Rabu, 15 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kita Tahu Apa Najib Buat Minggu Lalu

Posted: 15 Jul 2015 09:14 AM PDT

Sakmongkol. blogspot.com




Saya bercadang bercakap mengenai Najib, Felda dan FGV. Sesudah memusnahkan Felda, Najib mahu terus memperlekehkan warga Felda.


Sebelum itu, izinkan saya komen sedikit mengenai siasatan pasukan khas keatas skendel akaun Najib di Ambank.


Saya harap pasukan khas ini lakukan apa terbaik untuk kepentingan negara- bukan kepentingan Najib. Objektif kita ialah selamatkan negara- bukan selamatkan Najib dan UMNO. 

Negara tidak hancur lebur jika Najib tidak lagi PM. Yang menghancur leburkan negara ialah kepimpinan yang korap dan incompetent.Kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh crooks.


Najib boleh lari, tapi dia tidak boleh sembunyi selamanya.

Para pembaca budiman tentu sudah membaca kenyataan Najib bahawa dia yakin pasukan penyiasat khas akan membersihkan nama nya. Ini diikuti oleh kenyataan sokongan dari TPM dan beberapa menteri lain.


Kita semua tahu, ini semua kenyataan untuk menghiburkan diri sendiri. Jika pasukan penyiasat khas terdiri dari 4 Tan Sri yang duduk dibawah Najib membersihkan nama Najib, rakyat akan menghukum Najib dan 4 orang ini.


Sehingga hari ni- majority rakyat percaya itu adalah akaun Najib. Najib pun tidak menafikan nya- dia hanya kata duit itu tidak digunakan untuk  dirinya. Lain disebut, lain dijawab. Ini tipikal Najib. Orang ini tidak pernah boleh menjawab terus terang.

Jika demikian, nyatakan bagaimana duit itu digunakan?


Tapi bagaimana jumlah wang yang begitu besar boleh masuk kedalam akaun tanpa pengesanan dari bnm menjadi tanda tanya. Adakah Zeti Akhtar Aziz sudah di compromise?


Jika dapat clearance dari BNM , bererti Zeti bersubahat dalam suatu kes money laundering yang melibatkan PM Malaysia. The most honourable thing yang Zeti boleh buat ialah meletakkan jawatan sebagai Gabenor bank negara.


Mungkin juga membisu Zeti disebabkan khabar2 angin bahawa suami nya bawah siasatan. Ia berkaitan dengan kontrak mencitak note Ringgit Malaysia. Kedua, ada khabar angin yang menyatakan bahawa suami Zeti ada business deals dengan Jho Low.


Namapaknya, si Jho Low ini mengikat satu rangkaian tokoh2 dalam negara ini untuk memastikan scam untuk curi wang tidak di apa2kan.


Mengenai aliran keluar masuk wang, Najib memang boleh berdiam diri. Jelas sikap demikian kurang cerdik, sebab pembisuan itu tidak lagi dilihat sebagai elegant silence. 

Malah tokoh yang mempopuarkan frasa elegant silence itu sendiri, sekarang meminta Najib menjawab ya atau tidak.


Tun Musa Hitam pun tidak lagi yakin dengan Najib.


Dia tidak perlu jawab, maka rakyat berhak membuat konklusi mereka sendiri. Konklusi nya ialah Najib seorang crook dan negara kita diperintah oleh crooks yang berusaha mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.


Mengenai wang RM2.6 billion dan RM42 million dari SRC- sama ada ianya digunakan untuk tujuan peribadi, ianya hanya memerlukan pihak bank dan Bank negara mengesahkan perkara tersebut. Butiran transaski dan aliran keluar masuk wang dari akaun tidak dapat disorok.


Najib hendak lari mana? Jadi buat sementara waktu, dia menghiburan diri yang sedang gundah gulana.


Najib dengan warga Felda.


Hujung minggu yang baru ini, Najib berbuka dengan peneroka felda Chini 5. Bulan puasa pun mahu kelentong. menipu peneroka yang berminda lurus bendul, bukan sesuatu yang sukar. ia hanya memerlukan sedikit lakunan dan pemberian buah tangan. 

bab itu Najib memang terror. Itu cara tipikal Najib. Semua masalah selesai dengan bayaran wang. Mungkin ini sebab Najib ada keinginan kuat mesti banyak wang.


Jawapan nya sudah pun di jangka orang- duit itu digunakan untuk membeli kemenangan untuk UMNO dan BN. Ini menerangkan kenapa seorang pun menteri dan MP UMNO tidak berbunyi mengenai perara ini. MCA dan MIC dan parti komponen lain pun membisu.


Ini bererti kerajaan yang dibangunkan sekarang ialah sebuah kerajaan yang menang atas membayar dan merasuah pengundi.


Maka objektf kita lebih melaus- kita bukan sahaja melihat kepada usaha untuk dismiss Najib seorang, malahan keseluruhan cabinet nya. Kita mahu kerajaan baru.


Di Felda Chini 5, Pekan Pahang, Najib sekali lagi berbohong kepada warga Felda. 
 Syarikat milik felda, FGV yang disenaraikan, dan sekarang telah digantung/keluar dari penyeneraian, dikatakan masih ada prospeks.

Tolong aok beritau kawan prospeks apa?


Dan Najib mengaku bahawa jika EPF dan peneroka membantah, maka Felda tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat Eagle High.


Mari kita analisa satu persatu.


Apalah luar biasa nya FGV hendak memperluaskan bisnes perladangan? Bukan kah Felda Holdings buat kerja itu dahulu?


Kita expect FGV buatlah sesuatu yang luar biasa daripada yang tradisinya dilakukan oleh Felda Holdings. Jika FGV meniru apa yang Felda Holdings lakukan, apa special nya apungan FGV?


Special nya ialah apungan itu menghasilkan RM10 billion untuk diagihkan.

Kita tak tahu apa KPF dapat bila dia setuju pindahkan 51% kepentingan dalam FH kepada FGV?  Dengan pemindahan itu, Felda  memiliki 100% saham Felda Holdings yang diserapkan kedalam FGV. Bila saham dilanggani pada hari pertama atau bilamana semua saham dijual, yang dapat duit itu Felda. Ada Felda beri sebahagian kepada KPF?


FGV ialah 100% milik Felda. FGV pula memegang 49% dalam Felda Holdings yang ada banyak bisnes dan syarikat. Felda hendak senaraikan FGV. Tak bolehlah senarai jika pemilikan separuh separuh. Jadi kena paksa peneroka melepaskan 51% dalam Felda Holdings kepada FGV. Barulah FGV ada assets yang disatukan disamping bisnes dan asset nya yang berasingan.


Cuba peneroka tanya, bila lepaskan 51% dalam FH, apa mereka dapat? Adakah ketika itu mereka ada tempat dalam FGV? Kita hanya diberitahu, ketika itu, setelah diasak dan ditanya, mana kepentingan peneroka, Isa Samad kata ada peruntukan special 20% dari hasil apungan. Dividend dari apungan saya baca sebagai share dari hasil pengapungan lah. Susah nak baca otak Isa Samad.


Setelah di apung, Felda kutip RM10 billion, berapa peneroka dapat? Kalau 20% mesti ada RM2 billion. Mana RM2 billion itu? Ada dalam akaun KPF? Kalua ada, peneroka terima imbuhan atau tidak.


Kalau RM1 billion di bahagikan kepada 112,000 peneroka, setiap peneroka sepatutnya dapat RM9000 seorang. Saya tak dengar pun peneroka dapat RM9000 seorang jika RM1 billion diagihkan dalam bentuk bonus. 

Baru2 ini peneroka yang sokong FGV dapat bonus raya RM900. Jumlah mereka 98,000 orang. Ertinya sekitar 14,000 peneroka tidak dapat. Sudah tentu mereka ini golongan haramjadah.  Ini bahasa Najib Tun Razak.


Jadi apa special sangat dan apa prospeks FGV?

Bisnes perladangan dan perniagaan bersangkutan ladang sawit, selama nya dahulu ialah Felda Holdings. Mereka ada 360,000 lebih hektar ladang sawit, ada kilang perahan, ada kilang penapis, ada bisnes lojistiks, dan sebagainya. Dan mereka mengurus lebih 400,000 hektar ladang sawit milik peneroka.


Yang tidak pernah buat bisnes tersebut ialah FGV. Tapi FGV , 100% milik Felda ada 49% dalam Felda Holdings. Isa Samad berjaya auta peneroka supaya memindahkan kepentingan 51% kepada FGV.


Apa mereka dapat dari penyerahan tersebut? Kata nya ada 20% dividen dari hasil apungan. Jika 20%, dan hasil apungan ialah RM10 billion, KPF sepatutnya ada wang tunai sebanyak RM2 bilion.


Ada atau tidak? 112, 635 peneroka diseluruh negara mesti taanya perkara ini.


Dosa yang paling besar Najib dan Isa Samad lakukan ialah membenarkan FGV ambil alih bisnes asas Felda Holidngs. Masa depan felda holdings dan peneroka diserahkan kepada FGV. Sebagai imbuhan apa Felda dapat?


Felda dapat mengutip sewa sebanyak RM250 juta setahun untuk 99 tahun. Itu pun kadar sewa yang amat murah iaitu sekitar RM700/hektar. Secara bandingan Boustead sewa RM3000/hektar.


suatu peratusan dari bisnes perladangan FGV. Kalau FGV kerugian sepanjang zaman- apa macam?


Yang tak pernah buat perladangan ialah FGV. FGV diujudkan untuk melabur dalam bisnes teknoloji dan di luar negara. Yang berladang ialah Felda Holdings dan Felda Plantations. Itu biasa kepada mereka.  Luar biasa hanya kepada FGV.

Kalau saya seorang peneroka, saya bengang dengan Najib. Menipu dan pedaah tak habis2.


Kata Najib: Walaupun saham FGV susut nilai, tapi FGV masih ada projek lagi. Kita tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat kawan saya Peter Sondakh jika EPF dan peneroka bantah. Kita tak akan belanja RM 2.5 billion sebab kalau kita keluar wang banyak itu, kantong Felda hampir kering kontang.


Nilai permodalan pasaran atau market capitalisation felda/fgv hanya 34% sahaja berbanding dengan nilai ketika apungan 3 tahun dahulu. Ini bukan susut nilai yang sedikit. Ini kejatuhan yang besar. Susut nilai sebanyak 66% bukan kecil kecuali Najib ingat peneroka Chini 5 bodoh belaka.


Kita tidak hendak dengar alasan tok nenek mengenai pasaran itu dan ini. Semua faktor ini diambil kira dengan analisa yang canggih semasa hendak pengapungan dahulu. Pembeli potential bukan main lagi dinyanyikan lagu yang muluk2. Akhirnya yang membeli ialah pembeli institusi dan pembeli runcit.


Apungan fgv menghasilkan RM10 bilion untuk felda. Daripada jumlah ini berapa Felda dapat, berapa KPF dapat? Setelah apungan , kepentingan peneroka melalui ejen2 mereka berapa? Berapa KPF dapat? Free atau kena beli? Berapa FAHC dapat- ini suatu entity pasca apungan yang dicipta khas untuk menjaga kepentingan peneroka.


Bolehkah mereka menguasai felda dan FGV. 


Saya tanya soalan ini ialah kerana jika jawapan nya boleh, maka peneroka mesti mengambil langkah membeli kesemua saham termasuk yang tidak dijual oleh FGV kepada awam iaitu 40%. 

Dengan felda2 sekali beli dan letakkan sumber pengkayaan iaitu bisnes felda dalam tangan peneroka. Inilah cara mengukuhkan ekonomi bangsa Melayu.  

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru

Posted: 15 Jul 2015 09:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Saudara Mohamad  Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Pertama sekali, rakyat-52 terkilan kerana setelah beberapa gerakan BERSIH dan gerakan massa lain berjaya diadakan, keputusan pada 5 Mei 2013 tidak membuahkan hasil yang sepenuhnya.

Rakyat terkilan

Kedua, rakyat terkilan kerana perkembangan Pakatan Rakyat khususnya masalah antara PAS dan DAP yang membawa kepada DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat.

Ketiga, rakyat-52 terkilan kerana perkembangan semasa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negara khususnya kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB, tidak memperlihatkan tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin yang selama ini berbicara mengenai bagaimana tadbir urus negara yang baik harus mendahului "isu hudud".

Perkembangan isu 1MDB kini berada pada tahap di mana wujud beberapa persepsi. Salah satu persepsi melihat pihak yang membongkar dan pihak yang terlibat dengan isu 1MDB berkait rapat dengan rejim pemerintah. Maka isu 1MDB juga merupakan isu satu-satu parti yang memerintah selama ini, dan jika berjaya ditukar pemimpin parti berkaitan, maka dianggap selesai isu 1MDB.

Adakah saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB setuju dengan persepsi sedemikian? Apakah kita biarkan seorang individu bernama Tun Mahathir Mohamad menangani pembongkaran dan penyelesaian satu skandal besar dengan batasan-batasannya dalam konteks satu-satu parti pemerintah?

Jika tidak, maka saya dengan rendah dirinya mencadangkan, soal tadbir urus negara yang baik harus mendahului soal hudud wajar diterjemah dalam tindakan segera oleh saudara Mat Sabu dan GHB sebelum terlambat.

Saya ingin mencadangkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan  semasa.

Rakyat perlu pengupayaan yang dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap perjuangan yang ingin membawa perubahan dan pembaharuan bermakna kepada negara.

Rakyat juga harus diyakinkan melalui tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini mendapat mandat rakyat atas gabungan parti bernama Pakatan bahawa isu 1MDB bukan isu satu-satu parti dan penyelesaiannya hanya melibatkan individu tertentu.

Krisis Malaysia vs krisis PAS

Hal ini bermaksud, rakyat perlu diyakinkan dengan tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB, bukan tindakan seorang individu bernama Tun Mahathir.

Selepas Aidilfitri, dipercayai masyarakat madani akan cuba membentuk gerakan massa yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Di mana persiapan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB pada saat-saat genting sedemikian?

Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun berada di penjara, beliau tetap memikirkan masa depan negara yang membimbangkan. Tanggal 14 Julai 2015, beliau telah membawa mesej penting berbunyi seperti di bawah:

"Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah."

Malaysia sedang dilanda krisis. Krisis ini lebih serius daripada krisis yang melanda PAS. Saya ingin menekankan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dan tuntutan pembaharuan berkenaan skandal 1MDB sebagai keutamaan semasa.

Menurut liputan berita, kumpulan progresif dalam PAS atau GHB mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Liputan berita juga mengatakan bahawa saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

Biarpun saya mendukung usaha saudara Mat Sabu dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan dalam bentuk berlainan, tetapi izinkan saya mengutarakan sedikit kelainan dari segi pendapat.

Saya berpendapat, realiti semasa menunjukkan, hasrat GHB mungkin tidak dapat memenuhi harapan semasa rakyat sepenuhnya. Sebelum GHB bergerak membentuk realiti baru, sewajarnya GHB bergerak memimpin gerakan massa mengenai tuntutan berkaitan skandal 1MDB dengan kadar segera selepas Adilfitri.

Sesungguhnya, dalam jelajah ke setiap negeri, saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB wajar menjadikan keutamaan menjelaskan kepada rakyat mengapa gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan utama, seterusnya mengemukakan tuntutan pembaharuan pasca skandal 1MDB.

Saya berpendapat, jelajah berkaitan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin GHB terus menerus berpegang kepada prinsip mengangkat isu tadbir urus negara dan mendahulukan isu kepedulian rakyat.

Hal ini bermaksud, biarpun tewas dalam pilihan raya parti PAS, pemimpin-pemimpin GHB tidak tersimpang daripada keutamaan selama ini yang menjadi harapan rakyat.

Malahan, sokongan yang ditunjukkan semasa gerakan massa yang dipimpin oleh pemimpin seperti saudara Mat Sabu dapat diterjemah sebagai kekuatan yang diperlihatkan dalam usaha GHB menunjangi perjuangan seterusnya.

Sesungguhnya, kekuatan begini bukan sahaja lebih bermakna dalam usaha mengisi kekuatan perjuangan bentuk baru, juga dapat mengelakkan tindakan diri daripada menghampakan rakyat ekoran keutamaan semasa yang tidak memenuhi tuntutan semasa.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berjuang.



ONG OOI HENG pengarah eksekutif  Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

540,000 tan makanan akhirnya jadi sampah

Posted: 15 Jul 2015 09:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kira-kira 540,000 tan makanan yang tidak dihabiskan atau diusik dalam tempoh dua bulan iaitu sepanjang Ramadan hingga akhir Syawal akan berakhir ke tapak pelupusan, demikian menurut penyelia sisa pepejal Solid Waste Corporation (SWCorp).

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata berdasarkan statistik ketika musim perayaan seperti Aidilfitri, rakyat Malaysia membazirkan kira-kira 9,000 tan makanan setiap hari, iaitu peningkatan 1,000 tan berbanding hari biasa 8,000 tan.

Katanya amalan 'biar berlebih makanan, jangan tidak cukup' harus dikikis ketika mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya bagi mengurangkan pembaziran makanan dan pada masa sama menjimatkan kos.

"Ramai masih mengamalkan budaya biar berlebih makanan, jangan tidak cukup kerana tidak mahu tanggung malu ketika mengadakan rumah terbuka pada musim perayaan.

"Apabila kita sedar (berlebihan makanan) satu pembaziran, kita tidak akan rasa malu lagi kerana kita melakukannya bagi tujuan mulia untuk mengurangkan sisa makanan. Masyarakat harus memainkan peranan untuk membelanjakan makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran," katanya kepada Bernama.

Ab Rahim mencadangkan agar mereka yang bakal mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya mewujudkan rancangan luar jangka, sekiranya takut menanggung malu apabila makanan yang disediakan tidak mencukupi.

"Mereka boleh menyediakan main dish yang secukupnya dan pada masa yang sama menghidangkan makanan yang senang dimasak untuk refill. Mereka juga boleh menghidangkan buah," katanya.

Sehubungan itu, Ab Rahim berkata SWCorp sedia bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pembaziran makanan dan mengurangkan jumlah sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan.

"Kalau ada NGO-NGO yang boleh menyimpan makanan berlebihan untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan, ini boleh mengurangkan pembaziran makanan.

"Semakin ramai orang kini bercakap mengenai pembaziran makanan. Segelintir mula rasa bersalah kerana membazirkan makanan. Bagaimanapun, ia akan mengambil masa sedikit untuk mengubah tabiat," katanya.

Pada musim perayaan ini, Ab Rahim juga menyarankan rakyat Malaysia agar mengasing dan menguruskan sampah dengan lebih baik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

"Sisa makanan dan sisa pepejal yang boleh dikitar semula harus diasingkan. Sampah yang tidak diasingkan akan menyukarkan proses kitar semula dan pada masa yang sama, ia akan menelan kos operasi tinggi (proses kitar semula)," katanya.

Di Malaysia, 33,000 tan sampah dikumpul sehari dan kerajaan membelanjakan RM1.4 bilion setahun untuk tujuan pengurusan sisa pepejal.

Mengikut kajian komposisi sisa pepejal yang dijalankan pada 2012, sebanyak 30 peratus daripada sisa yang dilupuskan adalah bahan yang berpotensi untuk dikitar semula. - Bernama


 

SUA PKR sokong Gerakan Harapan Baru

Posted: 15 Jul 2015 08:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong penuh Gerakan Harapan Baru, sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang "disingkirkan" dalam pemilihan parti itu bulan lalu.

Malah, Rafizi berkata, beliau juga akan turut serta dalam siri jelajah Gerakan Harapan Baru yang akan diadakan selepas hari raya nanti.

"Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BN menjelang Pilihanraya Umum ke-14.

"Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Rafizi berkata, beliau yakin dengan penubuhan gerakan tersebut akan membawa satu kerjasama yang mampu menumpaskan Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, gerakan yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu bersama pemimpin yang telah lama berjuang menentang BN merupakan satu perkembangan baik.

"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.

"Rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain," katanya lagi. 



Laporan polis terhadap S'wak Report

Posted: 15 Jul 2015 08:56 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Satu laporan polis dibuat terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB dan bersekongkol dengan wakil rakyat pembangkang.

Ini didedahkan oleh pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, menteri itu berkata polis juga diberi video pengakuan seorang bekas editor Sarawak Report dan juga emel yang didakwa dari editor laman pemberi maklumat itu yang berpangkalan di London, Claire Rewcastle Brown.



Dalam emel bertarikh 1 Mac 2015, Rewcastle didakwa telah menulis: "Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly 'forging' all those documents!!!!!"

Pada masa ini, kata Abdul Rahman, apa yang dimaksudkan oleh Rewcastle melalui email itu tidak dapat dipastikan

Abdul Rahman (gambar) pada mulanya enggan memberikan sebarang nama termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memberikan nombor siri laporan polis untuk pemberita membuat semakan.

Laporan polis, yang dilihat Malaysiakini, dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, seorang pemimpin NGO, dan dibuat sebelum tengah hari ini di Petaling Jaya.

Laporan itu menyebut bahawa Ramesh pergi ke Kuching untuk menemui seorang yang bernama Lester Leef s/o Albert Melanyi, yang didakwa telah mengaku terlibat dalam pemalsuan dokumen bersama-sama dengan Rewcastle.

Abdul Rahman kemudian meminta Interpol, United Kingdom dan polis Malaysia bekerjasama segera dan menyiasat dengan teliti emel Rewcastle itu.

Katanya, beliau yakin pihak polis akan berbuat demikian dengan cara yang paling profesional dan telus.

Malaysiakini sudah menghubungi Rewcastle dan sedang menunggu reaksinya.
 
 

'Sedia pemangku bukan nak halau progresif PAS'

Posted: 15 Jul 2015 08:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor tidak berhasrat untuk menghalau sesiapa untuk keluar daripada parti Islam itu, kata pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sebaliknya, menurut Iskandar, mereka menyediakan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai persiapan jika berlaku kekosongan.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa bukan hasrat kami untuk menghalau sesiapa keluar dari PAS tetapi hanya sekadar membuat persiapan awal sekiranya berlaku kekosongan jawatan.

"Pentadbiran dan perjalanan parti mesti diteruskan. Oleh yang demikian pihak kami perlu membuat persiapan awal jika terdapat mereka yang memegang apa-apa jawatan berhasrat untuk menyertai atau menubuhkan parti baru.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai dan bergiat aktif dalam PAS," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Naib Presiden PAS itu berkata, pihaknya juga akan berusaha sedaya-upaya mengekalkan ahlinya untuk terus berada dalam PAS.

Bagaimanapun, Iskandar berkata, beliau akan menghormati pendirian mana-mana ahlinya kiranya terdapat ahlinya yang mahu menyertai baru.

Malah, beliau meminta supaya mana-mana pemimpin PAS yang ingin keluar daripada parti itu membuat keputusan segera untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

"Jika terdapat mereka yang bersungguh-sungguh mahu menyertai parti baru, kami akan menghormati pendirian mereka.

"Bagaimanapun, jika mereka seorang pimpinan, mereka juga perlu menghormati ahli-ahli dengan tidak membiarkan ahli tertunggu-tunggu. Satu keputusan perlu dibuat dengan segera untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya lagi.

Semalam, PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif dalam PAS yang menubuhkan GHB.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata, arahan untuk mengisi kekosongan itu telah dikeluarkan dan juga sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0". 


Video komplot burukkan PM diserah kepada polis

Posted: 15 Jul 2015 08:46 AM PDT

SINAR HARIAN



Video komplot burukkan PM diserah kepada polis
 
 
PUTRAJAYA - Satu video yang mendedahkan komplot beberapa pemimpin pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report bagi memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diserahkan kepada polis hari ini.
 
Video pengakuan bekas editor Sarawak Report yang diserahkan seorang warga tempatan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu antara lain, mendakwa wujud niat jahat oleh pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi bergelar 'Mission to criminalise Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB'.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengarah Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kandungan laporan itu telah dimaklumkan kepada beliau oleh pengadu berkenaan selepas membuat laporan polis pagi ini.
 
Beliau memberitahu sidang media di sini laporan polis itu mendakwa Claire Rewcastle Brown yang juga pengendali laman web Sarawak Report telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Najib dan isu yang berkait rapat dengan 1MDB.

"Saya difahamkan pengadu turut mengemukakan sebuah video membabitkan pengakuan bekas editor itu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.
 
"Saya sendiri telah menyaksikan video itu dan amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat yang mana antara lain individu yang membuat pengakuan menyebut beberapa nama pemimpin pembangkang turut terlibat bekerjasama dengan Claire Brown," katanya.
 
Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau dimaklumkan bahawa pengadu turut menyerahkan sesalinan email kepada polis yang dipercayai telah ditulis oleh Claire Brown.
 
Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown didakwa menulis: "Thanks! Yes it was quite a job!...sitting up night after night cleverly 'forging' all those documents!!!".
 
Abdul Rahman berkata walaupun tidak dipastikan apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown, namun pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia diharapkan dapat menyiasat apa yang dimaksudkan memandangkan ramai pihak meragui Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta.
 
Katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa United Kingdom.
 
Abdul Rahman berkata beliau meminta polis melakukan siasatan segera dan profesional kerana tuduhan seperti dipaparkan dalam video sangat berat dan substantif.
 
"Bagi membolehkan individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan itu dapat disoal siasat, saya mohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol dan polis United Kingdom kerana kita khuatir jika lambat bukti-bukti lain yang ada pada mereka dialih atau dimusnahkan," katanya. - Bernama 
 
 

Trafik sesak menuju arah utara

Posted: 15 Jul 2015 08:44 AM PDT

SINAR HARIAN



trafik sesak
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara dilapor perlahan dari Slim River ke Gopeng dan dari Juru ke Seberang Jaya petang ini berikutan jumlah kenderaan yang semakin meningkat.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd melaporkan di arah selatan pula, kesesakan berlaku dari Senawang menuju Pedas Linggi disebabkan kemalangan di Kilometer 253.

"Namun kenderaan yang terlibat telah dialihkan ke lorong kecemasan. Bagaimanapun keadaan trafik masih bergerak perlahan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata trafik dijangkakan akan menjadi lebih sesak selepas waktu berbuka puasa berikutan orang ramai mula menuju ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.
Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur tidak berubah sejak pagi tadi di mana kenderaan bergerak perlahan dari arah Genting Sempah menuju Lentang, Bentong.

"Keadaan di Plaza Tol Gombak sehingga pukul 6 petang juga terkawal, walaupun kenderaan bertali arus. Sementara itu trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 di Plaza Tol Kuala Terengganu masih sesak sejak pagi," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Low Yat: Ketua Umno Bahagian Bagan ditahan

Posted: 15 Jul 2015 08:42 AM PDT

PDRM



BUKIT MERTAJAM - Polis menahan Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata Shaikh ditahan selepas diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya beliau difahamkan penahanan itu adalah atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat Shaikh selepas muncul mesej yang dipercayai disebarkan pihak tertentu.

"Kami percaya penahanan Shaikh itu adalah ekoran mesej daripada kumpulan Whatsapp yang tersebar membabitkan apa yang ditulis Ketua UMNO Bahagian Bagan itu dalam kumpulan berkenaan.

"Saya berpendapat bukan Shaikh yang cuba menghasut sebaliknya orang yang berada dalam kumpulan Whatsapp itu yang cuba menimbulkan perkara yang menggugat ketenteraman negara," katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPD SPT, di sini.

Sebelum ini, penulis blog Papagomo, Wan Mohd Azri Wan Deris, ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat.

Terdahulu, Musa menemani bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu ke IPD SPT kira-kira pukul 2 petang sebelum ditahan oleh dua anggota polis di luar balai polis itu.

Difahamkan, penyebaran mesej itu didapati mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan remaja lelaki Melayu sahaja untuk didakwa dan tidak peniaga Cina yang turut terbabit hingga mencetuskan pergaduhan.

Musa berkata walaupun kesal perkara sedemikian berlaku, beliau akur dengan undang-undang dan meminta polis turut menyiasat orang yang menyebarkan mesej itu.

"Kumpulan Whatsapp ini adalah perbincangan tertutup dan semestinya penyebaran ini dilakukan oleh orang dalam kumpulan itu sendiri yang mana secara tidak langsung orang terbabit yang cuba menghasut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kenyataan mengenai perkara itu (tangkapan) akan dibuat oleh Ketua Polis Negara," katanya. - Bernama

Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati

Posted: 14 Jul 2015 10:56 PM PDT

shahbudindotcom





Skandal lagi...

Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing.

Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang diperlukan Jabatan Peguam Negara Komanwel berkaitan orang tengah yang dipercayai terlibat dengan rasuah dalam urusan percetakan wang kertas polimer yang dilakukan di Australia.

Akhbar tersebut mendakwa, Putrajaya enggan memberi kerjasama itu kerana ia dianggap sensitif lantaran orang tengah yang didakwa terlibat dengan rasuah itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak serta Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Badawi.

Siapakah agaknya orang tengah terbabit dan kenapa Putrajaya seolah-olah memilih untuk melindunginya daripada memberi kerjasama untuk sama-sama membanteras antara amalan paling keji dalam dunia itu?

Pendedahan SMH ini tentunya sekali lagi memalukan nama Malaysia di mata dunia kerana pemimpin kita bukan saja dipalitkan dengan skandal yang belum ada penjelasan meyakinkan sehingga kini, tetapi juga cuba menutup skandal yang lain pula.

Jika dikira dengan pendedahan Sarawak Report bagaimana isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadi hanya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, bermakna sudah ada tiga "penanda aras" yang mencemarkan nama Najib dibuat oleh media asing dalam waktu terdekat ini.

Seperti biasa, kita tidak akan dapat mendengar apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib berkaitan perkara seperti ini kerana beliau lebih suka berdiam diri dan mengunci mulutnya.

Walaupun rasuah merupakan isu penting dan mencemarkan nama baik negara, Najib sebaliknya lebih suka bercerita tentang hidangan nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannnya ketika bersahur daripada menunjukkan iltizamnya sebagai pemimpin terhadap perkara yang sedang mencemarkan namanya, negara dan rakyat Malaysia itu.

Lebih malang lagi ialah kita juga mempunyai barisan kabinet dan MT UMNO yang terlalu baik hati dalam menangani isu-isu rasuah dan skandal yang memalukan seperti ini.

Tidak ada sesiapa daripada  ahli kabinet atau MT UMNO yang tergerak hati untuk meminta penjelasan atau jawapan sebenarnya daripada Najib berkaitan isu RM2.6 bilion mahupun RM2 juta yang dikaitkan dengan Rosmah, malah percayalah, dalam skandal yang didedahkan oleh SMH ini juga, semuanya lebih selesa memilih untuk berdiam diri saja.

Seolah-olah kabinet dan MT UMNO tiada apa-apa tanggungjawab untuk menunjukkan jalan kebenaran kepada rakyat dan ahli-ahli parti, kedua-dua entiti itu lebih gah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Barangkali, di dalam dunia ini, inilah barisan kabinet dan kepimpinan tertinggi parti yang paling baik dan budiman sekali.


Daripada menjawab isu skandal dan rasuah yang melibatkan kepentingan negara, Najib sebaliknya lebih selesa berkongsi cerita mengenai nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannya untuk bersahur.


Selepas 100 hari pelaksanaan GST

Posted: 14 Jul 2015 10:40 PM PDT

MOHD R. JAMALUDIN

 

GST M
Pengiraan sebenar GST merumitkan dan siapalah yang mampu dan boleh memastikan pengembalian cukai yang diberi kepada pengeluar, pengilang, pemborong dan peruncit ini akan dipanjangkan semula kepada pengguna dalam bentuk penjimatan harga jualan atau diskaun?



MINGGU yang baru lalu menjadi batu-tanda genapnya 100 hari semenjak Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan di negara ini pada April 1, 2015.

Walaupun telah lebih tiga bulan dilaksanakan, namun kebanyakan pembeli-pengguna dan pemilik perniagaan masih lagi keliru mengenai perkiraan dan perakaunan GST.

Soalan-soalan asas yang seringkali kita dengar ialah; barangan apa yang sebenarnya dikenakan GST? Kenapa tidak semua barangan dikenakan GST? Perniagaan jenis apa yang berhak mengenakan GST ke atas pembeli-pengguna?

Yang pastinya, pengalaman yang sedang dilalui oleh golongan pembayar cukai sejak kebelakangan ini, rata-rata menggambarkan bagaimana GST tidak banyak membantu dalam kekangan kewangan yang ditempuhi saban hari.

Walaupun Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) sering memberi jaminan bahawa harga barangan dan perkhidmatan tidak akan melambung tanpa kawalan, tetapi realitinya amat berbeza.

Dalam pembentangan belanjawan pada Oktober tahun lepas, diberitakan bahawa barangan dan perkhidmatan seperti keluaran pertanian; sayur-sayuran, keperluan asas seperti minyak masak, tepung dan garam; daging, telur; petrol RON95, disel dan LPG tidak akan dikenakan GST.

Namun, disebaban GST dikenakan di setiap peringkat pengeluaran dan pemprosesan barangan – daripada pengeluar bahan mentah, pengilang, pemborong dan peruncit (yang mana semuanya dibenarkan memohon pengembalian cukai) – penggunalah yang akhirnya akan menanggung sepenuhnya beban cukai yang baharu ini.

Siapalah yang mampu dan boleh memastikan pengembalian cukai yang diberi kepada pengeluar, pengilang, pemborong dan peruncit ini akan dipanjangkan semula kepada pengguna dalam bentuk penjimatan harga jualan atau diskaun?

Atau dibiarkan sahaja harga yang tertera agar keuntungan yang lebih, boleh dikaut.

Walaupun ada sesetengah pemborong dan peruncit dalam industri perniagaan yang mendabik dada bahawa mereka sanggup mananggung kos GST bagi meringankan beban pelanggan mereka, tetapi sebaliknya ada yang masih menjual barangan pada harga sebelum GST, iaitu semasa Cukai Jualan & Perkhidmatan sebanyak 10 peratus dikenakan.

Akhirnya, pembeli-pengguna membeli pada harga yang lebih tinggi dengan membayar beza lebihan cukai sebanyak 4 peratus.

Apa yang ketara kepada pembayar cukai ketika ini ialah kurangnya promosi yang menyeluruh, penerangan asas, penjelasan kekeliruan dan pemantauan pelaksanaan GST ke seluruh negara.

Sehingga adakalanya persoalan yang diajukan dan pencerahan yang diperlukan daripada pihak berkuasa yang berkaitan tidak berjawab – sebabnya, anggota-anggota pihak berkuasa ini sendiri masih keliru mengenai GST.

Selain daripada pengguna, pemilik perniagaan juga terkesan dengan impak GST.

Bukan sahaja terpaksa mengenakan kos tambahan sebanyak 6 peratus GST ke atas barangan jualan atau perkhidmatan mereka, kos kenaikan harga petrol turut memberi impak terus kepada kos pengangkutan dan penghantaran, dan ini memberi kerugian dan kemerosotan bilangan pelanggan kepada pemilik perniagaan.

Ada juga pemilik perniagaan yang terpaksa 'tutup kedai' atau berubah ke jenis perniagaan dan perkhidmatan yang lain.

Dan persoalan mutakhir yang perlu diajukan terus kepada kerajaan – yang telah berjanji akan berlaku adil dan telus dalam pengurusan perbelanjaan negara, lebih-lebih lagi apabila sumbernya daripada pungutan GST — antaranya:

1) Berapakah jumlah GST yang telah dikutip dalam tiga bulan semenjak ianya dilaksanakan pada April 1, 2015?
2) Kemanakah hasil kutipan GST dibelanjakan setakat ini?
3) Tidak bolehkah hasil kutipan GST ini dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan subsidi?
4) Bukankah duit sumbangan rakyat ini 'sebenar-benarnya' untuk kemudahan masa depan rakyat?

Sama-samalah kita berharap, dengan terlaksananya GST sebagai sumber pendapatan yang baharu untuk kerajaan, kita tidak akan membaca laporan tentang ketirisan dalam pembelanjaan hasil kutipannya daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun hadapan.

Sekiranya ini berlaku, maka sebanyak mana pun kadar GST yang dikenakan, rakyat Malaysia akan terus menanggung beban hutang yang disebabkan oleh pentadbiran dan pengurusan kewangan negara yang tidak cekap dan telus… wallahualam.

Penulis adalah seorang wartawan bebas dan berpengalaman bertugas sebagai wartawan Meja Korporat/Perniagaan/Ekonomi dengan media tempatan dan serantau sejak tahun 2000. Sebelum itu, penulis pernah bekerja di beberapa syarikat industri kewangan. Tulisan diatas adalah pendapat, pandangan dan hasil penyelidikan penulis.

8 kematian akibat denggi direkod

Posted: 14 Jul 2015 10:32 PM PDT

HAN KAR KAY

 

denggi_M (1)
Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional (CPRC) KKM, mencatatkan kadar kematian demam denggi pada minggu ke-27 ialah 98.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.



KUALA LUMPUR- Lapan kematian akibat denggi dicatatkan di seluruh negara minggu lepas, menjadikan jumlah kematian kepada 173  iaitu dua kali ganda daripada 87 kematian dilaporkan pada tahun lepas dalam tempoh yang sama.


Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional (CPRC) yang berfungsi sebagai pusat kesiapsiagaan dan tindakan krisis kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mencatatkan kadar kematian demam denggi pada minggu ke-27 ialah 98.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Minggu lepas sahaja, terdapat 3,283 kes yang direkodkan dengan  peningkatan 15.9 peratus berbanding minggu ke-27 yang sama, tahun lalu.

Dari Januari hingga 11 Julai tahun ini, KKM telah mencatatkan sejumlah 62.648 kes denggi berbanding hanya 46.681 kes pada tahun lalu.

"Dengan sambutan hari raya, ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing maka kami menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Mereka perlu mengambil usaha untuk membasmi nyamuk aedes dengan menjaga persekitaran yang bersih," kata CPRC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pusat itu juga telah mengenalpasti 189 kawasan panas di seluruh negara, dengan jumlah tertinggi di Selangor iaitu 151 kawasan.

Kawasan panas lain dengan peningkatan kes adalah di Johor dengan 23 kes, Perak (10 kes) dan lima kes di Pulau Pinang.

GHB dilihat mahu hancurkan PAS dari dalam

Posted: 14 Jul 2015 10:30 PM PDT

DALIA ISMAIL

 

nasrudinM
Tindakan sebegitu bukan sekadar pengkhianatan malah juga satu kejahatan, kata Nasruddin. - Foto fail TRP



KUALA LUMPUR- Parti Islam Malaysia (PAS) melihat tindakan G18 yang mahu menubuhkan parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB), sebagai tidak bermaruah kerana kebanyakan pendokong GHB masih lagi menjadi ahli PAS.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini, menjelaskan, mereka masih berstatus ahli PAS, tetapi mereka melakukan perkara yang merosakkan PAS dari dalam.

"Layaknya tindakan mereka itu adalah satu pengkhianatan kepada jamaah atau parti. Ia satu kesalahan besar dan pasti mereka akan dirujuk kepada tindakan disiplin parti berasaskan peruntukkan perlembagaan PAS sedia ada.

"Kecuali mereka bukan lagi ahli parti, maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan peraturan dan arahan parti.

"Tidak ada apa-apa nilai lagi bagi mereka berada di dalam PAS jika tindakan mereka sedemikian rupa.

"Melainkan mereka memang bermaksud demikian, iaitu kekal dalam PAS dan rosakkan PAS dari dalam dengan menghasut ahli keluar meninggalkan PAS menyertai parti mereka yang bakal ditubuh kelak. 

Tindakan sebegitu bukan sekadar pengkhianatan malah juga satu kejahatan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam satu kenyataan juga menjelaskan ahli PAS yang berhasrat untuk berhijrah menyertai GHB lebih bersikap amanah kepada Allah dan berintegriti.

Beliau juga menyeru pemimpin PAS terbabit agar melepaskan jawatan secara terhormat sebagai lambang amanah dan integriti.

"Saya berharap sahabat-sahabat dapat meninggalkan PAS dengan cara terhormat iaitu dengan meletak semua jawatan dalam PAS kerana tidak ada maknanya sebagai ahli PAS  tetapi masih berkempen mengajak ahli-ahli PAS supaya meninggakan PAS dan berpindah ke wadah baru," ujarnya.

Malah beliau mengesa semuah Ahli Parlimen dan ADUN yang menang atas tiket PAS meletakkan jawatan.

"Seruan saya kepada wakil rakyat di Parlimen dan DUN, secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletakkan jawatan kerana tuan puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun GHB," ujarnya.

Polis tahan empat jurujual telefon di Low Yat

Posted: 14 Jul 2015 10:26 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Polis mengesahkan enam lagi suspek yang ditahan termasuk penjual telefon di plaza berkenaan.


zainuddin,oppo


KUALA LUMPUR : Empat jurujual telefon antara enam yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes curi telefon dan kekecohan di Plaza Low Yat.

Ia menjadikan jumlahnya 25 orang ditahan sehingga Selasa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kesemua enam suspek berumur antara 19 dan 43 tahun.

"Pada 11.30 pagi tadi (Selasa), seorang lelaki berusia 43 tahun, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam menyampaikan ucapan yang berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat pada Ahad lepas.

"Ini boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam yang berbilang kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, lelaki itu akan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Seorang konstabel Polis Bantuan Felda berusia 22 tahun ditahan pada 1 tengah hari tadi di Jalan Persiaran KLCC dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

"Empat individu yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit berusia antara 19 dan 29 tahun turut ditahan di plaza berkenaan pada 4 petang tadi. Kelima-lima suspek terlibat dalam rusuhan," katanya.

Katanya kelima-lima mereka disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, daripada 25 jumlah keseluruhan, masing-masing seorang terlibat dalam kes mencuri dan hasutan manakala 23 lagi terlibat dalam kes rusuhan di plaza itu, Ahad lepas.-BERNAMA

'RCI Low Yat', DAP mohon jumpa PM

Posted: 14 Jul 2015 10:24 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lim Kit Siang menyatakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu rusuhan Plaza Low Yat.

Pemimpin popular DAP itu berkata permintaan itu dibuat kerana isu itu sangat penting untuk mencari kebenaran dan mendamaikan keadaan.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media di pusat jualan barangan elektronik itu di Kuala Lumpur hari ini.

Lim ditemani Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dalam lawatan itu.

"Pendamaian supaya kita boleh bekerja berdasarkan rangka dasar pendamaian untuk semua orang, untuk bersama-sama sebagai rakyat Malaysia," kata Lim.


Hudud: Gerakan Harapan Baru guna pendekatan lebih bijak berbanding Pas

Posted: 14 Jul 2015 10:19 PM PDT

 
Pas dikatakan mengguna pendekatan tidak bijak dan terlalu tergesa-gesa untuk melaksanakan hudud.


SUHAIZAN-KAIAT


 PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggunakan pendekatan berbeza dalam memperjuangkan hukum hudud.

Penolong Setiausaha GHB, Suhaizan Kaiat berkata, berbeza dengan Pas, parti baru itu akan mengunakan pendekatan kebijaksanaan dalam memperjuangkan hudud terutamanya ketika penerangan kepada pihak lain.

"Kebijaksanaan Harapan Baru ini dari segi syariat, kita perlu memahami ruang dan peluang yang ada bukannya kita buat tanpa memikirkan dengan bijaksana.

"Kita juga akan menggunakan kebijaksanaan dari segi perbincangan dengan semua pihak bukan sahaja DAP, sebelum hudud dirancang untuk dilaksanakan," katanya kepada FMT.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas berkata, tindakan Pas untuk melaksanakan hudud adalah terlalu tergesa-gesa tanpa memikirnya secara mendalam.

"Apa yang dibuat Pas tidak cukup masak, terlalu cepat buat keputusan untuk laksana hudud," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, mereka akan terus meletakkan pelaksanaan hukum hudud sebagai satu asas perjuangan.

"Hudud adalah sebahagian dalam syariat Islam. Kita perjuangkan ia dalam Parlimen dan perbincangan . Sebab kami tidak boleh pisahkan ia, itu terkandung dalam ajaran Islam," katanya ketika pelancaran GHB pada Isnin.

PAS S'gor sediakan pengganti GHB

Posted: 14 Jul 2015 10:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata, arahan untuk mengisi kekosongan itu telah dikeluarkan dan juga sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.

"Bila seseorang itu ketua cawangan dan dia dah tidak jadi ahli, orang lain kena ambil jawatan itu.

"Di Selangor kita sudah bersedia untuk itu semua, arahan telah kita keluarkan untuk kawasan dan cawangan mengisi kekosongan, kita sudah ada orang untuk isi kekosongan itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PAS Selangor sebelum ini berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0".

Selepas tergugurnya keahlian, tegas Mohd Khairuddin, mereka tidak mempunyai jawatan dalam PAS.

"Dia gugur secara automatik dalam perlembagaan. Mana-mana orang dalaman, mana-mana parti politik kalau dia mengisytiharkan tubuh parti baru, keahlian yang ada itu tergugur," katanya yang mengulas penubuhan parti itu semalam.

Mohd Khairuddin yang menggelarkan GHB sebagai "bekas ahli kita", berkata PAS negeri juga mengarahkan semua jawatan yang pernah disandang mereka, akan dipangku dengan serta-merta menurut kaedah perlembagaan.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad berkata pemangku bagi jawatan tersebut telah dikenal pasti supaya pentadbiran berjalan lancar selepas kumpulan progresif itu tidak lagi bersama PAS.

"Pemangku-pemangku dikenalpasti dari sekarang supaya pentadbiran parti berjalan lancar," katanya kepada Malaysiakini.

Penulis blog Papagomo ditangkap polis

Posted: 14 Jul 2015 10:09 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis menangkap Wan Mohd Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog "Papa Gomo", di bawah Akta Hasutan lewat malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai penangkapan penulis blog itu.

Wan Mohd Azri ditangkap berkaitan penyebaran berita palsu berkaitan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada hujung minggu.

Sebelum ini, polis menangkap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom (gambar), juga di bawah Akta Hasutan.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', Mohd Ali ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad.

Polis setakat ini telah menahan lebih 20 orang berhubung kejadian tersebut.


PERKASA: Tolak Islam jadi nama parti

Posted: 14 Jul 2015 10:05 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan pendaftaran parti politik baru menggunakan nama Islam.

Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi mengelak mana-mana agama daripada menjadi instrumen politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, lapor Utusan Malaysia.

Tambahnya lagi, Akta Pertubuhan 1966 perlu dipinda serta merta bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku, katanya PAS juga perlu menukar penggunaan Islam dan diganti dengan nama lain.

"Saya dimaklumkan ada nama parti baru dengan nama parti progresif Islam dan Parti Islam Demokratik akan ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apabila ada kebenaran untuk mendaftarkan nama parti sebegini akan ada parti Islam progresif, ada yang tidak progresif sekali gus merosakkan nama Islam.

"Agama ini cantik dan sempurna tetapi orang yang mendukung parti itu tidak sempurna. Jadi, kita desak supaya tidak diizinkan nama Islam dalam nama parti politik.

"Bukan sahaja yang baru ini. PAS juga kena pinda, mereka boleh kekal nama PAS tetapi tidak boleh parti Islam Se-Malaysia lagi," beliau dilaporkan berkata.

Isnin lalu, kumpulan progresif PAS mengumumkan menubuhkan kumpulan Gerakan Harapan Baru, yang akan merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka.

Kumpulan itu tewas teruk di tangan kumpulan proulama dalam pemilihan pari itu Jun lalu.
 

'Jangan lupa ahli PAS yang menangkan kamu'

Posted: 14 Jul 2015 10:03 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap pemimpin progresif parti itu yang berhasrat meninggalkan mereka tidak lupa pada sokongan anggota.

Katanya, ini termasuk anggota PAS yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Harakahdaily.

"Jangan tuan puan lupa dengan sokongan ahli-ahli PAS yang bekerja keras siang dan malam serta wang ringgit yang disumbangkan bagi memenangkan anda selaku wakil rakyat PAS, maka kerjaya kamu sebagai ahli parlimen dan ADUN bukan hasil titik peluh kamu sendiri.

"Tetapi hasil sokongan dan dukungan daripada semua pihak daripada Tuan Guru Presiden dan pimpinan tertinggi parti dan seluruh ahli-ahli PAS," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mahfodz justeru menyeru mereka meletakkan jawatan jika mahu meninggalkan PAS bagi mengelakkan "pendapatan syubhah", yang akhirnya memberikan kesan kepada ketenangan hidup dunia dan akhirat.

"Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat," katanya.

'Banyak sangat parti Islam'

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob pula dilaporkan bimbang kemunculan parti Islam baru akan melemahkan dan memecahbelahkan lagi perpaduan umat Islam.

Katanya, perpecahan yang disebabkan perbezaan ideologi politik itu hanya menyebabkan suara umat Islam menjadi lebih kecil dalam sebuah negara majmuk yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.

"Mana-mana pihak bebas menubuhkan parti. Tetapi untuk membentuk sebuah parti baru yang juga berasaskan Islam, saya takut akan mengecilkan dari segi suara.

"Banyak sangat parti Islam," beliau dilaporkan sebagai berkata.
 
 
 

'Jangan berpecah sehingga DAP sendiri mulakan'

Posted: 14 Jul 2015 10:01 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.

"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku," beliau dipetik berkata dalam satu laporan Bernama semalam.

"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota PAS yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.

"Yang telah buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertaiDAP.

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baru PAS ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.

"Saya yakin kepimpinan baru cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baru meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baru itu lebih tenang," katanya.

Kelmarin, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta NGO yang sealiran dengan ideologi mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin yang berada dalam GHB sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota PAS.

"Kalau betul nak tubuh parti baru, letak lah jawatan dan keluar daripada PAS dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.

Beliau berkata dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang. - Bernama
 
 

PAS masuk jerat DAP, G18 ganti PKR?

Posted: 14 Jul 2015 03:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas sambutan Hari Raya minggu depan, kita mungkin tidak mendengar lagi ledakan mercun pembangkang.

Kita sebaliknya akan mendengar letupan meriam dan ledakan bom serangan bertubi-tubi antara tiga parti ini.

Sejak beberapa bulan lalu, khususnya menjelang dan selepas muktamar PAS, kita hanya mendengar mercun politik pembangkang. Bingit dan membingungkan.

Namun tiga keputusan penting yang ditangguhkan selepas Aidilfitri bakal mencetuskan ledakan besar, jika tiada jalan damai, tanda kehancuran lengkap Pakatan Rakyat.

Ledakannya itu permulaan krisis pembangkang sehingga pilihan raya umum nanti – kalaulah tiada langkah meredakannya.

Tiga keputusan penting tersebut:

(a) sama ada PAS benar-benar menolak atau menerima semula DAP,

(b) sama ada G18, atau serpihan PAS, berjaya mendirikan parti baru, dan

(c) apakah hasil tekanan DAP ke atas PKR di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak mencetuskan ketegangan baru.

Dalam pengamatan awal penulis:

(a) PAS cenderung memutuskan hubungan dengan DAP seperti usul muktamar walau tetap bersama PKR.

Sumber-sumber PAS, setakat ini, membayangkan ia tidak akan berundur daripada usul Dewan Ulama.

Jerat DAP mengena

Keputusan ini ibarat ledakan awal yang mengakibatkan rantaian letupan-letupan berikutnya.

Dengan menolak DAP, PAS seolah-olah termasuk dalam jerat yang dipasang DAP.

PAS termakan provokasi mengikut 'game plan' DAP tanpa disedarinya. G18 mungkin tidak perasan atau sengaja buat-buat tidak nampak.

Keputusan PAS ini sebagai reaksi balas terhadap sikap DAP tetapi tindakan dua parti ini menggagalkan Pakatan Rakyat.

Selain memutuskan hubungan dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang atas alasan beliau "tidak jujur", provokasi DAP itu termasuklah memutuskan hubungan dengan PAS di Sarawak dan Sabah.

Yakni, DAP memang mahu memutuskan hubungan dengan PAS di peringkat nasional tetapi ia harus menunggu senario sesuai untuk bertindak.

Dengan usul perpisahan itu, Dewan Ulama memberikan pucuk dan ulam kepada DAP.

Dengan cepat sahaja, DAP menyambar peluang itu dengan mengumumkan Pakatan Rakyat "sudah mati". Serentak, DAP sendirian mengisytiharkan "gabungan baru", atau Pakatan 2.0, dengan G18.

Sikap DAP ini bukan setakat itu, ia malah mendesak PKR di Selangor mengambil pendirian memihak kepadanya tetapi PKR enggan.

Cara beberapa wakil rakyat DAP memainkan isu kod berpakaian di Selangor boleh ditafsir dalam konteks serangannya pada pimpinan PKR.

Setelah beberapa kali mendesak PKR di belakang tabir, DAP sendiri mengumumkan kematian Pakatan Rakyat di Pulau Pinang baru-baru ini.

Yakin dengan kesetiaan pengundi bandar, DAP tidak risau berpisah dengan PAS kerana G18 boleh dipergunakan untuk melebarkan pengaruhnya di kawasan Melayu dan kawasan pinggir bandar, yang selalunya ditandingi PAS dan PKR.

DAP berasa ia tidak rugi apa-apa, malah menguntungkan untuk bekerjasama dengan parti baru G18 yang, antara lain, tidak mahu meneruskan agenda hudud PAS.

Malah, jika PKR mendatangkan masalah kepadanya, DAP boleh menggunakan G18 untuk berdepan dengan parti Anwar Ibrahim.

Apatah lagi, beberapa pemimpin utama PKR, khususnya yang bermasalah dengan PAS, menyokong usaha G18 dan DAP.

DAP sedang bersiap sedia menguasai sepenuhnya barisan pembangkang atau, jika terdesak, bergerak sendirian.

Bagi DAP, di sinilah peranan strategik parti baru G18 yang belum disedari oleh penyokong-penyokong PAS yang anti kepada kumpulan proulama.

DAP perkuda 'Gelombang Baru'

(b) Keputusan PAS menolak DAP sesuai pula dengan persiapan G18, serpihan PAS yang akrab dan bergerak sejalan dengan DAP, yang mahu mengumumkan parti baru.

Keghairahan mereka mengkritik PAS dan bergerak di kawasan-kawasan "jebon" kini jauh lebih aktif berbanding sebelum muktamar.

Seolah-olah mereka lebih rela membentuk parti baru daripada menang pemilihan PAS!

Apatah lagi idea parti baru sudah muncul sejak krisis menteri besar Selangor selepas Aidilfitri tahun lepas lagi.

Kalau kita perhatikan betul-betul, G18 dan DAP bersama beberapa kerat pemimpin PKR menyokong "gabungan baru" yang asalnya dari ketumbukan sama sejak krisis tersebut bermula.

Kumpulan itu kini ingin dikenali dengan slogannya 'Harapan Baru', bukan lagi G18, bagi menggambarkan ia mendapat sambutan meluas penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai.

Ia akan dilancarkan di Perlis selepas Aidilfitri dengan menampilkan beberapa tokoh popular, seperti mufti, ahli akademik dan profesional Islam.

Mereka berharap 'Harapan Baru' mencetuskan semacam gelombang masyarakat bagi menutup imej asal mereka sebagai kumpulan bekas pemimpin atasan PAS yang tewas dan kecewa.

Tetapi setakat ini "gelombang" itu gagal dicipta, malah hanya berebut-rebut dengan pangkalan sokongan (support base) sedia ada pembangkang.

Malah, tokoh-tokoh "baru" yang dijangka menyertai 'Harapan Baru' sudah sedia dikenali sebelah kaki mereka bersama pembangkang!

Sama ada G18 sedar atau tidak ia sedang dipergunakan oleh DAP, mereka senada dalam mengkritik dan menolak PAS.

PAS-DAP bertembung

(c) Susulan perkembangan (a) dan (b) itu, DAP dijangka mahu terus menekan PKR untuk mendapatkan konsesi lebih besar di Selangor.

Usaha itu sudah beberapa kali dicuba oleh pemimpin-pemimpin DAP, termasuk dari peringkat pusat.

Namun PKR selama ini enggan menunaikan konsesi itu kerana sikap DAP yang tidak meraikan mereka di Pulau Pinang.

Malah, penulis ini difahamkan, DAP mengambil sikap "pecah dan perintah" beberapa pemimpin PKR dalam pentadbirannya.

Mereka yang sedia tunduk kepada gaya "politik tokong" DAP diberikan keutamaan. Sementara mereka yang enggan 'kowtow' pada telunjuk DAP digertak untuk disisihkan.

Kerenggangan DAP-PKR belum begitu ketara di dua negeri ini.

Tetapi keretakan awal semakin ketara antara PKR dan DAP di Sarawak apabila parti yang selalunya bergerak di bandar didakwa ingin merampas kerusi-kerusi PKR di pedalaman.

Jika tiada jalan keluar, dua parti ini akan bertembung dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam masa terdekat.

Krisis di Sarawak sedikit  sebanyak mempengaruhi hubungan DAP-PKR di Semenanjung.

Sedar nasibnya yang terhimpit dan bakal ditelan DAP, PKR melancarkan jelajah 'amanat presiden', juga selepas Aidilfitri.

Dengan latar tiga keputusan (a) hingga (c), kita akan berdepan politik nasional yang lebih mendebarkan, selain isu sejauh mana perdana menteri dapat bertahan selepas didakwa mengambil RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu 1MDB yang menggugat nilai mata wang dan ekonomi negara tidak dapat dimanfaatkan oleh pembangkang jika perpecahan DAP-PAS diikuti pula kerenggangan DAP-PKR.

Dengan kemunculan parti baru pula, "gabungan baru" ini tidaklah membawa "harapan baru", malah ramuan kemusnahan pembangkang seumpama 2004.

Namun, jika semua pemimpin pembangkang, termasuk serpihan PAS, menyedari betapa ruginya permainan politik mereka, mungkin "jalan damai" masih boleh dirintis.

Walau jalan damai ini semakin hari semakin berliku dan mungkin sudah terputus seperti patahnya arang.

Bahagian 1: Dilema dan penyakit parti baru Islam




FATHI ARIS OMAR menghuraikan lebih lanjut isu-isu politik di Facebook. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@gmail.com.

Pemilihan Presiden MIC dijangka diadakan akhir Ogos

Posted: 14 Jul 2015 03:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon bagi jawatan Presiden MIC dijangka diadakan pada minggu pertama Ogos manakala proses pemilihan dijangka diadakan pada akhir bulan yang sama. 
 
Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, tarikh rasmi bagi kedua-dua proses masih belum ditetapkan kerana terdapat beberapa perkara di peringkat cawangan yang perlu diselesaikan. 
 
"Kami akan ke peringkat pemilihan yang berikutnya iaitu pemilihan bagi jawatan presiden sebaik sahaja proses pemilihan dan rayuan di peringkat cawangan selesai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Pengurusan Tinggi MIC di sini, Isnin.
 
Beliau berkata, sebanyak 3,195 cawangan MIC seluruh negara telah menghantar pencalonan bagi pemilihan peringkat cawangan yang diadakan dari 10 hingga 12 Julai, dengan 250 borang yang masih dalam proses verifikasi.
 
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, mereka yang ingin membuat rayuan berhubung proses pencalonan untuk pemilihan peringkat cawangan boleh mengemukakannya kepada setiausaha agung parti.
 
"Kita dah hantar borang pencalonan melalui pos laju tetapi ada yang mengadu mereka tak terima, mungkin sama ada alamat mereka dah tukar atau mereka tiada di rumah semasa pos laju datang.
 
"...dan sekiranya alasan mereka munasabah, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat pencalonan semula," katanya, menambah rayuan boleh dikemukakan mulai Isnin hingga Khamis.
 
Mengulas mengenai proses pencalonan itu, Dr Subramaniam berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati kerana proses itu berjalan lancar selain membuktikan kematangan pemimpin-pemimpin MIC di akar umbi.
 
 

GHB belumpun didaftar, terlalu awal mahu bincang kerjasama - DAP

Posted: 14 Jul 2015 03:47 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) belum pun didaftarkan sebagai sebuah parti politik justeru masih terlalu awal untuk DAP membuka meja rundingan, kata Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
 
"Ia masih terlalu awal untuk dibincangkan. Mereka belum menubuhkan sebuah parti politik lagi, bagaimana untuk bekerjasama?
 
"Mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripada gabungan itu lagi. Oleh itu, kita tidak boleh terlalu teruja dengannya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan majlis berbuka puasa di sini pada Isnin malam.
 
Teng berkata cadangan untuk menubuhkan GHB adalah perkembangan positif.
 
Bagaimanapun, Teng tidak mengulas kenyataan Pengerusi GHB bahawa parti politik baru itu akan meneruskan agenda hudud.
 
DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana isu hudud.
 
Tindakan DAP itu membawa kepada Majlis Syura Ulamak PAS pula membuat timbal balas dengan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, namun kekal komited dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.
 
Teng dalam pada itu berkata parti politik baru yang bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri itu tidak akan mempunyai banyak masalah lantaran kesemua individu yang dijangka menyertainya adalah kalangan mereka yang berpengalaman dalam berpolitik. 
 
Gerakan ini dianggotai pemimpin progresif PAS seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Hanipah Maidin.
 
Mereka tewas dalam pemilihan PAS pada awal Jun lalu.
 
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib juga merupakan sebahagian daripada pergerakan itu.
 
 

Tol Gombak mulai sibuk, lebuh raya utama lain lancar

Posted: 14 Jul 2015 03:45 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak arah ke Pantai Timur mulai sibuk setakat jam 3 petang tadi berikutan kebanyakan warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
 
Menurut Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), hanya laluan ke arah timur mulai sesak manakala beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih lancar, termasuk dari Slim River ke Sungkai dan Jelapang ke Kuala Kangsar.
 
"Bagaimanapun, terdapat kemalangan dilaporkan di Kilometer 220.9 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar tetapi tiada penutupan lorong utama. Trafik lancar," menurut posting terbaru LLM.
 
Status kemalangan di Kilometer 75.8 arah utara dari Machap ke Ayer Hitam juga dilaporkan selesai dan trafik kembali lancar.
 
Sementara itu, laman Twitter PLUS Expressways Bhd melaporkan, trafik turut lancar di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan di Jambatan Pulau Pinang.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

Tiada ulasan: