Komentar Kini |
Dr. Asyraf Wajdi sudah dihantar ke kelantan Posted: 12 Aug 2015 05:05 PM PDT Kata Haji Subky Latif seorang anak muda berpelajaran tinggi Islam dan berbakat iaitu Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dikatakan seorang tokoh yang belum dikerenahkan. Ulas Subky lagi, Dia belum dikerenahkan dalam politik UMNO Kelantan tetapi dia sedang dipupuk dan dilatih di Kuala Lumpur dipercayai akan dihantar pulang ke negeri siti wan kembang menjelang PRU 14 nanti. Setahu penulis, Dr Asyraf Warjdi Dasuki ini bekas pensyarah UIAM yang sudah dihantar ke Kelantan dan bertanding di parlimen Tumpat lawan Kamaruddin Jaafar dan kalah. Seorang anak muda yang berpelajaran tinggi Islam dan berbakat ini pernah bertanding untuk merebut jawatan ketua pemuda umno bahagian Tumpat. Malagnya kalah teruk. Yang sangat menyedihkan beliau lawannya itu adalah seorang anak muda yang hanya memiliki sijil pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, sedangkan beliau sudah ada PHD dan bekas pensayarah UIAM. Bakatnya waktu itu masih tidak boleh diterima oleh orang umno bahagian Tumpat. Apatah lagi umno Kelantan yang masih ramai tokoh untuk diangkat menjadi menteri Besar jika BN memang dalam setiap Kali PRU. Mungkin bakatnya setelah dilantik menjadi timbalan menteri dijabatan perdana menteri boleh diterima oleh umno bahagian Tumpat khususnya dan umno Kelantan amnya. Pada hemat penulis, bakat seseorang tidak mudah diterima pakai dalam politik umno jika tidak bermula dengan lebih awal iaitu peringkat bawahan atau kampungan. Apa pun Dr Asyraf Wajdi Dasuki ini bekas ahli akademik yang memang dipandang rendah oleh politik umno sejak dahulu dan selama lamanya Sejarah telah membuktikan ahli akademik memang tidak boleh bertahan lama dalam arena politik. Apatah lagi nak jadi menteri besar Kelantan yang mana masih ramai lagi tokoh tokoh yang berwibawa berbanding Dr Asyraf Wajdi. Menteri besar Perak Dr Zamri Abdul Kadir kelihatan boleh bertahan lagi panjng sikit usianya berbanding dengan lain lain tokoh yang pernah naik dalam arena politik umno. Macam Tan Sri Dr Yusof Noor agak lama bertahan. Manakala lain lain bekas pensyarah kebanyakannya pendek usia belaka dalam politik tanahair. Dr mansor timbalan ketua menteri Pulau pinang juga bekas pensyarah univerisiti Sains Malaysia tak dapat bertahan lama. Malah menjadi isu yang sangat besar setelah menjawat jawatan nombor dua dalam kerajaan TOKONG DAP. Oleh itu nama Dr Abdul Aziz Bari yang disebut Sukby Latif akan diangkat jadi menteri besar Selangor juga suatu nama yang barangkali hanya suatu mimpi siang hari sahaja selepas PRU 14 nanti miskipun DAP dapat memerintah negeri kaya itu. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan