Tukar Tiub |
- MARI BERGONJENG
- HELO APA KHABAR
- BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA
- APA KHABAR JOHAN JAAFAR
- AWAS DAN WASPASA
- PROGRAM MELAWAN ESOK PETANG
- GAME OVER
- SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK
- PASAL APA INI?
- NAJIB JADI BAHAN LAWAK
- 34 JAM KUALA LUMPUR
- JATUH DAN JATUH LAGI
Posted: 12 Aug 2015 06:30 PM PDT JEMPUTAN BERGONJENG Salam anak muda! Ahad ini (16 Ogos 2015), Dapur Jalanan Kuala Lumpurakan mengadakan sambutan hari raya bersama warga miskin kota di Jalan Panggung(belakang Petaling Street), Kuala Lumpur. Kami ingin mengalu-alukan, anak muda semua bangsa, yang berminat untuk membuat apa-apa juga jenis persembahan, dari nyanyian, tarian, bacaan puisi, atau apa juga bakat yang kalian ada, bagi menghiburkan gelandangan, serta memeriahkan sambutan hari raya itu nanti. Jika berminat, hubungi no yang tertera di dalam poster di bawah. Mohon sebarkan! -------------- |
Posted: 12 Aug 2015 06:09 PM PDT |
Posted: 12 Aug 2015 05:30 PM PDT MASUK AKAL Malaysia's deteriorating political situation has driven two once-implacable foes – former Prime Minister Mahathir Mohamad and his onetime rival for UMNO party leadership Tengku Razaleigh Hamzah – together to try to form a unity government to remove current Prime Minister Najib Razak. JENG JENG biar betul kah kah kah kah kah kah ini berita baik BAIK SEKALI -------------- |
Posted: 12 Aug 2015 06:30 AM PDT |
Posted: 12 Aug 2015 06:00 AM PDT Russia and Nato war games increase risk of real clash, report saysRussia and Nato have been conducting increasingly large-scale military exercises to prepare for a possible conflict with each other, but the war games themselves are making a clash more likely, a new report warns.---------------- |
Posted: 12 Aug 2015 02:18 AM PDT ESOK NAJIB RAZAK AKAN TERLEPAS DARI TINDAKAN JIKA RAKYAT BERDIAM DIRI: PENGANJURAN SOLAT HAJAT DAN RAPAT UMUM Saya ingin melahirkan kebimbangan bahawa Najib Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri sekiranya tiada tindakan yang berterusan dari rakyat dan pimpinan masyarakat mendesak beliau mengundur diri. Hari ini, pendedahan Wall Street Journal mengenai dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau telah berlalu lebih sebulan. Pemecatan Muhyiddin Yassin dari kabinet kerana kritikan beliau terhadap 1MDB juga telah berlalu hampir 2 minggu. Saya merasakan bahawa keadaan kembali sejuk seolah-olah perkara-perkara ini akan berlalu begitu sahaja dan rakyat merasakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Najib Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku. Sebab itu, saya ingin mengingatkan rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat tidak kira apa jua latar belakang untuk mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tekanan terhadap Najib Razak untuk berundur. Usaha untuk memastikan skandal-skandal besar tidak sejuk dan berlalu perlu diteruskan dan inisiatif ini perlu dipikul oleh semua pihak. Oleh yang demikian, saya sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu solat hajat dan himpunan rakyat #selamatMalaysia #saveMalaysia #sokongSPRM #supportSPRM bagi memastikan tekanan kepada Najib dizahirkan dalam bentuk terbuka. Aturcara solat hajat dan himpunan rakyat ini adalah seperti berikut: Tarikh : Khamis, 13 Ogos 2015 Masa : 730 malam hingga 11 malam Tempat : Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah 729 malam : Solat Maghrib 750 malam : Bacaan Yassin 841 malam : Solat Isyak 900 malam : Solat Hajat 915 malam : Pidato umum Majlis akan bermula dengan solat hajat yang akan disertai oleh rakyat beragama Islam sebelum disambung dengan himpunan rakyat dan pidato umum untuk rakyat pelbagai kaum bermula jam 915 malam. Pimpinan parti politik yang akan hadir termasuklah YB Lim Kit Siang (Pengerusi Parlimen DAP), DSaifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya KEADILAN), Saudara Mohamad Sabu (Pengerusi GHB), YB Iskandar Abdul Samad (Naib Presiden PAS), YB Tiew Wei Keng (ADUN Teratai), YB Wong Chen (Ahli Parlimen Kelana Jaya), YB Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan ramai lagi. Pimpinan NGO seperti Saudara Amidi Abdul Manan dan pimpinan yang lain juga akan berucap pada malam esok. Saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Najib Razak untuk berundur. Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain dan beliau kekal berkuasa. Saya juga menyeru supaya ahli-ahli Parlimen lain dan tokoh masyarakat yang lain bersama-sama NGO menganjurkan solat hajat #selamatMalaysia #sokongSPRM yang sama ditempat masing-masing setiap minggu sehinggalah Najib Razak meletak jawatan dan satu siasatan bebas disempurnakan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab bersabit skandal-skandal ini ke muka pengadilan. Majlis-majlis solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini jika diteruskan setiap minggu akan membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan BERSIH4 yang akan berlaku hujung bulan ini sebagai salah satu kemuncak rakyat menzahirkan protes terhadap Najib Razak. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN ------------ |
Posted: 12 Aug 2015 12:54 AM PDT |
Posted: 11 Aug 2015 10:08 PM PDT SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK Ketika tulisan ini digarap - Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga Presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli-ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepong oleh perbuatan sendiri. Serangan warga Pagoh minggu lalu keatas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri. Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin. Pekara yang sama telah juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Keluang. Malah suasana lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan. Malah sebuah cawangan United Malaya National Organisation Keluang telah meluluskan ketetapan yang meledakan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi : Siapa beri arahan bunuh Altanytuya? Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara resmi telah membawa resolusi 'Altantuya' ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat degan suami Rosmah. Altantuya mengikut Akuan Bersumpah PI Bala adalah 'Penyedap Najib'. Mengajukan resolusi 'Altantuya' bukan mencari pasal. Cawangan ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampoh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Muhyiddin Yassin. Apakah ' resolusi Altantuya' ini akan sampai ke persidangan agong parti Ketuanan Melayu - kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas pada ketika ini bontot suami Rosmah sedang dibakar. Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah telah juga dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang Johor. MB Johor Khalid Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga Presiden Parti, yang juga Perdana Menteri - TIDAK ada jemputan resmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang. Suami Rosmah mengikut kata Khalid Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo. Ucapan sademikian bukan satu tamparan tetapi jelas sebagai satu tendangan dari Bangsa Johor terhadap suami Rosmah. Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BRIM. Sayangnya ahli parti dalam dewan TIDAK ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya ' nak BRIM lagi atau tidak?' - tetiba ramai yang menjawab 'tidak'. Suami Rosmah yang telah dimalukan dengan Laungan 'tidak ' ini telah cuba 'berpolitik' dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB. Kes syarikat kapalterbang MAS misalnya. Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti kunun. Tetiba terdengar laugan dari dalam dewan ' buka.. buka.bukalah pekong'. Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa menegok air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah telah cabut lari. Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Reports. Tidak ada agenda Yahudi disini. Ini adalah fakta dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti United Malaya National Organisation terhadap Najib Razak. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu. Pemain utama ialah Mahathir Muhamad bekas PM Malaysia. Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut lojik Mahathir jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14. Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidornya. Mahathir Muhamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka malapetaka akan sampai. Mahathir Muhamad sendiri, bersama suami Rosmah dan kuncu-kuncunya pasti akan ditangkap untuk didakwa. Jenayah Mahathir Muhamad ini tidak jauh bezanya dari jenayah yang sedang dilakukan oleh suami Rosmah. Hakikatnya : Mahathir Muhamad mahu suami Rosmah berundur kerana Mahathir mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Dalam strateji perang apa yang dirancang dan dicadang oleh Mahathir ini adalah betul. General yang manai pasti akan kalah perang. Apatah lagi jika General ini takut pada bini. Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB. Pertugas Khas Parlimen dan SPRM telah secara rapi membuat siasatan. Umum mengetahui bahawa tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher suami Rosmah. Beberapa sosok penting yang bersangkutan dalam SRC International ( anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan. Hakikatnya - Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah. Hakikatnya dakwaan pecah amanah keatas Muhamad Najib bin Abdul Razak. Pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan telah masuk ke dalam akaun pribadi Muhamad Najib bin Abdul Razak. Khalas. Period. Jangan silap faham - memang betul ada 2.6 bilion ringgit masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya. Apa yang disediakan sebagai asas bahan dakwaan oleh Peguam Negara ialah duit sebanyak 42 juta ringgit dari Syarikat SRC International - anak syarikat 1MDB. Duit dari SRC telah masuk ke akaun suami Rosmah selewat awal tahun ini - sebelum kenduri kahwin anak Rosmah. Justeru, empat pegawai dari syarikat inilah yang telah lari menghilangkan diri. Dua diantara pegawai SRC International dikhendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah. Sebelum surat dakwaan Peguam Negara sampai ke tangan suami Rosmah , dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan kabinet dilakukan, Jawatan Pertugas Khas Parlimen 'disabotaj' dan SPRM diganggu gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM 'dicutikan' ke Amerika. Dengan sakelip mata suami Rosmah selamat. Apakah betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup? Surat dakwaan keatas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tetiba bocor. Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu. Yang menjadi lawaknya ialah ada pula ahli Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York. Tidak cukup dengan menyerang Yahudi - lembaga SPRM mula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan keatas suami Rosmah dihentikan. Sayang seribu kali sayang - semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah. Face Book, Twiteer, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber. Akhirnya media baru telah berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Najib Razak suami Rosmah tidak boleh lagi di percayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Malaysia sedang menuju ke arah 'negara gagal' jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa. Persepsi ini telah membeku dan menular luas. Laporan berita mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan memperkukuhka lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampong mula bersembang ' kosong' tentang Rosmah dan suaminya. Najib Razak sedar akan bahaya persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak - si Najib ini merayu agar ' pejuang siber' parti Ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan Presiden Parti. Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya akan mengikut 'perangai' ahli dan penyokong pembangkang yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan. Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi saperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari hari akhir semakin dekat. Pada tahap ini - persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber ini telah merebak dan mempengaruhi gulungan perniagaan. Nilai ringgit berbanding dengan dolar semakin susut. Disempadan Siam dan di Kota Jakarta - Pengurup Wang - telah mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merundum. Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak ada pilihan melainkan berundur. Lalu timbul soalan untuk Najib Razak: Najib Razak telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit yang masuk ke akaun pribadinya itu sebenarnya adalah wang derma. Ya ampon ya Maulana - jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan? Ya ampon ya Maulana - jika duit 2.6 bilion ringgit ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal ditendang keluar dari kabinet? (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-92-21-30-45 ------------------------- |
Posted: 11 Aug 2015 09:31 PM PDT MEMUJI Pakcik ni dah tua..banyak dah makan garam...biar pakcik cerita jujur..makhluk ni comel..rambut nya putih mutiara...bibirnya merah dan terkadang dia blush..hidung dia turut merah..jalannya tunduk dan sentiasa tunduk..matanya..wow..matanya redup tanpa prejudis dan sentiasa mengintai fantasi keindahan makanan zahir dan batin...sunggunh berwibawa makhluk ini..walaupun pakcik ISLAM.....pakcik terdetik untuk memuji mahluk ini...tetiba.anak muda bertanya.." Pakcik cerita pasal najib ke pakcik..?"...weii dak ah..pakcik cerita pasal BABI NU....kakkakakakakaka on BUKTI DERMA DARI PUTERA SAUDI Publish | Delete | Spam DIDI KOTA BELUD on 8/10/15 ------------- |
Posted: 11 Aug 2015 09:09 PM PDT KAH KAH KAH Jangan pilih pemimpin yang jadi bahan jenaka – TMJTMJ memuji pendirian Menteri Besar Johor berhubung isu kepimpinan UMNO. PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin daripada mereka yang layak, bijaksana dan telus. Katanya, ia penting supaya kemudian hari, mereka yang dipilih tidak dimalukan sehingga menjadi bahan jenaka. Jelas TMJ lagi, pendirian yang dibuat Pengerusi Badan Perhubungan Badan UMNO Negeri Johor, yang juga Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam menangani isu itu sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin lain. "Janganlah menjadi seperti sesetengah individu yang sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan peribadi. Janganlah juga menjadi seperti sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin, katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook Southern Johor Tigers. Kenyataan itu merujuk kepada pendirian Khaled dalam beberapa isu berkaitan kepimpinan parti termasuk sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang disingkirkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. KAH KAH KAH woit kah kah kah mat mongol jadi bahan lawak kah kah kah ini bukan badut ini ayah kepada segala badut ini raja kepada sang badut mat mongol buat lawak seram' kah kah kah hinggakan ringgit malaysia tergolek ketawa kah kah kah SANG BADUT ----------- |
Posted: 11 Aug 2015 08:38 PM PDT 29 OGOS BERSIH: Berarak sebelum berkhemah di DataranBERSIH menetapkan perhimpunan besar keempat mereka bagi menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya akan berkumpul di lima tempat tumpuan di ibu kota sebelum berarak ke Dataran Merdeka."Orang ramai dicadang berkumpul di lima tempat sebelum bergerak menuju Dataran Merdeka: Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara, Dataran Maybank," kata BERSIH. 34 JAM ------------- |
Posted: 11 Aug 2015 07:58 PM PDT CU@4.10 Ringgit jatuh cecah RM4 sedolar AS pada 9.35 pagiRinggit jatuh mencecah RM4 bagi sedolar AS hari ini, merosot serendah 4.0035 pada jam 9.35 pagi, demikian menurut Bloomberg. Bagaimanapun, ia meningkat sedikit sejurus kemudiannya, dan berlegar pada kira-kira RM3.99 sedolar AS pada jam 9.50 pagi. Ini adalah kejatuhan paling rendah ringgit sejak krisis kewangan Asia pada 1997. CU@4.15 ------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan