Rabu, 12 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RM melemah, kenapa PM membungkam?

Posted: 12 Aug 2015 05:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen pembangkang melihat tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak kena kerana diam seribu bahasa ketika ringgit terus melemah.

Ini memandangkan Najib juga merangkap menteri kewangan.

"Sangat pelik tiada satu pun kenyataannya bahawa dia bimbang berkaitan kejatuhan ringgit," kata wakil rakyat Wong Chen.

Sedangkan, katanya lagi, kedengaran tentang arahan menyiasat Gabebor Bank Negara – tindakan yang menurutnya memburukkan keyakinan kepada negara ini, selain kes 1MDB.

"Semua ini tidak akan beri keyakinan kepada pelabur asing," katanya.

Justeru, kata beliau, Najib harus melepaskan portfolio kewangan yang dipegang kepada anggota kabinet yang lain.




Polis bertindak jika cuba 'jatuhkan kerajaan'

Posted: 12 Aug 2015 05:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak polis akan mengambil tindakan sekiranya perhimpunan BERSIH 4 cuba untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang tidak dibenarkan, kata Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP), Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Beliau mengingatkan badan pemantau pilihan raya itu bahawa walaupun hak untuk berhimpun dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi pelanggaran undang-undang masih boleh berlaku.

"Jika anda mahu menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang tidak dibenarkan, maka anda melakukan kesalahan. Pihak polis terpaksa campur tangan.


"Perhimpunan dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan, itu termasuk di bawah seksyen tertentu undang-undang," katanya kepada pemberita di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas sama ada polis akan membenarkan BERSIH bermalam di Dataran Merdeka. Perhimpunan BERSIH itu dijadual diadakan pada 29-30 Ogos.

Noor Rashid berkata polis tidak akan campur tangan jika perhimpunan itu aman dan tidak menimbulkan masalah kepada orang awam.

"Kalau anda nak buat perhimpunan aman, pihak polis tak ada masalah. Anda buatlah. Satu hari satu malam, dua hari dua malam, tiga hari tiga malam, sebulan malam sebulan, siang pun tak apa. Kita tak ada masalah.

"Tapi anda kena ingat, jika you mula mengganggu orang awam, menghalang orang, keluar kenyataan nak menyakit hati orang, hlang akses kepada orang lain, ini telah menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam, maka polis akan bertindak.

BERSIH telah meminta untuk berjumpa dengan pihak berkuasa melalui surat yang dihantar semalam kepada polis Bukit Aman dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata beliau tidak menerima sebarang surat memaklumkan mengenai perhimpunan itu, tetapi berkata polis akan memanggil pihak penganjur untuk perbincangan.
 
 

Elak Najib digugur punca tangguh pemilihan – Aziz Kaprawi

Posted: 12 Aug 2015 04:16 AM PDT

QURNISHA HAMKA

 

aziz
Aziz menjelaskan, undi tidak percaya tidak boleh dilakukan tanpa tujuan yang kukuh memandangkan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Umno itu sendiri.



KUALA LUMPUR, Pemilihan Agung Umno ditangguhkan dalam tempoh 18 bulan atas alasan bagi mengelakkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak digugurkan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi.


Beliau mengesahkan perkara berkenaan kepada The Rakyat Post ketika diminta mengulas berkenaan desas desus mengadakan undi tidak percaya terhadap Najib dalam Perhimpunan Agung parti itu yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Malah jelasnya, undi tidak percaya tidak boleh dilakukan tanpa tujuan yang kukuh memandangkan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Umno itu sendiri.

"Perlembagaan parti tidak membenarkan itu, kalau boleh dah lama dah jadi. Macam zaman Tun Mahathir dulu, orang kata nak tukar dia, ianya dibuat melalui pemilihan, dan masa itu Tengku Razaleigh lawan dia, tapi tak dapat.

"Kalau nak ubah ianya melalui pemilihan, sebab itu kita putuskan untuk tangguhkan pemilihan. Bagi mengelakkan perkara begini (menjatuhkan Najib) terjadi," katanya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan itu.

Sebelum ini, Ab Aziz adalah antara yang lantang mengkritik mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin setelah digugurkan dari jemaah menteri kabinet.

Malah beliau juga turut mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan selaku Timbalan Presiden Umno setelah berpendapat Ahli Parlimen Pagoh itu tidak sehaluan dengan presiden parti itu.

Ahli Parlimen Seri Gading itu juga mencadangkan agar Muhyiddin dikenakan tindakan tatatertib ekoran mendedahkan perbualan mengenai isu wang RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rani Kulup muncul dalam Super Spontan All Stars

Posted: 12 Aug 2015 04:11 AM PDT

AKMAL HAKIM

 

ayah rani kulup
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhubbah Malaysia (MJMM), Ayahanda Rani Kulup akan tampil dalam rancangan televisyen berunsur komedi tidak lama lagi.



KUALA LUMPUR, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhubbah Malaysia (MJMM) atau lebih popular dengan panggilan Ayahanda Rani Kulup akan tampil dalam rancangan televisyen berunsur komedi tidak lama lagi.

Rani akan muncul sebagai penampilan khas menerusi Super Spontan All Stars musim keempat terbitan 
Astro yang mempamerkan bakat-bakat spontan melalui pelbagai permainan.

Pengurus Saluran Astro Comedy, Bob Azrai berkata bahawa selebriti yang akan dipaparkan menerusi 
beberapa episod dijangka menghidupkan kembali rancangan komedi itu.

"Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini. Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Program yang dijadualkan ke udara pada 28 Ogos akan memaparkan juga tahu nama-nama dalam industri termasuk pelakon terkenal, Uqasha Senrose.

"Apabila kita melihat bahawa Uqasha mampu melaksanakan, kami bertanya kepadanya jika dia mahu mengambil bahagian dan dia berkata ya untuk bersaing pada musim ini," katanya.

Antara nama-nama lain yang akan bertanding dalam  rancangan itu adalah; Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Rancangan yang akan berlangsung selama 10 minggu akan dihoskan oleh Datuk AC Mizal, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh dipilih sebagai pengurus pasukan.

Sementara itu, pelawak berpengalaman Afdlin Shauki dan Amir Raja Lawak akan muncul sebagai hakim untuk pertandingan komik.

Super Spontan All Stars akan ke udara setiap Jumaat jam 10 malam secara eksklusif di Astro Warna, saluran 132 dan Mustika HD (134).

Jika RM2.6 bilion untuk dana politik, selebihnya dimana? – Ahli UMNO

Posted: 12 Aug 2015 04:01 AM PDT

 
Pengakuan Perdana Menteri bahawa RM2.6 bilion adalah dana politik sumbangan penderma telah menimbulkan lebih banyak pertanyaan yang tidak dijawab.


Shahbudin-Husin_najib_600



PETALING JAYA: Sekiranya benar RM2.6 bilion merupakan derma untuk dana politik, dimanakah baki selebihnya?, tanya Penganalisis Politik, Shahbudin Husin.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu berkata, adakah wang RM2.6 bilion untuk sudah habis dibelanjakan atau jika berbaki, kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak masih menyimpan dan tidak segera dipulangkan kepada parti.

Katanya, jika Perdana Menteri meletak jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang akan mewarisi baki wang derma itu.

"Kalau wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan berbelanja yang begitu luar biasa sekali," katanya menerusi blognya.

Shahbudin berkata, derma RM2.6 bilion bukan saja menjadi topik perbualan bahkan mempopularkan Najib di seluruh dunia dalam sekelip mata.

"Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

"Sepertimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini," katanya.

Jangan terkejut jika ada rakaman Dr Mahathir jumpa Clare’

Posted: 12 Aug 2015 03:50 AM PDT

 
Ramesh Rao mendakwa memiliki bukti Tun M mengarahkan Clare untuk memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan.


ramesh-rao_rewcastlrt_mahathir_600



PETALING JAYA: Ramesh Rao memberi amaran supaya rakyat Malaysia tidak terkejut jika ada rakaman suara yang menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Clare Rewcastle-Brown.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu mendakwa, rakaman itu membuktikan bekas
Perdana Menteri bersekongkol dengan pemilik Sarawak Report itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jangan terkejut perjumpaan Dr Mahathir dan Clare ada recoder yang menunjukkan Mahathir arahkan Clare untuk burukkan Najib," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Dia menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang ingatan dan nyanyok kerana menggunakan media asing untuk memburukkan pemimpin dan negara ini.

"Saya nak ulang balik sewaktu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat bila media asing serang Malaysia dia (Dr Mahathir) bidas media asing kononnya Yahudi dan jangan percaya dengan berita.

"…Tetapi hari ini Dr Mahathir upah Clare untuk hentam kerajaan Malaysia dengan menjemput dia (Clare) ke Yayasan kepimpinan Perdana dan pergi ke London berjumpa," katanya.

Ramesh berkata, Dr Mahathir juga sudah 'nyanyok' apabila mengatakan demokrasi di negara ini telah mati di bawah kepemimpinan Najib dan demonstrasi tidak lagi dibenarkan.

"Pada 1998, peserta demonstrasi diterajang macam binatang termasuk saya ketika itu yang menyokong reformasi Anwar.

"Itu semua atas arahan Dr Mahathir tetapi zaman Najib tidak ada seorang pun peserta perhimpunan BERSIH kena belasah macam binatang.

" Sekarang Dr Mahathir pula menghasut (gulingkan Najib dengan demo). Ini tidak boleh.

"Jangan nak menghasut buat demonstrasi jalanan, kenapa nak melawan kuasa Agong, Najib dilantik dengan perkenan Agong bukan dia. Mahathir ni bodoh ke?," katanya.

PEKIDA nasihat pemimpin UMNO yang rosak supaya ‘bertaubat’

Posted: 12 Aug 2015 03:47 AM PDT

 
Disebabkan beberapa pemimpin UMNO yang rosak menjadikan parti itu kucar-kacir dan kelihatan tidak baik.


Syed-Husain_pekida_umno_600_1


KUALA LUMPUR: Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (PEKIDA) menasihatkan ahli UMNO yang 'rosak' kerana tidak lagi mempercayai parti itu supaya 'bertaubat'.

Pengerusi Eksekutif Majlis, Datuk Paduka Ayahanda, Syed Husain Al-Shabab berkata, sekiranya enggan bertaubat, pemimpin UMNO yang telah rosak itu perlu keluar parti.

"Sememangnya dalam UMNO ada dua tiga kerat yang rosak. Golongan inilah yang menjadikan UMNO kucar-kacir dan kelihatan tidak baik," katanya dalam sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Paya di Kampung Baru pada Rabu.

"Yang 'tak cantik' itu pergi 'make up' bagi cantik-cantik sikit. Yang 'sakit' itu pergi hospital untuk cari ubat," katanya menyindir pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang sering mengkritik parti itu.

Dalam masa sama, Syed Husain mencadangkan supaya UMNO meramaikan lagi pemimpin bijak pandai supaya perjuangan lebih mantap dan rakyat lebih yakin.

"Dalam Pakatan Rakyat (PR) ramai golongan bijak pandai, seperti peguam, doktor dan jurutera.

"Sekiranya dalam UMNO mempunyai golongan bijak pandai, pastinya UMNO akan lebih mantap memperjuangkan hak orang Melayu sekali gus mengembalikan keyakinan terhadap parti," katanya.

Kami sudah hilang punca'

Posted: 12 Aug 2015 03:44 AM PDT


'Kami sudah hilang punca'
Zamri (kiri) menunjukkan salinan aduan dan laporan polis yang dibuat bagi mewakili pekerja terlibat dalam masalah tunggakan bayaran gaji minimum, gagal carum KWSP dan lewat bayaran gaji oleh majikan.


KUALA TERENGGANU - Sekumpulan pekerja kontrak pembersihan di sini, kesal kerana gaji mereka tidak dicarum ke dalam KWSP sejak September tahun lalu.

Mereka juga mendakwa gaji bulanan sering dibayar lewat serta tunggakan gaji minimum belum dilunaskan majikan.

Wakil pekerja, Zamri Hashim, 48, berkata, pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berkaitan seperti KWSP, Perkeso, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Suhakam, SPRM dan Biro Pengaduan Awam, bagaimanapun, perkara itu
masih belum nampak tanda ke arah penyelesaian.

"Kami tak dapat sebarang maklumat melainkan dinyatakan telah menerima aduan dan siasatan sedang dijalankan.

"Apa yang menjadi masalah kini, majikan tidak mempunyai alamat tetap sedangkan berdasarkan alamat tender pembersihan sekolah yang diambil sebelum ini mereka beralamat di Jalan Pusara, Kuala Terengganu," katanya.

Kata Zamri, disebabkan majikan tidak mempunyai alamat tetap dan nombor telefon, ia menyukarkan siasatan oleh pihak JTK, dan JTK sendiri meminta supaya pekerja kontrak yang terlibat mencari alamat mereka yang sebenar.

"Kami di pihak pekerja sudah hilang punca kerana tiada alamat majikan, malah penyelia kami sebelum ini juga telah berhenti kerja pada Mac lalu. Sekarang penyelia yang ada diwakilkan kepada penyelia dari zon Manir untuk ke sini," katanya.

Bayaran gaji tertunggak

Zamri berkata, wang gaji mereka juga tidak dimasukkan ke dalam akuan bank, sebaliknya diberikan secara tunai oleh wakil syarikat yang datang dari Kuala Lumpur.

"Sebelum ini mereka juga yang minta kami buka buku akaun bank untuk memudahkan proses urusan gaji," katanya.

Menurutnya, gaji terakhir yang dibayar ialah pada 13 April lalu dan masalah mengenai kelewatan pembayaran gaji ini sering berlaku.

"Biasanya gaji masuk pada tujuh hari bulan setiap bulan, tapi sering lewat malah ada sehingga 25 hari bulan baru kami dapat gaji. Pernah juga gaji kami tertunggak selama dua bulan tanpa sebarang penjelasan.

"Selain itu, gaji tertunggak iaitu gaji minimum pada 2014 pun majikan masih gagal bayar. Sebelum gaji minimum diumumkan, kami hanya terima RM800, selepas diumumkan majikan berjanji akan bayar baki lagi RM100 kepada kami. Namun, hingga kini tiada perkembangan," katanya.

'Kami tak puas hati'

Zamri yang mula bekerja sejak 2013 berkata, di daerah ini sahaja terdapat lebih 50 pekerja yang terlibat di bawah syarikat itu dan mereka semua menerima nasib yang sama dari segi masalah pemberian gaji dan caruman KWSP.

"Ada lapan sekolah di daerah ini yang terlibat dengan kontrak pembersihan antaranya SK Seri Budiman 1, SK Seri Budiman 2, SM Padang Negara, SMA Sultan Zainal Abidin Ladang, SM Seri Budiman dan Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Terengganu," katanya.

Tambahnya, dia agak kesal sekiranya kontrak syarikat tersebut tamat pada 31 Disember ini, sedangkan masalah itu masih belum dapat diselesaikan yang mana melibatkan jumlah pekerja yang ramai bukan sahaja dari daerah ini malah melibatkan sekolah di daerah lain.

"Kontrak syarikat itu selama tiga tahun bermula 1 Januari 2013 dan berakhir hujung tahun ini. Kita tak kisah kalau ada masalah dalaman, cuma kami mahukan pencerahan daripada pihak majikan.

"Kalau beginilah cara kami dilayan, memang kami tak berpuas hati kerana kami juga ada hak sebagai pekerja," katanya.
Katanya lagi, kalau tender yang diambil syarikat itu di bawah JPNT, mengapa pihak jabatan berkenaan sendiri tidak tahu alamat atau nombor telefon pengurus syarikat berkenaan.

"Itu yang kami hairan dan kami mahukan penjelasan daripada pihak yang terlibat.

"Kami tak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi kerana ia melibatkan hak kami sebagai pekerja," katanya.

Masih lagi siasat: JPNT

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja negeri, Mohamad Azhar Ahmad berkata, pihaknya ada menerima aduan oleh wakil pekerja mengenai perkara itu dan ia masih dalam siasatan kerana kegagalan pengadu memberi alamat sahih majikan.

"Pegawai kami telah pergi ke alamat yang diberikan di Jalan Pusara, bagaimanapun, alamat yang diberikan bukan alamat syarikat itu.

"Apa yang menjadi masalah bagi kami sekarang ialah ia didaftarkan atas nama individu dan kami terpaksa menjejaki individu terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JPNT, Shafrudin Ali Hussin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau sedang berada di luar negara dan akan menyemak semula masalah itu sekembalinya di tanah air.


Bajet 2016 tumpu persepsi negatif isu keselamatan

Posted: 12 Aug 2015 03:36 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Johari Abdul Ghani
Datuk Johari Abdul Ghani


PUTRAJAYA - Kerajaan akan memberi perhatian untuk memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap isu keselamatan negara dalam Bajet 2016 akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, ini penting kerana walaupun kadar jenayah semakin menurun, namun persepsi rakyat mengenai keselamatan dan rasa selamat mereka menyatakan sebaliknya.

"Isu pengurusan persepsi ini penting bagi memulihkan keyakinan rakyat dan secara tidak langsung akan memberi pengaruh dan tarikan kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Tumpuan bagi Meningkatkan Keselamatan Awam di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Menurutnya, polis telah berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak lebih 40 peratus sejak tempoh lima tahun lalu namun maklum balas mengenai rasa selamat daripada orang awam telah menurun dari 47.5 peratus pada 2011 kepada 39 peratus pada tahun lepas. 

Katanya antara langkah yang dipertimbangkan untuk meningkat keyakinan rakyat terhadap keselamatan negara adalah meningkatkan lagi kerjasama agensi kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

"Ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan badan bukan kerajaan, rukun tetangga, kesatuan penduduk serta penglibatan institusi keagamaan di pusat-pusat ibadat,", katanya.

Johari berkata, persepsi negatif mengenai keselamatan negara turut disebabkan oleh berita-berita palsu di media sosial yang menyebabkan rakyat merasa takut akan keselamatan diri mereka.

"Soal persepsi mengenai keamanan negara juga terjejas seperti posting di media sosial yang menyatakan ada yang putus tangan kerana pergaduhan, tapi cerita sebenarnya adalah kerana kemalangan," katanya. - Bernama


Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan

Posted: 12 Aug 2015 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun difahamkan pihak atasan memberi arahan supaya jangan memberi reaksi positif, perwakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin berkata, ucapannya yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak masih mendapat tepukan.

"Semasa saya berucap, perwakilan masih tepuk tangan dan saya anggap (ia) positif. Mereka takut (untuk bercakap sendiri). Apabila ada orang yang nak bercakap bagi pihak mereka, ahli Umno ini datang berjumpa saya dan mengucapkan tahniah serta terima kasih," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Anina, beliau mengakui sebelum ini agak lantang menyuarakan pandangan mengenai isu Umno terutama melalui media sosial.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia dipantau.

Sebagai salah seorang perwakilan, saya anggap mereka (pihak atasan Umno) sedia maklum kalau saya datang ke mesyuarat, saya akan bersuara," katanya.

Dalam mesyuarat bahagian itu pada Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina memberikan ucapan keras dengan mendakwa anggota Umno telah ditipu Najib.

Malahan, rakaman video memaparkan ucapan Anina juga tersebar luas di alam maya.

Kata Anina, ada sumber tertentu memberitahunya, ketua-ketua wanita Umno Langkawi diarahkan untuk memberitahu semua perwakilan supaya menahan diri daripada memberikan sokongan apabila beliau berucap.

Tidak boleh ditegur

Wanita berusia 40 tahun itu juga memang menjangkakan arahan seperti itu akan dikeluarkan kepadanya memandangkan sebelum ini beliau lantang bersuara mengkritik kepimpinan Najib.

Kata Anina lagi, mesyuarat Umno bahagian adalah saluran terbaik untuknya melontarkan teguran kepada Najib kerana beliau telah memendam perasaan yang lama.

Kata Anina, dia sedar sebagai ahli Umno, mereka terikat dengan keperluan memberi sokongan penuh kepada presiden walau apa pun yang berlaku.

Mengulas lanjut, Anina berkata, ia bukan perkara sihat untuk parti itu dan seseorang presiden boleh ditegur jika melakukan kesilapan.

LIHAT VIDEO DI SINI


Bagaimanapun, kata Anina, Najib pemimpin yang tidak boleh ditegur kerana tetap mahu mempertahankan kedudukannya selepas dibelenggu dengan kesilapan sendiri.

"Ya, (Najib) tidak boleh ditegur dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Ini dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Dalam konteks beliau diasak dengan pelbagai kesalahan dia sendiri," katanya.

Anina turut turut menolak andaian menjatuhkan Umno sebaliknya menegur Najib yang dilihatnya sebagai menyalahgunakan amanah rakyat yang telah diberikan kepadanya.

"Ramai orang sayang Umno. Saya bercakap juga kerana saya sayangkan Umno, cuma ketika ini keyakinan rakyat terhakis kerana sikap pemimpin yang tidak telus, banyak benda yang tersembunyi, penerangan tidak dibuat dengan betul," katanya. 


'Mahathir dulu jadi PM bagus sangat ke?'

Posted: 12 Aug 2015 03:21 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.

"Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.

"Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup," katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

'Dr M dulu guna ISA'

Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam.

"Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras.

"Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,' ujarnya.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri:

"Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini?

"Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan," jelasnya.

BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.
 

Jet kerajaan akan dijual, minimum RM80.5 juta

Posted: 12 Aug 2015 03:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Kewangan hari ini membuat tawaran penjualan sebuah pesawat eksekutif kerajaan yang telah dilupuskan dengan harga simpanan RM80.5 juta.

Menurut kenyataan tawaran yang diiklankan hari ini, pesawat yang akan dijual itu jenis "Boeing Business Jet 737-700".

Tarikh tutup tender yang terbuka kepada syarikat dan individu ditetapkan pada 2 September depan.

Petender yang berminat mengambil bahagian diwajibkan hadir taklimat tender dan lawatan tapak pada pagi 18 Ogos ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Dokumen itu akan mula dieadar pada 18 Ogos ini dan boleh didapati di Bangunan Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

"Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," menurut kenyataan tawaran itu lagi.


Polis gagal temui cap jari pada dua set barang

Posted: 12 Aug 2015 03:07 AM PDT

SINAR HARIAN


Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
 
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa seorang pegawai forensik polis tidak mengesan sebarang cap jari pada dua set barang yang dirampas dalam Ops Daulat, operasi yang dilancarkan untuk membanteras penceroboh Sulu di Lahad Datu.
 
Asisten Superintendan, Tha Na Sak berkata beliau dan pasukannya memeriksa satu set barang yang dirampas itu pada 29 Mac 2013 dan satu set lagi pada 1 April 2013.
 
"Saya dan pasukan saya mengasingkan barang kes dan menandainya. Saya juga cuba mengambil cap jari daripada barang tertentu, tetapi tidak menemuinya," kata beliau.
 
Pegawai forensik kontinjen polis Johor itu memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.
 
Tha memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya melakukan pemeriksaan terhadap set pertama barang yang dirampas itu di dewan ibu pejabat polis Lahad Datu dan satu set lagi diperiksa di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu.    
 
Beliau berkata ketika menerimanya, barang rampasan itu berisi di dalam plastik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi selepas diproses, plastik itu tidak digunakan semula dan setiap barang berkenaan diisi ke dalam bungkusan forensik polis yang disita.
 
Antara barang itu ialah pakaian, selimut dan telefon bimbit Nokia yang tidak mempunyai bateri dan penutup bateri, katanya.
 
Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
 
Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April, 2013. 
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama
 
 

Darjah kehormat Undang Luak Johol tak diiktiraf

Posted: 12 Aug 2015 03:03 AM PDT

SINAR HARIAN


Mohamad Hasan



SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan tidak mengiktiraf darjah kehormat yang diberikan oleh Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abd. Ghani pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kehormat dan Penghargaan 2015 pada 10 Ogos lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan tersebut adalah tidak selaras dengan Perkara 26 Bab 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berhubung dengan kehormatan dan kebesaran-kebesaran.

"Ini adalah pendirian kerajaan negeri kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan bahawa pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan Cuma boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

"Sehubungan itu, adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan dengan ini tidak mengiktiraf darjah kehormat yang diberikan dalam majlis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, majlis pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan berkenaan diurus dan dilaksana sepenuhnya oleh Balai Undang Luak Johol.

Katanya beliau membuat kenyataan rasmi ini supaya tidak ada orang yang terkeliru dan salah faham.  - Bernama

Perhimpunan Bersih 4.0 dibenarkan bersyarat

Posted: 12 Aug 2015 02:59 AM PDT

SINAR HARIAN


Sebahagian daripada peserta berhimpun di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, petang tadi sebelum di
Sebahagian daripada peserta berhimpun di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, petang tadi sebelum disuraikan oleh polis. - Foto Khiru Shalleh Abdullah


KUALA LUMPUR - 'Perhimpunan Bersih 4.0' yang dijangka diadakan di beberapa lokasi seluruh negara 29 Ogos ini, dibenarkan selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata ia bagaimanapun perlu dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada dan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Sekiranya perhimpunan itu didapati mendatangkan gangguan kepada masyarakat, mengganggu lalu lintas atau diadakan dengan sengaja atas tujuan tertentu seperti menghasut orang ramai untuk jatuhkan kerajaan, kita akan bertindak," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 7/2015 di sini, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur Bersih 3.0 gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman? ]

Akta Perhimpunan Aman 2012 antaranya memperuntukkan bahawa penganjur perlu memberi notis penganjuran kepada polis selewat-lewatnya 10 hari sebelum acara, yang mana denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.

Di bawah akta itu, perhimpunan dilarang diadakan dalam linkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.  - Bernama


Ringgit jatuh mencecah RM4 sedolar hari ini

Posted: 12 Aug 2015 02:52 AM PDT

Ringgit jatuh mencecah RM4 sedolar hari ini
Nilai ringgit mencecah RM4 sedolar AS hari ini.


SHAH ALAM - Nilai matawang Ringgit Malaysia mencecah RM4 sedolar Amerika Syarikat (AS), merosot serendah 4.03 pada jam 1 tengahari tadi.

Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat dan berada dalam lingkungan RM3.98 sedolar AS setakat jam 1.05 tengah hari tadi.

Difahamkan, keadaan turun naik nilai ringgit ini berlaku sejak pagi tadi.

Kejatuhan nilai RM tahun ini adalah paling rendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit ditutup paling rendah sejak 17 tahun]

Khamis lalu,  ringgit jatuh ke paras terendah pada harga RM3.9005/9035 berbanding dolar daripada RM3.8760/8790 pada Rabu.

Ringgit merosot sehingga 0.4 peratus kepada RM3.8935 satu dolar, paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum mata wang itu ditambat pada 3.8000.

Peniaga Mata Wang Capital Advisors, Justin Herling sebelum ini memberitahu, kejatuhan harga minyak serta ekonomi China yang tidak menentu, telah menyumbang kepada penyusutan ringgit.

SEDARLAH NAJIB, PENOLAKAN SUDAH ADA DI MANA-MANA!!

Posted: 11 Aug 2015 04:45 PM PDT

shahbudindotcom.



Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO  serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan unfuk meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi. 

Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara.

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? 

Dahsyat wanita UMNO Langkawi ni...

Wanita UMNO Johor yang juga tidak kurang dahsyatnya...

Pemuda UMNO pun bersuara sama...

Luahan perasaan yang sebenarnya sedang dikongsi majoriti rakyat....

Di sini pun jadi untuk menyampaikan mesej...

Seorang pemuda sedang menyiapkan kain rentang...

Cara ini lagi gempak....

Mesej yang jelas, terang lagi nyata.....

Di perhentian bas pun ada...

Luahan hati orang Johor berikutan pemecatan Muhyiddin...

Salute bro....

Relakslah Mykmu, lawanlah dengan hujah...

Seorang lagi pemilik kereta yang berani, tabiklah....


Rakyat tiada disiplin diri, kerajaan perlu kawal media sosial, kata menteri

Posted: 11 Aug 2015 04:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Putrajaya perlu merangka undang-undang untuk membendung sebaran penipuan di media sosial kerana rakyat Malaysia tidak ada disiplin diri dan sering berkongsi berita palsu, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau bingung dengan hakikat ramai rakyat Malaysia terus menerus menyebarkan berita yang sudah jelas tidak benar.
 
"Itu yang saya tidak faham. Saya sedang cuba untuk faham jiwa rakyat Malaysia. Mengapa walaupun anda tahu cerita itu pelik, anda tahu ia tidak benar, tetapi anda masih mahu menyebarkannya dalam kumpulan Whatsapp dan sebagainya.
 
"Itu sifat semula jadi kita. Jadi jika kita tidak boleh ada disiplin diri, maka kerajaan perlu masuk campur," katanya pada majlis pra pelancaran Kayuhan Hari Malaysia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
 
Rahman bagaimanapun menafikan pengenalan undang-undang untuk mengawal Internet bersifat politik, berkata penyebaran penipuan dan fitnah mengancam keselamatan dan kestabilan negara serta ekonomi.
 
Beliau berkata, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk melindungi Malaysia daripada musnah akibat penipuan di media sosial. 


Penceramah bebas tampil beri penjelasan namun tidak sentuh isu 'DNA lembu'

Posted: 11 Aug 2015 04:32 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Personaliti agama, Fatimah Syarha, yang menjadi 'sasaran' ekoran kenyataan berhubung penggunaan susu lembu menyebabkan bayi membesar menjadi pemarah, tampil memberi penjelasan bagi menyokong hujah beliau yang telah membangkitkan kemarahan orang ramai. 
 
Dalam entri bertajuk 'Susu Yang Berkat MasyaAllah' di blog beliau, Fatimah mengemukakan fakta berhubung perbezaan di antara susu ibu dengan susu lembu/susu formula, membandingkan khasiat masing-masing dengan keperluan bayi manusia.
 
"Islam memang menggalakkan kita memilih makanan yang baik-baik. Susu lembu, kambing, unta dan seumpamanya baik untuk kita yang dewasa ni, maka minumlah. 
 
"Susu formula 'kurang baik' untuk bayi, usahlah dipilih. Antara hikmahnya, ia akan membentuk satu keperibadian yang suka pada perkara baik-baik. Bahkan Nabi kita Muhammad SAW menyediakan minda kita dalam satu hadis sahih, jika kamu minta syurga mintalah syurga Firdaus. 
 
"Nabi mahukan umatnya yang moderate (sederhana) ini sentiasa jadi 'the best ummah'. Sentiasa pilih yang terbaik," tulisnya dalam blog.
 
Bagaimanapun, dalam entri tersebut, Fatimah langsung tidak menyentuh atau menjelaskan kenyataan beliau sebelum ini yang menyebut mengenai DNA lembu yang memasuki badan bayi menerusi susu formula.  
 
Terdahulu dalam rancangan Fiqh Wanita terbitan TV3 Jumaat lalu, Fatimah mendakwa ibu yang memberikan susu lembu akan menjadikan bayi mereka mewarisi sikap lembu membesar menjadi seorang yang pemarah.
 
"Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi.
 
"Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah," katanya berdasarkan sari kata rancangan itu yang viral di Internet dan mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen.
 
Fatimah dalam penjelasannya di blog beliau hanya menerangkan mengenai hikmah pengambilan sesuatu makanan yang akan memberi kesan kepada karakter seseorang.   
 
"Saya menyetujui pandangan guru-guru masyarakat bertauliah itu kerana antara hikmah yang saya percaya, tatkala kita memilih makanan yang baik ia memberi kesan kepada kesihatan dan keperibadian yang baik. 
 
"Jika ada pihak menolak bahawa makanan yang baik ada kesannya kepada keperibadian yang baik, itu hak mereka. Jika ada pihak sukar menerima pendapat bahawa makanan yang kurang baik, ada kesannya kepada keperibadian, itu juga hak mereka. 
 
"Saya hormati. Buat masa ini, pendapat saya berkenaan hal itu belum berubah sehinggalah saya dibentangkan hujah yang lebih meyakinkan," katanya.
 
Manakala di laman komen di bawah entri berkenaan, terdapat netizen yang turut menuntut penjelasan Fatimah mengenai kenyataan beliau berhubung DNA lembu yang langsung tidak disentuh dalam penjelasan berkenaan. 
 
Fatimah dalam pada itu turut menjelaskan bahawa masa program tersebut yang agak terbatas menyukarkan beliau memberi penerangan lengkap dalam masa yang ditetapkan.
 
"Cuba duduk di tempat saya dan bayangkan anda perlu menerangkan segala maklumat panjang lebar ini dalam suasana santai berdurasi 30 minit tidak campur iklan, sms dan sebagainya. Inipun, ada banyak soalan lagi yang tidak dilampirkan di sini," katanya. 
 
"Saya mohon maaf zahir batin andai masih ada yang salah di mata sesiapa. Saya akui, saya cuma manusia biasa. Berpotensi untuk betul atau salah bila-bila masa sahaja. Ambillah mana yang baik. Ia datang dari Allah. Mana yang buruk, tapislah dan timbanglah baru dibuang. Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri," tulis Fatimah.
 
Bagaimanapun melalui posting di laman sosial Facebooknya, Fatimah dilihat menyatakan permohonan maaf namun masih mengharapkan pandangan-pandangan bernas untuk memperbetulkan pendapatnya berhubung perkara itu.
 
 

PAS akan umum penyertaannya dalam BERSIH 4.0 atau tidak - Tuan Ibrahim

Posted: 11 Aug 2015 04:29 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengumumkan dalam masa terdekat berhubung penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini.
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti akan mengeluarkan arahan berkaitan dalam masa terdekat tambahan kedudukan PAS yang tidak lagi menjadi penganjur bersama Bersih.
 
"PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak-anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini. 
 
"Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Kamaruzaman Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. 
 
"Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti," katanya dalam satu kenyataan.
 
Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadaka pada 29 dan 30 Ogos ini di tiga lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
 
Tuan Ibrahim dalam pada itu berkata, dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang ada.
 
Ini disebabkan ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara, katanya.
 
Tambahnya lagi,  PAS akan menghantar wakil parti bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perhimpunan tersebut.
 
"Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut.
 
"PAS konsisten menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi dalam negara ini," katanya.
 
Malah beliau turut memperincikan kebimbangan PAS terhadap penyelewengan dalam pilihan raya.
 
"Antaranya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihan raya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.
 
"Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorandum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif," katanya.
 
 

PAS tak rasa terpinggir, hubungan dengan PKR masih baik -Mahfodz

Posted: 11 Aug 2015 04:28 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS menafikan ia dipinggirkan daripada sebarang program anjuran parti pembangkang sebaliknya ia tidak menyertai program diterajui DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan PAS sememangnya mengambil pendirian untuk tidak menyertai program pembangkang, sekiranya DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) turut serta.
 
"Sebab DAP sudah menolak kita, begitu juga dengan GHB sudah keluar daripada PAS. Yang kita ada dengan pembangkang adalah PKR sahaja. Sebab itulah kita tidak bersama. 
 
"Jikalau yang memanggil kita adalah PKR (sahaja), PAS akan datang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu sebuah portal mendakwa PAS mula 'keseorangan' selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.
 
Malah keputusan PAS untuk tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini juga disebabkan parti itu akan menganjurkan himpunan Bersihnya sendiri.
 
Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.
 
PAS turut didakwa diketepikan dalam sekurang-kurangnya tiga program besar pembangkang seperti mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.
 
Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada.
 
Mengulas hal berkaitan, Mahfodz menegaskan hubungan PAS dan PKR masih berjalan dengan baik apatah lagi dalam mempertahankan kerajaan Selangor.
 
Malah kedua-dua parti berkenaan juga mengadakan mesyuarat baru-baru ini, namun Mahfodz tidak menyatakan apa diperbincangkan kerana tidak hadir di mesyuarat berkenaan.
 
"Pada minggu lepas ada (mesyuarat antara PAS dan PKR). Yang hadir adalah setiausaha agung, timbalan dan naib presiden PAS. Mereka nyatakan (mesyuarat) itu pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 Ogos lepas. 
 
"PAS tidak rasa terpinggir sebab kami sudah biasa bersendirian. Jika semua sudah tidak mahu bersama dengan PAS, maka kita akan bersendirian. Yang penting kita tidak merasa terpinggir," terang Mahfodz.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang diadakan pada Jun lalu menyaksikan parti berkenaan memutuskan hubungan langsung dengan DAP, akibat tekanan dan serangan berterusan dalam beberapa perkara.
 
Malah kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan PAS-DAP-PKR akhirnya terkubur sebagaimana diumumkan pada awal bulan lalu.
 
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh pemimpin progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti baru-baru ini juga merupakan haluan baru dalam pembentukan kerjasama parti-parti pembangkang.
 
 

Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB

Posted: 11 Aug 2015 04:27 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
MELAKA: Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengistiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata, tindakannya keluar daripada PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat.
 
"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baru ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.
 
"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Jauhar, 40, menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka antara 2013 hingga pemilihan PAS tahun ini dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.
 
Beliau merupakan anggota PAS yang pertama di negeri ini yang mengumumkan keluar parti dan menyertai GHB.
 
Pada 4 Ogos lepas, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Adly Zahari mengumumkan telah menyertai GHB dan bertindak sebagai Koordinator GHB Negeri Melaka, bagaimanapun beliau tidak mengisytiharkan keluar PAS.
 
 

Kes simbah asid: Warga emas didakwa

Posted: 11 Aug 2015 04:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


ALOR SETAR: Seorang warga emas berusia 65 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas seorang lelaki menggunakan cecair disyaki asid di Kuala Kedah, dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Taib, 65, yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rusita Md Lazim.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad didakwa dengan niat sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, menggunakan bahan cecair disyaki asid iaitu suatu bahan lecur yang boleh mendatangkan kecederaan parah dan kekal.

Ahmad dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Baru Kuala Kedah, dekat sini, pada 25 Julai 2015, jam 5.15 petang.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tertuduh diwakili peguam, Lim Wei Yong dan prosiding kes dikendalikan Ayu Rohaiza Khazali.

Wei Yong dalam hujahan pembelaannya meminta mahkamah memberi jaminan minimum kepada tertuduh berikutan faktor kesihatan, malah anak guamnya itu juga masih menanggung dua anak yang masih kecil berusia tujuh tahun dan empat tahun.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 September ini untuk sebutan semula kes.

MIC senarai 2,800 cawangan hadapi pemilihan

Posted: 11 Aug 2015 04:23 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA:  MIC sedang memuktamadkan senarai mengandungi lebih 2,800 cawangan sebagai persediaan menghadapi pemilihan parti itu pada 6 September depan, kata pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
 
Beliau berkata, keputusan yang bakal dibuat oleh cawangan-cawangan berkenaan adalah muktamad dan bakal menentukan masa depan parti berusia 68 tahun itu.
 
Katanya, beliau berharap kemelut parti itu akan selesai dalam tempoh dua bulan selepas semua proses pemilihan di peringkat bahagian dan pusat selesai.
 
"Parti akan kembali normal. Kemelut ini hanya sementara dan saya percaya MIC akan pulih dalam tempoh dua bulan," katanya yang juga Menteri Kesihatan kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
 
Pencalonan rasmi bagi jawatan nombor satu parti itu akan diadakan pada 21 Ogos ini dan pemilihan dijalankan pada 6 Sept sekiranya ada calon yang bertanding jawatan itu.
 
Mengulas mengenai pemilihan yang diadakan oleh penyokong bekas presiden parti Datuk Seri G. Palanivel, Dr Subramniam berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) tahu keputusan pemilihan mana yang akan diiktiraf.
 
"RoS tahu mengenai perkara itu. RoS sudah lama ada keputusan pihak mana yang diiktiraf," katanya.
 
Penyokong Palanivel mengadakan pemilihan dua hari lepas di Sentul dengan Palanivel yang juga bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden MIC bagi penggal 2013-2016.
 
Kemelut MIC berpunca daripada perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis lepas yang meminta parti itu mengadakan pemilihan semula.
 
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam surat bertarikh 25 Jun kepada setiausaha agung jawatankuasa kerja pusat (CWC) sementara MIC bagi 2009, A.Sakthivel, menyatakan bahawa secara "ipso facto", Palanivel bukan lagi anggota MIC, dan Dr Subramaniam ditugaskan memangku jawatan presiden

Orang dah tak malu mengaku sokong Pas – Afdlin Shauki

Posted: 11 Aug 2015 04:21 PM PDT


 
 
Selepas Faizal Tahir, Afdlin juga kurang dengan kenyataan KJ yang menyamakan penyokong Liverpool dengan penyokong Pas.


Afdlin-Shauki_cmt_600


PETALING JAYA: Selepas Faizal Tahir, seorang lagi artis tempatan menyuarakan kurang senang dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyamakan penyokong Liverpool dengan penyokong Pas.

cmt_60

Menerusi Instagram, selebriti Afdlin Shauki berkata, dia tahu niat Khairy untuk berseloroh tetapi tidak wajar untuk mengaitkan politik dan sukan kegemaran rakyat.

"Dahlah semua benda sekarang berbaur politik yang sangat merungsingkan rakyat, rasanya ada khutbah jumaat pun macam berbaur politik sekarang.

"Ni bola pun nak kasi panas!! Tak payahla bro….kita memang suka menganjing diantara kita, its part of the game bila kita sokong team bola tapi setelah semua benda dalam timeline aku cerita politik yg merimaskan jgn bola aku pun nak kau politikkan," tulisnya.

Afdlin juga telah memuat naik gambar dengan kapsyen 'Saya memandang serius perkara ini'.

Pelakon dan pengarah itu berkata, rakyat negara ini sudah tidak malu untuk menyatakan sokongan terhadap Pas.

"Lagipun rasanya org tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi di hormati, jangan menang tapi dibenci. YNWA (You Never Walk Alone)," tulisnya. ujarnya.


Tiada ulasan: