Rabu, 16 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa ancaman? Saya tidak tahu...Ku Li tanya Himpunan baju Merah

Posted: 16 Sep 2015 03:00 AM PDT

Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hairan dengan perhimpunan penunjuk perasaan 'hari ini, yang sepatutnya diadakan untuk menyatukan masyarakat Melayu terhadap ancaman dengan berkata dia masih kabur dengan sifat ancaman ini.

 Ahli Parlimen Gua Musang berkata masyarakat Melayu memegang jawatan kanan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam.

 "Kami mempunyai kerajaan yang diketuai oleh Melayu, kita mempunyai kerajaan-kerajaan negeri yang diketuai oleh orang Melayu dengan pengecualian satu di Pulau Pinang, perkhidmatan awam adalah semua orang Melayu, polis, tentera, dan raja-raja yang semua orang Melayu, jadi saya tidak tahu dari mana ancaman yang datang.

 "Ia dianggap ancaman, apa ancaman (yang mereka rujuk) Saya tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan mengenai perpaduan kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini. Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata perhimpunan itu perlu diadakan secara aman dan harus menghantar mesej bahawa perpaduan adalah elemen penting dalam pembangunan Malaysia.

 "Malaysia memerlukan perpaduan supaya kita boleh berjaya."

 Perhimpunan "Himpunan Rakyat Bersatu"  ini dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Persatuan Silat (Pesaka) untuk menangani  perhimpunan Bersih 4 bulan lalu, di mana majoriti peserta terdiri daripada bukan Melayu.

 Selepas pada mulanya mengisytiharkan ia menyalahi undang-undang, polis kini telah membenarkan perhimpunan tersebut, selepas pihak penganjur mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan itu.

 Perhimpunan itu telah dikritik oleh parti pembangkang, kumpulan masyarakat sivil, serta bekas pemimpin kerajaan ternama seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri perdagangan antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz. 

 Pengkritik berkata perhimpunan yang dijalankan bersifat perkauman , berdasarkan komen oleh pihak penganjur dan poster sebelum ini menyeru untuk dominasi Melayu. - September 16, 2015. - themalaysianinsider

Oh! Ini rupanya doktor tentera itu....

Posted: 15 Sep 2015 11:51 PM PDT

Seorang doktor tentera telah membawa polis ke kawasan paya USJ 1, Subang Jaya, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang. 

Doktor tersebut merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan mendiang Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang dilaporkan hilang sebelum ini.

 Mayat Morais ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram, 12 hari selepas kehilangannya.

 Akhbar Kosmo pernah menyiarkan kes seorang doktor berpangkat Kolonel yang berkhidmat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju yang didakwa melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.

Berikut berita melalui rakaman SPRM:


Alangkah baiknya jika Himpunan 60 Ribu digembeling untuk membantu mangsa banjir Kelantan

Posted: 15 Sep 2015 09:00 PM PDT

Apa benda yang mengarut  ni Nik Abduh? Nak menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada PAS, maka perlu melancarkan "Himpunan 60 Ribu"  ?

Himpunan (H60K) itu akan berlangsung pada 17 Oktober di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Yang paling mengarut lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

 "Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya di sini

Kalau benar PAS mahu menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada PAS, saya rasa PAS perlu membuktikan komitmennya dalam membantu rakyat terutamanya rakyat Kelantan yang masih ramai tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sebagaimana janji-janji PAS kepada mereka untuk menyediakan kediaman yang sempurna menjelang Ramadhan yang lalu.

Adalah lebih berfaedah damn bermakna sekiranya PAS menghimpunkan 60 ribu ahlinya itu untuk bergotong royong membantu mangsa banjir Kelantan.

Alangkah mulianya sekiranya pendakwah selebriti Azhar Idrus menyumbang envelop tebal yang diterimanya pada setiap kali penganjuran ceramahnya disumbangkan kepada tabung mangsa banjir Kelantan.

Apa sumbangan sebenar Nik Abduh kepada mangsa banjir Kelantan selama ini?

PKR nak pilih PAS parti nak tunaikan amanah atau nak pilih parti AMANAH?

Posted: 15 Sep 2015 03:30 PM PDT

PKR nak pilih PAS parti nak tunaikan amanah atau
nak pilih parti AMANAH?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

 Dalam perjuangan Islam, katanya, pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan. 


Hj Hadi berkata demikian merujuk kepada beberapa pemimpin progresif yang meninggalkan PAS untuk menubuhkan Amanah pada Julai lalu. 

Malah dengan bongkak dan sombongnya Hj Hadi mengisytiharkan bahawa parti Islam itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu kerana PAS "cukup kuat" untuk bertindak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang. 

Tapi disebalik itu, PAS sebenarnya adalah dalam keadaan yang cemas dan berkecamuk apabila ramai ahlinya diserata negara keluar parti untuk bersama parti baru AMANAH.

Lantaran itu, PAS cuba untuk membaik pulih semangat ahli parti itu dengan dengan dakwaan kononnya 5,6 ribu keahlian baru berbondong-bondong diterima masuk PAS sejak parti baru ditubuhkan. 

Malah, PAS menganjurkan perhimpunan untuk membuktikan (kepada siapa?) betapa masih ramai ahli PAS yang beristiqamah hingga kemenangan....??

Selain itu, ditimbulkan isu bai'ah talak takliq ahli Parlimen Kuala Krai (Dr Mohd Hatta Ramli) menyertai Amanah.... 

Menyedari masih ramai yang akan keluar parti, PAS telah cuba membendungnya dengan melancarkan kempen bai'ah baru. Sejauh manakah PAS mampu menutup pintu untuk ahlinya keluar dari parti tersebut masih menjadi pertanyaan.

Melalui kempen bai'ah tersebut, PAS mendakwa bahawa hanya parti itu sahaja yang memperjuangkan Islam. Maka jika seseorang keluar dari parti itu, maknanya orang itu lari dari perjuangan Islam??

Dengan erti kata lain, mana-mana orang yang tidak bersama parti itu, maka dia tidak memperjuangkan Islam?? Korang fikirlah sendiri....

Tiba-tiba setelah bermegah dengan segala dakwaan tersebut, bahawa PAS kuat dengan bersendirian, PAS satu-satunya parti memperjuangkan Islam, kini PAS melutut belas ihsan dari parti yang paling dimusuhinya - DAP dan AMANAH!

PAS merayu supaya diterima semula untuk bersama-sama ke dalam Pakatan Rakyat 2.0!

Bukankah sebelum ini PAS telah mengistiharkan akan lawan DAP PRU-14 nanti setelah mengambil tindakan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP melalui muktamar ke-61nya yg lalu? 

PAS telah berjanji kepada DHPP, akan melantik mereka menjadi calon ditempat DAP bertanding nanti.Apakah PAS sanggup mengecewakan harapan DHPP yang telah berharap sangat untuk menjadi calon pada PRU 14 nanti? 

PAS juga telah mengisytiharkan akan lawan AMANAH.....

 Adalah malang sekali bila PKR masih menaruh kepercayaan terhadap PAS untuk bersama dalam Pakatan baru memandangkan rekod buruk PAS selama bertahaluf siyasi sebelum ini.

Kalau PAS diterima bersama PR 2.0, dimana pula AMANAH akan bertanding? Hahaha! 

PKR ni jangan cari masalahlah... cukuplah dengan masalah yang telah dilalui sebelum ini bersama PAS terutamanya dalam isu MB Selangor dulu.

 PR 2.0 tanpa PAS adalah mantap dan memudahkan kerja untuk berdepan dengan Umno/BN.PKR jangan dipatuk ular yang sama dilubang yang sama berkali-kali.Itu bodoh namanya!

 PAS mungkin mahu mengambil kesempatan ini sebagai senjata untuk mengugut Umno berhubung rang undang-undang hudud Kelantan yang masih belum dapat laluan untuk dibawa ke parlimen.

PKR sepatutnya menerima AMANAH sebagai menggantikan ruang yang telah ditinggalkan oleh PAS. Jangan kesalahan yang lepas diulang semula. Cukuplah dijadikan pelajaran untuk meneruskan  langkah seterusnya ke Putra Jaya tanpa PAS!

Tiada ulasan: