Rabu, 16 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib, ikuti contoh-contoh yang baik, cari ketenangan dan bersara

Posted: 16 Sep 2015 06:06 AM PDT


Setiap negara mempunyai sistem pemerintahan termasuk sistem memilih dan mengganti pimpinan negara mereka. Bagi sebuah negara yang mengambil demokrasi mereka mengamalkan demokrasi yang berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain walaupun asas demokrasi itu terbitnya dari sistem Westminster Abbey. Demokrasi itu adalah sebuah kerajaan pilihan rakyat, diperintah oleh rakyat untuk rakyat. Begitulah definisinya lebih kurang. Dalam sebuah demokrasi tulin seorang yang memimpin yang telah dapat mandat untuk memimpin selalunya akan membawa dan menerima semangat demokrasi itu sendiri.

Di Malaysia kita menggunakan demokrasi hanya untuk memilih tapi tidak menerima semangatnya sekali. Pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya akan mengambil jalan populis dan populariti itulah yang membuatkan pemilih memilih seorang itu untuk menjadi pemimpin utama negara. Selalunya seorang yang memilih jalan populis itu tidak kekal lama.

Apabila graf popularitinya menurun pemimpin itu akan melihat kebelakang samada dia masih patut meninggalkan jawatannya atau memilih untuk terus menduduki kedudukan yang beliau pegang itu. Di sinilah letaknya ujian seseorang pemimpin itu samada menerima semangat demokrasi apabila sampai di saat itu. Jika pemimpin itu menerima semangat demokrasi itu dengan jujur selalunya pemimpin itu akan mencari jalan keluar dan membiarkan partinya memilih pemimpin yang lain atau melalui pilihanraya awal dari waktu sepatutnya.

Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang tulen dan keberadaan beliau diatas sebelumnya itu adalah untuk menabur bakti kepada negara dan rakyat yang telah memilih beliau dahulu. Beliau tidak akan kekal berkuasa kerana kehadirannya dalam jangka yang lebih lama akan menjejaskan parti dan kerajaan pimpinannya.

Di negara kita pernah kita melihat contoh yang terbaik yang ditunjukkan oleh Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga negara kita. Kita tidak mempunyai apa-apa kemusykilan terhadap Hussein Onn jika dikaji dari semangat mahu membina dan menjaga negara dengan baik mengikut susurgalur demokrasi yang benar. Apabila beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu beliau tahu sudah ada unsur-unsur yang boleh menjatuhkan sokongan rakyat terhadap beliau walaupun gulungan itu hanya segelintir jumlahnya.

Sulaiman hanya mendapat 250 undi sedangkan selainnya dari seramai 1300 orang perwakilan UMNO itu menyokong beliau. Beliau boleh berbangga dengan kemenangan besar beliau, tetapi beliau memahami isu-isu seperti isu Dato Harun Idris dan sebagainya ini akan menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan bulat dari partinya. Di sinilah Hussein Onn lulus ujian sebagai seorang pemimpin yang menghormati semangat kepada demokrasi itu dan beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti dalam perhimpunan agung pada tahun 1981 dahulu.

Hussein tidak ada apa-apa untuk beliau pertahankan. Beliau menggalas tugas hanya untuk menyempurnakan misi menjaga negara dengan baik, Beliau tidak ada apa-apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan. Beliau tidak mempunyai gagasan perniagaan yang memerlukan jawatan Perdana Menteri itu. Beliau tidak mempunyai kesalahan criminal dan moral untuk dilindungi masa persaraan beliau dan beliau boleh hidup dengan tenang semasa persaraannya.

Beliau tidak perlu mengupah penulis-penulis upahan untuk menulis tentang kebaikan beliau kerana beliau adalah pemimpin yang mempunyai jiwa besar dan tidak perlu mempertahankan beliau melalui akhbar-akhbar dan menguasai 'editorial' akhbar-akhbar perdana dengan begitu ketat seperti yang berlaku sekarang.

Begitu juga bagi negara-negara maju. Oleh kerana masing-masing pemimpin tidak mempunyai 'kerak' dan rekod jenayah dan kepentingan kewangan mereka tidak perlu membuat ucapan bergegar-gegar seperti 'at all costs I shall remain to be the PM of this country' dan sebagainya.

Sesungguhnya pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang berjiwa besar dan tidak seperti ramai pemimpin selepas beliau mempunyai jiwa fakir yang memerlukan jawatan mereka dipertahankan 'at all costs' sehinggakan UMNO dan rakyat berbilang kaum menjadi berpecah belah. Kepimpinan Melayu sudah mula tidak dihormati oleh bangsa-bangsa lain kerana pemimpin Melayu gagal untuk menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Apabila Melayu berpecah seluruh negara akan pecah. Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan sebagai kaum yang diberikan keutamaan disamping mempastikan kaum-kaum lain dipertahankan dan dilindungi. Maka adalah sangat penting bagi Melayu itu mempunyai ciri kepimpinan yang 'magnanimous' bagi menjaga kepentingan semua kaum secara 'equitable' dan bersikap adil terhadap semua kaum yang mendiami negara

Jika Melayu lupa yang negara ini telah dibina diatas usaha dan kerjasama rapat di antara semua kaum adalah tidak adil bagi kaum Melayu hanya memikirkan untuk bangsanya sendiri.

Najib dan rakan-rakan wajar berundur. Jangan kerana mabuk dengan kuasa dan wang ringgit yang bertimbun beliau mengorbankan negara dan kehidupan rakyat yang sangat dahagakan ketenangan. Terimalah semangat demokrasi itu dengan jujur. Ikut contoh Hussein Onn, pemimpin yang telah menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang unggul terhadap negara Malaysia yang beliau pimpin suatu ketika dahulu.

Jangan ikut contoh Iddi Amin dari Uganda atau Robert Mugabe dari Zimbabwe itu sebagai contoh. Ikutlah contoh-contoh yang baik. Najib wajar berpijak pada bumi yang nyata. Carilah ketenangan dalam persaraan. Akui kesalahan dan kesilapan dan serahkan negara ini kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka.

Kami sedia tanggung kos kerosakan- Jamal Yunos

Posted: 16 Sep 2015 05:38 AM PDT

 
Penganjur telah berbincang dengan DBKL dan bersetuju untuk membayar apa-apa kos yang melibatkan sampah dan sebagainya.


sampah_red


KUALA LUMPUR : Penganjur Himpunan Baju Merah sedia membayar segala kos kerosakan yang dibuat oleh peserta himpunan di ibu negara.

Janji itu dibuat oleh Pengerusi NGO Gabungan Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus ketika diminta mengulas mengenai sampah sarap di Padang Merbok.

Menurutnya, pihak penganjur telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai segala kerosakan yang dibuat oleh peserta.

"Pihak penganjur telah berbincang dengan DBKL dan bersetuju membayar apa-apa kos yang melibatkan sampah dan sebagainya," ujarnya.

Sebelum ini, pada himpunan Bersih 4.0 yang lalu, penganjur perhimpunan iaitu Bersih 2.0 diarah untuk membayar RM65,000 bagi menanggung membaiki kerosakan dan kos kerja-kerja pembersihan sepanjang dua hari perhimpunan itu diadakan di ibu negara.

Jamal Yunos rela diludah

Posted: 16 Sep 2015 05:36 AM PDT

 
KPDNKK diberi tempoh seminggu untuk bertindak terhadap peniaga di Petaling Street dan jika gagal, Himpunan Baju Merah 2.0 akan diadakan.


jamal-yunus


KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Yunos rela dirinya diludah sekiranya gagal menunaikan janji untuk mengetuai Himpunan Baju Merah 2.0.

Beliau membuat kenyataan berani itu ketika memujuk peserta himpunan bersurai dari parkarangan Petaling Street setelah selesai berbincang dengan pihak polis.

Jamal juga memberi tempoh tujuh hari kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan kepada perniaga di Petaling Street.

"Saya akan buat sidang media Jumaat ini. Kita minta pihak KPDNKK mengambail tindakan terhadap perniaga di Petaling Street.

"Kita bagi tempoh tujuh hari kalau tiada sebarang tindakan saya sendiri akan jadi kepala untuk buat demonstrasi (2.0) di Petaling Street nanti. Kalau tidak kamu boleh ludah muka saya.

"Kita minta semua bersurai dengan aman dan saya akan belanja makan," katanya kepada pemberita di perkarangan pintu masuk Petaling Street.

Peserta Himpunan Baju Merah berang dengan perniaga di Petaling Street yang didakwa terbabit menjalankan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang seperti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

'BERSIH sampah di Padang Merbok'

Posted: 16 Sep 2015 05:15 AM PDT


MALAYSIAKINI


6.10pm, Padang Merbok: Kerja-kerja pembersihan di kawasan padang kini sedang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Salah seorang pegawainya yang Malaysiakini temui menganggarkan kira-kira 3 tan sampah yang harus dikutip di padang ini sahaja.

Pekerja pembersihan juga kini sedang menunggu lori-lori DBKL untuk datang mengutip sampah ini


5.58pm, Jalan Petaling: Para peserta kini masih lagi berada di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling dan meminta pihak polis untuk memberi kebenaran kepada mereka untuk memasuki kawasan tersebut.

Mereka mula mempersoalkan tanggungjawab polis yang tidak membenarkan mereka masuk.

Salah seorang peserta melaungkan: "Kalau tak dapat masuk bermakna polis dirasuah sehingga kita tak dapat masuk."

Ketika Malaysiakini bertanya dari mana para peserta itu datang, salah seorang daripada mereka memberitahu, mereka daripada pelbagai NGO Melayu.

"Kami semua dari pelbagai NGO Melayu," katanya yang memakai tag nama Jamaluddin dan Umno Pulai.

 6.00pm, Jalan Petaling: Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah menjemput ketua Umno Kepala Batas Rezal Merican masuk ke dalam kawasan Jalan Petaling dan berunding dengannya.

Beliau memohon bantuan Rezal memujuk peserta baju merah bersurai.

Katanya permit himpunan baju merah adalah di Padang Merbok dan bukannya di Jalan Petaling.

"Cukuplah, bersurailah," kata Zainol kepada Rezal.

Sebelum ini, zainol juga telah menjemput Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Rozlan Mohd Rafi berunding.

Mohd Razlan berkata mereka tetap mahu polis membenarkan kumpulan baju merah masuk. Polis menolak permintaan itu.

Mohd Rozlan kemudian berkata kepada media bahawa mereka tidak tahu Jalan Petaling adalah tempat larangan.

 

5.55pm, Padang Merbok: Pengerusi NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata individu yang mencetuskan provokasi di Jalan Petaling bukan peserta baju merah.

Sebaliknya, Jamal mendakwa mereka datang dari kumpulan yang sengaja mencetuskan kekecohan di kawasan yang didominasi peniaga bukan Melayu itu.

"Mereka bukan dari kalangan kami, kami orang baik," kata Jamal ketika ditemui pemberita di Padang Merbok sebaik sahaja himpunan baju merah selesai.

Jamal juga berkata beliau telah menjangkakan perkara itu akan berlaku kerana dimaklumkan sudah berkali-kali dikritik keras pihak pembangkang sebagai rasis.

"Kita dah jangka kerana sebelum ini sudah beberapa kali kenyataan dari pihak pembangkang yang mengatakan kita rasis," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya pihak polis dapat mengawal keadaan tersebut.

"Saya percaya pihak polis dapat mengawal keadaan. Jangan langgar undang-undang, kalau langgar kita minta pihak polis ambil tindakan," tegas Jamal.

 

 5.50pm, Jalan Tun Perak: Kira-kira 2,000 orang berjalan di sepanjang jalan itu setelah bersurai dari Padang Merbok.

Seorang penjual jeruk Mohd Nur Al-Azmi, 26, berkata beliau berjaya menjual seratus kotak jeruk mangga, sama seperti perhimpunan BERSIH 4 sebelum ini.

'Najib tak pernah lihat himpunan seaman ini'

5.30 pm, Padang Merbok: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa beliau terkejut dengan Himpunan Rakyat Bersatu.

Hal ini kerana, beliau tidak pernah melihat himpunan yang dilakukan oleh rakyat dan berlangsung dalam keadaan yang sangat aman.

Perkara ini disampaikan oleh Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Anuar Musa dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan.

"Saya baru lepas bercakap dengan perdana menteri, beliau terkejut dan terharu dengan himpunan seaman ini," katanya.

Anuar berkata jumlah kehadiran pada hari ini seramai 250,000 dan menganggap ia sebagai perjuangan awal orang Melayu.

"Jangan kedudukan kita sebagai Melayu, hak dipertikaikan dan dipersendakan.

"Ini bukan satu pesta biasa, suara 250,000 jadikan ini sebagai peringatan. Negara ini bertuan.

"Harap ia tidak berakhir di Padang Merbok, sebaliknya sebagai satu permulaan," katanya.

Penganjur: Buat salah tanggung sendiri

5.37pm, Padang Merbok: Ali Rustam berkata pihak yang mencetuskan provokasi di Jalan Petaling harus bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri.

"Siapa buat salah dia tanggung sendiri," katanya ringkas ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling kini.

5.30pm: FRU membunyikan loceng membuatkan peserta himpunan lari ke arah Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Trak meriam air pula kelihatan menuju ke pintu depan Jalan Petaling dan menyembur air. Kebanyakan peserta berhampuran lari menuju ke Dataran Merdeka.

Kelihatan juga trak meriam air bergerak ke arah Pudu.

Sementara itu, seorang lelaki berucap mahu berkeras ke Jalan Petaling dan berkata ia milik Melayu.

Mereka memainkan lagi Warisan yang dipopularkan oleh Sudirman.

Di Bulatan Dato Onn, ribuan orang terus bergerak meninggalkan Padang Merbok. Mereka berpecah ke tiga haluan, iaitu Masjid Negara, PWTC dan LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak.

Mereka tenang dan mungkin tidak tahu berkaitan kekecohan yang sedang berlaku di Petaling Street.

 

5:20pm: Seorang jurucakap perhimpunan berkata orang Melayulah yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Jangan lupa orang Melayulah yang berjuang untuk kemerdekaan. Di mana orang Cina?" katanya melalui alat pembesar suara.

Sementara seorang lagi jurucakap berkata pihak yang membaling objek ke arah polis adalah "pengkhianat".

Beliau memberitahu perkara itu kepada kira-kira 300 orang peserta. Peserta bagaimanapun melaungkan bahawa mereka tetap mahu ke Jalan Petaling.



5pm, Jalan Petaling: Meriam air FRU tiga dari Jalan Tun Tan Cheng Lock sejurus selepas orang ramai membaling botol ke arah pasukan keselamatan.

FRU juga dipanggil "Barua Cina". Pancutan air itu menyebabkan orang ramai bertempiaran lari namun tiada gas pemedih mata dilepaskan.



4.55pm, Jalan Petaling: Ketegangan berlanjutan dan enggan bersurai. Akhirnya mendorong sesetengah peserta membaling botol ke arah anggota FRU. Polis kini sedang bergerak untuk menahan dalang yang terbabit dalam insiden itu.

FRU juga menggunakan meriam air yang disasarkan ke arah peserta perhimpunan.

4.45pm, Jalan Tun Tan Ching Lock: Seorang peserta perhimpunan mengganggu wartawan Malaysiakini ketika dia cuba menemubual seseorang membawa plakad.

Dia turut memberi amaran kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya tidak mencetuskan 13 Mei.

Ditanya pandangannya terhadap Lim, lelaki itu berkata: "Ini bangsat."

Bagaimanapun apabila ditanya sama ada "bangsat" itu ditujukan kepada Lim, lelaki terbabit kelihatan terganggu dan semakin marah.

"Tak payah tanya. Awak bedua sama bangsa," katanya.

Kenyataan itu disokong orang ramai dan wartawan dihalau dari situ.

Tidak lama kemudian apabila terserempak semula lelaki terbabit bertanya kepada wartawan Malaysiakini terbabit: "Mengapa kau masih ada di sini? Baliklah!"

Dia kemudian menjerit: "Cina babi!"

4.45pm, Padang Merbok: Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah kehadiran dalam perhimpunan hari ini dianggarkan seramai 200,000 orang.

Katanya, mereka yang hadir tidak mahu berganjak dari padang kerana terlalu bersemangat.

Noh berkata orang Melayu turut boleh dihimpunkan dalam demonstrasi namun bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan BERSIH baru-baru ini.

"Kalau setakat nak buat demonstrasi kumpul ribuan orang kita pun boleh, kita pun boleh kumpul dan boleh buat.

"Kita nak beritahu DAP jangan guna demonstrasi untuk jatuhkan pemimpin kita.Tunggulah pilihanraya akan datang.

"Orang Melayu bukan seperti peserta himpunan haram yang beri betis nak peha," katanya yang berucap di pentas utama.

Beliau turut mahu ISA dikembalikan kerana "peserta BERSIH tidak tahu bersyukur".



4.35pm, Jalan Sultan Salahuddin: Peserta yang beransur pulang dari Padang Merbok mengambil kesempatan bergambar bersama empat artis yang hadir di perhimpunan itu. Mereka ialah pelakon veteran Liza Abdullah dan Tengku Sarina Tengku Mukhzani atau Kuna, serta dua lagi rakan mereka.


4.30pm, Jalan Petaling: Selepas dua jam keadaan tegang, semangat peserta baju merah masih tinggi. Mereka turut membawa bersama dram sambil menari dan menyanyi. Liriknya: "DAP bangsat, DAP bangsat".

Ditanya mengapa berkeras mahu memasuki kawasan Jalan Petaling, seorang daripada mereka berkata mahu mengganggu operasi perniagaan di situ. Tinjauan mendapati hampir semua kedai di kawasan berkenaan ditutup hari ini.



4.30pm, Jalan Parlimen: Orang ramai mula meninggalkan Padang Merbok. Seorang daripada mereka, Rahman, dari Kelantan memberitahu Malaysiakini mereka sedang berjalan menuju bas masing-masing.

"Mereka kata habis (berhimpun) jam 6 petang tapi kami balik awal," katanya.


Sementara itu sampah-sarap kelihatan ditinggalkan di sepanjang Jalan Parlimen, mungkin disebabkan kekurangan tong sampah. 



4.00pm, KLCC: Kira-kira 15 orang berkumpul secara santai untuk menunjukkan kepelbagaian kaum boleh hidup dengan aman di negara ini.

Peserta "Happy Birthday Malaysia" itu juga membawa bersama mereka keropok lekor, sandwic dan cekodok untuk berkelah di bawah pokok dan menghadap bendera negara.

Penganjur Azrul Mohd Khalib berkata mereka berkumpul untuk meraikan Hari Malaysia.

"Daripada muka merah padam menjerit dan penuh prejudis serta rasis, kami mengadakan perkelahan pelbagai kaum," katanya.

Antara yang hadir ialah anak bekas perdana menteri Marina Mahathir.


Dipanggil 'barua Cina', FRU sembur meriam air

Posted: 16 Sep 2015 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis antirusuhan FRU petang ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara hari ini.

Tindakan itu diambil kira-kira jam 5 petang setelah terdapat peserta enggan berganjak daripada Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik.

Trak meriam air itu datang daripada arah Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas peserta mula membuat provokasi kepada polis, termasuk ada memanggil mereka "barua Cina".

Perhimpunan hari ini dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP.

Selain meraih sokongan pada kerajaan dan perdana menteri, terdapat juga bahan pameran mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan berbaju merah itu berkumpul di beberapa tempat ke ibu kota sebelum berarak dan berkumpul di Padang Merbok.

Mahathir sebelum ini hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Perhimpunan hari ini dihadiri beberapa pemimpin Umno.



Layari laporan langsung Himpunan Rakyat Bersatu di laman langsung Malaysiakini.


Peserta Baju Merah halau wartawan

Posted: 16 Sep 2015 02:12 AM PDT

Kejadian berlaku selepas wartawan berkenaan dikatakan mengaju soalan provokasi
VIDEO INSIDE
  merah,halau


KUALA LUMPUR: Seorang wartawan saluran Astro dihalau peserta Baju Merah selepas dia mengemukakan soalan yang dikatakan berbentuk provokasi.

Kejadian berlaku berhampiran Kompleks Kraftangan, di Jalan Conlay

" Apa bukti kekuatan orang Melayu?" soalnya kepada peserta berulang kali.

Tindakan itu kemudian mengundang kemarahan sehingga beberapa peserta bertindak menghalaunya.

Bagaimanapun dalam insiden berkenaan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan dan ia berjaya dikawal pihak berkuasa bertugas.


Peniaga di Petaling Street terjejas teruk

Posted: 16 Sep 2015 02:02 AM PDT

 
Sebahagian yang meneruskan operasi terpaksa menutup awal premis mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan akibat perhimpunan Baju Merah


merah,jejas,niaga


KUALA LUMPUR: Beberapa peniaga di Petaling Street meneruskan perniagaan mereka seperti biasa walaupun keadaan lenggang.

Mereka berbuat demikian kerana yakin dengan jaminan keselamatan yang diberikan pihak berkuasa.
Bagaimanapun ketika didekati, peniaga di kawasan berkenaan meluahkan kekecewaan kerana ia tidak seperti cuti umum sebelum ini.

Kali ini tiada pelanggan yang datang.

Sebahagian yang meneruskan operasi terpaksa menutup awal premis mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan akibat perhimpunan Baju Merah.

"Kita akan tutup awal perniagaan kami iaitu jam 12 tengah hari nanti.

"Ini kerana kawalan polis di sekitar ini telah menakutkan pelanggan untuk datang ke kedai kami dan perniagaan kami sangat rugi hari ini," kata peniaga baaju Tan Kee Liong, 43, kepada FMT.

Sementara itu, Penyambut Tetamu Hotel Radius China Town, Julia Shadan, 24, turut kecewa apabila hanya seorang sahaja pelanggan yang menempah bilik di hotel itu.

"Kebanyakan pelanggan yang sudah menempah bilik kami beberapa hari yang lepas telah menukar ke hotel lain.

"Ini kerana mereka bimbang apabila mengetahui akan berlakunya Himpunan Baju Merah di sekitar jalan ini," katanya.

Dalam pada sama, peniaga sayur di Pasar Petaling Street, Kadir Hussin, 43, turut berkata perniagaannya hari ini telah terjejas.

Katanya, pada hari ini tiada langsung pelanggan yang hadir.

Namun beliau tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa kerana ingin mencari rezeki.

"Kita pun mahu hidup, jadi kita buka juga kedai ini.

"Tak ada orang kita tunggu sahaja. Ada beza pelanggan yang datang hari ini dengan semalam," katanya.

Guna pembunuh upahan untuk bunuh Kelvin

Posted: 16 Sep 2015 01:57 AM PDT

 
Hasil siasatan polis menemui wang tunai berjumlah RM32,000 yang dipercayai dibayar untuk membunuh mangsa.



anthony-kevin_mohmad-salleh_600


SUBANG JAYA: Siasatan polis menemui wang tunai berjumlah RM32,000 daripada suspek yang membunuh Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Ia ditemui berasingan daripada lima suspek berusia 22 hingga 52 tahun yang ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sebanyak RM17,000 dirampas daripada seorang suspek di Lembah Klang bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta Kevin semasa hari mendiang dilaporkan hilang.

Katanya, RM15,000 lagi ditemui daripada seorang suspek di Pulau Pinang bersama sebuah kereta Proton Persona.

"Turut kita temui resit pembelian barang hardware untuk membeli batu dan simen yang dibeli di kawasan berdekatan dan dipercayai digunakan untuk mengkongkrit mangsa sebelum dicampak di dalam longkang di sini," katanya kepada pemberita.

Mohmad turut mengesahkan salah seorang daripada suspek yang berusia 52 tahun mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 59 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gagal memberikan keterangan di atas barang yang dimiliki.

Katanya, polis juga akan menyemak latar belakang empat lagi suspek yang terlibat sama ada mereka turut mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Terdahulu, polis menahan kelima-lima suspek terbabit bersama seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang suspek bersama seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, polis percaya wanita dan kanak-kanak terbabit yang enggan didedahkan lebih lanjut identitinya tidak terlibat dalam pembunuhan Kevin.

Mayat Kevin ditemui di dalam longkang di tepi jalan di Jalan Subang 3, USJ 1, Subang Jaya selepas suspek menunjukkan tempat mereka membuang mayat berkenaan.

Amanah umum senarai kepimpinan parti

Posted: 16 Sep 2015 01:40 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) yang dilancarkan hari ini secara rasminya mengumumkan barisan kepimpinan parti di hadapan kira-kira 3,000 ahlinya.  
 
Ia diumumkan oleh Presiden, Mohamad Sabu sebentar tadi. Berikut adalah senarai kepimpinan Amanah:
 
 
Penasihat Umum: Ahmad Awang 
 
Timbalan Penasihat:  Abdul Ghani Shamsuddin
 
Presiden: Mohamad Sabu
 
Timbalan Presiden: Salahudin Ayub
 
Naib Presiden: Mujahid Yusuf Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus
 
Ketua Pemuda: Mohd Sany Hamzan 
 
Ketua Wanita: Dr Siti Mariah Mahmud
 
Setiausaha Agung: Mohd Anuar Mohd Tahir
 
Timbalan Setiausaha: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus    
 
Bendahari Agung: Asmuni Awi
 
Setiausaha Organisasi: Suhaizan Kaiat
 
Ahli Jawatankuasa:
1) Dr Dzukefly Ahmad
2) Dr Mohd Hatta Mohd Ramli
3) Gopalan K. Papachan
4) Khalid Samad
5) Aminolhuda Hassan
6) Adly Zahari
7) Mazlan Aliman 
8) Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, 
9) Aiman Athirah
10) Mohd Nizar Jamaludin 
11) Mohd Haniffa Maidin
12) Phahrolrazi Mohd Zawawi 
13) Zulkifli Mohamad Omar
14) Shaari Sungib 
15) Izham Hashim 
16) Hu Pang Chow
17) Hasnul Baharudin
 
 

Haron Din: PAS boleh layari perjuangan meskipun tanpa sebarang konsensus

Posted: 16 Sep 2015 01:36 AM PDT

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
BANGI: PAS boleh melayari bahtera perjuangannya sendirian tanpa memerlukan gabungan dengan PKR serta DAP dan mana-mana parti politik lain bagi membentuk konsensus baru.
 
"Bukan kita yang putuskan tapi mereka yang putuskan maka PAS boleh terima dan PAS boleh melayari bahteranya mengikut gelombang apa yang nak dihadapi.
 
"Apa-apa masalah dan apakah bentuk itu akan diputuskan kemudian berdasarkan situasi politik pada ketika itu," kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Beliau menambah parti itu mempunyai kekuatan yang membolehkan ia bergerak sendirian selain pernah berdepan dengan situasi serupa sebelum daripada ini.
 
"PAS tidak bermusuh, tak nak keluar selepas kita berpakat begitu dan kita nak pertahankan (Pakatan Rakyat).
 
"Semua orang tahu DAP yang putus, itu kena cermat sebab kita tahu DAP yang buat keputusan memutuskan hubungan dengan presiden," katanya yang ditemui di kediamannya baru-baru ini.
 
PAS tidak mahu bermusuhan dengan mana-mana parti politik
 
Tegas Haron, PAS konsisten serta berusaha untuk mempertahankan tahaluf siyasi bersama PKR-DAP dalam Pakatan namun gagal ekoran sikap DAP yang memutuskan kerjasama itu.
 
"Apa maknanya kita buat satu pakatan kemudian putus dengan presiden? Kalau analoginya kita potong kepala, badan nak hidup macam mana dan diikuti dengan Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak putus hubungan terus dengan PAS.
 
"Mereka mengatakan bahawa kami tak boleh terima PAS dan PAS kena keluar tapi kita tak keluar, terus-menerus mereka mengasak, menghentam dan sebagainya akhirnya kita buat keputusan kalau itulah keadaannya PAS terima hasrat DAP untuk putus," katanya.
 
Mengulas lanjut beliau berkata PAS tetap meneruskan kerjasama dengan PKR dalam Pakatan sebelum ini, menyaksikan hubungan itu bakal terkubur sekiranya pembentukan Pakatan 2.0 berjaya.
 
"Dengan PKR tiada masalah, tetap kita berkawan dan kekalkan tahaluf atau pakatan politik itu dengan PKR sampai hari ini dan bergantunglah kepada suasana yang sedang berlaku," katanya.
 
Ujar tokoh perubatan Islam ini, dalam mengharungi politik tanah air PAS mahu kekal relevan serta diterima rakyat selain enggan bermusuh dengan mana-mana parti politik lain.
 
"PAS tidak mahu mencari musuh, kalau musuh sudah ada PAS tidak mahu menambah musuh tapi kita nak mengurangkan musuh.
 
"Jadi atas itu kita mencari kawan sebanyaknya dan mengurangkan musuh sekurang yang mungkin," katanya.
 
 

AMANAH lahir hari ini

Posted: 16 Sep 2015 01:22 AM PDT

Alyaa Azhar





Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam menyaksikan ribuan orang berpakaian jingga memenuhi dewan dan ruang legarnya sempena pelancaran Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Mereka juga menyanyikan lagu Negaraku serta lagu parti baru berkenaan.

Terpampang di situ adalah logo parti berkenaan - tiga jalur jingga dan tulisan hitam perkataan "Amanah" dengang latar belakang putih.

Ketika ia diumumkan, orang ramai menyambutnya dengan sorakan.

Presiden parti, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya menyatakan rasa bangga kerana mereka tidak menunjukkan sebarang pengecualian kaum.

"Semua kaum berada di sini. Rasanya baju merah hari ini dimonopoli oleh hanya satu kaum," katanya.

Beliau merujuk kepada himpunan diadakan kumpulan Melayu di Padang Merbok hari ini.

Pada jam 11.35 pagi Mohammad melancarkan parti baru dan kemudian mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi.

Turut hadir adalah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR seperti Lim Kit Siang serta Rafizi Ramli.

Kelihatan sama pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah.

Bagaimanapun, tiada pimpinan PAS kelihatan.

AMANAH ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang kalah dalam pemilihan muktamar yang diadakan Jun lalu.

[Baca berita asal]http://www.malaysiakini.com/news/312489


Himpunan lancar tapi ada peserta bertindak agresif

Posted: 16 Sep 2015 01:07 AM PDT

Himpunan lancar tapi ada peserta bertindak agresif
Runding dengan pihak polis untuk memasuki kawasan Bukit Bintang. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
KUALA LUMPUR - Peserta himpunan 'baju merah' yang berkumpul di Jalan Conlay bertukar menjadi tidak terkawal apabila berlaku rempuhan dengan pihak polis yang membuat sekatan lalu lintas yang menghubungkan Jalan Bukit Bintang, di sini.

Kumpulan itu pada mulanya bergerak awal dari waktu sepatutnya kira-kira 1.10 petang meninggalkan pekarangan Hotel Raja Chulan sebaik sahaja kumpulan dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bertembung di lokasi sama.

Sorakan "rempuh" yang dilaungkan oleh peserta himpunan menyebabkan peserta terus bergerak tanpa menghiraukan arahan pemimpin mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun menjadi tidak terkawal sebaik sahaja mendapati Jalan Bukit Bintang berdekatan pusat beli-belah Pavilion ditutup pihak polis.

Walaupun rundingan dibuat untuk membenarkan kumpulan itu memasuki Jalan Bukit Bintang, namun beberapa peserta himpunan masih bertindak agresif dan merempuh pagar besi yang dikawal pihak polis.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Jalan Bukit Bintang, pasukan polis persekutuan (FRU) membuat halangan manusia dilengkapi pelancar bom asap.

Selepas 15 minit rundingan antara pihak penganjur dengan polis, kumpulan baju merah dibenarkan memasuki Jalan Bukit Bintang untuk menuju ke Padang Merbok.

Rundingan itu berhasil apabila ketua kumpulan berjanji dengan pihak polis menjaga tingkah laku peserta himpunan itu.


Kes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam

Posted: 16 Sep 2015 01:04 AM PDT

Anthony Kevin Morais
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh memberi kenyataan media selepas penemuan mayat dipercayai Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais di dalam tong berisi konkrit di kawasan paya, Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah hari ini. - Foto Bernama
 
 
SUBANG JAYA - Polis hari ini mengklasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, motif pembunuhan Morais itu ada kaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam.

Pada sidang media tadi, Mohmad memberitahu, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun.

Polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama.

Menurutnya lagi, polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais.

Tedahulu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terikat di dalam guni dan bersimen di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah mayat Morais.

Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.


'Baju merah' mulai banjiri Padang Merbok

Posted: 16 Sep 2015 01:02 AM PDT

Polis benar 'baju merah' masuki Bukit Bintang
Peserta di Bukit Bintang dibenarkan memasuki jalan itu berjalan bergandingan tangan. 
 
 


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' atau dipanggil juga himpunan 'baju merah' mula berkumpul seawal jam 10 pagi ini di ibu negara.

Seragam dengan memakai baju berwara merah, mereka turut membawa poster yang antaranya bertulis, 'menolak fitnah terancang terhadap pemimpin negara'.

Ikuti laporan langsung dari kami di www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Online dan Twitter @SinarOnline.

10.00 pagi: Peserta mula berkumpul di beberapa 'check point' yang telah ditetapkan penganjur.

10.40 pagi: Tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan ramai peserta himpunan mula berkumpul di sana.

11.00 pagi: Di Jalan Parlimen, polis trafik kelihatan mula mengawal pergerakan lalu lintas.

11.40 pagi: Peserta himpunan menggunakan jalan raya sebagai laluan utama, menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan kompeks beli belah Sunway Putra.

11.45 pagi: Di Padang Merbok, sudah ada peserta yang sampai awal dan menunggu program dimulakan.

12.00 tengah hari: Ikrar Sumpah Melayu mula diedarkan kepada peserta himpunan.

12.25 tengah hari: Kelihatan beberapa buah bas yang membawa peserta himpunan 'baju merah' tiba di pekarangan Masjid Wilayah.

2.50 petang: Suasana di Jalan Petaling tegang apabila peserta himpunan melakukan provokasi untuk masuk ke dalam kawasan perniagaan Jalan Petaling.

12.30 tengah hari: Peserta himpunan 'baju merah' turut membanjiri Masjid Negara. Di Jalan Conlay pula, peserta diberitahu supaya bergerak ke Padang Merbok tepat jam 2.00 petang.

12.40 tengah hari: Peserta perhimpunan Baju Merah turut membawa kain rentang tertera gambar berjabat tangan antara Pas dan Umno dengan tulisan Himpunan Maruah Melayu di Bukit Bintang.

12.42 tengah hari: Di PWTC, kelihatan peserta himpunan 'baju merah' menggunakan ruang legar di bangunan itu untuk beristirehat.

12.43 tengah hari: Sementara di pekarangan Masjid Negara,  peserta himpunan menyanyi dan melaungkan slogan beramai-ramai.

1.00 petang: Kumpulan 'baju merah' dan kumpulan Pesaka bertembung membentuk kumpulan besar di Jalan Conlay.

1.04 petang: Peserta himpunan bermotosikal di Jalan Conlay dibantu pasukan polis bermotosikal untuk ke Padang Merbok.

1.05 petang: Peserta himpunan 'baju merah' cuba merempuh halangan polis ke Jalan Bukit Bintang. Namun pasukan FRU menunggu di simpang masuk Jalan Bukit Bintang. Keadaan agak tidak tidak terkawal.

1.25 petang: Peserta himpunan juga turut memenuhi Jalan Tun Tan Cheng Lok, mereka melaungkan Hidup Melayu.

1.30 petang: Perbincangan antara pemimpin baju merah dan pihak polis bagi membolehkan kumpulan itu memasuki Jalan Bukit Bintang.

1.35 petang: Peserta himpunan menunaikan solat Zohor.

1.46 petang: Selepas cubaan pertama untuk meminta masuk ke Jalan Petaling gagal, peserta himpunan baju merah sekali lagi cuba meminta kebenaran daripada polis untuk memasuki Jalan Petaling.

1.47 petang: Sementara itu, rundingan 10 minit berhasil apabila pihak polis memberi kebenaran peserta memasuki Jalan Bukit Bintang dengan syarat peserta dikawal pemimpin masing-masing.

2.00 petang: Peserta himpunan enggan beredar dari Jalan Petaling walaupun telah diarahkan oleh pihak polis

2.06 petang: Sementara di Jalan Bukit Bintang peserta yang dibenarkan memasuki jalan itu berjalan bergandingan tangan.

2.11 petang: Peserta himpunan dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula bergerak ke Padang Merbok.

2.18 petang: Selepas satu jam, peserta himpunan masih enggan beredar dan berada di hadapan Jalan Petaling

2.20 petang: Kumpulan baju merah dari Jalan Conlay kini menuju Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu kerana laluan lain ditutup pihak polis.

2.20 petang: Suasana di Padang Merbok mula gamat apabila lagu Inilah Barisan Kita dimainkan

2.21 petang: Sekumpul peserta dari Masjid Negara sudah mula memasuki kawasan Padang Merbok

2.40 petang: Kumpulan kedua peserta himpunan 'baju merah' tiba di hadapan Jalan Petaling.

2.50 petang: Seorang petugas himpunan mengedarkan topeng muka kepada peserta di Jalan Hang Lekiu.

2.51 petang: Di Padang Merbok, beberapa pemimpin Umno turut kelihatan antaranya Tan Sri Anuar Musa, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Sohaimi Sahadan, Datuk Abd Raof.

2.55 petang: Peserta baju merah kelihatan sudah memenuhi sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Padang Merbok.

2.58 petang: Keadaan di Jalan Petaling menjadi tegang apabila peserta himpunan baju merah cuba bertindak merempuh benteng polis, namun keadaan kembali tenang sebaik sahaja pihak polis meminta kerjasama peserta himpunan bertenang.

3.00 petang: Tan Sri Ali Rustam memulakan perhimpunan dengan menyampaikan ucapan di Padang Merbok. Kedengaran juga laungan 'tolak DAP'. Dalam ucapannya, Ali mengutuk perbuatan orang yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awangpada Bersih 4.0

3.07 petang: Satu lagi kumpulan besar himpunan baju merah tiba di hadapan Jalan Petaling menjadikan keseluruhan tiga kumpulan berada di kawasan berkenaan.

3.20 petang: Pasukan FRU mula dikerahkan di Jalan Petaling selepas peserta melakukan provokasi untuk memasuki kawasan berkenaan.

3.20 petang: Seorang penguatkuasa DBKL membawa kenderaan ringan elektrik untuk meninjau suasana Dataran Merdeka yang ditutup kepada semua akses.

3.40 petang: Penyokong himpunan baju merah mula memenuhi sekitar Jalan Petaling.

3.46 petang: Kelihatan kenderaan FRU yg membawa beberapa anggota FRU menghampiri Jalan Petaling.


Keluar Johor jika amal perkauman, titah Sultan

Posted: 16 Sep 2015 12:54 AM PDT

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengulangi pendirian baginda menolak unsur perkauman dan menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang mencetuskan ketegangan tanpa pilih kasih.

Baginda turut bertitah supaya pihak yang mengamalkan sikap perkauman keluar dari negeri ini serta-merta dan menegaskan bahawa Johor merupakan rumah bagi bangsa Johor yang terdiri dari Melayu, Cina dan India.

Titah baginda yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebooknya kira-kira jam 12 tengah malam tadi, tadi turut mendapat lebih 47,000 ribu like sehingga jam 3 petang ini.

Dalam titahnya itu, Sultan Johor turut mahu pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian sehingga ke peringkat akar umbi agar sikap saling membenci dan ketegangan kaum antara rakyat khususnya di negeri ini tidak berterusan.

"Mereka yang mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Takzim, mereka yang mengamalkan sikap ini dinasihat supaya keluar dari negeri ini serta-merta.

"Ini bukan zaman batu, orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman, jangan pilih kasih, cari penyelesaiannya ke akar umbi," titah baginda.

Selain itu baginda turut bertitah, pihak yang menghasut rakyatnya bakal dikenakan tindakan tegas dan perlu berdepan dengan baginda yang merupakan Sultan Johor yang memegang amanah kepada rakyat Johor dan negeri ini.

"Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan bangsa Johor dan negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan negeri ini semakin maju.

"Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa masuk pelabur asing bagi memajukan negeri ini. Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya," tegas baginda.

Sebelum ini pada 13 September lalu, Sultan Johor turut bertitah bahawa baginda tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman di negeri ini.

Himpunan ‘Baju Merah': Tiada halangan untuk artis – Presiden Seniman

Posted: 15 Sep 2015 07:55 PM PDT

DALIA ISMAIL

 

ZED
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata ini kerana ia di luar bidang kuasa persatuan yang hanya berperanan untuk menjaga kebajikan artis tanah air berbanding isu-isu politik negara. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR, Persatuan Seniman Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ahlinya menyertai 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok, yang berlangsung hari ini.

Presidennya, Zed Zaidi berkata ini kerana ia di luar bidang kuasa persatuan yang hanya berperanan untuk menjaga kebajikan artis tanah air berbanding isu-isu politik negara.

"Itu hak individu dan bergantung kepada situasi. Jika seorang ahli itu merasakan perhimpunan ini satu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara, tetapi bukan untuk perjuangkan nasib mereka dalam bidang seni, mereka boleh menyertai mana-mana perhimpuan diadakan tidak kiralah merah atau kuning.

"Di sudut undang-undang kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman, kalau akta itu ada tetapi tidak digunakan buat apa ia digubal. Apapun bentuk perhimpunan ia bergantung kepada matlamat pihak penganjur.

"Jika penggiat seni merasakan ditindas, mereka juga boleh berhimpun melalui penyatuan persatuan-persatuan artis," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau merujuk kepada satu perhimpunan yang pernah dianjuran GAFIM yang dianggotai empat persatuan seni di Dataran Zoo Negara, Hulu Klang, tahun lalu

"Lebih 5,000 pengiat seni telah berhimpun pada malam solidariti kempen SwitchOff untuk mengusulkan 11 tuntutan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Alhamdulillah dengan adanya perhimpunan-perhimpunan sebegini, sama ada berskala besar atau kecil, ia boleh mengubah keadaan. Sebanyak lima daripada 11 tuntutan GAFIM dapat dipenuhi. Samalah juga apa yang sedang diusahakan oleh penganjur himpunan baju merah," ujarnya.

Ann_Ngasri[1]
Anne Ngasri

Bagi pelakon Anne Ngasri, yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang ketika diminta pandangannya menyatakan himpunan ini suatu isu yang sangat besar.

"Apa yang terbaik untuk kerajaan pastinya kita akan mempertahankan bangsa,agama dan negara. Himpunan begini atau demontrasi bergantung kepada perkara yang ingin dibuat ada pro dan kontranya tetapi pada saya, ia lebih pada hak individu," ujarnya.

Bagi pelakon Azhar Sulaiman yang berpandangan Malaysia sebagai negara membangun sedang melalui evolusi dan pembelajaran antaranya hak bersuara dan berhimpun.

Azhar_Sulaiman[1]
Azhar Sulaiman

"Himpunan aman begini adalah antara ruang untuk meluahkan perasaan kerana mereka mengunakan hak bersuara yang sudah termaktub dalam hak asasi manusia antarabangsa.

"Namun masyarakat perlulah melihat semula pada sejarah mengapa sesuatu undang-undang itu digubal bagi sesebuah negara pula yang telah merdeka.

"Mana-mana rakyat dan pemimpin tidak perlu melanggar undang-undang yang digubal. Sesiapapun yang memerintah masih berpegang kepada Perlembagaan Negara dan kontrak sosial untuk menjaga hubungan baik antara kaum," katanya.

Pada Isnin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Perhimpunan aman 'Baju Merah' namun perlu mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

Ketua Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berharap satu juta rakyat Malaysia akan memakai baju merah untuk menyokong Himpunan Rakyat Bersatu, hari ini.

Jelasnya, tindakan itu sebagai memberi amaran kepada DAP dan penyokong Cinanya supaya tidak mencabar orang Melayu.

Tinjauan awam: Himpunan ‘Baju Merah’ hari ini bukan suara majoriti Melayu

Posted: 15 Sep 2015 07:52 PM PDT

HAZAWANI ARIFFIN

 

JEREBU
Pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur hari ini kelihatan kabur akibat jerebu yang melanda negara. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR, Tidak masuk akal, bukan suara majoriti Melayu dan jangan ada kekecohan.

Itu reaksi pandangan awam terhadap himpunan 'Baju Merah' di Padang Merbok yang berlangsung hari ini, bersamaan Hari Malaysia.

Himpunan yang dijangka pada sebelah petang juga dikatakan sebagai 'respon' kepada perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung bulan lalu.

Tinjauan The Rakyat Post mendapati mereka sebulat suara membantah perhimpunan itu dijalankan kerana dikhuatiri akan mengundang ketegangan di antara kaum.
Kevin Yeow, 26, pekerja swasta
Kevin Yeow
Bagi penjawat awam, Kevin Yeow, 26, berkata perhimpunan itu tidak masuk akal kerana hanya akan menimbulkan isu perkauman dan berpecah-belah.

"Kenapa nak buat perhimpunan itu? Tujuan perhimpunan sendiri nampak perkauman dah tidak mewakili suara satu Malaysia.

"Saya tidak nampak majoriti perhimpunan Bersih 4 lalu adalah kaum Cina kerana kaum-kaum lain turut hadir dan membantu antara satu sama lain," katanya.

Seorang peguam yang mahu dikenali sebagai Ally Ali, 30, berpendapat hak sebagai rakyat untuk berhimpun adalah tidak salah namun dakwaan perhimpunan itu adalah suara orang Melayu adalah salah sama sekali.

"Saya tidak kisah jika mereka mahu berhimpun kerana itu adalah hak mereka tetapi itu bukanlah suara sebenar kaum Melayu.

"Saya tidak nafikan majoriti yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 4 adalah kaum Cina tetapi tindak balas yang dilakukan oleh geng Baju Merah adalah tidak wajar," jelasnya.

Pandangan itu turut mendapat sokongan Rajiviana Thambo, 26, yang merasakan perhimpunan tersebut tidak patut dilakukan kerana ianya lebih menampakan sifat kepuakan yang menebal.

"Perhimpunan itu buat kita lagi terasing dengan kaum-kaum lain padahal kita kan satu Malaysia.

"Tidak kiralah Melayu, Cina atau India perjuangan yang ditegakan haruslah menunjukan kita sebagai satu negara bukan satu kaum," katanya.

Namun berbeza bagi seorang pemandu teksi, Zainuddin Othman, 55, yang berpendapat perhimpunan itu perlu bagi mempertahankan perlembagaan serta hak kaum bumiputera.
Zainuddin Othman, 55, pemandu teksi
Zainuddin Othman
"Saya rasa perhimpunan ini perlu dilakukan bagi menunjukan rasa hormat kepada perlembagaan dan hak istimewa kaum Melayu di negara kita.

"Ini bukan soal perkauman tetapi mereka perlu sedar bahawa hak Melayu tidak boleh dirampas sewenang-wenangnya," katanya.

Sokongan turut diluahkan oleh seorang lepasan mahasiswa, Nurul Afiqah Halim, 21, yang merasakan perhimpunan itu tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat secara aman sama seperti perhimpunan Bersih 4.
Nurul Afiqah Halim, 21, Lepasan Mahasiswa
Nurul Afiqah Halim
"Jika perhimpunan Bersih 4 boleh berlaku kenapa tidak perhimpunan Baju Merah. Mereka juga ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka juga menuntut sesuatu dari kerajaan sama seperti Bersih 4 jadi tidak salah mereka berhimpun asalkan ianya berjalan tanpa sebarang kekecohan," tegasnya.

Garis panduan TV: Pakaian dedah susuk tubuh wanita akan ditapis

Posted: 15 Sep 2015 07:38 PM PDT

A.AZIM IDRIS

 

sari-AFP-L-939x470
Walau bagaimanapun, lembaga tersebut membuat pengecualian terhadap wanita India yang memakai sari tradisional. - Foto AFP


KUALA LUMPUR, Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh badan wanita, termasuk bentuk yang boleh dilihat iaitu lurah buah dada, punggung, dan pakaian dalam akan ditapis daripada rancangan televisyen di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ini adalah antara kriteria baru yang ditetapkan di dalam surat pekeliling mengenai Garis Panduan Khas untuk Penapisan Filem Televisyen yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sejak 15 Jun 2015.

Walau bagaimanapun, lembaga tersebut membuat pengecualian terhadap wanita India yang memakai sari tradisional.

Adegan yang menggambarkan lelaki atau wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan bentuk organ-organ seks juga akan ditapis, kecuali apabila ia melibatkan aktiviti sukan.

Walaupun larangan menyeluruh pada unsur-unsur tertentu dalam rancangan televisyen free-to-air atau berbayar, beberapa peraturan tidak tertakluk bagi program hiburan Melayu, Cina, India, dan Inggeris.

Sebagai contoh, pada 'Perilaku Kurang Sopan' (Kelakuan yang tidak sesuai) elemen dalam rancangan, perbuatan berbaring atau bersandar di pangkuan kekasih akan ditapis dalam rancangan Melayu manakala tiada sekatan yang dikenakan untuk rancangan dalam bahasa lain.

Penggunaan senjata 'berlebihan' seperti senjata api atau senjata tajam yang digunakan untuk melakukan perbuatan pembunuhan juga akan ditapis.

Tapisan juga digunakan untuk penggunaan senjata api atau benda-benda tajam seperti pisau yang digunakan untuk mengancam mangsa dalam plot.

Mendatangkan kecederaan fizikal ke atas wanita dan kanak-kanak juga akan dipotong, dan yang sama digunakan untuk adegan yang menunjukkan penderaan haiwan.

Adapun kata-kata yang menghina dalam dialog, 'Anjing' (anjing), 'Babi' (babi), dan 'pelacur' (pelacur) adalah antara yang diharamkan dan dikategorikan sebagai penghinaan 'berat'.

Yang menghairankan, perkataan 'Beruk Mak Yeh', yang menggambarkan watak beruk lucu dalam komik Melayu Ujang, juga ditambah kepada senarai perkataan yang ditapis.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'cunnilingus' dan fellatio akan ditapis, antara lain perkataan 'sumbang'.
Mana-mana kejadian yang menunjukkan interaksi di antara manusia dan roh-roh atau jin yang hadir secara fizikal akan dipotong untuk rancangan Melayu. Arahan tersebut dikecualikan di rancangan dalam bahasa lain.

Walau bagaimanapun, lakonan upacara 'bomoh' seperti jampi tidak akan dipotong dengan syarat mereka tidak bercampur dengan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Lakonan yang menunjukkan 'ajaran sesat' tanpa apa-apa bentuk hukuman juga akan diharamkan.

Semalam, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menggariskan pekeliling 'Panduan Khusus Penapisan Filem Stesen Televisyen' tempatan berkuat kuasa mulai 15 Jun 2015.

Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata pekeliling ini dibuat bertujuan memberikan panduan kepada pihak stesen televisyen yang terlibat dalam proses penapisan filem bagi filem keluaran tempatan yang bakal ditayangkan.

Abdul Halim berkata, bagi stesen televisyen saluran linear, LPF menggunakan kaedah tapis halus dan aspek utama yang digunakan sebagai asas penapisan seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasusilaan.

UMNO di bawah Najib semakin tidak bertoleransi – Anwar Ibrahim

Posted: 15 Sep 2015 07:35 PM PDT

 
UMNO memperalatkan agama dan kaum untuk kekal relevan di samping menyalahguna undang-undang untuk mendiamkan pengkritik. 


najib,anwar


PETALING JAYA: UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tidak bertoleransi dan tidak bertanggungjawab dengan memperalatkan isu perkauman dan keagamaan untuk kekal relevan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, taktik memburuk-burukkan pimpinan pembangkang mirip sifat pemerintah autoritarian.

"UMNO dan pimpinannya perlu berani berdepan dengan pembangkang dan masyarakat sivil melalui perbahasan yang sihat dan berasaskan logik," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Komunikasi PKR.

Anwar berkata, ketidakberanian itu dicerminkan menerusi tindak-tanduk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sering menggunakan undang-undang menindas seperti Seksyen 124B Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk mendiamkan pengkritik.

"Undang-undang mesti diguna untuk melindungi masyarakat bukan untuk menggertak dan menakut-nakutkan rakyat," kata Anwar.

Beliau turut mengecam tindakan beberapa anggota UMNO yang terlibat dalam kejadian pembakaran patung yang menyerupai pimpinan DAP dan menyifatkan ia tindakan yang memalukan lagi tidak beradab selain mempunyai elemen perkauman.

Zein Isma gelar Tun M lidah bercabang

Posted: 15 Sep 2015 07:33 PM PDT

 
Beliau menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca berlakunya kecelaruan politik di negara ini apabila sering menyerang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau


zein-isma-ismail_mahathir_600


PETALING JAYA: Perhimpunan Baju Merah tidak seteruk seperti yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail menempelak bekas Perdana Menteri dengan menyifatkan beliau sebagai lidah bercabang.

Ketika dihubungi FMT, Zein mempersoal tindakan Mahathir yang turut serta bersama peserta Bersih 4.0 bulan lalu, sedangkan sewaktu pentadbirannya dia menentang cara itu.

"Tanya Tun Mahathir apa dia cakap ini. Tun Mahathir ini lidah bercabang, masa dia memerintah eloklah dia. Dia juga menghalang sebarang perhimpunan jalanan.

"Kalau iapun nak menyokong pembangkang, dia tidak boleh menggunakan perhimpunan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Menurut Zein lagi, apa yang dilakukan orang Melayu pada 16 September bukan kerana dendam terhadap bangsa lain yang menyertai Bersih 4.0, sebaliknya mengajak orang Melayu bersatu untuk mempertahankan hak mereka.

Beliau juga menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca berlakunya kecelaruan politik di negara ini apabila sering menyerang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau.

"Yang menjadi penyebab berlakukan kecelaruan politik negara kita adalah Tun Mahathir.

"Berapa banyak pemimpin yang diserang Tun Mahathir iaitu, Tun Razak, Tun Hussein,Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib," katanya.

Kren tumbang: Fenomena alam atau pesan Tuhan

Posted: 15 Sep 2015 07:32 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Setiap ketetapan dan ketentuan segala yang terjadi itu daripada Allah SWT. Tapi tidakkah ia juga membawa maksud Allah SWT sedang menyampaikan pesanan kepada kita?
 
 
 
mecca_cranecrash

Oleh Zain Afzan


Dalam era peradaban manusia moden, setiap apa yang berlaku dikaitkan dengan "sains". Malah dalam rumpun ilmu yang cukup meluas, fenomena alam semula jadi yang memberi kesan kepada persekitaran (termasuk manusia) juga diperjelaskan dalam "sains".

Di sekolah kita diajar dengan terma "hipotesis" atau jawapan sementara terhadap kesimpulan awal penelitian. Begitupun, kita tidak didedahkan mengenai ilmu sains hanya mampu merungkai kemungkinan, tetapi bukan kepastian. Hal yang demikian, ramai beranggapan "sains adalah suatu kehidupan".

Mengambil contoh terbaharu, kejadian sebuah kren di Masjidil Haram, Mekah yang tumbang pada petang Jumaat (11 September 2015) telah meragut 107 nyawa dan mencederakan 238 jemaah. Daripada apa yang kita maklum dan diajar dalam ilmu sains, kejadian sebegini disebabkan fenomena alam seperti ribut dan petir.

Sains bukan jawapan untuk segala kejadian

Pernahkah kita terfikir, Islam mengajar kita tentang perhubungan dengan Allah SWT (Tuhan pemilik sekian alam), manusia, haiwan dan segala yang terkandung di atas bumi Allah ini? Jadi adakah kejadian yang meragut ratusan nyawa itu hanya sekadar disebabkan fenomena alam?

Benar, setiap ketetapan dan ketentuan segala yang terjadi itu daripada Allah SWT. Tapi tidakkah ia juga membawa maksud Allah SWT sedang menyampaikan pesanan kepada kita?

Kren yang tumbang itu difahamkan untuk digunakan bagi kerja–kerja pembesaran Masjidil Haram (ketika ini dalam fasa akhir) bagi menampung sejumlah besar jumlah jemaah Haji di seluruh dunia pada satu-satu ketika. Begitu pun, dengan rekaan model yang lebih "kontemporari" projek bernilai berbilion-bilion ringgit itu sebenarnya telah memusnahkan struktur peninggalan sejarah lama Islam tanpa memikirkan langsung kesannya.

Pembangunan Kota Mekah (termasuk Masjidil Haram) sepatutnya dibawah tanggungjawab semua umat Islam, dan bukannya hak mutlak sesuatu pihak seperti kerajaan Arab Saudi. Meskipun mereka (keturunan Raja Saud) digelar "Penjaga Dua Masjid Utama", perlu diingat mereka bukannya "Tuan Punya."

Disebabkan mereka berlagak seperti "Tuan Punya" dan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata, seluruh umat Islam yang menunaikan rukun Islam kelima itu tidak terlepas daripada menanggung bebanannya. Kos mengerjakan haji kini melambung tinggi.

Biaya mengerjakan Haji kini mahal!

Bagi yang pernah menginjak kaki ke kota suci itu, ramai sedia maklum pembangunan yang dijalankan hanya lebih menumpukan kepada keperluan golongan atasan. Daripada tempat penginapan hinggalah tempat makan, ada yang mengenakan caj-caj mahal.

Nilai hartanah di Kota Mekah melonjak lebih 20 kali ganda berbanding 10 tahun lepas. Malah, ada laporan mendakwa nilai hartanah di kawasan yang terbabit dengan projek-projek pembesaran Masjidil Haram adalah antara termahal di dunia!

Hotel berbintang-bintang berjenama antArabangsa (termasuk Yahudi) dengan kadar menginap mencecah ribuan ringgit semalaman, selain pakej Haji yang adakala mencecah ratusan ribu ringgit hanyalah sebagai pengkomersilan melampau di kota suci Mekah.

Komersil? Ya pembangunan yang dirancang dan sedang rancak dilakukan adalah bersifat komersil. Bagi mencegah perbuatan–perbuatan bida'ah, struktur binaan peninggalan sejarah Islam seperti rumah nabi, makam isteri–isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan. Dan digantikan dengan sesuatu yang lebih bersifat komersil seperti Starbucks dan Mc Donalds! Adakah ini bentuk pembangunan "komersil" yang dijalankan di kota suci Mekah?

Seperkara lagi, Raffles Makkah Palace yang terletak berhampiran Masjidil Haram dan Menara Hotel Jam Diraja Mekah dibina, apakah keperluannya? Bukankah ia hanya mengalihkan tumpuan yang sepatutnya beribadah dan melihat Ka'abah?

Ibadah Haji atau Ziarah Haji

Ka'abah sebagai kiblat untuk umat Islam di seluruh pelosok dunia untuk beribadah. Pun begitu, pengkomersilan kota Mekah akhirnya sedikit demi sedikit mengalihkan tumpuan umat Islam daripada apa yang sepatutnya dikerjakan.

Di kalangan jemaah haji, ibadah haji kini lebih menjurus kepada ziarah haji. Daripada tempat beribadah kini kota suci Mekah berubah menjadi pusat komersil ibadah. Justeru – tidak hairan umat Islam yang sepatutnya sudah "mampu" menunaikan rukun haji Islam itu, kini perlu lebih gigih bekerja untuk mendapat sebanyak mungkin wang untuk pergi ke Mekah!

Satu pendapat yang boleh kita raikan mengenai pembangunan kota Mekah lebih kepada menunjukkan kepada kita tanda-tanda kiamat kecil. Pengembala kambing di gurun–gurun (dahulunya) berlumba–lumba membina bangunan pencakar langit (untuk menunjukkan kekayaan).

Petanda ini jelas tercermin dengan sikap masyarakat Arab yang lebih bermegah–megah dengan kemewahan yang mereka punya. Pembangunan yang dilakukan tidak dilihat sebagai satu keperluan, tetapi lebih kepada kehendak untuk menunjuk-nunjuk kekayaan yang akhirnya menodai tempat suci bagi seluruh umat Islam itu.

Bagaimana nasib pelarian Syria?

Satu pendapat lain, juga sebenarnya kecaman dari Barat, sekali pun punya kemewahan yang melimpah ruah, Arab Saudi sepatutnya perlu terkehadapan menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukan seperti pelarian Syria yang berbondong-bondong meninggalkan negara mereka itu.

Dalam kebanyakkan laporan antArabangsa menyebut peningkatan ketara pelarian Syria yang memasuki Eropah berbanding negara-negara Arab tidak diberi perhatian. Arab Saudi bagaimanapun menafikan perkara itu dengan secara diam menerima jutaan pelarian Syria sejak pergolakan tercetus.

Persolannya, kenapa Arab Saudi perlu melakukannya secara diam? Kan lebih baik jika memberitahu dunia (seperti memberitahu dunia tentang kemewahan mereka) bahawa negara Islam lain sudi menerima pelarian yang juga seagama Islam dengan kita?

Masyarakat Arab daripada dahulu sememangnya dikenali sebagai sombong dan bongkak. Daripada krisis Palestin, mereka hanya berdiam diri dan tanpa mempedulikan nasib mangsa pelarian. Berbalik kepada perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap pelarian sepatutnya diberi hak kerakyatan sementara. Namun sikap pentingkan diri sebahagian negara Arab teluk menafikan hal yang demikian.

Dengan kemewahan yang ada, sepatutnya Arab Saudi perlu mendahului barisan untuk bertindak mengerahkan ketenteraan ke Syria bagi melindungi penduduk Islam. Hakikatnya, disebabkan sifat sombong, bongkak dan pentingkan diri, negara dibawah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) itu terus berdiam diri.

Dan disebabkan sifat dan perangai itu, kejadian seperti kren tumbang yang berlaku lewat beberapa hari ini hanya dilihat sebagai berpunca daripada fenomena alam, dan bukannya sebagai satu pesanan dari Allah S.W.T, Tuhan Pemilik sekian alam.

(*) Zain Afzan adalah pembaca FMT

Hukum melaga-lagakan pipi dengan bukan muhrim, haram – Mufti Selangor

Posted: 15 Sep 2015 07:11 PM PDT

 
Katanya, walaupun ada sesetengah pihak mengatakan perbuatan itu sebagai adat, namun jika melanggar syarak, ia tetap salah.


tamyes


PETALING JAYA: Hukum melaga-lagakan pipi dengan bukan muhrim adalah haram mengikut Mazhab Shafiie.

Mengulas mengenainya, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum itu turut merangkumi mana-mana anggota kelurga yang batal air sembahyang, termasuk anak-menantu,ipar-duai, besan, biras dan sebagainya.

"Tidak kiralah melaga-lagakan pipi, salam atau memegang tangan antara dengan bukan muhrim tetap dihukum haram walaupun dia adik iparnya sendiri.

"Ini kerana sekiranya adik iparnya itu bukan sejenis dan perbuatan itu boleh membatalkan wuduk seseorang, perbuatan itu dihukum haram dan melanggar syarak.

"Wajib seseorang itu tidak melakukan perbuatan seperti itu," katanya ketika dihubungi FMT.

Sehubungan itu, Mohd Tamyes menasihatkan agar perbuatan seperti itu ditinggalkan dan wajib seseorang itu sentiasa berwaspada dalam menjaga adab-adab dan tatasusila antara sesama Islam.

Katanya, walaupun ada sesetengah pihak mengatakan perbuatan itu sebagai adat, namun jika melanggar syarak, ia tetap salah.

"Sebagai orang Islam, kita kenalah menjaga tata susila hubungan antara mahram dan bukan mahram.
"Islam itu cantik dan kita perlulah menjaganya dengan sebaik-baiknya," katanya.

Kenyataan itu dibuat dengan merujuk rakaman video isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melaga-lagakan pipinya dengan adik iparnya, Datuk Mohd Nazim Tun Razak dimuat naik di laman sosial.

Bagaimanapun, Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan apa yang dilakukan majikannya sekadar berlaga pipi dan ia hanya adat menghormati perkahwinan pasangan Nazim dan Norjuma Habib Mohamed.

Bahkan dia menjelaskan ia visual lama, yang telah dirakam 15 tahun lalu.

'Pas kaji kerjasama dengan PKR’

Posted: 15 Sep 2015 06:57 PM PDT


Abdul Hadi Awang
Hadi Awang


MARANG - Sejarah pilihan raya umum 1990 dan 1995 mungkin berulang apabila Pas menegaskan tidak akan menyertai mana-mana pakatan pembangkang baharu, namun kaji untuk bekerjasama dengan PKR.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan Pas terus bergerak sebagai pembangkang walaupun perlu bergerak sendirian, namun tidak akan bergabung dengan DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

"Parti baharu (Parti Kerja Malaysia) tidak.. DAP (juga) tidak.. tetapi dengan PKR, Pas kaji dari masa ke masa melalui kerjasama di Selangor dan di tempat lain," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian selepas melawat ke rumah mangsa ribut di Bukit Gasing, Marang. Dalam kejadian tersebut, sebanyak 40 rumah mengalami kerosakan atap apabila dilanda ribut lebih kurang jam 6.30 petang kelmarin.

Beliau juga menyifatkan bahawa gabungan pembangkang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda untuk memartabatkan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

"Konsep kita (Pas), mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam," katanya.

Mengikut rekod sebelum ini, pada pilihan raya 1990 dan 1995, dua pakatan pembangkang dibentuk untuk menghadapi BN. Pas bersama Semangat 46, Hamim, Berjasa dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Manakala Semangat 46 bersama DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan IPF telah membentuk Gagasan Rakyat. Namun kedua-dua pakatan itu terpaksa dibubarkan pada 1996 susulan pembubaran Semangat 46.

Berkemungkinan PKR juga akan main peranan sama dengan Semangat 46 dan akan bergabung dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya akan datang, namun keputusannya masih dalam kajian dan pertimbangan presiden parti Islam itu. 

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu itu namun kenyataan berbeza diberikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas menolak penyertaan Pas.


Lima jenazah jemaah Malaysia selamat dikebumikan

Posted: 15 Sep 2015 06:55 PM PDT

SINAR HARIAN



kren runtuh


MAKKAH - Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lepas, selamat dikebumi selepas solat subuh, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata semua jenazah yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat subuh tadi.

"Semua jenazah dikebumikan di syara'ik di Tanah Haram ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sebelum ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti  Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Beliau berkata pihak Tabung Haji menerusi kerjasama dengan Muassasah Asia Tenggara masih berusaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang dalam tragedi kren tumbang itu.

Jamil Khir berkata, pihak TH juga masih dalam proses membuat pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem dalam usaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia terbabit.

Bagaimanapun usaha mencari mereka di tempat-tempat lain seperti di sekitar Masjidil Haram, hotel dan hospital di sekitar Makkah, masih diteruskan.

Dua jemaah haji yang masih hilang dalam kejadian yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

Jamil Khir bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Arab Saudi semalam dalam tugasannya untuk memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang berjalan lancar, selain memberikan sokongan moral kepada jemaah haji lain.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Zainol Rahim Zainuddin.

Sementara itu, isteri kepada Shahidan, Maziatunazwa Bindi@Ibrahim, 46, berkata kali terakhir mereka bertemu ialah pada Jumaat lepas di maktab 89, di bangunan  Abraj Al-Janadriah, selepas suaminya pulang dari mengerjakan solat Jumaat.

"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram...saya reda dengan apa jua ketentuan Illahi," kata surirumah kepada pembantu makmal itu.

Sementara itu, rakan sebilik kepada Shahidan dan Abdul Habib iaitu Mohd Zainol Ramli, 54, berkata pada hari kejadian beliau tidak bersama mereka untuk ke masjid kerana berjanji pergi ke Masjidil Haram bersama isterinya.

"Pak Long (panggilan kepada Abdul Habib) juga rakan sekampung saja di Sik, Kedah, kami datang dengan penerbangan sama KT7 pada 17 Sept lepas. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan satu bilik di Abraj Al-Janadriah ini.
  
"Kami jadi rapat sejak berada di sini, sejak dari Madinah lagi. Kami (Mohd Zainol, Shahidan dan Pak Long) sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya. - Bernama

Ada wakil rakyat parti lain mahu sertai Pas?

Posted: 15 Sep 2015 06:50 PM PDT

Pas


KUALA LUMPUR -  "Saya tidak mahu dedah lagi tetapi benda itu tidak mustahil, bila sampai masa kita akan dedah," demikian respon Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditanya tentang dakwaan adanya wakil rakyat parti tertentu yang akan menyertai Pas.

Mohd Khairuddin berkata, walaupun pada prinsipnya Pas sama sekali tidak akan menarik ahli mahupun wakil rakyat parti lain untuk menyertai parti itu, namun jika lawan pula berbuat sebaliknya, semua perkara boleh berlaku.

‎ "Prinsip kita adalah tidak mencuri ahli.... kalau kawan kita ikhlas nak berkawan dengan kita kawan dengan baik, jangan curi ahli kita,  jangan pancing ahli kita sebab kalau ia bermula... kita boleh usahakan pancing kawan lain jugak," ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR berkata, Pas bersikap terbuka dengan tindakan ahli, pemimpin dan wakil rakyat mereka yang meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Namun pada masa sama, katanya, untuk berlaku adil Pas perlu diberi kebenaran menerima mana-mana wakil rakyat daripada parti lain.

"Wakil rakyat Pas boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan Pas.

"Maka saya rasa untuk berlaku adil kepada Pas, kami boleh menerima menerima mana-mana wakil parti lain untuk menyertai Pas", katanya ketika ditemui media di Kongres Rakyat di Shah Alam baru-baru ini.


Tiada ulasan: