Tukar Tiub |
- ISLAM JUMUD
- UCAPAN SAHUR
- LEPAS RAYA TURUN JALAN RAYA
- AKTA BAGINDA QUEEN
- SELAMAT HARI RAYA
- HARAPAN BARU
- BILA MAT NAJIB NAK SAMAN
- ISIS - PECAH DAN PERINTAH
- TWEET SAMA DIA
- SATU SOALAN
- MAT DALAM BERSABDA
- SUARA NIK BEDUL
- SAH - DIBUKTIKAN SUCI
Posted: 15 Jul 2015 06:00 PM PDT |
Posted: 15 Jul 2015 12:19 PM PDT |
Posted: 15 Jul 2015 06:30 AM PDT TiPU PiLIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA TURUN JALAN RAYA SEBELUM PILiHAN RAYA Lepas raya turun ke jalan raya?Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) membayangkan untuk mengadakan sebuah lagi demonstrasi selepas hari raya nanti."Bersempena dengan hari raya Aidilfitri ini, BERSIH 2.0 menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada yang terkasar bahasa dan terlepas kata. "BERSIH 2.0 juga dengan rendah hati berharap agar rakyat Malaysia semuanya bersedia, andainya sekali lagi kita perlu turun ke jalan raya bagi mendesak perubahan di negara tercinta," kata jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam kenyataan medianya. LEPAS RAYA TURUN JALAN RAYA ---------------- |
Posted: 15 Jul 2015 05:30 AM PDT TAK SETUJU tukar tiub tidak bersetuju bersama sesiapa sahaja yang menjunjung kebebasan bersuara pasti juga tidak akan bersetuju papagomo dan ali tinju atau sesiapa sahaja di dakwa dibawah akta hasutan baginda queen1948 ada pelbagai undang undang yang boleh digunakan menggunakan akta hasutan 1948 memperlihatkan bahawa apa yang berlaku di low yat telah menghalalkan akta hasutan apakah ada perancangan untuk memasang bendera salah dalam usaha menyelamatkan najib dan menghalalkan akta banginda queen Papagomo, Ali Tinju, direman dua hari kerana menghasut Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan panggilan Papagomo dan Aktivis Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) direman selama dua hari mengikut Akta Hasutan. Papagomo yang ditahan malam tadi selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9.00 malam ditahan kerana menyiarkan berita palsu di luar Plaza Low Yat pada Ahad untuk menimbulkan kemarahan kaum Melayu. Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/papagomo-ali-tinju-direman-dua-hari-kerana-menghasut#sthash.ofPQeaJq.dpuf--------------- |
Posted: 15 Jul 2015 04:00 AM PDT LUSA RAYA gwa ingat tahun ni raya bangla lagi tapi ada member nak balik ajak balik kampong jadi gagal raya bangla gwa baik jelebu jai dan ezi balik kampong kalau nasib baik boleh mandi sungai kalau lagi nasib baik mandi air terjun jeram toi TIM TT dari semua tim tt dari pengarang juru gambar bahagian teknikal mengucapkan selamat hari raya kami tidak minta maaf kerana kami tak buat apa kesalahan dan kami akan teruskan lagi apa yang kami lalukan sahingga gerombolan jatuh tersungkur kepada pembaca behati hati dijalan raya makan kueh raya jangan lupa lepas raya kita turun jalan raya NOTA jangan makan tapai terlalu banyak SELAMAT BERBUKA |
Posted: 15 Jul 2015 01:30 AM PDT JELAS & JUJUR bukan nak jadi yb tapi nak tumbangkan united malay national organisation BARU BETUL MUAFAKAT BARU MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional. Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang. Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain. Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional. Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri. Saya yakin pelancaran Gerakan Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang PRU14. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN ---------------- |
Posted: 15 Jul 2015 12:30 AM PDT MAT NAJiB BiLA LU NAK SAMAN AKHBAR KAPiR WALL STREERT JOURNAL Najib akan saman WSJ pada Selasa Datuk Seri Najib Razak dijangka memfailkan saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa susulan laporannya menuduh berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, lapor The Star Online hari ini. Tuntutan saman itu akan difailkan peguamnya di Kuala Lumpur, lapor portal itu, memetik sumber terdekat perdana menteri. Najib dijangka membuat pengumuman mengenai niatnya petang ini dalam sidang akhbar pada jam 6.15 petang di sebuah masjid di Semenyih - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akan-saman-wall-street-journal#sthash.obEeEHy4.dpufLU JANGAN JADi LOW YATT LU TiPU LU CURi DUiT LU MiNTA MELAYU SOKONG ---------------- |
Posted: 14 Jul 2015 10:04 PM PDT ISIS - PECAH DAN PERINTAH "[The Yinon plan] is an Israeli strategic plan to ensure Israeli regional superiority. It insists and stipulates that Israel must reconfigure its geo-political environment through the balkanization of the surrounding Arab states into smaller and weaker states. Minggu lalu saya telah menulis tentang stratiji global Anglo-Amerika untuk meneruskan Perang Dingin dan Perang Terkawal. Saya juga telah menulis tentang The Yinon Plan. Mengikut Yinon Plan - secara terang dan jelas Israel telah merancang untuk memecahkan negara-negara Arab demi keselamatan Israel. Negara Arab yang berpotensi melawan Israel wajib dipecahkan. Negara-negara ini wajib dilemahkan. Ini adalah stratiji geo-politik - strateji yang bersangkutan dengan alam, kawasan dan wilayah. Ketika saya menulis ini Rancangan Yinon ini sedang berjalan lancar. Projek ini sedang diuruskan oleh - Monshe Ya'alon - bekas Ketua Special Branch dan kini Menteri Pertahanan Israel. Justeru, warga dunia sedang melihat Iraq diserang dan kini sedang dipecahkan untuk menjadi tiga wilayah - Sunni, Shiah dan Kurdish. Selama tiga tahun bermula dari tahun 2013 - Syria telah diserang hingga ke hari ini. Dunia melihat kehancuran yang sedang dihadapi oleh Syria. Negara Arab ini sedang menuju kehancuran dan akan menjadi 'failed state atau daulah gagal'. Ketika ini daulah Syria tidak lagi ada keupayaan untuk menjaga keselamatan sempadan. Lebanon telah berkali-kali lunyai diserang Israel. Sudan telah pecah menjadi Sudan Selatan dan Sudan Utara semenjak tahun 2011. Libya sedang dalam proses pemecahan. Mesir dalam keadaan yang amat miskin. Semua ini adalah hasil dari perancangan yang tersusun dalam projek untuk mewujudkan apa yang di panggil Greater Israel - Israel Raya. Israel Raya ini akan bermula dari Sinai Mesir, Palestin, Lebanon, Jordan dan Syria. Ramai warga dunia TIDAK sedar bahawa hingga ke hari ini Israel masih tidak memiliki peta yang menunjukkan wilayah dan sempadannya. Ini kerana proses untuk mewujudkan apa yang dipanggil Israel Raya masih berjalan. Gaza dan Lebanon Selatan itu hanyalah 'aji-no-moto' dalam Projek Yinon yang lebih besar. Ketika kancah politik Timur Tengah hangat berkecamok dan mengelegak kuasa imperialis Amerika telah mengeluarkan satu dokumen penting. Dokumen - National Military Strategy of the United States of America 2015 - melakarkan strateji Amerika untuk dunia hari ini. Secara jelas dokumen ini menyatakan siapa kawan dan siapa musuh Amerika. Mengikut dokumen ini - di Timur Tengah Amerika akan sentiasa membantu Jordan, Saudi, Kuwait, Qatar, UAE, Bahrain dan Pakistan. Dalam masa yang sama dokumen ini juga menunjukkan bahawa Jordan, Saudi, Kuwait, Qatar dan Pakistan adalah negara-negara yang sedang membantu dan mendanai 'kumpulan extremis Islam' yang sedang menghuru harakan dunia. Dengan jelas dan tuntas mengikut dokumen ini musuh Amerika pada ketika ini ialah Russia, China, Iran dan Korea Utara. Amerika melihat Russia dan China memiliki potensi ekonomi dan kekuatan tentera yang boleh menandingi Amerika. Satu dokumen dasar - Project for the New American Century (PNAC) - yang telah diajukan ke Rumah Puteh pada tahun 1997 oleh pemikir berhaluan kanan kini diguna pakai sebagai dasar Amerika. Dasar PNAC ialah Amerika tidak akan membenarkan mana-mana negara untuk memiliki kuasa ekonomi dan tentera yang boleh menandingi kuasa Amerika. Justeru China dan Russia adalah musuh. Intipati dari dasar PNAC ini ialah : Kepimpinan Amerika adalah baik untuk Amerika dan baik untuk dunia. Ini adalah dasar yang sedang digunakan oleh Amerika. Semua tindak tanduk, dasar luar, dasar ketenteraan, perjanjian ekonomi dan dasar budaya Amerika berlandaskan intipati PNAC ini. Negara-negara lain dalam dunia ini hanyalah wilayah jajahan dalam Empire Amerika. Amerika kerana memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera yang maha agung telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi kuasa hegemon - menjadi Empire. Berlandaskan dokumen-dokumen ini dunia sedang melihat Dasar Pertahanan Amerika telah beralih ke Asia. Dasar baru ini dipanggil Pasak Asia atau Pivot Asia. Pasak Asia ini dimulakan oleh Presiden Obama pada tahun 2012. Dasar pertahanan Amerika yang baru ini tidak lari dari dasar PNAC. Malah Pasak Asia memperkukuh dasar PNAC. Justeru, kita akan melihat perubahan mendadak di wilayah Asia Tenggara. Bala tentera Amerika akan dialih untuk berlabuh dan berpengkalan di Asia. Kawan setia Amerika saperti Siam dan Pilipina telah menyediakan tapak-tapak untuk pengekalan tentera darat dan udara. Kapal laut dan kapal selam Amerika akan mengawal Selat Melaka. Latihan bala tentera akan sering berlaku di Asia Tenggara. Singapura akan menjadi ' kedai pomen' untuk ' membaikai' alat jentera yang rosak. Tetiba - warga Malaysia telah diberitahu bahawa Inchek Barack Obama akan datang sekali lagi ke Malaysia. Kali ini Inchek Obama datang untuk meminta tanah. Inchek Obama bukan hendak membuka ladang tebu atau membuka kolam udang tetapi meminta kawasan untuk pengekalan soldadu Amerika. Mustahil Inchek Obama datang untuk membeli petai dan tempoyak. Bagaimana semua ini kait mengait dengan ISIS. Apa pula hubungan semua ini dengan Zionis Israel? Saya nyatakan disini bahawa satu kesilapan jika kita gagal untuk melihat perancangan global Amerika ini berkait rapat dengan Israel dan berkait rapat dengan ISIS. Negara yang dipanggil Israel diwujudkan pada tahun 1948. Israel adalah sebuah negara yang diwujudkan oleh kuasa Anglo-Amerika. Bumi Palestin telah dirampas dan dijajah untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel. Negara yang bernama Israel ini sebenarnya adalah pengkalan tentera Amerika. Peranan Israel ialah memastikan bahan bakar petrolium dari Timur Tengah akan terus menerus sampai ke pasaran dunia. Bahan bakar petrolium ini adalah asas ekonomi dunia hari ini. Jika tersekat, jika terganggu gugat pengaliran bahan mentah ini maka dunia kapitalis akan tutup kedai. Justeru Israel dan kaum Zionis lebih diyakini oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjadi polis yang setia di Timur Tengah. Dasar Pertahanan Amerika, dasar PNAC dan Yinon Plan - semuanya dalam kerangka yang sama. Semua ini adalah projek Zionis-Anglo-Amerika untuk mengawal dan mendominasi. Minggu lalu secara tuntas telah dinyatakan bahawa ISIS ini bertelor, mengeram dan menetas dalam reban CIA - dalam kandang Amerika. Sama saperti Zionis Israel, gerombolan Isis juga sedang melunaskan dasar dan strateiji pertahanan Amerika. Jika Isreal digunakan oleh imperialis Anglo-Amerika sebagai soldadu untuk menjaga dan mengawal Timur Tengah maka ISIS sedang digunakan sebagai samseng yang membuat huru hara. Pasti ada pembaca yang akan merasa kurang senang apabila saya menyatakan secara jelas bahawa Isis ini adalah anak syarikat imperialis Amerika. Isis dengan retorik Islam, dengan bacaan ayat suci, dengan takbir dan dengan niat untuk mendirikan sistem Khalifah pasti ada pembaca akan menjadi terganggu dengan pernyataan saya. Sebenarnya bukan susah sangat untuk memahami projek Isis ini. Mari kita lihat kembali sejarah Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya ( PKM) telah ditubuhkan pada tahun 1930. Tujuan PKM ialah berjuang untuk menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Musuh PKM ialah penjajah British. Tetapi apabila Jepun melanggar Tanah Melayu ( 1941) , British telah bekerjasama dengan PKM dalam usaha untuk menentang Jepun. British telah menghantar senjata kepada gerila PKM. Selesai perang dan Jepun berundur maka PKM dan British menjadi musuh kembali. Ini fakta sejarah. Pekara yang sama berlaku pada tahun 1979 apabila Zbigniew Brzezinski - Penasehat Keselamatan Negara Presiden Jimmy Cater ( 1977-1981) - telah menubuhkan Mujahiden di Afghanistan. Dari perancangan ini munculnya Al-Qaeda, Usama ben Ladin. Dari reban yang sama munculnya pula Abu Musab al-Zaqarwi, Jabhat al-Nusra , Isis dan Abu Bakr al-Baghdadi Di Afghansitan kumpulan-kumpulan dan suku kaum yang menentang kerajaan Kabul telah diberi latihan, dana dan diberi senjata oleh Amerika. Peshawar di Pakistan menjadi pengkalan Mujahiden. Manakala Tok Arab Ibni Saudi memberi dinar dan dolar untuk membeli senjata. Ini juga fakta sejarah. Hari ini mondus operandi yang sama sedang diguna pakai di Iraq dan Syria. Pemainnya bertukar - kalau dulu yang bertempur ialah anak-anak muda Afghan - hari ini anak anak muda Arab. Malah dengan teknoloji internet jala Isis telah meluas. Jala ini telah berjaya memerangkap anak-anak muda Islam dari Eropah termasuk dari Malaysia. Amerika dan kuncu-kuncunya dalam NATO telah gagal untuk menjatuhkan Bashar al-Assad di Damascus. Ini kerana 1) rakyat masih menyokong Bashar 2) Syria mendapat bantuan dari Russia dan Iran. Justeru Amerika memerlukan strateji baru. Straterji ini ialah dengan menggunakan gerila dan gerombolan yang menentang Baghdad dan Damascus. Kalau di Afghanistan pecah perintah mengikut suku kaum. Ada Tajik, Hazara, Baloch dana ada Pashtun. Suku kaum ini diadu dumba untuk memastikan mereka TIDAK akan bersatu menentang kuasa imperialis. Di Iraq dan Syria - Sunni dan Shia menjadi strateji penting untuk pecah dan perentah. Manakala bangsa Kurdish juga mendapat bantuan dolar dan senjata. Secara global - melalui pandangan micro - maka kita akan melihat bahawa Isis ini hanya paku dan tukul dalam strateji Zionis-Anglo-Amerika. Isis hanya alat sama saperti Mujahideen di Afghanistan. Alat dan pekakas ini diperlukan oleh kuasa imperial Amerika untuk terus mendominasi dunia. Amerika ingin mengawal dan menguasai dunia kerana ingin mempertahan sistem yang ada sekarang. Sistem ekonomi kapitalis yang wujud hari ini memberi nikmat kepada 1% warga dunia manakala 99% yang lain beramok sesama sendiri. Bergaduh tentang mazhab. Bergaduh tentang hudud. Bergaduh tentang dunia kayang-kayangan yang tidak berdiri di bumi nyata. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talipon: 03-92-21-30-45 --------------- |
Posted: 14 Jul 2015 09:34 PM PDT Peguam Bela Suspek Kes Curi Dakwa IGP Cakap BohongPEGUAM bela yang mewakili suspek kes kecurian telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini tampil memberi kenyataan sidang media di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur mendakwa Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebagai penipu apabila memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan kes anak guamnya. Menurutnya, Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa terdapat dua suspek yang mana seorang lagi dilaporkan membuat cerita palsu. Polis: Peguam tertuduh ada niat tak baikPolis menyifatkan peguam kepada lelaki yang dituduh mencuri di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mempunyai "niat tidak baik" dengan mendakwa ketua pasukan keselamatan itu berbohong.Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata pihak dalam keadaan itu memang akan melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran mereka tidak bersalah. "Orang kena tangkap boleh cakap apa sahaja untuk lepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang positif dadah dalam air kencing. "Peguam ada niat lain, niat tak baik," katanya KAH KAH KAH woit kalau peguam kelentong lu tweet laaa lu kaki tweet lu KTN lu ketua twiter negara kah kah kah lu sudah kantoi lu twitlaaaaaa kah kah kah DAH FAK TAP ----------------- |
Posted: 14 Jul 2015 09:04 PM PDT SUDAH SATU TAHUN MANA ISi KANDUNGAN BLACK BOX MENGAPA BERI PADA BRITISH Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menunjukkan kotak hitam milik helikopter yang terhempas semalam di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Tiewnama PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kotak hitam helikopter yang ditemui pagi ini akan dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough United Kingdom untuk diekstrak data, kata Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai pada sidang media sebentar tadi. Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai berkata ini adalah prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis. Beliau berkata, siasatan punca kemalangan juga akan disertai oleh pakar dari Perancis, bersama empat wakil dari Malaysia yang diketuai oleh Datuk Yahya Abdul Rahman yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam siasatan kemalangan helikopter. Terdahulu, Tiong Lai mengesahkan kotak hitam mengesahkan penemuan itu dan ia penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenalpasti punca nahas.
|
Posted: 14 Jul 2015 08:42 PM PDT Parti baharu proksi DAP, tidak akan kekal lama, kata Mustafa AliPersepsi umum terhadap Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang diumumkan pembentukan secara rasmi Isnin lepas disifatkan hanya proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama, kata Mustafa Ali. Bekas setiausaha agung PAS yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti Islam itu berkata, beliau tidak kisah sangat dengan gerakan kepada pra sebuah parti baharu ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parti-baharu-proksi-dap-tidak-akan-kekal-lama-kata-mustafa-ali#sthash.xzFbRoMa.dpufKAH KAH KAH woit kah kah kah lu tak kesah lu tak ambil pot lu buat don no lu mat kool lu dapat jawatan baru lu kena buat persepsi baru lu kena beli kasut baru lu kena beli baju baru lu kena beli tali pinggang baru tapi jangan lupa lu kena beli seluar dalam baru kah kah kah MAT DALAM -------------- |
Posted: 14 Jul 2015 08:30 PM PDT Gerakan Harapan Baru tidak mampu kekal lamaJika ahli hanya mencintai Islam bukan partiKUALA LUMPUR 14 Julai - Parti politik Islam baharu yang bakal ditubuhkan melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru tidak akan kekal sekiranya mengajak ahli hanya untuk mencintai Islam bukan parti. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam merupakan syiar agama Allah, maka mencintai parti Islam bermakna mencintai agama Allah. KAH KAH KAH woit ini betul cakap nik bedul ni betul parti harapan baru tak tahan lama parti harapan baru tak ada mini cooper parti harapan baru tak ada dusun balak pemimpin harapan baru lum naik heli kah kah kah NiK BEDUL -------------- |
Posted: 14 Jul 2015 08:20 PM PDT PUTRAJAYA 14 Julai - Laporan awal Ketua Audit Negara mengesahkan tiada bukti salah laku terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sehubungan itu, dakwaan dana sebanyak RM42 bilion telah hilang daripada akaun 1MDB dan RM2.6 bilion (AS$700 juta) telah disalurkan ke dalam akaun peribadi seorang individu adalah tidak berasas - KAH KAH KAH woit betul tak gwa sudah cakap lu mesti percaya ini lau yatt punya kerja semua bersih semua puteh semua suci ada 4 ekor penyapu ori punya beli dari low yatt SAPU SUCI ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan