Rabu, 9 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hamid Bador gesa pembantu nasihatkan Rosmah jangan ambil kesempatan

Posted: 09 Sep 2015 08:40 AM PDT

Rizal Mansor harus menasihatkan Rosmah Mansor agar tidak menyalahgunakan harta kerajaan serta tidak mencampuri urusan pemerintahan negara.


rizal,rosmah,hamid


PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor digesa supaya menasihatkan majikannya, Datin Seri Rosmah Mansor agar tidak mengambil kesempatan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Hamid Bador.

Hamid mendakwa, Rosmah menyalahgunakan harta kerajaan dan mencampuri urusan pemerintahan di negara ini.

"Sebagai Pegawai Khas kepada Rosmah, Rizal harus berani untuk menasihatkan bosnya agar tidak campur tangan dalam hal ehwal kerajaan.

"Dia juga (Rosmah) tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan menggunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Menurut Hamid, apa yang dilakukan oleh Rosmah itu telah menimbulkan masalah kepada pegawai-pegawai kerajaan.

"Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Negara ini adalah untuk 30 juta orang, dia tidak boleh menggunakan segala-galanya untuk kepentingan peribadi," ujarnya.

Ditanya mengenai apa yang dimaksudkan dengan Rosmah mencampuri urusan kerajaan, Hamid berkata, beliau akan mendedahkan perkara itu tidak lama lagi dan bukan sekarang.

Hamid dalam satu kenyataan baru-baru ini mendakwa bahawa Rosmah hadir di salah satu daripada `mesyuarat tergempar' yang diadakan oleh Najib mengenai pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.

Rizal bagaimanapun ketika dihubungi berkata, semua dakwaan yang dibuat oleh Hamid adalah pembohongan.

NAJIB MENGALAH DENGAN AKAR UMBI, TAPI ADAKAH MUHYIDDIN JADI "BISU" SELEPAS INI?

Posted: 09 Sep 2015 08:12 AM PDT

shahbudindotcom





Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.

Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan UMNO dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Sebaik tersebar spekulasi kedua-dua pemimpin itu akan dipecat, pelbagai peringkat dalam UMNO menyatakan rasa bimbangnya jika tindakan itu benar-benar diambil kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada perpecahan di peringkat akar umbi.

Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu.

Reaksi menolak pemecatan Muhyiddin dan Shafie, selain dapat difahami melalui luahan beberapa pemimpinnya yang masih rasional, ia juga ditunjukkan di bangunan UMNO sebelum bersidangnya mesyuarat MT hari ini.

Walaupun kehadirannya tidaklah seramai ketika memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, tetapi kesediaan mereka membawa poster, memakai baju T khas untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan datang pula dari pelbagai pelusuk negeri, sudah cukup memberi mesej bahawa UMNO akan terus bergolak sekiranya berlaku sebarang pemecatan atau penggantungan.

Kehadiran ramai penyokong Muhyiddin dan Shafie di luar Bangunan UMNO juga  berjaya "menggerunkan"  Najib sehingga beliau dilaporkan terpaksa naik ke tingkat 39 untuk mempengerusikan mesyuarat ini dengan menggunakan lif khas melalui pintu belakang.

Akhirnya suara akar umbilah yang telah menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie ini lantaran kedua-duanya dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar disiplin parti melalui teguran terhadap Presiden berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterimanya itu.

Menyingkirkan daripada kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

Dan cuba bayangkan apa keputusan MT hari ini jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?

Bagaimanapun, beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat MT UMNO hari ini. Antaranya:-

- Apakah Najib lebih disokong dalam UMNO dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya  terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan UMNO dalam PRU 14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Walaupun nampaknya Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT hari ini, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang. 



Fiqh politik Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Posted: 09 Sep 2015 08:09 AM PDT



Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 

DALAM isu pelaksanaan syariat yang menjadi sebahagian daripada perkara siyasah dipandang remeh-temeh oleh beberapa kalangan yang dikatakan mengkaji Islam. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menghuraikan dalam kitabnya "فقه السياسة الشرعية", ada kalangan ummat Islam melupai tajuk ini, ada kaitan dengan aqidah Islam. Walaupun dimasukkan dalam perkara Ijtihad dan Furu' (cabang) di sisi ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun tidak boleh dipisahkan daripada aqidah Islam. 

Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada hukum wajib melaksanakan hukum daripada Al-Quran dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang wajib diikut. Perkara yang termasuk daripada Rukun dan Usul (Rukun Iman dan Islam).
Firman Allah SWT:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا * فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا * أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

"Adakah kamu tidak nampak adanya kalangan yang mengaku bahawa mereka beriman kepada apa (hukum) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan diturunkan juga kepada (Rasul AS) yang lebih dahulu daripadamu, tiba-tiba mereka menerima Toghut (mereka yang melampau meninggalkan hukum Allah) supaya mengendalikan kehakiman terhadap mereka, padahal mereka diperintah supaya mengingkarinya, berada pula dalam keadaan syaitan hendak menyesatkan mereka kepada kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka : marilah kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Nescaya engkau melihat mereka itu menghalangmu dengan cara yang bersungguh-sungguh". (Surah An-Nisa', ayat 60-63)

Allah SWT berfirman lagi di dalam Al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Maka tidak, demi Tuhamu ! Sebenarnya mereka tidak beriman, sehinggalah mereka berhakimkanmu (Rasulullah SAW) dalam apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan kalangan mereka. Kemudian tidak ada dalam diri mereka perasaan ragu terhadap apa yang telah engkau membuat keputusannya dan mereka menyerah diri dengan sepenuh-penuhnya". (Surah An-Nisa', ayat 65)

Terdapat dalam kalangan ummat Islam, mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam. Bagi menjelaskan perkara ini, wujudnya tiga Madrasah (pendekatan dalam pemikiran) pengkaji Islam yang perlu dijelaskan:

[a] Kumpulan ظاهرية

- Berpegang kepada nas juzuk yang zahir sahaja secara harfiyyah dan bersekongkol dengannya, tanpa peduli kepada tujuan dan hikmah syariat, maqasid (tujuan) dan waqie' (realiti) yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat yang Allah wajibkan. Mereka adalah warisan mazhab Zahiriyyah di zaman dahulu yang jumud bersama nas yang zahir sahaja menolak ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.

[b] Kumpulan معطلة

- Kalangan yang membatalkan pelaksanaan syariat yang wajib, beralasankan hikmah, maqasid syariah dan siyasah syariyyah. Melalaikan nas yang nyata dan mentakwilkan tafsirannya dengan tujuan meninggalkan hukum syariat kerana terpengaruh sengan agenda taghrib (kebaratan) kerana ingin meneruskan agenda barat terhadap masyarakat Islam.

(c) Kumpulan وسطية

- Kalangan pertengahan yang tetap berpegang kepada nas hukum syariat, berusaha melaksanakannya mengikut kaedah yang betul, maqasid syariah dan siyasah syariyyah bagi menjamin pelaksanaan syariat tetap berkuasa dan berlaku dengan cara yang betul, bukan meninggalkannya.

Ringkasan huraiannya

1 - Mazhab ظاهرية (Zohiriyyah)

Mazhab ini sudah ada di zaman dahulu, di mana mereka berpegang dengan nas yang zahir sahaja, hanya yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis, sehingga salah menggunakan hukum akal terhadap hukum syarak, dengqn menegaskan Allah berkuasa untuk menukar yang halal di dalam kuasanya, tanpa memahami betapa ilmu dan kebijaksanaan Allah memandu kebijaksanaan manusia.

Mustahil bagi Allah memilih yang buruk dan berlaku zalim, seperti melaksanakan perkara yang ada nas dengan meninggalkan kebijaksaan semasa dalam pengurusan dan melaksanakan hukum.

Kalangan ini hanya berpegang kepada nas sahaja dan menolak kalau tidak ada nas, seperti menolak demokrasi secara total kerana datang daripada barat tanpa melihat kepada adanya titik persamaan dari segi hak kemanusiaan dan rakyat dalam hukum politik Islam. Dalam demokrasi ada kekurangan serta kelemahannya yang wajib dibetulkan oleh Islam daripada kebijaksanaan manusia yang ada kelemahan makhluk, namun hendaklah dibetulkan dengan petunjuk Allah yang tidak menafikan adanya kebijaksanaan manusia makhluk ciptaannya.

2 - Mazhab معطلة (Mua'thilah)

Mazhab ini di zaman dahulu menafikan adanya sifat-sifat bagi Allah. Ada pun mua'thilah di zaman sekarang menafikan pelaksanaan syariat (khususnya dalam hukum Hudud), dengan alasan siyasah syariyyah dan maqasid syariah yang salah, khususnya bertujuan bagi menggantikannya dengan undang-undang barat ciptaan manusia.

Manusia menafsirkan ayat-ayat amaran Allah berkait dengan syariat seperti sebab turutnya kepada orang-orang Yahudi, ahli kitab. Ya, banyak juga sebab nuzulnya kepada orang-orang Yahudi, tetapi ingat bahawa pengajaran lebih ditujukan kepada penganut Islam yang beriman, kerana kewajipan melaksanakan syariat Allah ditujukan kepada orang yang beriman, supaya jangan terpengaruh dengan hawa nafsu orang-orang yang menghalang pelaksanannya.

Firman Allah SWT:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

"Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik". (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Mereka menjadikan alasan Saidina Umar Al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman Hudud terhadap pencuri di tahun meleset, tanpa melihat sebabnya yang sebenar, berkait individu yang tidak memenuhi syarat-syarat, bukannya membatalkan undang-undang Allah SWT.

Tujuan sebenar kumpulan ini ialah meninggalkan syariat Islam khususnya undang-undang Hudud seperti memotong tangan pencuri, menyebat penzina yang disebut dalam Al-Quran dan rejam yang disebut dalam Sunnah, hukuman Qazaf dan Hirabah, dengan menggunakan hujah syariat dengan cara yang salah memahami maqasid syariah dan masoleh (perkara asal).

3 - Mazhab وسطية (Wasatiyyah)

Pendekatan pertengahan yang betul di antara dua kumpulan yang salah, melampau dan longgar. Pendekatan wasotiyyah tetap menegakkan hukum Allah, namun pelaksanaannya secara ilmu syariat yang betul dan istiqamah. Beramal dengan siyasah syariyyah, ilmu maqasid syariah dan berpegang teguh dengan nas, dengan tujuan melaksanakan syariat Allah dengan istiqamah (konsisten).

Tegasnya hukum syariat wajib ditegakkan dalam negara yang Islamnya berdaulat, undang-undang Islam wajib dikuatkuasakan. Ada pun pelaksanaannya mengandungi huraian yang betul dengan syarat, rukun dan adabnya, mengikut Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Waqie' (realiti) dan Muwazanat (pertimbangan). Dalam melaksanakan undang-undang jenayahnya berada sempadan Qisas, Hudud dan Takzir, bukannya berpindah kepada undang-undang yang bukan Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG,
Presiden PAS

*Tulisan ini merujuk kepada muka surat 212-213, ringkasan daripada kitab yang dikarang oleh 
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi  السياسة الشرعية في ضوء  نصوص الشرعية ومقاصده

Biarkan si baju merah berarak

Posted: 09 Sep 2015 08:01 AM PDT



Oleh Hafidz Baharom


Hujung minggu lepas, Utusan Malaysia menyuarakan sokongan mereka terhadap "Himpunan Maruah Melayu" yang akan berlangsung di kawasan segi tiga emas Bukit Bintang pada 16 September nanti.Saya tidak menyokong perbuatan tersebut, tapi saya berpendapat rakyat Malaysia patut membiarkan ia berlaku tetapi motif saya berlainan.

Biarlah si baju merah semuanya berkumpul di Bukit Bintang, beraksi semula dengan kayu-kayan, berguling sana sini, mengucapkan apa-apa yang mungkin bersifat perkauman dan anti Cina, menunjukkan mereka kononnya perwira bangsa Melayu.

Biarlah setiap kata-kata mereka direkodkan dan dimuat naik ke semua laman sosial. Biarlah setiap kata-kata mereka diterjemahkan ke semua bahasa yang rakyat Malaysia dan warga asing di sini faham.
Biarlah video-video berserta terjemahan dalam setiap bahasa ini disebarkan oleh rakyat Malaysia sendiri melalui laman sosial ke Bangladesh, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, China, Vietnam, Singapura dan Rusia – mana-mana negara yang mempunyai kepentingan perdagangan dengan Malaysia.

Maka dengan aksi sedemikian rupa, kerajaan sendiri perlu menanggung tanggungjawab penyokong politik mereka sendiri.

Apakah menteri perdagangan antarabangsa boleh dikekalkan dalam perundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) jika semua menteri perdagangan antarabangsa berserta ahli politik Kongres AS melihat video tersebut?

Apakah Datuk Seri Noh Omar selaku pengerusi Barisan Nasional Selangor boleh memenangi kembali 20% pengundi Cina di negerinya dengan video penyokongnya malah ketua Umno Sungai Besar, Datu Jamal Yunos sendiri tersebar luas?

Apakah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz boleh terus menarik pelancong dari China dan Taiwan ke Kuala Lumpur jika setiap ayat bersifat perkauman dilontarkan, direkodkan dan dihebohkan bersama terjemahan dalam bahasa Mandarin?

Bagaimana pula dengan menteri dalam negeri kita? Apakah dia masih lagi boleh menarik 1.5 juta warga Bangladesh menjadi pekerja asing jika video tersebut berserta terjemahan bahasa mereka tersebar ke pihak kedutaan mereka?

Bagaimana pula jika disebarkan kepada setiap kedutaan yang ada di Malaysia yang mempunyai laman sosial Facebook dan Twitter? Setiap akaun e-mel?

Bagaimana pula dengan setiap ahli parlimen Barisan Nasional yang bukan Melayu? Apakah mereka boleh bertahan lagi dua tahun jika setiap pengundi mereka mendapat tayangan percuma si baju merah pejuang bangsa Melayu ini?

Mungkin mereka semua tidak menggunakan Internet, tetapi ini boleh diselesaikan dengan sebiji telefon bimbit, projektor mini dan layar putih - anggaran kos di bawah RM3,000 – yang boleh dialihkan dengan mudah ke mana-mana kawasan pedalaman.

Apakah pihak polis sendiri sudah bersedia untuk menerima beratus atau beribu laporan polis serata negara atas percakapan berbaur perkauman yang menyalahi undang-undang?

Adakah Nancy Shukri sudah bersedia menjawab berliku-liku persoalan perundangan mengapa tiada tindakan diambil? Bagaimanakah pula pihak peguam negara?

Sewaktu perhimpunan Bersih, ada yang kata ia membantu kerajaan dalam propaganda mereka meraih kembali sokongan.

Pada jangkaan saya, perhimpunan kononnya hendak "membangkitkan semula maruah Melayu" ini pula akan membenarkan pihak anti Barisan Nasional bukan sahaja mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, tapi boleh juga dijadikan bahan propaganda untuk meraih sokongan antarabangsa.

Manalah kita tahu, lepas ini pihak lain pula yang terima "wang derma" berbilion-bilion datang pilihan raya umum tahun 2018 nanti.

Tetapi lebih penting dari itu, apa-apa bahan propaganda yang dicatat, direkod dan disebarkan berpunca dari pihak baju merah ini boleh dijadikan bahan-bahan untuk menekan semua rakyat negara luar untuk mengenakan satu "harta global" ke atas negara kita.

Setiap negara luar dan rakyat mereka akan menyebarkan bagaimana rakyat Malaysia sendiri bersikap aparteid, menyamakan tindakan dan perbuatan si baju merah ini dengan apa yang berlaku dengan sejarah Nazi di Jerman, dengan dasar-dasar Afrika Selatan, malah mungkin juga dengan puak Klu Klux Klan di Amerika Syarikat.

Dengan perbandingan seperti ini disebarkan ke serata dunia, mampukah menteri-menteri Kabinet kita berusaha memulihkan semula imej Malaysia bukan di mata ahli politik antarabangsa, tapi rakyat marhaen luar negara?

Mengikut data laman web statista.com, suku kedua 2015 menunjukkan jumlah pengguna aktif bulanan Facebook sedunia menjangkau 1.31 bilion pengguna. Laman tersebut juga menyatakan pengguna laman Twitter sedunia pula berjumlah 304 juta pengguna aktif bulanan.

Rakyat Malaysia pula sudah majmuk, sudah faham dan boleh menterjemah pelbagai bahasa dari Bahasa Melayu hinggalah ke bahasa Mandarin mahupun Bahasa Perancis. Rakyat Malaysia juga meluangkan purata 5 jam sehari menghadap Internet.

Ini termasuklah mereka yang menyertai perarakan oleh Bersih selama 34 jam itu, berjumlah antara 50,000 hingga 100,000.

Cuba bayangkan bagaimana kelihatan laman sosial masing-masing ketika itu, dengan keadaan kerana terlalu padat dan kawasan Dataran Merdeka yang memang "lubang hitam" tiada signal Internet.

Sekarang bayangkan apa yang mereka boleh lakukan dengan akses Internet di Bukit Bintang dan rumah masing-masing bagi menyebarkan sebarang perbuatan perkauman, anti Cina, anti Yahudi, malah anti apa-apalah yang si baju merah nak berucap nanti.

Jika kerajaan berkata mereka sudah bersiap sedia untuk bertanggungjawab ke atas sebarang tindak balas dari segi imej negara kita di khalayak antarabangsa, perdagangan antarabangsa negara kita, segala wang yang masuk dari industri pelancongan, maka teruskan menyokong himpunan Melayu ini.

Bagi kita yang tidak menyokong tindakan ini, kita juga akan bersiap sedia untuk memastikan mereka ini mendapat perhatian khalayak antarabangsa bagi menunjukkan parti politik kerajaan – tidak mengira UMNO, MCA, MIC, Gerakan, semua parti ahli Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak – menyokong golongan ekstrem bersikap perkauman.

Jadi, teruskanlah. Kita masing-masing bersiap sedia.

Najib lalu pintu belakang, ejek Anina

Posted: 09 Sep 2015 07:54 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Bekas anggota Wanita Umno Anina Saadudin hari ini mengambil kesempatan menyindir presiden parti itu kerana hadir ke mesyuarat Umno di ibu negara melalui pintu belakang.

Sekumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak awal petang tadi berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika terdapat ura-ura timbalan presiden mereka akan dipecat.
Spekulasi itu bagaimanapun meleset kemudiannya.

"Apa yang lebih menghairankan adalah Datuk Seri Najib takut untuk memasuki ibu pejabat Umno melalui pintu hadapan.

"Beliau telah dibawa masuk melalui pintu belakang seperti seorang yang ketakutan," katanya yang dipecat kerana menyaman Najib dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri.

Menulis dalam Facebooknya, Anina berkata manusia hanya perlu berasa takut jika berbuat salah dengan menyamakan ia dengan tindakan Najib yang didakwanya "lari" dari menghadiri program Nothing To Hide.

Anina turut menyoal Najib bagaimana beliau boleh takut berdepan dengan ahli Umno yang menunggu kehadiran pemimpin Umno di pintu depan bangunan yang menempatkan ibu pejabat Umno.

"Saya ingin tegaskan bahawa DSN (Datuk Seri Najib) tidak perlu takut kepada ahli-ahli Umno kerana mereka bukanlah 'isteri' DSN.

"Sebaliknya, mereka adalah ahli-ahli Umno yang DSN sedang pimpin.

"Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang? soal Anina.


Pas Selangor tetap akan bersama PR

Posted: 09 Sep 2015 07:43 AM PDT

Iskandar Abdul Samad


KAJANG – "Pas Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) dan kerjasama masih terus berjalan...yang putus hanya hubungan politik," demikian ulas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad.

Tegasnya, Pas Pusat yang mengeluarkan arahan supaya Pas Selangor meneruskan hubungan dalam kerajaan negeri.

Hubungan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam semua peringkat termasuk  Exco, Adun, ahli majlis dan ketua kampung semuanya masih berjalan seperti biasa.

[ ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap kerjasama dengan Pas ]

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas.

Menurutnya, apa disuarakannya itu bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti seperti diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa DAP tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini

Polis: Morais dipercayai diculik

Posted: 09 Sep 2015 07:39 AM PDT

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais
Anthony Kevin Morais
 
 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis mengklasifikasikan sebagai kes culik berhubung kehilangan Anthony Kevin Morais, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, berdasarkan imej dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, rakaman CCTV itu diperoleh di sepanjang jalan dipercayai laluan yang sering digunakan oleh Morais, yang hilang pada Jumaat lepas.
  
"Sekarang ini polis membuat pemeriksaan CCTV termasuk CCTV milik persendirian dan siasat secara menyeluruh.
  
"Polis akan keluarkan 'footage' CCTV apabila tiba masanya dan biar kita teliti dulu rakaman CCTV itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Zainuddin berkata polis patut diberi raung untuk menyiasat kes itu.

Terdahulu, polis turut menafikan laporan kononnya mayat Morais telah dijumpai di Klang, Selangor.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Nafi dakwaan mayat Kevin dijumpai di Klang ]

Ditanya sama ada keluarga atau kawan terdekat Morais ada menerima panggilan atau ugutan daripada penculik, Zainuddin berkata setakat ini tiada apa-apa panggilan telefon diterima oleh mereka.
  
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
  
Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
  
Pada Isnin lalu polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Zainuddin sendiri. - Bernama

Muhyiddin jamin tidak akan jejaskan Umno

Posted: 09 Sep 2015 07:36 AM PDT

Muhyiddin jamin tidak akan jejaskan Umno
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan ceria ketika dikerumuni para penyokongnya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti itu sekaligus menguatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
 
Perkara tersebut diakui sendiri oleh ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sambil berkata mesyuarat parti itu hari ini sebulat suara untuk mengukuhkan parti dan merapatkan hubungan antara pimpinan Umno.
 
"Timbalan Presiden kata dia menyokong parti dan kepimpinan untuk kita hadapi pilihan raya.
 
"Dia tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan parti, itu jaminan dia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di lobi Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.
 
Beliau mengulas khabar angin mengatakan mesyuarat MT Umno hari ini akan memecat beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 
Selain Muhyiddin dan Mohd Shafie, turut tersenarai dalam khabar angin pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.
 
Dalam pada itu, Tajuddin juga berkata mesyuarat parti itu hari ini memberi peluang kepada semua ahli MT Umno untuk memberikan pandangan untuk mengukuhkan parti.
 
"Mana boleh (penyingkiran), kita sekarang sudah bersatu teguh, bercerai roboh. Kita memang sudah berbaik (dengan Muhyiddin) dari dulu lagi, dulu kini dan selamanya.
 
"Presiden kata kita nak merapatkan hubungan sesama kita, sebab kita ada perkara penting bagi hadapi pilihan raya akan datang, semuanya (mesyuarat) ok, tiada masalah (suasana) kami terbuka," ujarnya.
 
Sementara itu, seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tiada perbalahan yang berlaku khususnya dari "kem" Muhyiddin sendiri sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.
 
"Mesyuarat sangat bagus, perpaduan dan solidariti. Tiada perbalahan, tiada kem, hanya ada Umno saja, dan Umno sekarang kuat," katanya.
 
Seorang lagi ahli MT Umno dari Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tiada sesuatu yang luar biasa sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.
 
"Buat pertama kali mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Presiden yang tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
 
"Kita boleh duduk sama, satu nada, satu suara membincangkan strategi parti untuk kemenangan Umno pada PRU14, walaupun kita punyai berbeza berpendirian," jelasnya.
 
Ditanya tentang kedudukan Muhyiddin dalam parti, beliau menegaskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan kekal sebagai Timbalan Presiden Umno serta berperanan membantu memperkukuhkan parti.
 
"Amanat presiden saya lihat kita semua senang hati, mesyuarat terlampau baik, tiada yang tarik muka, mood sangat bagus," katanya lagi

Dakwaan tiada peruntukan undi tak percaya khianati Agong, kata Bersih

Posted: 09 Sep 2015 07:34 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu menjalankan amanah Yang di-Pertua Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama serta memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu menjalankan amanah Yang di-Pertua Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama serta memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa pemandu pemantau pilihan raya itu berpandangan, sikap Pandikar itu sekali gus satu pengkhianatan kepada amanah daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Sekiranya persepsi ini tidak dibetulkan dan jelas kelihatan Speaker Dewan hanya bertindak sebagai pesuruh perdana menteri dan kerajaan. Speaker akan dilihat sebagai mengkhianati amanah Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama dan memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan, dan bukan sebaliknya," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, Pandikar perlu mengutamakan dan mengizinkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibentangkan dalam sidang akan datang. 
 
"Kegagalan berbuat demikian membuktikan Speaker Dewan tidak layak duduk di kerusi yang menjadi simbol demokrasi dan amanah rakyat jelata melalui mandat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong," mereka berkata.

Bersih 2.0 berkata, keengganan Pandikar itu memberikan bayangan beliau tidak bersikap saksama dalam mempengerusikan Dewan.

"Kenyataan tersebut membawa banyak kemungkinan dan maksud tersirat, termasuklah speaker tidak mempunyai budi bicara menjadi orang tengah dalam sistem semak imbang antara pihak legislatif dan eksekutif, dan speaker terikat kepada arahan dan kehendak ketua kerajaan," katanya.

Usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam sidang Dewan Rakyat akan datang semakin bertiup kencang apabila beliau bertindak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menggantikannya dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Najib mengambil tindakan itu selepas Muhyiddin berterusan mengkritik pengurusan syarikat sarat hutang negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga dihambat kontroversi penerimaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya daripada penderma misteri dianggap ramai pihak sebagai satu bentuk rasuah yang diterima seorang perdana menteri.


Apa nilai disokong Umno dalam himpunan baju merah, soal PKR kepada Zahid

Posted: 09 Sep 2015 04:18 AM PDT




Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin pertikai adakah Umno menyokong isu perkauman menerusi penyertaan ahlinya dalam perhimpunan baju merah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin pertikai adakah Umno menyokong isu perkauman menerusi penyertaan ahlinya dalam perhimpunan baju merah. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PKR hari ini mempertikaikan sama ada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, berhubung penyertaan ahli Umno dalam perhimpunan baju merah, sebagai tanda sokongannya kepada isu perkauman. 
 
Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin bertanya, apakah nilai yang Umno sokong dalam perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada 16 September itu apabila beliau selaku naib presiden parti membenarkan ahli menyertainya.
 
"Apakah beliau menyokong apa yang diwar-warkan seperti dalam poster (hebahan mengenai perhimpunan) itu untuk mencetuskan ketegangan kaum?

"Beliau (Zahid) perlu jawab kerana beliau membenarkan ahli Umno menyertai perhimpunan tersebut," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini. PKR juga menuntut supaya penganjur perhimpunan tersebut tampil menjelaskan tujuan dan motif mengadakan program itu yang dirancang diadakan sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
 
Semalam, Zahid berkata, beliau tidak menghalang ahli Umno menyertai perhimpunan itu dan tidak menyangkal yang Umno turut dijemput menyertainya.
 
"Itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya di Putrajaya sambil menambah, beliau akan menyerahkan 100% kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan itu.
 
Sim berkata, penganjur perhimpunan itu seharusnya menyatakan dengan jelas tujuan dan motif mereka seperti yang dilakukan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 ketika menganjurkan perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu.
 
"Sesungguhnya perhimpunan Bersih 4 bertujuan membawa Malaysia ke satu arah yang lebih cerah, bebas daripada rasuah dan sebagainya, bercanggah dengan perhimpunan 16 September ini yang masih tidak jelas motifnya.
 
"Kita ingin bertanya sama ada motifnya berdasarkan nilai sejagat atau ia bersifat rasis? Kita mempertahankan hak berhimpun yang dijamin Perlembagaan, tetapi tujuan perhimpunan itu perlu membawa Malaysia ke arah yang positif," kata ahli Parlimen Bayan Baru itu.


Laungan ‘Hidup Muhyiddin, Kekalkan Muhyiddin’ bergegar di PWTC

Posted: 09 Sep 2015 04:14 AM PDT





Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul secara aman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda solidariti kepada timbalan presiden Umno itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 September, 2015.Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul secara aman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda solidariti kepada timbalan presiden Umno itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lebih 100 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno Johor, majoritinya Bahagian Pagoh, berhimpun di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang ini sambil melaungkan slogan 'Hidup Muhyiddin, Kekalkan Muhyiddin'.

Berpakaian serba hitam dengan baju yang dicetak muka timbalan naib presiden itu, dengan tulisan 'The Authentic Leadership', mereka mendesak agar kepimpinan Muhyiddin dikekalkan dalam parti Umno.

Mereka turut memegang poster dan plakad yang bertulis 'Kekal Muhyiddin'.

Sementara menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selesai pada petang ini, mereka menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu parti serta menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin dan parti. Ahli Umno Cawangan Batu Pahat Ramlee Wahab berkata, perhimpunan aman mereka hari ini bertujuan menunjukkan sokongan kepada Muhyiddin.

"Kami hadir sebagai solidariti kepada Muhyiddin. Kami mahu beliau kekal sebagai timbalan presiden Umno. Kami tak buat kecoh, kami berhimpun secara aman di sini," katanya


Dr Mahathir tidak akan ditahan, kata KPN

Posted: 09 Sep 2015 04:06 AM PDT




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang media di George Town, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 9 September, 2015.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang media di George Town, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Polis hari ini menafikan mereka akan menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan ucapan dan penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu. 
 
Sebaliknya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia adalah prosedur biasa untuk merakamkan kenyataan individu berkenaan jika ada laporan polis dibuat terhadap mereka.

"Saya tidak pernah cakap akan tahan beliau. Ia hanya kami terima laporan daripada beberapa orang Umno yang Tun, ketika memberikan ucapan di Bersih, ada menuduh ketua cawangan menerima rasuah," katanya kepada wartawan pada sidang akhbar di Pulau Pinang, hari ini.

"Jadi, ia adalah SOP (prosedur operasi standard) kami untuk buka kertas siasatan. Ia adalah proses normal," katanya. Awal hari ini, Dr Mahathir mencabar polis untuk menahannya kerana ucapan dibuatnya, menambah beliau sedia untuk memberikan kerjasama jika polis memanggilnya untuk soal siasat. 
 
 

Saluran TV Internet The Star Dilancar

Posted: 09 Sep 2015 03:56 AM PDT



PETALING JAYA: Star Media Group pada Rabu melancarkan satu lagi produk bawah syarikat tersebut iaitu saluran televisyen internet dikenali thestartv.com

Pelancarannya dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksektuifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai sempena ulang tahun ke 44 syarikat penerbitan itu.

Chun Wai berkata, dalam mendepani keadaan media yang semakin berkembang, satu transformasi media ke arah dunia digital perlu dilakukan bagi kemudahan orang ramai khususnya penggemar internet.

"Ketika ini orang mendapatkan maklumat terus melalui telefon dan perubahan dalam dunia digital perlu dilakukan dengan pengenalan thestartv.com," katanya.



Wong Chun Wai (tengah) melancarkan thestartv.com di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut Chun Wai, dunia digital kini menuntut orang ramai mahukan informasi dalam bentuk video yang mudah menerusi rangkaian telefon bimbit masing-masing.

Malah ia bukan sahaja terletak kepada video-video dalam bahasa Inggeris sebaliknya perkembangan dunia digital dalam bahasa Malaysia dapat dilihat menerusi portal mStar Online.

"Saya melihat perkembangan dunia digital dalam Bahasa Malaysia juga meningkat melalui mStar Online kerana orang Malaysia sedang melakukan perubahan untuk mendapatkan berita dengan cara lebih mudah," katanya.

Selain pelancaran thestartv.com, pengerusi kumpulan Star Media Group, Datuk Fu Ah Kiow turut menyampaikan penghargaan kepada petugas yang berkhidmat melebihi 15 tahun dan 25 tahun.

Saluran TV The Star kini boleh dilayari menerusi http://www.thestartv.com
 
 

Pembayaran elektronik sepenuhnya di lima plaza tol mulai hari ini

Posted: 09 Sep 2015 03:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEBERANG PERAI: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di lima plaza tol miliknya mulai 12 tengah hari pada Rabu.
 
Pengurus Besar Operasi PLUS, Norbayati Manap berkata, lima plaza tol itu ialah di Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang serta Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
 
Beliau berkata, tujuan pelaksanaan ETC adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa.
 
"Mulai 12 tengah hari esok (Rabu), kami tidak akan menerima pembayaran wang tunai di kelima-lima plaza tol berkenaan dan kami akan sediakan lorong 24 jam untuk pembelian kad Touch 'n Go," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan ETC di Jambatan Pulau Pinang pada Selasa.
 
Beliau berkata, hasil pemantauan PLUS mendapati pengguna ETC Jambatan Pulau Pinang telah mencapai 82,000 pengguna sehari, tol Kubang Semang 40,000, tol Lunas 34,000, tol Jitra 22,000 dan tol Bukit Kayu Hitam 3,000. 
 
"InsyaAllah dengan persiapan yang telah dijalankan, kita akan mampu mengendalikan jumlah trafik di kelima-lima plaza tol itu esok," katanya.
 
Beliau berkata, PLUS akan menyediakan kakitangan yang akan dibantu anggota Rela untuk menguruskan aliran trafik sekiranya pelaksanaan hari pertama pada Rabu menyebabkan kesesakan.
 
Norbayati berkata, pemantauan PLUS mendapati masih terdapat lebih kurang 20,000 pengguna lebuh raya yang membayar secara tunai.
 
"Setakat hari ini, peratusan jualan kami adalah menggalakkan di mana kami menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch 'n Go baru yang melalui kelima-lima plaza tol tersebut sehingga 31 Disember ini," katanya.
 
Beliau berkata sejak Julai lepas, PLUS telah berjaya menjual lebih 150,000 kad Touch'n Go dan menjangkakan jualan itu akan meningkat lagi selepas pelaksanaan ETC nanti. - Bernama
 
 

Polis tahan 11 penyokong cetus kekecohan perlawanan Malaysia - Arab Saudi

Posted: 09 Sep 2015 03:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Susulan insiden kekecohan yang tercetus sewaktu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Harimau Malaya dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam malam tadi, pihak polis menahan 11 penyokong bola sepak yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenan. 
 
"Berdasarkan bagaimana kita melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang memasuki stadium, adalah mustahil bagi mereka untuk membawa masuk barangan berkenaan tanpa dikesan oleh sesiapa.
 
"Mungkin objek itu diseludup masuk ke stadium lebih awal. Kita akan berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) esok (Rabu) berhubung perkara ini," kata Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat.
 
Terdahulu, perlawanan yang memasuki minit-minit terakhir dicemari dengan kekecohan apabila sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya membaling suar, bom asap dan mercun.  
 
Kekecohan itu menyebabkan perlawanan yang telah memasuki minit ke-87 terpaksa dihentikan.
 
Shafien turut memberitahu terdapat dakwaan serangan terhadap segelintir penyokong Arab Saudi.
 
"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan penyokong Arab Saudi diserang. Seorang duta memberitahu saya bahawa tiada penyokong Arab Saudi yang cedera," katanya sambil menambah bahawa polis akan menyiasat dakwaan tersebut.
 
Arab Saudi mendahului Malaysia dengan jaringan 2-1, menerusi jaringan tunggal Malaysia oleh Mohd Shafiq Rahim pada minit ke-70.
 
Penyokong Ultras Malaya didakwa mengadakan bantahan terhadap FAM selepas negara ditewaskan oleh Arab Emiriah Bersatu (UAE) dengan 10-0 dalam perlawanan pada Khamis lalu.
 
 

Bai'ah: Hentikan polemik, serah kepada pihak berkuasa - Haron Din [TONTON VIDEO]

Posted: 09 Sep 2015 03:46 AM PDT

Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
BANGI: Ulama PAS menggesa semua pihak khususnya ahli mereka yang menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) supaya berhenti daripada mempolemikkan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.
 
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata mereka yang terlibat dengan bai'ah dan telah meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum bai'ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.
 
"Sama jua yang kedua yang disebut selalu mengatakan bahawa bai'ah dengan mentalakkan isterinya dan ini ada dua perkara, satu aku janji dan yang kedua taklik sebagai taklik.
 
"Aku janji dia kena tunaikan, taklik sebagai taklik yang mana taklik nikah sabit dan syarie, sabit maknanya wujud pernikahan yang ditaklikkan dengan talak," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Jelas beliau, perkara berkaitan kemusykilan status perkahwinan perlu dirujuk Mahkamah Syariah yang merupakan institusi paling tepat untuk bekas wakil-wakil rakyat PAS merujuk sebarang keraguan.
 
"Kalau taklik dia tidak pukul isteri tapi dia pukul yang melampaui hukum adat dan syarak sabit pada kadi maka jatuhlah talak.
 
"Jadi kalau taklik ini boleh ditarik balik dengan bayar kifarah senanglah, semua yang telah bertaklik di Malaysia kononnya ada kifarah taklik dia bayar kifarah yang sedang dicakapkan pada hari ini maka terbatallah semua taklik yang diamalkan di Malaysia," katanya.
 
Haron berkata demikian ketika diminta mengulas isu sumpah bai'ah oleh wakil rakyat PAS termasuk sumpah bai'ah talak tiga wakil rakyat parti itu di Kelantan yang hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan talak tiga terhadap isteri masing-masing sekiranya meninggalkan parti.
 
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang merupakan serpihan PAS telah mengambil alih PKM untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.
 
Pengambilalihan tersebut menyebabkan 10 wakil rakyat PAS iaitu lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berada dalam senarai kepemimpinan PKM terbatal keahlian dalam PAS secara automatik.
 
Semua wakil rakyat PAS di Kelantan dikatakan pernah melafazkan bai'ah akan jatuh talak tiga terhadap isteri jika mengkhianati PAS tanpa melepaskan jawatan wakil rakyat yang disandang.
 
Isu ba'iah PAS ini mula menjadi topik hangat apabila wujud dalam kalangan wakil rakyat PAS yang menyatakan hasrat untuk menyertai GHB yang kini dikenal dengan nama PPM.
 
Tiada kifarah untuk sumpah bai'ah
 
Menurut Haron, tindakan mempermudahkan perkara itu dengan mendakwa ia boleh diselesaikan dengan membayar kifarah disifatkannya sebagai tidak berasas serta tidak logik.
 
"Tak boleh, kifarah itu kalau dia bersumpah..itu melanggar sumpah, taklik bukan sumpah tapi taklik dipanggil talak yang tergantung-gantung.
 
"Maka kerana itulah  bila sabit taklik ini maka akan jatuhkan seperti yang disebut, jika sebut jatuh talak satu maka jatuhlah begitu juga seterus," katanya.
 
Ujar tokoh perubatan Islam ini lagi, walaupun tiada sebarang pembayaran kifarat bagi mereka yang melanggari sumpah tersebut namun bekas ahli PAS itu tidak terlepas dari janji dan ikrar yang pernah dilafazkannya.
 
"Namun demikian saya menyokong saranan-saranan bahawa kes yang berkait dengan taklik talak hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang khusus bidang kuasanya untuk menentukan taklik talak ini sah atau tidak.
 
"Jatuh atau tidak rujuklah kepada mahkamah,kalau mereka tak mahu rujuk menjadi kewajipan bagi pihak berkuasa yang tahu mereka sudah bertaklik membawa mereka ke mahkamah bagi menentukan status perkahwinan dan sah atau tidak taklik talak bukan nak jatuhkan hukum.
 
"Apa hukum akhirnya kita serah kepada budi bicara mahkamah dan kuasa mahkamah menentukannya," katanya.
 
Haron sekali menasihatkan wakil rakyat PAS yang terlibat dengan bai'ah cerai talak tiga yang dilafazkan sebelum ini agar segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah.
 
"Itulah perkara yang muktamad yang saya rasa tidak cukup dengan kita hannya bagi pandangan , jadi kalau orang itu tak laksanakan atau tidak ikut yang kononnya ada ulama lain kata bahawa boleh dibayar dengan kifarah dan sebagainya.
 
"Saya agak terkejut dan berasa pelik kerana kita keliru antara sumpahdengan taklik, yang boleh bayar kifarah itu sumpah seperti bayar bagi makan 10 orang miskin, puasa tiga hari dan sebagainya," katanya.
 
Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baru dan telah lama menjadi amalan parti itu yang mana semua wakil rakyat sama ada di peringkat parlimen atau negeri diminta melafazkan sumpah itu di hadapan pimpinan.
 
"Itu kifarah sumpah bukan kifarah bagi taklik sebab taklik tiada sebarang kifarah dan tidak pernah saya dengar ada mana-mana ulama kata bila talak itu keluar dari mulut boleh tarik balik.
 
"Tidak pernah ada ulama kata bila kita bertaklik talak dengan isteri kita boleh kita batalkan dengan kononnya namanya kifarah...tak pernah berlaku demikian, itu hanya berlaku pada sumpah," katanya.
 
 
 

Penstrukturan air Selangor akhirnya berjaya dimuktamad

Posted: 09 Sep 2015 03:41 AM PDT

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air Selangor melalui perjanjian yang dipersetujui hari ini menerusi Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kerajaan negeri mengharapkan kerjasama baik itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah di masa akan datang.

Grafik-Air-Selangor"PAAB juga berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas kerjasama dan kelancaran untuk menyelesaikan perjanjian yang diutarakan sebelum ini.

"Antara perjanjian sebelum ini kadar pajakan selama 45 tahun telah dipersetujui dan kini perlaksanan, penggunaan dan proses yang tepat bakal dimuktamadkan," kata Zaidy, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian mengulas isu urusan perpindahan aset air Selangor di antara PAAB dan Air Selangor yang bakal diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, 5 petang ini.

Pertandingan fotografi Bersih 4 dapat sambutan luar biasa

Posted: 09 Sep 2015 03:38 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA: Pertandingan fotografi anjuran KEADILAN sempena himpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu mendapat sambutan cukup hebat.

Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 300 foto diterima pihaknya dalam tempoh tiga hari selepas pertandingan tersebut dilancarkan.

Sebahagian foto yang terpilih
Sebahagian foto yang terpilih

"Panel juri telah memilih 20 karya terbaik untuk diundi oleh orang ramai melalui laman sosial facebook Demi Rakyat bermula hari ini sehingga 30 September.

"Karya yang meraih 'like' terbanyak bakal memenangi wang tunai RM1,000," jelas Ahli Parlimen Bayan
Baru itu pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Karya kedua dan ketiga mendapat undian tertinggi juga bakal menerima hadian wang tunai sebanyak RM300 dan RM200.

Pertandingan ini bertujuan memberi gambaran sebenar suasana dalam perhimpunan 34 jam itu yang dibanjiri 500,000 rakyat.

Orang ramai boleh mengundi foto tersebut melalui www.facebook.com/demirakyat13.

"Melalui pertandingan ini, peserta memaparkan keamanan dan kematangan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4. Ia bertentangan dengan apa yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

"Kita dapat lihat semangat cinta negara dan pergaulan mesra antara kaum yang ditunjukkan peserta Bersih melalui gambar-gambar tersebut," ujar Sim.

Kongres Rakyat serampang dua mata PAS

Posted: 08 Sep 2015 10:55 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


 


Kongres Rakyat anjuran PAS dengan kerjasama NGO pada 12 September ini bercita-cita besar untuk merangka pelan tindakan menyelesaikan terhadap kemelut politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

PAS berkata lebih 200 NGO, kumpulan mahasiswa, profesional, ahli akademik teknokrat dan masyarakat umum akan tampil memberi input dan membincangkan penyelesaiannya.

Tetapi persoalannya, apakah yang benar-benar istimewa tentang kongres itu, yang kelihatannya seperti sebuah persidangan biasa sahaja?

Malah, sudah tidak terkira program seumpamanya dilangsungkan di negara ini.

Justeru, tidak pelik jika ada yang melihat bahawa acara itu sebahagian strategi baru PAS untuk mendekati kumpulan aktivis dalam masa-masa sukar setelah bersendirian tanpa sekutu dan setelah ditinggalkan kumpulan profesional.

Muktamar PAS di Kuala Selangor Jun lalu menyaksikan tersingkirnya kumpulan yang mahukan perubahan dalam kepimpinan parti, termasuk menukar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokongan terhadap PAS semakin terhakis dan perseteruan semakin tajam - sekalipun dinafikan beberapa pimpinannya - apabila bekas pemimpin-pemimpin kanannya mengepalai rombongan keluar parti.
Jambatan ke luar

Dalam perang persepsi, golongan yang dipimpin bekas timbalan presiden Mohamad Sabu itu, kini bergabung dalam Parti Amanah Nasional (AMANAH), juga berjaya menjadikannya sebuah acara media yang menarik perhatian banyak pihak.

Tindakan itu dilihat ancaman kepada kelangsungan kepada parti Islam yang mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang. Malah, jambatan mereka kepada golongan bukan Islam juga dilihat semakin rapuh.

Sebelum ini, walaupun mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS, jambatan dengan bukan Islam banyak dibina oleh golongan profesional yang berpaling tadah menyertai AMANAH, seperti Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad.

Kedua-dua wakil rakyat lantang itu banyak terlibat dengan dialog dengan agama lain dan mengunjungi rumah ibadat mereka.

Selain itu, PAS juga kehilangan tunjangnya apabila Mazlan Aliman, pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang daripada awal tidak senang dengan kepimpinan baru parti walaupun berjaya mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa pusat,

Beliau juga kemudian menyertai AMANAH, yang sudah tentu membawa dasar sokongannya ke parti baru, yang juga dijenamakan sebagai sebuah parti Islam yang "inklusif".

Bagaimanapun, menilai tindakan politik terbaru PAS, termasuk tidak mengerahkan anggotanya ke BERSIH 4, kelihatan langkahnya sedikit sumbang.

Beban di pundak

Ini kerana platform itu sepatunya boleh dimanfaatkan untuk mendekati golongan muda dan penyokong pembangkang. Justeru, ketika gambar Hadi dipijak dalam perhimpunan itu, maksud penolakan itu tidak harus dipandang enteng oleh PAS.

Persediaan Kongres Rakyat ketika itu antara alasan digunakan PAS untuk tidak terlibat aktif dalam BERSIH 4.

Kali ini mata akan tertumpu kepada acara itu. Kongres Rakyat harus membuktikan ia benar-benar penting untuk perubahan politik pembangkang berbanding BERSIH 4.

Ini beban besar di pundak PAS sekarang ini.

PAS juga perlu membuktikan kenyataan Hadi dalam tulisan panjangannya kelmarin, bahawa "ranting PAS dicantas, tunas hidup subur".

Kongres Rakyat dikatakan bakal disertai lebih 1,500 anggota. Ia juga dikatakan telah menerima pelbagai usul meliputi perundangan, ekonomi, integrasi nasional, jati diri, keselamatan, pendidikan dan sosial daripada pelbagai pihak.

Sama ada berhasil atau tidak, jawapannya pada Sabtu ini di Shah Alam.


Majlis penghargaan untuk Muhyiddin dibatalkan

Posted: 08 Sep 2015 10:46 PM PDT

Radzi Razak


 


Majlis makan malam penghargaan untuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan diadakan oleh Umno Bandar Tun Razak malam ini telah dibatalkan.

Menurut satu sumber, arahan itu datangnya dari Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketika dihubungi kemudian, seorang pembantu kepada bekas timbalan perdana menteri itu mengesahkan majlis 'Malam Jasamu Dikenang' itu telah dibatalkan.

"Pihak penganjur yang membatalkannya, bukan kami," katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini berulang kali berusaha untuk menghubungi Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar untuk mendapatkan komennya tetapi tidak berhasil.

Bagaimanapun MalayMailOnline memetik Timbalan Rizalman - Saharuin Zainal Abidin - sebagai mengesahkan mereka telah diarahkan untuk "menangguhkan majlis makan malam" itu oleh Tengku Adnan  minggu lepas.

"Kami diberitahu supaya menangguhkan kerana mungkin ada masalah.

"Kami diberitahu untuk menunggu sehingga selepas mesyuarat Majlis Tertinggi esok," katanya.
Malaysiakini berusaha untuk mendapatkan reaksi Tengku Adnan mengenai perkara itu.

Esok, Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi yang pertama sejak Muhyiddin digugur dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Muhyiddin dan beberapa orang lain akan dipecat daripada Umno, tetapi beberapa pemimpin parti itu menafikannya.

Pilihan untuk Najib, kukuhkan kuasa atau selamatkan Umno, kata pemerhati

Posted: 08 Sep 2015 10:38 PM PDT



Datuk Seri Najib Razak mempunyai pilihan sama ada mementingkan kuasa politiknya atau meneruskan perpecahan dalam Umno dengan memecat pengkritiknya tetapi bakal berhadapan risiko pemberontakan yang lebih kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Datuk Seri Najib Razak mempunyai pilihan sama ada mementingkan kuasa politiknya atau meneruskan perpecahan dalam Umno dengan memecat pengkritiknya tetapi bakal berhadapan risiko pemberontakan yang lebih kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau beberapa pemimpin lain dipecat atau tidak hari ini, hakikatnya Datuk Seri Najib Razak sudah memecahbelahkan Umno sejak merombak Kabinet dan skandal yang dikaitkan dengannya.

Bezanya ialah mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini akan menentukan sama ada perpecahan parti terbesar itu akan menjadi semakin buruk, kata pemimpin veteran dan pemerhati.

Bagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar, kiri), punca perpecahan Umno ini bermula dengan keputusan Najib sendiri menggugurkan Muhyiddin pada Julai lalu.

"Beliau mahu bimbangkan berpecah apa lagi?" kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider. 
 
"Beliau bertindak membuang Muhyiddin daripada Kabinet sudah pun memecahkan parti".

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib mempunyai pilihan sama ada mementingkan kuasa politiknya atau meneruskan perpecahan dalam Umno dengan memecat pengkritiknya, akan tetapi, risiko pemberontakan yang lebih kuat bakal dihadapinya.

"Kalau pecat, saya rasa akan timbul pemberontakan lebih kuat dalam parti sebab ada suara-suara yang tidak mahu dipecat sudah kita dengar, malah ia datang daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga naib presiden Umno dan Khairy Jamaluddin (ketua Pemuda).

"Jadi maknanya, kalau pecat juga bermakna beliau sudah bertentangan dengan hasrat orang-orang yang rapat dengannya sendiri," katanya.

Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pula menyifatkan jika pemecatan dilakukan, ia seolah-olah bertujuan mahu melihat parti Melyu itu terus berpecah pada ketika mereka sudah berdepan pelbagai masalah.

"Kalau pecat juga, itu memang sengaja kita nak pecahkan lagi Umno ini," katanya, yang juga berada dalam senarai bakal dipecat daripada Umno seperti tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yakin Najib tidak akan bersetuju cadangan pemecatan walaupun terdapat beberapa ahli MT mahukan Muhyiddin dipecat.

"Saya tidak percaya, sepanjang saya kenal presiden beliau bukan seorang kontroversi dan akan berkonfrontasi.

"Jadi saya percaya tidak mungkin beliau akan bersetuju dengan apa sahaja cadangan daripada beberapa orang MT yang hendak memecat dan melucutkan jawatan timbalan presiden dan naib presiden ini," katanya yang merujuk kepada Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Aziz berkata, jika pemecatan dilakukan, ia bermakna MT Umno sendiri sudah terputus hubungan dengan akar umbi kerana tidak memahami sentimen di bawah.

"Saya rasa MT tidak akan jadi gila untuk buat tindakan dan keputusan itu.

"Saya rasa MT tak mungkin akan buat keputusan untuk menyingkirkan, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie, di mana kedua-dua mereka adalah timbalan dan naib presiden," katanya.

Beliau sebaliknya menggesa supaya ahli MT menggunakan mesyuarat hari ini sebagai platform mencari jalan mengukuhkan kedudukan parti khususnya di antara presiden dan timbalan presiden.

Mengenai pendekatan yang bakal diambil Najib, Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia melihat perdana menteri gemar menggunakan strategi "elegant silent" namun situasi kali ini berbeza kerana jika tidak ditangani segera ia akan memanjangkan lagi masalah dihadapi Umno.

"Selepas itu bila orang menyerang dan kemudian dia dah lemah, tidak lagi menyerangnya.

"Tapi kalau tidak pecat, ia akan memanjangkan lagi masalah ini, masalah ini tidak akan selesai dan akan terus menggugat beliau," kata Zainuddin.

Dalam pada itu, bekas naib ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anuar Rahmat (gambar, kiri) berkata, Najib perlu menimbangkan pelbagai aspek terhadap keputusan yang bakal diputuskan dalam mesyuarat MT nanti, tidak semata-mata bersikap pentingkan diri dan keutamaan adalah semestinya kelangsungan parti.

"Ahli MT perlu memikirkan kesan dan impak terhadap keputusan yang bakal diambil, mereka perlu memikir kelangsungan parti dan bukan semata-mata hanya demi kepentingan seorang individu.

"Ini adalah parti utama kaum Melayu dan menjadi payung untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Penganalisis politik Dr Azizuddin Mohd Sani meramalkan sebarang keputusan kontroversi terutamanya dengan memecat atau menggantung Muhyiddin daripada Umno akan menyebabkan satu gelombang yang kuat menentang Najib.

"Jika khabar angin pemecatan ini benar-benar berlaku, ia akan menyebabkan 'waves' yang kuat dalam Umno menentang Najib. Itu saya ramalkan," katanya.

"Setakat ini saya lihat ia sememangnya ada impak, tentangan yang kita lihat daripada akar umbi itu juga kuat sebenarnya".

Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), langkah terbaik untuk Najib adalah mengambil jalan selamat tanpa melukakan mana-mana pihak semasa mesyuarat MT petang ini.



Saya disiasat kerana laungan ‘Tangkap Najib dan Rosmah’, kata Rafizi

Posted: 08 Sep 2015 10:28 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Rafizi Ramli bersama penyokong Bersih 4 lain di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur, pada Ogos 29. Beliau disiasat polis kerana melaungkan 'Tangkap Najib' dan 'Tangkap Rosmah'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Rafizi Ramli bersama penyokong Bersih 4 lain di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur, pada Ogos 29. Beliau disiasat polis kerana melaungkan 'Tangkap Najib' dan 'Tangkap Rosmah'. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menyatakan kekesalan kerana pihak polis hanya berminat menyiasat laungan "Tangkap Najib, Tangkap Rosmah" dalam ucapannya pada perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu.

Beliau yang baru selesai memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berkata, polis tidak langsung bertanyakan mengenai isi kandungan ucapan berkenaan.

"Saya berasa lucu kerana soalan-soalan yang ditanya berhubung siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan adalah bersabit laungan 'Tangkap Najib, Tangkap Rosmah'.

"Saya ditanya sama ada saya ada memimpin laungan itu dan berapa kali saya melaungkan 'Tangkap Najib, Tangkap Rosmah'. "Saya tidak ditanya langsung mengenai kandungan lain ucapan saya kecuali laungan 'Tangkap Najib, Tangkap Rosmah'," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan itu berkata, tindakan tersebut merupakan pembaziran ketara dilakukan polis.

"Polis diarahkan menyiasat perkara-perkara yang kini menjadi sentimen rakyat seperti laungan 'Tangkap Najib, Tangkap Rosmah'.

"Jika saya disiasat kerana laungan itu, maknanya pihak polis terpaksa menyiasat berjuta-juta rakyat Malaysia yang memberikan komen lebih kasar daripada itu," katanya.

Rafizi menyeru kepimpinan polis berhenti mengarahkan pegawai bawahan mereka berbuat demikian dan sebaliknya diberikan ruang memerangi jenayah.

"Bukannya menyiasat kata-kata orang ramai yang menyinggung perdana menteri dan isteri beliau," katanya.

Rafizi berkata, keterangan beliau diambil hari ini dalam 2 kertas siasatan; pertama mengikut Kanun Keseksaan berkenaan ucapan yang dibuat semasa Bersih 4, kedua mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memakai baju kuning Bersih 4 yang diharamkan.

Pada perhimpunan 34 jam yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lepas, dianggarkan lebih 200,000 memenuhi jalanan di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, memperjuangkan beberapa tuntutan termasuk pembaharuan institusi, kebebasan menyuarakan bantahan dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
 
 

.Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ

Posted: 08 Sep 2015 10:20 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



International Petroleum Investment Co (IPIC) menjamin AS$3.5 bilion dalam bentuk bon yang dikeluarkan 1Malaysia Development Berhad untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.International Petroleum Investment Co (IPIC) menjamin AS$3.5 bilion dalam bentuk bon yang dikeluarkan 1Malaysia Development Berhad untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

International Petroleum Investment Co (IPIC), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, IPIC mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik satu draf laporan audit negara mengenai aktiviti 1MDB yang dilihat WSJ, akhbar perniagaan itu mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC. Penyata kewangan yang disatukan IPIC bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.

Memetik sumber, WSJ berkata baik IPIC ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula IPIC yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.
 
Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".
 
Pada 2 Julai, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di kalangan beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya berakhir di akaun peribadi Najib menerusi 5 deposit berasingan.
 
Najib menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi tetapi skandal tersebut menyebabkan masalah politik dan ekonomi.
 
Lebih 200,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu, menuntut penyingkiran Najib, manakala nilai ringgit jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 17 tahun, mencecah 4.33 kepada dolar semalam.


Baju Kuning atau Baju Merah Azizah Dun tolak

Posted: 08 Sep 2015 10:14 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Malaysia tidak memerlukan sebuah lagi perhimpunan selepas BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Ini, katanya, termasuk perhimpunan Baju Merah anti-BERSIH pada Hari Malaysia 16 September ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Azizah berkata beliau bimbang perhimpunan itu akan terus mengundang provokasi, seperti berlaku dalam BERSIH 4.

"Kita nampak apa yang berlaku semasa himpunan BERSIH 4 berlangsung.

"Walaupun sudah diberitahu pihak polis ada tempat-tempat yang mereka tidak boleh berkumpul tetapi mereka langgar juga undang-undang, buat perkara yang boleh cetus provokasi seperti memijak gambar PM dan Datuk Seri Hadi Awang," katanya.

Kumpulan aktivis pendesak Melayu bercadang mengadakan "Himpunan Rakyat Bersatu" minggu depan untuk menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 yang dikaitkan dengan dominasi Cina dan DAP.

Ketika dihubungi Azizah yang juga ahli Parlimen Beaufort itu berkata siapa pun yang tidak berpuas hati dengan kerajaan seharusnya menunggu pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Bagi saya hak demokrasi ini dibuat sewaktu pilihan raya dan ternyata BN telah pun menang dan menjadi pemerintah dalam negara ini.

"Siapa saja yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan dan kerajaan bolehlah tunggu pilihan raya akan datang," katanya.

Azizah bagaimanapun berkata terpulanglah kepada pihak berkuasa untuk menangani perhimpunan itu, selain menegaskan ia perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid semalam melarang perhimpunan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling atas alasan implikasi keselamatan.


PPM sedia bekerjasama dengan Pas

Posted: 08 Sep 2015 10:02 PM PDT

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub


SHAH ALAM - Parti Pekerja Malaysia (PPM) tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas untuk menyelamatkan negara daripada kelemahan pentadbiran sedia ada sekaligus menumbangkan kerajaan BN pada PRU14 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan kerjasama itu dengan semua parti pembangkang, NGO dan individu melalui muafakat politik baharu jika wujud keperluan.

"Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya PPM terbuka untuk berunding termasuk dengan Pas, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

"Jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 31 Ogos lalu, gerakan Harapan Baru mengumumkan akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas itu menegaskan pihaknya tidak akan berganjak daripada perancangan asal untuk melancarkan parti baharu itu pada 16 September ini.

"Kami komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan BN.

"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini," katanya lagi.


Tiada ulasan: