Rabu, 9 September 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB DISERANG LAGI

Posted: 09 Sep 2015 07:26 PM PDT






MUKA TEBAL
tidak adalah hina
yang paling hina
dari masuk pejabat sendiri
ikut pintu belakang

ini macam nak lari dari along
ini macam nak lariu dari cheti
ini macam nak lari hutang

minggu lalu 
lari dari  persidangan anti rasuah
minggu ini menyorok
dari ahli parti


Najib lalu pintu belakang, ejek Anina

Bekas anggota Wanita Umno Anina Saadudin hari ini mengambil kesempatan menyindir presiden parti itu kerana hadir ke mesyuarat Umno di ibu negara melalui pintu belakang.
Sekumpulan penyokong  Muhyiddin Yassin sejak awal petang tadi berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika terdapat ura-ura timbalan presiden mereka akan dipecat.
Spekulasi itu bagaimanapun meleset kemudiannya.
"Apa yang lebih menghairankan adalah  Najib takut untuk memasuki ibu pejabat Umno melalui pintu hadapan.
KAH KAH KAH
woit
ini namanya
bila kayu dah rebah
kura kura boleh panjat
ini namanya
bila kayu dah rebah
mat bangla panjat terberak
kah kah kah

MUKA BOPENG
-----------

NAJIB JANTAN SUWEY

Posted: 09 Sep 2015 06:48 PM PDT







SUWEY

media barat meneruskan
kempen anti najib
ini akan dilakukan
sahingga najib terlungkup

kenapa media barat anti najib?



Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ

Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.
International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.
Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.
Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.
Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.
Memetik sumber, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.
Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah.
Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/abu-dhabi-dakwa-as1.4-bilion-daripada-1mdb-hilang-lapor-wsj#sthash.7hm3aYPk.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
ini betul jantan suwey
apa saje diusik najib
semua bawa masalah
tiga puluh juta
rakyat terseksa
tiga puluh juta
rakyat sengsara


TOP SUWEY






----------

SAJE NAK TANYA - NAK BAGI PANAS

Posted: 09 Sep 2015 06:08 PM PDT







DUiT DERMA

kalau 2.6 bilion RM
duit derma tok arab
mengapa muhyiddin
mengapa  afdal
ditendang keluar
saje nak tanya
nak bikin panas





-------------

NAMANYA BERITA BURUK YANG BAIK

Posted: 09 Sep 2015 05:12 PM PDT




BERiTA MOLEK

Isu masih tidak selesai meskipun tiada kekecohan di mesyuarat Umno

Tiada yang digugurkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang amat dinanti-nantikan semalam, yang berlangsung dalam suasana "baik dan teratur", tetapi ada yang terfikir berapa lama kedamaian itu akan kekal terutama apabila isu yang menjadi punca perpecahan dalam parti masih belum diselesaikan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-masih-tidak-selesai-meskipun-tiada-kekecohan-di-mesyuarat-umno#sthash.ZHsGyPJs.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini berita amat molek
barah masih ada
bisul makin besar
kudis nak jadi pekong
ini dia namanya
berita buruk yang baik
kah kah kah


TERUS LAGi


---------------

MAT SOTONG

Posted: 09 Sep 2015 10:24 AM PDT









MAT SOTONG

PAS ini parti bebudak bahalol Pagi cakap lain , petang cakap lain pulak Tak salah PAS pon dah biasa malam candat Sotong , siang tangkap belukang Selagi Serban Kopiah ada , selagi itu boleh jaja jaja buat duit.... Anak bini bini nak makan kat rumah jugak kan. on MAT SOTONG
Anonymous
on 9/9/15

Kuat apa??? Kuat kencing!!! on MAT SOTONG
Abdul Said
on 9/9/15

SOMBONG
Sombong bukan cara Islam.. apa lagi org bertaraf ulamak Islam.. angkuh, sombong, mendabik dada, cakap besar, tidak berlapik dengan izin Allah.. semua itu tanda2.. orang yang rendah akal budi.. cuba tuan perhatikan.. pemimpin dalam PAS dicantas tanpa kompromi.. ini hubungan sesama Islam.. PAS gagal.. hubungan dalam PR.. tidak hairan bergaduh dengan DAP.. hubungan dengan bukan Islam.. semua tidak diamalkan sebagaimana yng dituntut oleh islam,.. hikmahhhh.. parokkkk ngohh.. on MAT SOTONG
Anonymous
on 9/9/15



-------------

POLITIK BERTAMBAH BAIK

Posted: 09 Sep 2015 06:00 AM PDT







KUPRAK

DUPRAK


MUKRAK


PADAN MUKA

'Tangkaplah', kata Mahathir kepada polis

9 Sep — Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menangkapnya sekiranya mereka mahu menyoal siasat beliau berhubung penyertaannya dan ucapannya dalam demonstrasi Bersih 4 yang berlangsung hujung bulan lalu di ibu…

KAH KAH KAH
woit
satu gerakan baru
satu barisan gelombang baru
satu barisan baru
satu asas
satu niat
satu akidah
satu rukun - jatuhkan najib
kah kah kah

AMAT BAiK






--------------

SEMUA NAK LARI KE EROPAH

Posted: 09 Sep 2015 05:30 AM PDT







'Everyone wants to leave': death of hope drives young Syrians to Europe


Suheil, a softly spoken 23-year-old, sees no hope for the future in Syria. The video engineer is scraping together around $2,500 (£1,600) to finance a perilous journey to seek a new life in Europe, fleeing what looks like a war without end.
In his baseball cap, checked shirt and jeans, Suheil would not stand out in a Damascus crowd or among the hundreds of thousands of his compatriots crossing the border to Lebanon. From there they are scrambling on to planes to Turkey, and then boats, buses and trains to reach Germany or other safe havens in the biggest movement of people the world has seen in 70 years
Suheil believes Assad is the best person to lead Syria. Wahib – hoping to make it to Germany or Sweden and get his wife and children to join him later – blames Saudi Arabia, Turkey and the west for supporting "terrorists" – the catch-all term for any opposition to the government. "Everyone wants to leave, and it's even worse in the areas held by Daesh [Isis]," he adds. "They are fanatics and killers. They will whip you if you don't pray."




PELARiAN
hairan pelik
kenapa pelarian
dari negara islam
semua nak lari
ke negara kapir
yang rakyat atheis
amalkan sex bebas
main bontot
sokong gay lesbian
ada arak ada wine
kenapa tak lari 
ke saudi arabia
dekat dengan kaabah
saje tanya
jangan marah



-----------

JANGAN LUPA INI

Posted: 09 Sep 2015 05:03 AM PDT







STRATiJI 

PERANG

musuh kepada musuh

adalah sahabat

kenali musuh 

kenali diri

seratus pertempuran

seratus kemenangan


----------------

PERANG DALAMAN

Posted: 09 Sep 2015 01:30 AM PDT



KOMENTAR
suasana politik untuk rakyat
semakin indah berseri
ada dua perang sedang berjalan
pertama : serangan dari luar
kedua : serangan dari dalam

dalam strateji perang
dua dua serangan sama penting
tanpa serangan dari luar
serangan dalaman tidak muncul
serangan dari dalam
memperkuatkan lagi 
serangan dari luar

kota temasik runtuh
apabila sang rajuna tapa belot
dan mula sabotaj dari dalam
ini sedang berlaku




Hamidah tidak takut dipecat, terus desak Najib berundur

 | September 9, 2015
Hamidah Osman mendedahkan beliau pernah menerima surat tunjuk sebab kerana menjemput Mahathir untuk forum Harapan Malaysia.


SUBANG: Ketua Wanita UMNO Gopeng,  Hamidah Osman berkata, beliau tidak gentar apabila ura-ura namanya dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat daripada parti itu.
Beliau berkata, jika benar dipecat, semangatnya untuk terus mendesak Najib Razak supaya berundur tidak akan luntur.
"Saya terima jika dipecat, namun semangat perjuangan saya tidak akan luntur kerana saya rasa Najib perlu undur," katanya sewaktu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas EXCO Perak itu mendedahkan beliau sebelum ini pernah menerima surat tunjuk sebab susulan penganjuran forum 'Harapan Malaysia' di Perak yang juga menjemput mantan  Mahathir Mohamad.
Hamidah turut merayu agar Najib tidak mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.
"Najib sebagai Presiden selalu berucap pengorban perlu didahulukan dan ketepikan kepentingan peribadi.
"Kali ini saya nak merayu pada Najib, ketepikan kepentingan peribadi dan berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri," katanya sambil menambah tindakan kurang bijak jika UMNO memecatnya.

KAH KAH KAH
woit
semua tepok tangan
sokong wanita gagah perkasa ini
semua wajib sokong
semua wajib sanjung
musuh yang melawan musuh kita
adalah kawan kita

KAWAN KiTA

-------------

UNDUR DAN TANGKAP NAJIb

Posted: 09 Sep 2015 12:14 AM PDT







Baju Merah 'undur Najib' sambut Mahathir



Ketibaan  Mahathir Mohamad dan isteri Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.
Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "undur Najib".






KAH KAH KAH
woit
perang sudah merebak
perang sudah masuk tahap baru
perang sudah meluas
mana tok heng
mana zul nordin
mana pukipm
mana pakida
mana jaringan melayu
mana tepong jati
ooopsss... beras jati
wira dunia ketiga dicabar
panglima awang dikangkang dayang
bila nak menyerang

BERiTA BAiK
------------

BERITA BURUK YANG BAIK

Posted: 08 Sep 2015 09:48 PM PDT








BERITA BURUK YANG BAIK


Najib Razak masih enggan berundur. Ini berita amat buruk untuk rakyat Malaysia.  Sabar dahulu. Berita buruk Najib Razak enggan berundur ini  juga adalah berita yang amat baik. Dalam ilmu falsafah pekara sademikian dipanggil 'kesatuan  yang bertelagah atau unity of the opposite'.

Dalam tulisan ini saya akan beri pencerahan untuk memahami bagaimana berita buruk ini boleh menjadi baik. Ini samalah saperti kita memahami bagaimana tahi lembu atau najis manusia boleh membantu manusia.

Bersih telah berjaya menghasut   500,000 rakyat Malaysia  turun ke jalan raya. Ini adalah  tanda undi TIDAK PERCAYA kepada Najib Razak.

Sesudah Bersih4 kita terus membaca pelbagai berita yang berkaitan dengannya. Semuanya memberi gambaran bahawa suami Rosmah Mansor yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak masih enggan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Suami Rosmah semakin dilihat degil. 

Kenyataan dan tindakan politik Najib  saban hari  menyakinkan saya  dan meyakinkan warga Malaysia  bahawa  suami Rosmah ini ingin terus berkuasa sampai hari kiamat. Suami Rosmah  mahu terus memimpin parti United Malays National Organisation ke dalam PRU14.

Buktinya - paling baru ialah kenyaatan Abdul Hamid Bador bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB). Bekas pegawai polis ini  membocorkan berita dimana dalam satu 'mesyuarat tergempar' si Rosmah Mansor turut hadir. Mesyuarat tergempar kerajaan  ini dipengerusikan oleh Najib  sendiri. Turut hadir ialah  Zahid Hamidi  dan pegawai tinggi kerajaan. 

Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan? Ini satu pertanyaan tapi  dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan  dalam ilmu falsafah - 'kesatuan yang bertelagah'.

Berita Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya TIDAK lagi memeranjatkan Malaysia. Malah berita  ini memperkuatkan lagi keyakinan  umum bahawa sabenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang 'berlakun' mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.

Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawagan Khas ini mensoheh  dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad. Mengikut  Mahathir  si Rosmah  ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir si Rosmah ini menggunakan khidmat  bomoh dari India dan   Jawa. 

Awas! Ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan Pak Cik warung. Mahathir ialah bekas Perdana Menteri Malaysia. 

Jadi persoalan timbul - apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji - bomoh Rosmah dari India? 

Semua berita-berita ini sekali pandang sebagai berita buruk. Tetapi hakikatnya semua berita ini  adalah berita baik. Semua  sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.

Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan  dan tuntutan agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai sudut. Beberapa bahagian parti United Malays National Organisation  telah meluluskan resolusi menuntut suami Rosmah berundur. Ini berlaku dalam mesyuarat tahunan parti. 

Tidak cukup dengan ini - suami Rosmah  yang juga presiden parti ini telah disaman oleh ahli parti sendiri. Saman-saman ini bersangkutan dengan kes duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Kes putar alam 'duit derma Tok Arab'  suami Rosmah ini bukan hanya ditimbulkan oleh parti pembangkang. Kes  rasuah suami Rosmah ini telah menjadi kes antarabangsa. 

Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa baru sahaja selesai. Malaysia dan SPRM telah menjadi tuan rumah. Dalam persidangan ini suami Rosmah  telah ditibai kiri dan kanan. Seorang demi seoarang delegasi antara bangsa telah bangun  bertanya tentang hal duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Add caption
Bayangkan - dalam satu persidangan dunia - seramai 1000++ delegasi antara bangsa - telah ketawa berdekah-dekah apabila seorang ahli Parlimen dari Kenya bertanyakan tentang duit 'derma' dari Tok Arab kepada suami Rosmah.   

Soalan dari Kenya ini satu gambaran yang amat  berat. Apabila kayu sudah condong bukan sahaja kura-kura datang memanjat malah Mat Bangla sudah berani bergayut terberak.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa semua ini kelihatan amat amat buruk untuk imej Malaysia. Tetapi disebalik keburukkan ini ada hikmahnya. Saperti membuat tapai kita memerlukan masa agar ragi dan pulut betul-betul masam sebelum nikmat tapai dapat dirasakan.

Masa dan waktu kedegilan suami Rosmah ini wajib dijadikan masa dan waktu untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa masanya telah sampai untuk menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan suami Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor dan Najib Razak kini telah menjadi ikon kebencian rakyat. Maka secara terancang, secara tersusun orang ramai, anak anak muda dan bakal pengundi boleh di hasut  dengan  menggunakan  nama Rosmah Mansor.

Pada tahun 1998/99 - saya pernah menulis dan menyebarkan pencerahan tentang bagaimana  dari segi strateji politik media  imej  Mahathir Muhamad wajib digambarkan sebagai sosok yang zalim. Kezaliman ini menjadi bahan hasutan kepada anak-anak muda untuk turun ke jalan raya. 

Gerakan Reformasi berjaya - Mahathir Muhamad dinobatkan sebagai Mahazalim. 

Sesudah Mahathir letak jawatan - strateji media juga beralih dari Mahathir yang zalim kepada Dolah Badawi yang bebal. Dolah digambarkan selalu tidur. Sering dulak dalik. Sering tak tahu kiri atau kanan. Sering terlupa. Malah saya mementaskan teater  Tok Sloo untuk menyebarkan hasutan. 

Akhirnya berjaya - Abdullah Ahmad Badawi dinobat sebagai Mat Bebal a.k.a Tok Sloo.

Tetapi apabila melihat kebelakang saya  sedar saya telah melakukan  kesilapan yang amat besar ketika itu. Kempen Mat Bebal a.k.a Tok Sloo ini berjalan cepat. Belum sempat ranum Dolah Badawi telah diturunkan dari tahtha. Dari segi strateji politik  berjangka panjang adalah amat molek jika Dolah Badawi   terus berkuasa agar ' tapai' betul-betul ranum untuk dilingkupkan. Sayang. Tetapi dari kesilapan ini kita wajib mengumpul pengalaman dan jadikan kesilapan sebagai ilmu pedoman.

Justeru, pada tahap ini  kempen menghasut orang ramai wajib menggunakan imej Rosmah Mansor. Ini sama saperti yang sedang dilakukan oleh Zunar dalam karikaturnya.

Imej Rosmah digunakan kerana umum  sedar bagaimana Najib kini telah 'dibomoh' dan ' dikontrol' oleh Rosmah. Budaya  bomoh  dan  budaya 'nasi kangkang' ini  wujud dalam pandangan  dunia alam Melayu. Justeru ianya menjadikan kerja propaganda politik senang dan ampoh.

Strateji politik berjangka panjang kita ialah agar suami Rosmah  ini terus berdegil saperti perangainya hari ini. Kita harapkan  Tok Bomoh yang ditaja oleh Rosmah akan sentiasa  membakar kemenyan dan Guru Ji dari India akan terus membawa api sembahyang  mengelilingi Putra Jaya. 

Kita sedar kedegilan suami Rosmah ini sedang  mengharu birukan United Malays National Organisation. Parti ini sedang dihantui oleh krisis. Dua kumpulan sedang mengumpul kekuatan. Satu berkumpul dibelakang Muhyiddin dan satu lagi sedang dipayungi oleh  Tok Bomoh Rosmah.

Ketika musuh kita huru hara berkrisis kita juga  wajib berkempen secara terbuka menuntut suami Rosmah ini meletakan jawatan.  Dari segi mengolah persetujuan politik  kita akan dilihat bebal  jika tidak menuntut suami Rosmah berundur.

Tuntutan Najib Undur ini  kita lakukan khusus untuk media dunia. Kita juga akan dlihat bebal oleh media antarabangsa  jika kita tidak bangun melawan dan menuntut suami Rosmah mengundur. Justeru Bersih4 adalah sebahagian dari taktik untuk mengolah persetujuan media dunia.

Setakat ini apa yang kita lakukan telah berjaya. CNN, BBC, NBC, RT - The Guardian, The Age, Sydney Morning Herald,  South China Morning Post, The New York Times, Boston Globe, Wall Street Journal, Jakarta Post, The Times of London.. dan dan dan.... Hampir seluruh  media dunia telah bersama memerangi suami Rosmah. Ini satu kejayaan.

Taktik ' mengolah persetujuan media barat' telah digunakan oleh anak-anak muda ketika menjatuhkan Marcos. Taktik yang sama  telah dijalankan ketika anak muda ke jalan raya  menjatuhkan  Suharto. Malah  Hosni Mubarak dari Mesir jatuh terlungkup melalui gerakan jalan raya yang sadur dengan laporan media barat.

Jangan merasa segan dan malu apabila menggunakan media barat. Kita secara sedar menggunakan media barat kerana media barat ini memperngaruhi suasana pelaburan.

Kita sedar tugas utama media barat saperti New York Time, The Economist, Wall Street Journal  bukan untuk memperkukuh demokrasi, hak asasi atau keadilan.  Media barat juga sama hampeh macam Utusan. Kalau Utusan menjaga kepentingan United Malays National Organisation - media barat menjaga kepentinagn kaum pemodal antarabangsa.

Dalam kes suami Rosmah kita bertemu dan bekerjasama. Ini yang saya katakan ' kesatuan yang bercanggah'. Kali ini kepentingan kita   yang mahu menjatuhkan  rejim United Malaya Nayional Organisation  selari dengan kepentingan kaum pemodal antarabangsa. 

Jangan anggap Hishamuddin Rais tidak kenal siapa dibelakang CNN, atau BBC atau New York Times atau Wall Street Journal. Tetapi pada ketika ini kepentingan kita bertemu dilorong yang sama. Maka saya ucapkan ah lan wa sahlan. Lagi banyak laporan mengutuk Malaysia atau suami Rosmah lagi baik untuk  warga Malaysia.

Rabu ini Majlis Tertinggi United Malays National Organisation akan bersidang. Sama ada Muhyiddin dibuang atau tidak kini mejadi bualan politik. Muhyiddin diterajang pun baik untuk kita. Muhyiddin tidak diterajang pun baik untuk kita. 

Apa yang saya tidak mahu ialah tapai belum ranum dan suami Rosmah kena terajang. Jika ini berlaku bermakna Tok Bomoh dari India dan Jawa telah lembik.Ini soheh berita buruk. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------

SILA CARI BEG

Posted: 08 Sep 2015 09:09 PM PDT





CiTTT

TERE MARE



1,000 ahli Umno Sri Gading dijangka sertai himpunan baju merahShakira Buang | 8:00AM Sep 9
Penyertaan ahli Umno dari bahagian tersebut adalah atas kapasiti mereka sendiri.


KAH KAH KAH
woit
seribu aje
ini baru tim bawa air bersih4
seribu saje
ini baru tim
kutip samph bersih4
kah kah kah
tergolek dog gwa ketawa
kah kah kah
mana cukup nak lawan
lima ratus ribu
kah kah kah
cuba lagi beeeeb
kerja keras lagi
masih ada masa
cari beg minta beg
kah kah kah

WATER FACE



-------------

MAT SOTONG

Posted: 08 Sep 2015 08:35 PM PDT









iNI 

PERMiNTAAN

AZMiN ALI




INi

JAWAPAN

HADi AWANG

Hadi: Pas cukup kuat, tak perlu parti lain

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN).


iNI 

PADANGAN 

TUKAR TiUB

KAH KAH KAH


-------------

HASUT DAN LAWAN DI JOHOR

Posted: 08 Sep 2015 08:12 PM PDT








KOTA TiNGGI

SABTU iNI











--------------

Tiada ulasan: