Rabu, 15 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jangan Main Kecam Saja - Saman Lah Media Australia Tu !!

Posted: 15 Jul 2015 02:45 AM PDT

PM kecam laporan media Australia

najib
Artikelnya dikatakan cuba menggelirukan dan membayangkan PM terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam laporan The Age dan Sydney Morning Herald (SMH) dari Australia yang cuba memburuk-buruk nama beliau melalui artikel bertajuk 'Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak' (Skandal rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, menyifatkan artikel cuba menggelirukan dan membayangkan Najib terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

"Daripada membekalkan bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes ini, artikel berkenaan menggunakan perkataan-perkataan berbentuk licik dan tidak konklusif seperti disyaki, didakwa dan dicadangkan untuk mendorong pembaca berfikir bahawa Perdana Menteri adalah bersalah," petik kenyataan itu.

Sebelum ini SMH melaporkan Najib dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer.

Ia mendakwa permintaan Canberra untuk mendapat maklumat daripada Putrajaya membabitkan dua firma bank rizab Australia telah tidak dipenuhi.

Laporan itu turut mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan Tun Abdullah Badawi terbabit dalam skandal itu.

Polis tahan Papa Gomo FMT Reporters

Posted: 15 Jul 2015 02:00 AM PDT

 papagomo_hasutan_600

Mohd Azri ditangkap berkaitan penyebaran berita palsu hingga mencetuskan pergaduhan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada Sabtu dan Ahad lepas

PETALING JAYA: Blogger `Papa Gomo' atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris ditahan polis malam Selasa untuk di dakwa di bawah Akta Hasutan.

Ia disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid sebelum ini meminta Wan Mohd Azri untuk menyerah diri dan jika dia enggan berbuat demikian pihak polis akan menangkapnya.

"Saya dah suruh dia serah diri, tapi belum lagi. Nanti kita akan tangkap dia," katanya.

Wan Mohd Azri ditangkap berhubung penyebaran berita palsu berkaitan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada Sabtu dan Ahad lepas.

Sebelum ini, polis telah menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju untuk disiasat di bawah akta yang sama.

Wan Azizah desak kerajaan dedah laporan Interim Ketua Audit Negara FMT Reporters

Posted: 15 Jul 2015 01:15 AM PDT

 
wawi-husni
Rakyat berhak mendapat maklumat daripada Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak agar Laporan Interim Ketua Audit Negara didedahkan kepada umum supaya orang ramai boleh mengesahkan kesahihannya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meminta pengkritik 1MDB, agar menghentikan dakwaan tidak berasas kerana Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB, tidak menunjukkan bukti wujudnya salah laku.

"Amatlah tidak adil dan tidak wajar untuk merujuk isi kandungan dokumen yang kononnya 
menyatakan, tiada sebarang bukti salahlaku, walhal orang ramai tidak boleh mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Facebook.

Beliau mengakui, kenyataan Husni tidak memperjelaskan isu sebenar dan menambah kekalutan serta mengelirukan lebih-lebih lagi apabila orang ramai dihalang mendapat maklumat daripada laporan berkenaan.

"Oleh kerana audit ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan sepenuhnya operasi dan pengurusan 1MDB kepada umum, maka saya menggesa agar Laporan Interim Ketua Audit Negara ini didedahkan kepada umum serta-merta," kata Wan Azizah.

Kumpulan Mat Sabu Adakan Rundingan Dengan Adik Najib

Posted: 15 Jul 2015 12:37 AM PDT



Kumpulan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu kini terlibat dalam perbincangan dengan wakil-wakil Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada perdana menteri.

Ia mungkin mewujudkan kerjasama Gerakan Harapan Baru (GBH) dengan NGO baru yang dirancang oleh Nazir susulan kelemahan kepimpinan sedia ada, laporSingapore Straits Times.

Anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, antara terlibat dengan GBH, mengesahkan perbincangan dengan bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah bulan lepas, yang dijangka mengetuai sebuah NGO baru.
"Saya perlu bincang cadangan-cadangan itu dengan anggota lain kumpulan sebelum memutuskan," Mujahid dipetik sebagai berkata.
Saifuddin mengesahkan penglibatan mereka bertukar pandangan berhubung rancangan masing-masing kerana sudah terlibat dengan kerjasama dua pihak sebelum ini.

GBH ditubuhkan untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka kepada semua pihak, seterusnya memperjuangkan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0".




Tiada ulasan: