.

Dalam  bab ekonomi pula duit kita juga jatuh merudum dan tak mustahil boleh cecah 5 ringgit untuk satu dollar Amerika.

Rasanya rakyat Kita sekarang tak berapa nak percaya dengan apa yang pak-pak menteri dok canang dan cakap yang ekonomi kita dalam keadaan baik dan tidak berada di landasan yang bengkok, tetapi rakyat juga dah lama percaya dengan Tun Mahathir dan Zeti Aziz yang mata wang negara akan kembali pulih hanya apabila Najib laki bini  'berambusss'  kerana kerosakan ini semua berpunca daripada mereka laki bini. Pokoknya selagi mereka berdua ada, masalah tidak akan selesai.


dollah yankee -
Raja-Raja melayu pun dah tak boleh tahan daaaa ....

Tiada ulasan: