Khamis, 17 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Markaz Parti AMANAH Negara Kg Kuchai dibakar oleh Walaun @ pengkhianat

Posted: 17 Sep 2015 06:57 AM PDT

Markas Pas Kg Kuchai yg akan diambil alih oleh Parti AMANAH Negara Kg Kuchai telah cuba dibakar oleh Walaun @ pengkhianat pd malam tadi (17/9/15 @ 4.00pg). 

Nasib baik hanya pintu depan saja yg terbakar kerana api kebakaran itu telah dipadamkan oleh 2 anggota Polis yang kebetulan melintasi kawasan itu kerana melakukan rodaan harian mereka. 

Pasukan Polis yg diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Pk Tgh (Tuan DSP Leong) dan Pasukan Bomba dan Forensik Kebakaran telah datang menyiasat kejadian tersebut. 

Awas, berhati-hatilah untuk mengelakkan drp kejadian serupa berlaku ditempat lain pula.

Maka berkatalah Si Melayu Lembu nih ......

Posted: 17 Sep 2015 04:33 AM PDT

  Tidak ada apa-apa kesalahan dengan perkataan "Cina babi" yang dilemparkan peserta terhadap beberapa pihak media pada perhimpunan "baju merah" semalam, kata salah seorang daripada penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sambil menambah perkataan "babi" bukan satu penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi. 

 Kalau ikut kepala hotak Jamal ketua Umno bahagian Sungai Besartu, bolehlah kalau nak panggil orang Melayu ikut kegemaran makanan mereka - Melayu Belacan.... Melayu Temponyak... Melayu Cincaluk.... Melayu Budu ....

Betulkah ada Melayu yang tidak marah, malahan gembira kalau ada orang Cina yang panggil mereka 'Melayu Lembu' atau 'Melayu Ayam'?

 Jom kita panggil Ketua Umno tu Jamal Lembu ..... tentu tak mengapa sebab Jamal suka makan lembu ...... sumber

Kalau hati dah berpenyakit, dengan lambang pun jaki!

Posted: 17 Sep 2015 12:00 AM PDT


Ada yang bertanya apakah logo parti AMANAH ini rekacipta ke atau rekaciplak? Ramai yang hebuh memperkatakan pasal logo AMANAH itu secara kebetulan menyerupai logo sebuah stesyen TV India .

Apalah sangat perkara kecil sebegitu nak di troll? Apa masalanya ? Yang penting adalah, sebuah parti baru Amanah Negara telah muncul semalam!

Korang tak sentap pun pasal bendera Jalur Gemilang yang menjadi kemegahan negara itu ciplak atau tidak dari bendera USA!



Kalau orang Indon kata, Malaysia ciplak lagu Terang Bulan mereka untuk diadaptasikan menjadi lagu kebangsaan Negara ku korang sentap kan?

Ada sesiapa kisah yang selama ini lambang PAS pun menyerupai bendera Bangladesh dan Jepun?


Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata soal ciplak logo tidak berbangkit langsung kerana ia dicipta sendiri kumpulan pereka bentuk logo parti itu. 

Anuar berkata, logo itu tidak ada implikasi undang-undang kerana ia hanya dilihat seiras dengan logo pada sebuah stesen TV di India.

 "Saya yakin tidak ada implikasi undang-undang kerana daripada segi warnanya tidak sama, geografinya tidak sama, satu di Malaysia dan satu lagi di India, bahkan industri juga tidak sama, sana stesen TV, kami parti politik," katanya di sini

Himpunan Baju Merah hanya menjatuhkan maruah Melayu

Posted: 16 Sep 2015 08:06 PM PDT

Berapa ramai HBM sebenarnya?

Berbagai angka yang berbeza mengenai jumlah peserta Himpunan Baju Merah (HBM) yang turun kelmarin.

1) Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata penyertaan kira-kira       200,000 peserta.

2)  Tan Sri Annuar Musa ketika berucap di Padang Merbok mendakwa seramai 250,000 menyertai himpunan itu.

3)  Jamal Yunus kata, 500,000 kah! kah! kah!

4) Wartawan FMT yang membuat liputan sepanjang himpunan itu menganggarkan hanya 50,000 peserta menyertai himpunan berkenaan.

5) Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa  menganggarkan sekitar  35, 000 sahaja

Ramai yang kata, Umno terlalu pandai sangat mengira....Ahmad Maslan mungkin tak sempat nak menghabiskan kiraannya....Hahahaha!

Apa objektif sebenar Himpunan Baju Merah? 

Bersih 4 mempunyai 5 objektif utama. Ia juga termasuk matlamat meminta perdana menteri meletakkan jawatan atas dakwaan beliau menerima derma RM2.6 bilion. 

Sebaliknya HBM mendakwa tujuannya ialah utk melindungi maruah Melayu.

HBM menggunakan isu perkauman dan bermain dengan emosi untuk menyeru orang Melayu supaya beramai-ramai menyertainya.

Tetapi ternyata, objektif sebenar HBM, sepertimana yang didedahkan sendiri oleh ketua penganjur himpunan tersebut ialah untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai mandat popular untuk terajui negara!

Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah - "Ia bukan sebenarnya tentang menyokong parti tetapi tentang membela individu tertentu," kata bekas ahli Parlimen Temerloh itu.

HBM gagal menaikan maruah Melayu


 Tak kiralah berapa ramai yang berhimpun pada 16 Sept. Kita terima sahaja anggaran Ali Rustam, 200,000 itu.

Dari sejumlah 3.4 juta keahlian Umno, hanya 200,000 sahaja yang masih menyokong PM Najib?? 

Itu adalah satu jumlah yang sangat minima dan sangat memalukan jika ada pembodek seperti Ali Rustam mahu mendabik dada memperakukan yang kononnya Najib mendapat sokongan padu! 

Zainudin Maidin pernah meramalkan HBM ini akan menemui kegagalan Maka itu sekiranya demonstrasi itu bertujuan untuk mengangkat "Maruah Melayu" ia akan menjatuhkan Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini. 

Bersih 4.0 di merata ibu negara di seluruh dunia! HBM ada?


Walaupun disediakan pengangkutan (bas PLKN !) dan lain-lain kemudahan (baju percuma) juga tidak ada mana-mana institusi yang mengeluarkan larangan untuk menyertai HBM, ternyata jumlah peserta HBM  adalah sangat kecil dan memalukan. 

Jumlah Melayu dalam Himpunan Bersih diyakini akan berganda sekiranya tidak ada larangan-larangan dan ugutan-ugutan dari pihak tertentu.

Himpunan Bersih 4.0 bukan sahaja di adakan di bandaraya Kuala Lumpur, tetapi juga di bandar-bandar lain di Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak.

Malah perhimpunan Bersih diadakan di merata ibu negara di seluruh dunia! HBM ada?

  Samada dari segi jumlah penyertaan dan disiplin para peserta, HBM tidak dapat menandingi Bersih. 

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang juga bekas menteri undang-undang walaupun bukan penyokong Bersih 4.0, beliau tetap memuji Bersih 4.0 kerana berjaya berhimpun dan berakhir dengan aman. 

Datuk Tajuddin Md Isa (Ketua Polis Kuala Lumpur) telah memuji peserta BERSIH 4.0 yang mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka. 

 Tiada sebarang tangkapan dilakukan di Perhimpunan Bersih 4 berbanding HBM, dua ditahan kerana dipercayai cuba merempuh halangan polis di Jalan Petaling, semasa perhimpunan itu.

Tiada ulasan: