Khamis, 17 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi

Posted: 17 Sep 2015 08:37 AM PDT

 
Dalam al-Quran adan menyebut sesiapa yang mengagungkan bangsa adalah Yahudi.


Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600


PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.

Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.

"Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.

"Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.

Katanya, perbuatan itu seperti mahu merendah-rendahkan martabat Islam di hadapan penganut agama lain.

"Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Annuar menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan Islam yang kononnya pro-perkauman," katanya.

Himpunan Baju Merah 2.0 jika ada Bersih 5.0

Posted: 17 Sep 2015 08:29 AM PDT

 
Penganjur sedia mengadakan Himpunan Baju Merah 2.0 pada hari dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0.


Jamal-Yunos_talk_600


KUALA LUMPUR: Dengan kehadiran 300,000 peserta, penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah mengancam untuk terus mengadakan himpunan itu jika Bersih 5.0 diadakan.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, berkata pihaknya tidak gentar untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0

"Kalau Bersih nak buat lagi, kita akan turun pada tarikh yang sama. Jangan cabar kami, kerana semalam (16 Sept) kami sudah buktikan," ujarnya.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi, Himpunan Baju Merah semalam telah membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi mendapat sokongan jitu daripada rakyat.

"Anggaran 300,000 peserta itu berjaya dicapai dan masih ramai lagi yang tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Semalam juga seramai satu juta orang telah pakai baju merah.

"Inilah suara rakyat yang masih menyokong Najib serta barisan kepimpinan yang dilantik beliau," ujarnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Khamis.

Bagaimannapun apabila diminta statistik kehadiran peserta ke himpunan itu, Jamal tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat statistik kehadiran 300,000 peserta itu.

Pada masa sama, Jamal juga menegaskan bahawa segala kritikan dan laporan berita mengenai kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu wang derma RM2.6 bilion hanyalah fitnah semata-mata yang ditimbulkan pembangkang.

Azmin: Umno hanya mampu laung slogan rasis?

Posted: 17 Sep 2015 08:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata beliau berasa sangat malu dan meluat dengan perhimpunan kumpulan baju merah di Kuala Lumpur semalam.

Beliau juga kecewa kerana Umno hanya mampu menganjurkan perhimpunan seperti itu untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada kata-kata yang dapat menyatakan rasa malu dan meluat yang saya rasakan apabila melihat orang Melayu berbaju merah – lelaki dan wanita – melaungkan slogan rasis dan pernyataan hina serta kebencian.

"Adakah ini idea Umno yang paling baik untuk mengembalikan maruah orang Melayu?

"Membangkitkan sentimen anti-Cina, anti-DAP dan melakukan tindakan provokasi seperti berarak ke (Plaza) Low Yat dan Petaling Street?," katanya timbalan presiden PKR.

Sementara itu, naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar pula berkata, tindakan kumpulan baju merah itu hanya merosakkan lagi maruah Melayu dan bukan satu usaha mempertahankan nilai itu.

Laungan-laungan kasar berbentuk maki hamun jelas kedengaran di perhimpunan ini dengan pelbagai panggilan yang penuh dengan sentimen perkauman.

"Pastinya ini bukan Perhimpunan Pertahankan Maruah Melayu. (Sebaliknya), ini himpunan menjual Maruah Melayu. Apakah yang mereka perjuangkan?," kata Nurul Izzah dalam kenyataannya.

Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua

Posted: 17 Sep 2015 08:06 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.- Bernama


Menteri: Bil bersih sampah demo 'Baju Merah' RM38k

Posted: 17 Sep 2015 08:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bil permbesihan sampah bagi Himpunan Rakyat Bersatu semalam berjumlah RM38,000.

Dalam Twitternya, pengarah komunikasi strategik BN itu berkata beliau mendapat pengesahan jumlah itu daripada Alam Flora.

"Bil pembersihan bagi himpunan baju merah berjumlah RM38k. Bil itu akan dihantar kepada penganjur demo baju merah," katanya.

Perhimpunan semalam berlangsung selama lapan jam berbanding 34 jam bagi perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos.

 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan bil pembersihan sampa berjumlah RM65,000.

Bil itu diserahkan kepada BERSIH 2.0 pada 7 September lalu.

Sebelum itu, Abdul Rahman berkata bil pembersihan sampah akan dihantar kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

Katanya, beliau baru sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora supaya memaklumkan kepada mengenai jumlah kos pembersihan tersebut.

"Mereka sedang menentukan jumlahnya. Bil itu akan diserahkan kepada penganjur demonstrasi," kata Abdul Rahman dalam Twitternya hari ini.

Sampah sarap dibuang di kawasan Padang Merbok dan Jalan Parlimen selepas perhimpunan itu semalam.

Petugas DBKL terlibat dalam pembersihan itu berseloroh bahawa sebanyak tiga tan sampah di Padang Merbok sahaja.

Sebelum ini, Abdul Rahman yang juga MP Kota Belud mengarahkan DBKL mengenakan bil pembersihan sebanyak RM65,000 keapda penganjur BERSIH.

Dalam Twitternya lagi, beliau mengekui terdapat sampah di Padang Merbok tetapi tidak berbau hancing seperti perhimpunan BERSIH.

Wartawan kecam gangguan semasa himpunan 'Baju Merah'

Posted: 17 Sep 2015 07:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perikatan longgar wartawan dan pengamal media Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam insiden gangguan terhadap petugas media yang membuat liputan Himpunan Rakyat Bersatu semalam.

Dalam kenyataan kumpulan itu petang ini, sekurang-kurangnya lima petugas media dihina dengan kata-kata berbaur perkauman serta diganggu oleh peserta himpunan 'baju merah' itu.

GERAMM berkata seorang wartawan dan jurukamera dari saluran berbahasa Cina Astro AEC diejek oleh sekumpulan peserta apabia mereka bertanya kepada seorang peserta himpunan untuk menjelaskan, "Apa contoh Melayu dihina?".

"Mereka kemudiannya diiringi oleh pihak polis agar menjauh dari tempat kejadian," kata GERAMM.

Kumpulan itu juga berkata dua wartawan wanita The Star turut diganggu dan digelar "keling bangsat" dan "bangsat Cina" semasa membuat liputan pertembungan antara peserta perhimpunan dan polis di Jalan Petaling.

"Seorang wartawan wanita dari Malaysiakini telah digelar "Cina gila babi" setelah dia cuba bertanyakan soalan kepada peserta perhimpunan yang berkumpul di Petaling Street

"Peserta perhimpunan juga dilaporkan telah mengugut petugas media semasa pertembungan dengan pihak polis, menggunakan kata-kata kesat, ungkapan seksis, ugutan serta hinaan berbaur perkauman," kata kumpulan itu.

GERAMM juga berkata terdapat juga laporan yang tidak disahkan bahawa seorang jurugambar berbangsa Cina telah ditendang oleh peserta perhimpunan.

"GERAMM ingin menegaskan bahawa serangan terhadap media adalah satu bentuk tindakan yang tidak dapat diterima, terutama dalam kes-kes seumpama ini di mana serangan adalah semata-mata berdasarkan kaum, agama atau jantina seseorang," katanya.

Kumpulan itu juga menegas petugas media sepatutnya dibenarkan menjalakan tugas dan tindakan menghalang tugas meraka seumpama menghalang tukang kasut dari membaiki kasut atau bomba dari memadamkan api.

GERAMM turut mengucapkan terima kasih kami kepada polis yang bertugas secara profesional sepanjang perhimpunan semalam, yang dianggarkan dihadiri sebanyak 50,000 orang.


Selepas himpunan polis jadi tempat mengadu

Posted: 17 Sep 2015 07:56 AM PDT

Anne Muhammad


 


Sehari selepas Himpunan Rakyat Bersatu berakhir semalam, balai polis pula menjadi tumpuan pihak yang terasa dengan apa yang berlaku semalam.

Di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng muncul membuat laporan kerana mendakwa acara digelar "himpunan baju merah" itu bersifat perkauman.

"Kami meminta polis menyiasat pelbagai kenyataan dan kata-kata provokasi terhadap kaum dan agama lain yang dilakukan oleh peserta himpunan baju merah," katanya kepada pemberita diluar balai polis itu.

Beliau turut mendesak agar pihak polis menangkap peserta perhimpunan yang mencederakan anggota polis dengan objek keras.

Lim yang mendapat pendidikan undang-undang itu berkata peserta perhimpunan semalam juga menggelar anggota polis yang bertugas sebagai "barua Cina".

"Saya turut meminta polis menyiasat plakad fitnah yang dibuat oleh sesetengah peserta himpunan itu yang mengaitkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan insiden 13 Mei," katanya.

Tiada kena mengena

Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan, Dic Lai Chun Chian pula membuat laporan mengenai peserta perhimpunan yang membawa plakad mendesak kerajaan memasuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Kata Lai, plakad seumpama itu sepatutnya tidak dibawa dalam perhimpunan tersebut.

"Ia tidak sepatutnya dijadikan satu bahan sewaktu pengajur kata perhimpunan aman itu berlaku," katanya.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada jam antara 1.30 sehingga 2 petang ini.

Semalam pemimpin Pemuda MCA turut mengemukakan aduan kepada polis atas tindakan peserta perhimpunan yang didakwa mereka menghasut.

Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata peserta perhimpunan itu membawa sepanduk memaparkan kata-kata meminta SJKC dihapuskan.

Himpunan Maruah Rakyat dianjurkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan sebagai tindak balas terhadap BERSIH 4 yang didakwa mereka menghina pimpinan negara.

Antara insiden yang menaikkan kemarahan mereka ialah tindakan beberapa peserta BERSIH 4 memijak gambar - diubah suai - memaparkan Datuk Seri Najib Razak berpelukan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata Wong perhimpunan berkenaan tidak ada kena mengena dengan isu SJKC.

Mereka ingkar arahan

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Majlis Jalinan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah juga tidak mahu ketinggalan.

Beliau yang memang terkenal dengan kekerapan membuat laporan polis, hari ini sekali lagi bertindak sama.
Sasaran Abdul Rani ialah kumpulan Otai Reformasi yang didakwanya mencetuskan provokasi melalui satu rakaman video.

Katanya rakaman tersebut menggesa peserta perhimpunan baju merah tidak melalui Jalan Petaling atau akan berdepan dengan Otai Reformis.

Abdul Rani tidak menolak kekecohan yang berlaku di Petaling Street semalam ada kena mengena dengan kenyataan yang dikeluarkan Otai Reformis.

"Saya tidak nampak ada provokasi apa-apa dalam perhimpunan semalam.

"Kemungkinan kekecohan semalam ada kaitan dengan video yang dikeluarkan oleh Otai Reformis. MJMM minta polis siasat mereka ini," katanya.

Ditanya mengenai segelintir peserta perhimpunan yang membawa plakad berbaur perkauman Abdul Rani berkata, mereka yang terbabit mengingkari arahan.

"Kita sudah minta jangan bawa, saya minta polis siasat yang bawa plakad itu," katanya.


Jamal: Peniaga Cina, Melayu berkongsi di Jln Petaling

Posted: 17 Sep 2015 07:43 AM PDT

Radzi Razak 





Peniaga Melayu sepatutnya dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling supaya tempat itu tidak akan dilihat sebagai 'perkauman', kata Ketua Umno bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos.

Beliau berkata, selepas pergelutan antara peserta baju merah dan polis semalam di luar tempat membeli-belah ikonik, tiba masa untuk orang Cina "berkongsi" apa yang adalah mereka miliki.

"(Pada) 10 tahun dulu, saya ada cuba memohon berniaga di Jalan Petaling tapi tak diberi tempat.

"Jadi eloknya pihak berkuasa dan (Dewan) bandaraya (Kuala Lumpur) tidak rasis. Ini yang dikatakan rasis sebab semuanya peniaga Cina. Apa salahnya tambah peniaga Melayu.

"Kita kata kita nak berkongsi. (Tapi) hak mereka tak nak kongsi. Hak kita saja (yang) kongsi," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Jamal: Otai Reformis punca kekecohan

Posted: 17 Sep 2015 07:38 AM PDT

Jamal: Otai Reformis punca kekecohan
Keadaan kecoh di Jalan Petaling, semalam. - Foto Sinar Harian


KUALA LUMPUR – Kekecohan di Jalan Petaling ketika Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung semalam, didakwa dirancang dengan sengaja bagi mencemarkan himpunan yang berlangsung secara aman itu.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau tidak menolak kemungkinan insiden tersebut berpunca daripada provokasi  yang dilakukan oleh Otai Reformis.

"Sebahagian kecil daripada mereka yang berada di Jalan Petaling ini sebenarnya 'terasa' oleh provokasi oleh Otai Reformis. Kita dapati ada risalah-risalah diedarkan kepada peserta himpunan yang seolah-olah mencabar mereka.

"Jadi saya harap polis ambil tindakan terhadap Otai Reformis jika benar provokasi ini dilakukan oleh mereka. Jangan salahkan peserta saja, tetapi polis kena cari punca mereka rempuh Jalan Petaling," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua ditahan rempuhan di Jalan Petaling]

Menurut Jamal, beliau tidak mengenali peserta di dalam insiden kekecohan tersebut dan yakin mereka bukan daripada 250 NGO yang terlibat dalam Himpunan  Rakyat Bersatu atau 'baju merah'.

"Saya tidak sokong apa yang dilakukan mereka sebab ini perhimpunan aman. Tetapi mereka ada memberitahu saya semalam, mereka bukan nak merusuh dengan peniaga Cina di Jalan Petaling.

"Sebaliknya mereka mahu cari Otai Reformis.Itu satu kemungkinan, saya pun tidak pasti. Mungkin mereka (Otai Reformis), mungkin juga ada udang di sebalik batu," katanya.

Selain itu, katanya, tujuan peserta yang berkumpul di Jalan Petaling itu juga kerana mahu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perniagaan haram yang dijalankan di situ.

"Peniaga di situ menjual barang tiruan serta cakera padat lucah dan cetak rompak selama bertahun-tahun. Malah, terdapat juga peniaga yang terdiri daripada warga asing.

"Disebabkan itu, saya telah berjanji dengan mereka untuk meminta Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan agensi berkaitan ambil tindakan  tegas. Kita tidak mahu Jalan Petaling yang menjalankan perniagaan tidak bersih ini dijadikan tempat pelancongan," katanya.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh peserta terbabit bahawa mereka akan mengadakan satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap peniaga di situ.

"Cuma bila itu saya tidak tahu," katanya. Dalam pada itu, Jamal turut mencadangkan agar kawasan perniagaan di Jalan Petaling turut dibuka kepada kaum lain.

"Selama ini Jalan Petaling dikuasai kaum Cina, sebab itu kawasan itu dikatakan rasis. Apa salahnya ditambah tapak perniagaan untuk orang Melayu, India, Sabah, Sarawak dan pelbagai negeri.

"Kalau boleh biarlah Jalan Petaling ini menjadi satu petunjuk bahawa kita boleh saling berkongsi. Jangan dimonopoli satu kaum saja," katanya.


Merah atau kuning, jangan sampai terlampau

Posted: 17 Sep 2015 07:29 AM PDT

himpunan


SHAH ALAM – Mana-mana kumpulan baik daripada warna merah mahupun kuning boleh bangkit memperjuangkan apa yang mereka mahukan namun jangan sampai melebihi batas terutama sekali undang-undang.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, kedua-duanya perlu mengelak daripada memainkan isu-isu sensitif termasuk memijak gambar pemimpin.

"Apa yang diperjuangkan golongan baju merah ini untuk menegaskan lagi betapa peri pentingnya untuk kita berpegang kepada isu-isu kemelayuan, ketuanan dan sebagainya. Yang memperjuangkan hak-hak Islam, Melayu pergi ke baju merah manakala yang memperjuangkan perkara lain, pergi ke baju kuning.

"Saya kira apa yang perlu dilakukan kedua-dua kumpulan ini adalah supaya mereka tidak melebihi batas dan lunas-lunas undang-undang. Contohnya, isu-isu sensitif jangan dimainkan, jangan ada aktiviti memijak gambar-gambar pemimpin dan kurangkan intonasi yang bersifat sensitif.

[ARTIKEL BERKAITAN: Baju Merah: Bukan perhimpunan Umno]

"Fokuskan lebih kepada membina kekuatan negara, membina persahabatan dan sebagainya. Saya rasa itu akan lebih bermanfaat pada masa depan. Jika aktiviti seperti ini berlaku lebih kerap lagi, ia mungkin boleh membawa kepada satu situasi yang disebut tadi (tentang jurang antara kaum)," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal matlamat yang diperjuangkan himpunan 'baju merah' yang berlangsung semalam di ibu kota.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa himpunan 'baju merah' dan Bersih 4.0 tidak dapat dinafikan mendapat bantuan serta sokongan parti-parti politik namun ia tidak menjadi masalah selagi ia tidak melanggar undang-undang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Biar rakyat jadi hakim tiga himpunan]

"Secara faktanya, kedua-dua kumpulan ini memang mendapat bantuan dan sokongan daripada parti-parti politik. Ini adalah satu fakta yang kita tak boleh ketepikan, tak boleh nafikan. Jika kita lihat yang memperjuangkan baju kuning ini NGO-NGO yang lebih cenderung kepada pembangkang.

"Malah pemimpin-pemimpin pembangkang juga ada bersama mereka. pada masa sama, yang baju merah juga mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak yang dilihat pro kerajaan. Saya rasa itu tidak menjadi masalah selagi mana semua perkara itu dijalankan dalam batas undang-undang," katanya.

Tambahnya, "yang penting, pada akhirnya, kedua-dua golongan ini bertujuan untuk membina negara yang lebih berjaya dan bersatu."


Raja Bomoh bantu kurangkan jerebu?

Posted: 17 Sep 2015 07:27 AM PDT

Raja Bomoh bantu kurangkan jerebu?
Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.


RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.

Menurut laporan SuaraTV, Raja Bomoh berkenaan menggunakan teropong buluh dan meletakkan sebongkah ais di dalam kuali dan meminta jerebu 'membebaskan Malaysia'.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu," katanya Ibrahim.

Beliau turut membacakan doa supaya jerebu hilang secepat mungkin.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengklasifikasikan perbuatan Raja Bomoh berkenaan sebagai haram.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.

Amalan raja bomoh Ibrahim Mat Zain haram

Posted: 17 Sep 2015 07:25 AM PDT

raja bomoh
Ibrahim ketika di KLIA melakukan ritual pencarian MH370 yang hilang.


IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan mengambil tindakan terhadap raja bomoh, Ibrahim Mat Zin setelah pewartaan haram berkaitan amalan songsangnya dibuat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, perkara itu ditegaskan berikutan pewartaan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Perak.

"Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bermesyuarat kelmarin telah memutuskan bahawa ajaran bomoh terbabit haram dan terpesong daripada ajaran Islam.

 "Di pihak Jaipk, kami hanya tunggu pewartaan tersebut dibuat sebelum sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap beliau," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, setakat ini hanya Ibrahim sahaja yang dikesan mengamal dan menyebarkan ajaran songsang di Perak.

Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam mesyuaratnya dilaporkan telah memutuskan bakal mewartakan amalan yang dibawa Ibrahim sebagai sesat dan haram.

Dalam kenyataan sama, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.

INFO

Perlakuan pelik Ibrahim Mat Zin

12 Mac 2014 - Upacara mencari pesawat MH370 di KLIA menggunakan bubu, kelapa, teropong buluh dan beberapa peralatan lain.

16 Mac 2014 - Upacara sama dilakukan di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Perak.

29 Mac 2014- Upacara sama dan dilakukan di Pulau Sembilan, Perak.

19 April 2014 - Upacara ritual di kawasan kemalangan bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

14 Februari 2015 - Upacara di luar Penjara Sungai Buloh selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.


Dana PSMB: 4 pengarah disiasat SPRM

Posted: 16 Sep 2015 05:26 PM PDT

SPRM
SPRM


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendakwa empat pengarah syarikat termasuk seorang wanita yang dipercayai membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan dana pembangunan sumber manusia.

Daripada empat pengarah itu, yang berusia antara 34 dan 47 tahun, dua orang merupakan pasangan suami isteri.

SPRM menyiasat pengarah-pengarah terbabit sejak akhir tahun lalu kerana mengemukakan dokumen-dokumen untuk menuntut dana daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad sedangkan latihan yang dimaksudkan tidak dikendalikan.

Ketika dihubungi, Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Gani mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan mengenai dakwaan mengemukakan tuntukan palsu untuk mendapatkan dana daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

"SPRM ada menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

"SPRM telah siap menjalankan siasatan dan akan mendakwa mereka yang terlibat," kata beliau.

Difahamkan ketiga-tiga syarikat terbabit mengemukakan dokumen palsu untuk mengelirukan pegawai-pegawai Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi tujuan memperoleh dana agensi tersebut.

Di bawah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, majikan yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad boleh memperoleh dana daripada agensi tersebut.


3 polis cedera, dibawa ke hospital

Posted: 16 Sep 2015 05:20 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


 


Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.

Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan.

Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.

"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.

"Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan.

"Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.

Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka "barua Cina".

Lautan manusia berbaju merah hadir dalam perhimpunan hari ini, yang dilihat menyatakan sokongan kepada pentadbiran perdana menteri selain menyatakan bantahan kepada BERSIH 4 sebelum ini.

Polis hanya memberikan kebenaran berhimpun di Padang Merbok sahaja.

Kejadian di Jalan Petaling berlaku ketika kumpulan di Padang Merbok sedang bersurai.


Haram atau halal himpunan baju merah, bakar patung pemimpin DAP?

Posted: 16 Sep 2015 05:17 PM PDT

early_mass_red_shirt_rally_Kuala_lumpur_120915

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat DAP memohon penjelasan Mufti Kelantan sama ada perhimpunan baju merah yang dijadualkan di ibu kota hari ini dan pembakaran patung pemimpin DAP di Kelantan baru-baru ini, adalah perbuatan haram atau halal.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mahu mendapatkan penjelaskan tersebut berikutan kenyataan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu Datuk Shukri Mohamed selaku mufti Kelantan menjelaskan sama ada haram atau halal perhimpunan baju merah yang dijadualkan hari ini.

Katanya, akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia telah memetik mufti tersebut sebagai berkata bahawa "Islam mengajar umatnya mentaati undang-undang dan pemerintah, bukan melakukan provokasi dan mewujudkan suasana tidak aman kepada masyarakat sebagai tanda proses," dalam laporan muka depannya mengenai status "haram" perhimpunan Bersih 4.

"Dalam semangat yang sama, saya sebagai orang yang kurang memahami Islam turut ingin bertanya kepada sahibus-samahah Datuk Mufti Kelantan tentang hukum membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti yang dilakukan oleh segerombolan UMNO Kelantan tempoh hari.

"Adakah perbuatan membakar patung sedemikian dilarang oleh Islam atau sebaliknya dibolehkan oleh syarak? Adakah sebarang dalil yang menghalal atau mengharamkan perbuatan biadab sedemikian?" soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lip Eng juga mencadangkan agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengumumkan ganjaran kepada orang ramai yang tampil memberi maklumat tentang insiden bakar patung pemimpin-pemimpin DAP tersebut, sepertimana beliau telah bergegas mengambil tindakan terhadap mereka yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika perhimpunan Bersih 4.

Menurutnya, jika kedua-dua Mufti Kelantan dan Ketua Polis Negara enggan mengambil langkah-langkah tersebut, rakyat akan menyangka bahawa kedua-dua mereka mempunyai agenda peribadi kerana hanya mensasarkan peserta-peserta perhimpunan aman Bersih 4.

"Saya kira mereka berdua sebagai penjawat awam tanpa terikat dengan politik dapat memastikan bahawa tindakan dan kenyataan dibuat secara adil dan saksama, tanpa mengira kepentingan politik mana-mana pihak," katanya. – Roketkini.com


Teh Herba Buatan Tukang Kebun Tarik Perhatian Ramai

Posted: 16 Sep 2015 05:15 PM PDT

Oleh: R S N MURALI
 
 
Ramai berkunjung ke rumah Anwar untuk merasai minuman teh herba yang dikatakan boleh menyembuhkan 15 jenis penyakit.
 
 
MELAKA: Beratus-ratus orang tertarik untuk mengunjungi rumah seorang tukang kebun di Kampung Pengkalan Batu di sini untuk meminum teh herba yang dibuatnya, dikatakan dapat menyembuhkan 15 jenis penyakit.

Banyak kereta diletakkan di sepanjang selekoh jalan yang menghala ke Jalan Solok Kedai, sehinggakan tukang kebun, Anwar Ibrahim mengubah perkarangan rumahnya menjadi sebuah gerai teh.

Lelaki berusia 59 tahun itu berkata, dia menanam pokok jenis 'Allamanda genus' untuk memperindahkan kawasan sekolah di tempat dia bekerja. Tumbuhan itu disediakan oleh kerajaan.

"Penyelia saya memberitahu bahawa tumbuhan ini adalah herba dan saya mengujinya dengan menyapukan daun tumbuhan ini pada bahagian yang cedera akibat terjatuh. Yang mengejutkan saya ialah kecederaan yang dialami itu sembuh dalam masa beberapa hari," katanya di sini, Ahad.

"Saya kemudiannya memasak dan minum ekstrak tumbuhan itu selama sebulan untuk melihat sekiranya ia dapat membantu mengawal tekanan darah saya.

"Saya terkejut apabila mendapati bacaan tekanan darah saya menurun dan doktor mengesahkan saya kembali sihat," katanya.

Anwar berkata, dia kemudiannya meminta jiran-jirannya yang mempunyai pelbagai penyakit supaya meminum enam gelas teh itu setiap hari selama sebulan.

"Ajaibnya, mereka sembuh," dakwanya.

Anwar sedang membancuh teh herba.
 
Kira-kira 200 orang yang datang ke rumahnya setiap hari untuk meminum enam gelas teh secara percuma. Teh berkenaan digelarkan mereka sebagai 'teh kuasa'.

"Keluarga saya sekarang membantu saya masak dan menyediakannya," katanya sambil menambah sebahagian yang meminum bahan ramuannya akan memberikan tip antara RM1 dan RM5.

Anwar berkata, dia tidak mengetahui nama saintifik tumbuhan itu, sambil menambah bahawa pegawai-pegawai dari sebuah universiti di Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan ada menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teh berkenaan.

Pakar Hortikultur, Gary Gan berkata, Allamanda genus merupakan tumbuhan tropika yang mempunyai pelbagai khasiat selain mengurangkan tahap kolestrol.

"Bagaimanapun, menyembuhkan pesakit strok merupakan sesuatu yang baharu," katanya, sambil menambah bahawa perkara tersebut memerlukan penyelidikan lanjut.

Allamanda merupakan genus tumbuhan berbunga dari Amerika, yang lebih dikenali kerana saiz dan warnanya, biasanya kuning.

Ia digunakan sebagai perubatan tradisional, dengan beberapa spesis yang dijadikan untuk merawat tumor hati, penyakit kuning dan malaria.

Anwar menuangkan teh kepada pelanggannya.
 
Analisis makmal turut menunjukkan spesis tertentu boleh bertindak balas terhadap sel kanser.

Ahli perniagaan, Rosli Harian, 51, mendawa dia kini boleh berjalan selepas meminum teh berkenaan.

"Saya mempunyai masalah untuk bergerak selepas menghidap strok. Isteri saya kemudiannya membawa saya ke rumah Anwar pada minggu lepas dan saya sekarang boleh berjalan semula," katanya.

Seorang pemilik stesen minyak, Mohd Jefri Abdul Razak berkata, paras gula dalam darahnya menurun sejak meminum teh itu.

CORETAN MELAYU SEMPENA HARI MALAYSIA

Posted: 16 Sep 2015 05:11 PM PDT

shahbudindotcom



(Tulisan tanpa nama ini dikirimkan oleh seseorang kepada saya, tetapi ada bahagian tertentu yang saya tambah dan ada juga yang dirasakan tidak sesuai, saya padamkannya. Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini dan di ketika yang sama ada pula di kalangan kita mahu berpesta Melayu dengan baju merahnya, tulisan ini mungkin baik untuk renungan kita bersama)


Yang Dipertuan Agong Melayu...
Raja-Raja  Melayu...
Gabenor-Gabenor Melayu...
Gabenor Bank Negara Melayu...

Perdana Menteri Melayu...
Menteri Kewangan Melayu...
Menteri Pendidikan Melayu...
Menteri Pertahanan Melayu...
Menteri Dalam Negeri Melayu...
Menteri Komunikasi dan Multimedia Melayu...
Menteri Belia dan Sukan Melayu...
Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Melayu...
Menteri Kemajuan Luar Bandar Melayu...
Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya seorang bukan Melayu... 
Bak kata mudah...Menteri dan Timbalan Menteri majoritinya adalah  Melayu...

Ketua Hakim Negara Melayu...
Peguam Negara Melayu...
Ahli-Ahli Parlimen majoriti Melayu...
ADUN-ADUN majoriti Melayu...

Kabinet kerajaan Persekutuan 95% Melayu...
Exco-Exco Kerajaan Negeri juga  95% Melayu...
Ketua Polis Di Raja Malaysia Melayu...
Panglima Angkatan Tentera Melayu...
Ketua agensi-agensi kerajaan Melayu...
Ketua-ketua jabatan Melayu...
Pegawai-pegawai daerah Melayu...
Ulama dan mufti 100% Melayu...
Penghulu-penghulu 95% Melayu...
Ketua-ketua kampung 90% Melayu...
Pengerusi dan ahli JKKK 95% Melayu...
Profesor 90% Melayu...
Guru Besar 95% Melayu...
Guru kecil  90% Melayu...
Ustaz-ustaz 99% Melayu..
Ustazah-ustazah pun 99% Melayu...
Hampir 65 peratus penduduk Malaysia Melayu...
Agama rasmi persekutuan Islam dan majoriti penganutnya adalah Melayu...
Melayu...ohh Melayu...

Yang bagi  Singapura kepada Lee Kuan Yew adalah Melayu...
Serah Pulau Batu Putih kepada Singapura Melayu...
Serahkn tanah KTM dari Bukit  Cagar mengunjur ke Woodland Melayu...
Serahkan tanah tinggi Genting kepada Cina pemimpin Melayu...
Tanah rezab Melayu daripada 3 juta ekar kini tinggal 1.5 juta ekar angkara pemimpin Melayu...
Jual air Johor murah kepada Singapura pemimpin Melayu...
Saham-saham Melayu daripada 52 bilion kini hanya tinggal 2 bilion  perbuatan pemimpin Melayu...
Melayu tipu Melayu...

Anwar Ibrahim Melayu...
Azizan Abu Bakar Melayu...
Saiful Bukhari Melayu...
Yang aibkan Melayu adalah juga Melayu...
Yang sibuk hal peribadi mereka 1Malaysia Melayu...
Yang bela Saiful peguamnya Melayu...

Yang tak dapat fikir perkara betul, Melayu...
Yang fikir sentiasa betul walau salah, Melayu...
Yang buat hutang negara mencanak lebih 700 bilion pemimpin Melayu...
Yang tak bayar royalti minyak kepada Kelantan pemimpin Melayu...
Walhal majoriti rakyat Kelantan Melayu...
Yang teraniaya Melayu...
Yang menganiaya pun Melayu...
Yang suka Melayu naif otaknya Melayu...

UMNO dulu, kini dan selamanya parti Melayu...
PAS parti Islam didokong oleh majoriti Melayu...
BN 13 gabungan parti hanya  UMNO yang Melayu...
PR sekadar tiga parti parti, tapi semuanya ada Melayu...
Parti Amanah baru nak tubuh menambah lagi parti Melayu...

Malaysia adalah  tanah Melayu...
Melayu nomad di tanah Melayu...
Melayu terpinggi di bumi Melayu...

Melayu makin layu...tapi Cina juga yang dipersalahkan oleh Melayu..

Melayu...Melayu...


Himpun 16: Bung Dikritik Muat Naik Gambar Salah Di Twitter

Posted: 16 Sep 2015 05:10 PM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Paparan skrin Twitter milik Bung Moktar.
 
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dikritik selepas memuat naik gambar yang salah menerusi akaun Twitternya.

Gambar tersebut didakwa diambil semasa Himpun 16 yang sedang berlangsung pada Rabu.

Namun, gambar tersebut sebenarnya dari perhimpunan yang berbeza.

Ia adalah gambar asal perhimpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka.

"Himpunan Rakyat Bersatu dah bergema..Ribuan Rakyat  dan Berhimpun..Seakan akan menjadi Lautan Merah," tulis Bung di Twitternya.

Najib Mahu Polis Ambil Tindakan Pantas Kes Bunuh Kevin Morais

Posted: 16 Sep 2015 05:01 PM PDT

MSTAR ONLINE


Najib Tun Razak.
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis mengambil tindakan pantas dan menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

"Saya mengutuk keras pembunuhan dahysat DPP Kevin Morais. Takziah kepada keluarganya. @PDRMsia mesti mengambil tindakan cepat  and  menyiasat kes ini," katanya dalam akaun Twitternya pada Rabu.

Mayat Kevin Morais ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi Rabu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. - BERNAMA

Jamal Dakwa Pembangkang Cetus Kekecohan

Posted: 16 Sep 2015 05:00 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Kekecohan yang berlaku membabitkan peserta perhimpunan baju merah di sekitar ibu negara, Rabu.
 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa insiden kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling dan Bukit Bintang dicetuskan pihak pembangkang.

"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok di sini, Rabu.

Beliau yang sudah menjangkakan insiden seumpama itu akan berlaku pada perhimpunan itu telah memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada polis.

"Saya percaya pihak polis dapat tangani perkara ini secara baik dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka yang lain supaya jangan melanggar undang-undang.

"Kalau langgar undang-undang, kita minta pihak polis gunakan akta yang ada untuk menghukum mereka," katanya.

Dilaporkan, sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka, manakala di Bukit Bintang pula kumpulan sama dikatakan merempuh sekatan selepas dihalang memasuki kawasan berkenaan.

Jamal turut menafikan peserta di kalangan NGO pimpinannya terlibat dalam kekecohan di Jalan Petaling dan Bukit Bintang di sini.

"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.

Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan laluan ke Jalan Petaling untuk berarak ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street bukan daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).

"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.

"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya.

Bekas SU Agung Parti Liberal Demokratik Sabah sertai KEADILAN

Posted: 16 Sep 2015 04:54 PM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA : KEADILAN hari ini mengumumkan kemasukan bekas Setiausaha Agung (SU) Parti Liberal Demokratik (LDP), Loretto Padua Junior ke dalam parti itu.

Penyertaan Loretto yang merupakan peguam berusia 35 tahun itu diumumkan SU Agung KEADILAN, Rafizi Ramli di ibu pejabat parti, di sini.

LDP merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah. Majoriti keahlian LDP yang diasaskan pada 1989 itu didominasi oleh kaum Cina.

LorettoDalam sidang media pengumuman berkenaan, Loretto yang juga bekas Ketua Bahagian LDP Karambunai itu mengakui kecewa dengan kegagalan Kerajaan BN meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

Kegagalan itu jelasnya menyebabkan rakyat negeri terus terpinggir.

"Saya tertarik menyertai KEADILAN kerana perlembagaan parti ini sendiri secara terang menyatakan akan menghormati perjanjian Malaysia 1963, ia meliputi apa yang rakyat Sabah sebenarnya inginkan," jelas Loretto.

Katanya, Kerajaan Persekutuan dilihat tidak bersungguh merialisasikan perjanjian tersebut sehingga menyebabkan rakyat negeri itu rasa terkongkong dan dianaktirikan.

Justeru beliau yakin penyertaannya dalam KEADILAN mampu merialisasikan cita-citanya untuk membela nasib rakyat Sabah.

"Saya akan berjuang untuk hak-hak rakyat Sabah seperti terkandung dalam perjanjian Malaysia itu, malah saya juga akan teruskan perjuangan untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Untuk itu, saya mohon orang Sabah bangun dan sedar, hanya gabungan yang kuat boleh mengalahkan Umno BN," tegas Loretto.

Rafizi berkata, Loretto berperanan untuk membantu KEADILAN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dikuasai etnik Kadazan Dusun Murut (KDM).

"Loretto akan diberi tugas membantu (Ahli Parlimen Penampang) Darell Leiking dan (Pengerusi KEADILAN Sabah) Datuk Seri Lajim Ukin untuk menguatkan lagi arus perubahan Sabah di kalangan pengundi KDM," jelas Rafizi.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Yahya Saari dan Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Rafizi fail RUU pemisahan kuasa eksekutif atasi kemelut ekonomi

Posted: 16 Sep 2015 04:52 PM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memfailkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi mewujudkan suatu Akta untuk menetapkan secara undang-undang pemisahan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Langkah itu sebagai usaha menyelesaikan krisis kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai punca kepada masalah ekonomi dihadapi negara.

"Remedi sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan Perdana Menteri.

IMG_6010"Tidak ada tanda bahawa Najib akan letak jawatan, malah saya lihat tidak ada mana-mana parti komponen Barisan Nasional mampu singkir Najib.

"Masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tidak akan selesai selagi masalah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan krisis kredibiliti Najib tidak diselesaikan segera. Hanya dengan peletakan jawatan Najib sebagai Menteri Kewangan barulah BSKL ada harapan untuk pulih," tegas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti.

Setiausaha Agung KEADILAN itu turut berharap seberapa ramai Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak menyokong RUU dikemukakannya itu.

"Sama ada RUU ini dibahaskan atau tidak ia terpulang kepada Speaker Dewan dan kerajaan. Jika Ahli Parlimen BN serius nak pulihkan ekonomi negara mereka perlu sokong RUU ini.

"Sokongan sangat diperlukan supaya tekanan dapat diberikan supaya RUU ini dibahaskan di dalam Dewan nanti," jelas Rafizi.

Melalui RUU tersebut, Rafizi mendrafkan supaya Menteri Kewangan perlu melantik Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara selain dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan.
 
Selain itu, seseorang menteri pula hanya dibenarkan menjawat satu jawatan kementerian dalam satu-satu masa.

RUU tersebut difailkan Rafizi susulan kegusaran dana awam akan dibelanjakan ekoran pengumuman terbaru Najib berhubung rancangan kerajaan membelanjakan RM20 bilion bagi membeli saham dalam bursa bagi merangsang pasaran saham melalui sebuah syarikat berkaitan kerajaan, ValueCap Sdn Bhd.

Ekoran itu, beliau mempersoal bagaimana ValueCap menerima dana RM20 bilion itu kerana sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan berkenaan sumber tersebut.

Lima lagi ditahan kerana rusuhan di Stadium Shah Alam

Posted: 16 Sep 2015 04:27 PM PDT

 
Kesemua suspek yang terlibat dengan rusuhan itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Shah Alam, Banting dan Klang


Shafien-Mamat_handcuff_600


PETALING JAYA: Lima lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan bola sepak semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, kesemua suspek berusia 24 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Shah Alam, Banting dan Klang.

"Dua suspek telah ditahan petang tadi manakala tiga lagi ditahan petang semalam.

"Antara yang ditahan itu merupakan adik-beradik yang dikenali sebagai 'Tok Anjang' dan 'Shap' yang disyaki turut menjadi perancang utama insiden berkenaan," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi itu terpaksa dihentikan pengadil, Liu Kwok Man daripada Hong Kong berikutan tindakan liar sekumpulan penonton tempatan.

Tindakan penyokong membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan tersebut dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1.

Tiada ulasan: