Rabu, 9 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Azmin marah kena usik Ahli Parlimen Wanita .....

Posted: 09 Sep 2015 09:00 AM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memarahi Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP yang dianggapnya bersikap keanak-anakan apabila mengusiknya berkaitan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Ia terjadi apabila Teo menujukan satu soalan kepada timbalan presiden PKR itu tentang kenyataan Hadi yang dilaporkan tidak menghalang mana-mana ahli PAS menyertai Himpunan Maruah Melayu atau 'demonstrasi baju merah' pada 16 September ini.

 "MB Selangor, adakah ini sekutu politik yang anda cari?" tanya Teo menerusi akaun Twitter beliau @teonieching dengan menyertakan pautan kepada berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan Hadi dalam Astro Awani berkenaan penyertaan PAS dalam himpunan itu.

 Azmin yang sebelum ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan PAS menyertai pakatan parti pembangkang yang baharu, walaupun tidak dipersetujui DAP dan Parti Amanah Negara, kelihatan seperti berang sewaktu membalas tweet Teo.

 "@teonieching jangan jadi macam budak-budak sangat!

 "Keadilan (panggilan PKR apabila merujuk kepada parti mereka) sentiasa menjadi penggerak utama memperkukuhkan pakatan menghadapi Umno dan Barisan Nasional," tulis Azmin menerusi akaun @azminali dalam satu interaksi antara mereka yang terjadi malam tadi.themalaysianinsider

Teo Nie Ching kemudiannya menjawab tulisan Azmin :


Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, beliau tidak memanggil beliau kebudak-budakan. 

 Apabila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi DAP dikuasai dalam PRU akan datang, dia tidak memanggil beliau kebudak-budakan. 

 Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu dan beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan.

Perhimpunan Baju Merah Bukan Mewakili Orang Melayu, tetapi Umno!

Posted: 09 Sep 2015 07:00 AM PDT

Ketua Umno Jamal Md Yunos menafikan sebagai penganjur 
perhimpunan, tapi dialah yg rajin mengeluarkan kenyataan
yang seolah-olah dia adalah jurucakap perhimpunan itu
KUALA LUMPUR, 9 Sept - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Melayu hari ini menolak Himpunan Maruah Melayu 16 September, berkata agenda perhimpunan itu dan pesertanya tidak mewakili komuniti mereka.

Pres. Pemuafakatan Perkampungan Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat), Ishak Surin juga menuduh penganjur yang tidak dinamakan itu sebagai "tidak jujur" dan "cetek" dalam tuntutan mereka untuk melindungi kepentingan Melayu.

"Mereka tidak mewakili kami. Kepada mereka yang mendakwa menjaga kepentingan Melayu, di manakah mereka apabila orang Melayu telah dihalau keluar dari rumah-rumah mereka di Kampung Banda Dalam dan Kampung Puah?" katanya.

 "Kampung-kampung ini adalah warisan Melayu dan mengandungi budaya Melayu yang tinggi nilainya ... tuntutan mereka (penganjur perhimpunan itu) menunjukkan mereka tidak menjaga kepentingan kita tetapi memanipulasi ia sebaliknya."

 Wakil-wakil dari Gerakan Intelek Rakyat (Gatera), Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan kumpulan-kumpulan lain yang sama menolak sebarang kaitan dengan perhimpunan dan tuntutan untuk mewakili orang Melayu itu.

Umno cuba berselindung di sebalik lalang sehelai....malu
nak bertanggungjawab tapi menggalakan ahlinya menyertainya
  Perhimpunan 16 September yang dianjurkan oleh kumpulan yang tidak dinamakan dan dipanggil Himpunan Maruah Melayu atau Himpunan Rakyat Bersatu, adalah kononnya untuk menangkis apa yang mereka dakwa adalah dominasi Cina semasa Bersih bulan lalu 4. 

 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim hari ini berkata perhimpunan itu tidak akan dibenarkan untuk meneruskan kerana "implikasi keselamatan", tetapi peristiwa itu terus menerima sokongan tidak rasmi daripada pemimpin Umno.

Zahid Hamid, Menteri dalam negeri yang sepatutnya melarang ahli Umno daripada menyertainya, berlepas tangan dengan berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu. 

 "Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya di sini

Inilah kelaku menteri yang kononnya menjaga keselamatan dalam negeri, bertindak bertentangan dengan langkah pihak polis yang  tidak membenarkan perhimpunan itu diteruskan kerana "implikasi keselamatan".

Penafian demi penafian dibuat yang kononnya Umno bukan dalang perhimpunan baji merah ini. Terbaru, PM Najib mengakui penglibatan beberapa pemimpin Umno dalam himpunan tersebut yang menggunakan platform organisasi bukan kerajaan (NGO) masing-masing dalam penganjuran perhimpunan itu.


 Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos yang dipetik oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai berkata bahawa perhimpunan 16 September  adalah hasil daripada "banyak slogan menghina kepimpinan Melayu" semasa 34 jam Bersih 4 perhimpunan yang diadakan di yang menjelang sambutan Hari Merdeka.

 Perhimpunan pada 29-30 Ogos itu juga diselar oleh pemimpin-pemimpin Umno dan PAS selepas gambar diedarkan dalam media sosial yang mendakwa peserta Bersih 4  memijak imej yang Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memeluk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak keperluan untuk mengadakan perhimpunan 16 September dengan mengatakan bahawa perhimpunan Bersih 4 bukanlah perkauman. ~ sumber

Bersendirian adalah lebih baik, daripada berkawan dan tikam kawan!

Posted: 09 Sep 2015 04:00 AM PDT

 Pemimpin parti Amanah Negara ni memang jenih orang yang baik-baik belaka. Walaupun Hj Hadi dah hina depa berbagai rupa, namun depa masih tidak pernah serik, nak juga bermesra dengan puak-puak macam itu.
Haji Hadi dah kata depa ni orang yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan! Haji Hadi dah cop depa ni, sebagai orang yg khianat dgn perjuangan; tak ada pilihan; depa ni asal dari kita, kenai kita, tapi dah meneleweng .... samada hangpa balik semula kepada kita , atau hangpa dihapuskan!
Haji Hadi kata, yang tahaluf adalah dgn yg lawan, bukan macam korang yang asal dari PAS dan menyeleweng!
Lebih kurang gitulah maksud kata-kata Hj Hadi. Kalau masih tak faham tak tahulah apa jenis manusi korang ni semua!

Bila baca berita yang berikut, ramai yang berasa jengkel dan meluat dengan sikap cuba berbaik-baik semula dengan PAS.Cukuplah dimasa -masa yang lalu korang dimaki hamun bagai oleh puak-puak wala'un!

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

 Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

"Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

 "Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya," kata Dzulkefly.

 Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang. Baca lagi di sini

DAP dah mula sound PKR, jelaskan kenapa mahu bersama PAS ?

Posted: 09 Sep 2015 01:03 AM PDT

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan kepada penyokong parti pembangkang mengapa pihaknya memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

 Katanya, Azmin dan PKR mungkin mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian tetapi ia harus menerangkan kepada penyokong mereka mengenai keputusan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP.

 "Azmin mempunyai sebabnya sendiri, tetapi walau apa pun sebabnya, beliau perlu menjelaskan kepada penyokong mengapa membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS," kata Lim pada satu sidang media di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini.

 "DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS kerana mereka sudah putuskan hubungan dengan DAP. Selepas itu, mereka juga berkata akan bertanding di kawasan yang dipegang DAP." Baca lagi di sini

Sebelum ini entri saya di sini  menyentuh desakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya Mohamed Azmin Ali menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Berita itu kemudiannya dinafikan, namun beberapa pilihan telah diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal. "DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,"

Apakah DAP Selangor  telah mencadangkan apa yang pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini )

 Lim Guan Eng dah cuit otek-otek saja tu....Jadi kenalah DAP Selangor, tolong cuit-cuit sikit Azmin tu. Dulu kata bagi tempoh sebelum September.... 

 La ni dah masuk seminggu lebih bulan September ..... Tony Pua gunalah siku atau lutut kalau perlu! Hahahaha!

Hj Hadi kata Perhimpunan Baju Merah itu penyatuan Islam??

Posted: 08 Sep 2015 09:45 PM PDT

 PAS tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan "baju merah" selepas menilai matlamat dan tujuan penganjuran perhimpunan tersebut untuk menyatukan Melayu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain, jangan abaikan kaum lain. Baca seterusnya di sini

 Merepek apalah kali ini. Kenyataan Hj  Hadi diatas itu sangat bertelagah dengan tujuan sebenar perhimpunan baju merah. Hj Hadi hanya hendak menjustifasikan tindakannya untuk berhimpun bersama gerombolan Melayu yang bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. 

 Selain penganjurnya sendiri tidak berani menampilkan dirinya, slogannya "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku" berbau perkauman dan merbahaya.

 Selain itu perhimpunan tertumpu dipusat perniagaan kaum Cina iaitu di Bukit Bintang dan Petaling Street kerana kononnya sebagai membalas dendam himpunan Bersih yg telah menyebabkan kerugian kepada ramai perniaga-peniaga Melayu di sekitar Bandaraya minggu lalu??

 Sebelum ini Hj Hadi berkata:
 " Isu-isu berbangkit yang menjadi pertikaian seharusnya diselesaikan mengikut cara yang dianjurkan Islam. 
 "Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," kata Hadi ketika berucap di Perhimpunan Pihak 4 di sini 
  Pihak Polis telah tidak membenarkan perhimpunan tersebut atas implikasi keselamatan. Tapi Hj Hadi mahu langgar larangan polis...

Kesian....Hj Hadi sendiri pula diperbodohkan oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos kononnya untuk mengembalikan maruah Melayu... Hahahaha! 

 Adakah Hj Hadi dak berdemo sebab orang pijak gambar dia? 

 Bahawa pertimbangan Hj Hadi sudah Islamik dan sudah tidak ada bezanya dengan gerombolan Melayu yang sebelum ini menunjukan aksi ganas di hadapan Sogo untuk menakut-nakutkan peserta Bersih 4 yg lalu.

Apa sebenarnya motif poster perhimpunan tersebut yg memaparkan aksi orang menyerang dengan parang? Perhimpunan amankah itu namanya? 

Haji Hadi dah tengok belum poster perhimpunan tersebut? Berikut saya paparkan khas untuk Hj Hadi dan wala'un nya:


Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja

Posted: 08 Sep 2015 06:00 PM PDT

Berikut adalah ambilan dari ULASAN GB. Saya rasakan amat menarik untuk dikongsikan bersama :

    Sudah banyak pihak yang menentang Baiah Talak 3 yang dikenakan oleh PAS kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya. 

 GB tertarik dengan satu pandangan bahawa jika PAS ingin meneruskan untuk memaksa baiah talak tersebut dilaksanakan, maka ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa bukan saja kepada wakil rakyatnya, malah juga kepada semua mereka yang ingin menyertai PAS. 

 Ada berani? 

 Kedua, GB tertarik juga kenyataan Dr. Rozaime Ramle di sini yang menyatakan bahawa:

 "Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja. Saya nak pecahkan KHURAFAT, bukan hanya Pas yang faham Islam. Orang lain pun ada yang faham Islam. Apabila tidak bersama bukan bermakna dia menentang. Ada benda yang kita boleh duduk sekali. Berkawanlah dengan orang-orang yang membuat kerja dakwah". 

 "JANGAN MENDABIK DADA hanya kita seorang yang buat kerja dakwah. Setiap orang berjuang di bidang masing-masing.." 

 Sebelumnya beliau menyatakan bahawa "Bai'ah (Sumpah) boleh dirungkai dengan membayar kafarah" dan terdapat beberapa ulama seperti Ibnu Taimiyyah dan Said Hawa menyatakan demikian. 

 Mengenai penubuhan Parti Amanah Negara, satu status dari Ust. Saiful Islam atau nama sebenarnya Haszrizal Abdul Jamil amat menarik perhatian:


 Alhamdulillah, penubuhan Parti Amanah Negara nampaknya telah berjaya menjadi jambatan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang besar di negara ini seperti ABIM, JIM, IRC dan lain-lain untuk meneruskan kerja-kerja Islam di dalam kerangka yang amanah, progresif dan peduli. 

 Ini bertepatan dengan hadith Nabi saw.

 "Sesungguhnya ummatku tidak akan bersatu dalam kesesatan" - riwayat Ibn Majah. 

 Sesungguhnya memang benar kata-kata Ust Saiful Islam, Islam itu menghimpun bukan mengusir. Jika ada jemaah yang mengusir, maka fahamlah kita bahawa ia bukan jemaah Islam yang sebenar. ~ Baca lagi di :  greenboc blogspot


Tiada ulasan: