Sabtu, 11 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sejenak merenung liku-liku kemunculan parti baru

Posted: 11 Jul 2015 09:00 AM PDT

Ust Ahmad Awang ketika menyerahkan borang penerimaan
pencalonan kerusi presiden PAS
Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini ditunggu dengan penuh debaran. Namun, ianya tidaklah semudah yang kita jangkakan kerana ada pihak yang tidak senang dengan kemunculannya nanti. Pastinya pihak yang tidak menyenanginya ini turut mengatur perancangan halus untuk menggagalkan misi dan visi parti baru ini nanti.

Pengalaman selama bersama PAS, kita telah dapat lihat bagaimana penyusupan fraksi Umno akhirnya telah berjaya menjadi dominan setelah perginya sosok ulama sebenar seperti almarhum Ust Fadzil Nor dan almarhum TGNA.


Apakah tidak mungkin akan berulangnya episod tersebut kepada parti GHB yang bakal ditubuhkan ini nanti?

Keberangkaliannya ada. Maka renung-renungkanlah. Lihatlah dengan teropong kebijaksanaan, jangan sekadar meneropong dengan teropong sakti Raja Bomoh Malaya. Hancus!

Di samping itu, saya ingin mengajak kalian untuk menyelusuri sejenak perjalanan yang penuh ranjau dan liku berduri yang terpaksa ditempuhi selama ini merentasi waktu sebelum G18 tersingkir dengan penuh kehinaan.

Betapa waktu itu, PasMa telah berdepan dengan tekanan paling hebat di awal penubuhannya.9Ketika krisis menteri besar Selangor semakin memuncak, kerjasama antara PAS dengan PR semakin merosot. Spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

Sebagai respon, lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu9pada hari Merdeka, 31 Ogos 2014 dan menubuhkan PasMa.Inisiatif ini bermula selepas Hadi memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.

Phahrolrazi, selaku presiden PasMa berulangkali menegaskan penubuhan PasMa adalah bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Pasma berperanan sebagai platform kepada pemimpin PR untuk membincangkan isu-isu politik.

"Jika dalam parti, perbincangan agak terbatas, sebab tertakluk pada peraturan. Pasma memberi ruang untuk bincang isu politik untuk manfaat PR agar terus relevan dalam masyarakat dan jadi parti alternatif terbaik," katanya.


Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh
kita akan kembali kpd zaman 1950-andan 1960-an
di mana rakyat tiada pilihan," kata Phahrolrazi, 
bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah
 PasMa telah berjaya menganjurkan beberapa majlis forum dengan menjemput kalangan pemimpin parti dari gabungan Pakatan Rakyat dan wakil NGO. Forum pertama Pasma telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada 8 Sept 2014.

Sejajar dengan tujuan penubuhan Pasma mahu memastikan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP terus kekal bersama, Dr Mujahid yang merupakan salah seorang ahli panel malam itu menegaskan:

" PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno" Baca di sini 

Jelas terbukti bahawa PasMa merupakan batu penghalang kepada usaha untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Mungkin kerana ketegasan PasMa sebagai batu penghalang hasrat atau pun niat puak konservatif untuk bersama dengan Umno, PasMa telah dilabel sebagai parasit kepada PAS dan mereka dituduh mendaftar sebuah parti baharu. Haji Hadi menyifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu. 

Akibatnya Phahrolrazi telah menerima kecaman dan tohmahan paling hebat. Hingga ada yg mengaitkannya dengan DAP yg  kononnya akan menyalurkan sekurang-kurangnya setengah juta ringgit bagi setiap tiga bulan kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai 'imbuhan' untuk melaksanakan strategi bagi 'projek khas' menjatuhkan kepemimpinan ulama dalam PAS, termasuk menyingkirkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain menjalankan aktiviti mereka. (Baca di sini

Ketika kalangan progressif mahu menghadapi pemilihan pada Muktamar 61, tidak ada orang yang berani berdepan untuk mencabar kerusi Presiden.

Mujurlah UAA seorang lagenda pejuang sejati yang disanjung kerana ketegasannya menolak untuk bergabung dengan Umno selepas PRU-13 dulu, telah sanggup ke depan untuk menerima pencalonan untuk lawan presiden yang selama ini tidak pernah ada yang berani mencabarnya, termasuklah Husam Musa sendiri. 
Antara penghinaan puak UG terhadap UAA

Maka, bermacam-macamlah UAA dilabel oleh puak UG hanya kerana UAA mahu mencabar kedudukan Hj Hadi sebagai presiden parti pada Muktamar 61.

Ketika ini hanya UAA sahaja yg dikira paling layak kerana kedudukannya setaraf dengan Hj Hadi sebagai seorang Ulama. Dalam keadaan ini, UAA telah berjaya menutup mulut cirit birit UG yang menuduh kalangan konsevatif sebagai 'Anti-Ulama'.

Ketika ini kecaman telah beralih kepada UAA. Hj Hadi tanpa menyebut sebarang nama seperti dalam kesnya memfitnah pill kuda dulu, telah mentohmah lawannya sebagai calon yg ditaja oleh DAP. Asyik-asyik DAP! Puak-puak konservatif ini senjata ampuh mereka ini macam perangai Umno, mesti dikaitkan dengan DAP!

Dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui rakaman video , Hj Hadi mendakwa, pertandingan itu adalah antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.


Walaupun kalangan G18  seperti Mat Sabu dan Dr Hatta, Dr Dzulkefli Ahmad, Khalid Samad seumpama nya turut dicerca dengan pelbagai nista, namun mereka ini kelihatan tidak  begitu 'berahi' nak lawan balik atau bergerak secara kumpulan.

Mohamad Sabu sendiri, walaupun begitu dihina oleh kumpulan budak-budak yang 'Kencing Berjemaah" dan dihambur dengan doa laknat sewaktu Muktamar ke-60 dulu, hanya mengeluh : "Saya bukan manusia pelastik...."

Dan seolah-olah masih mahu mengampu Hj Hadi dengan kenyataan :

"Tuduhan-tuduhan kita (saya) sama ada nak menjatuhkan Presiden itu...tak ada langsung dalam jiwa kita," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini.



Hanya dua tiga kerat sahaja yang sanggup untuk digandingkan bersama dengan UAA dalam kempennya di serata negara.


Namun DS Nizar adalah terkecuali. Beliau sangat vokal dalam menyuarakan perlunya perubahan. Presiden PAS perlu ditukar, kata Nizar dan akibatnya, dia tersingkir awal-awal lagi dalam pemilihan peringkat kawasannya sendiri. Dia vokal dan berterus terang dengan pendiriannya.

Hanyalah setelah G18 nyata tersingkir pada Muktamar 61, mereka bergabung tenaga untuk bangun semula menyusun gerak langkah untuk meneruskan perjuangan legasi UFN dan TGNA. Inilah semangat yang ada pada setiap pejuang sejati yang tidak mudah luntur dengan mehnah dan ujian.


Maka tidak heranlah, isu Syiah akan kembali subur sedikit masa nanti untuk menggodam Mat Sabu and the gang.




Mereka amat licik dalam melakukan setiap agenda mereka. Antara agenda jahat puak konservatif berjaya lakukan terhadap PasMa ialah mengenai 'nasihat' MSU supaya ahli PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa. 

Entah bagaimana pula 'nasihat' MSU itu akhirnya telah menjadi satu larangan yang mesti dipatuhi, hinggakan ke hari ini, agak menghairankan kerana masih ramai kalangan yang berasa kelat nak bersama PasMa.

Suatu 'Ibrah untuk kita semua

Posted: 11 Jul 2015 07:00 AM PDT

Oleh AaqIƟ Farooq Mir 

Suatu cerita benar diberitahu oleh Syaikh 'Abdul Mohsen al Ahmad' , ia berlaku di Abha (ibu kota wilayah Asir di Arab Saudi). 

"Selepas melaksanakan Solat Maghrib, wanita itu meletakkan mekap , memakai pakaian putih yang cantik. Dia mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya.

Kemudian dia mendengar azan 'Isya' berkumandang dan dia menyedari bahawa dia sudah terbatal wudu'nya. Katanya kepada ibunya: 

"Ibu, saya perlu pergi mengambil wudu' dan solat 'Isya'" 

Ibunya terkejut: "Adakah kamu gila? !! Para tetamu sedang menunggu kamu! Bagaimana dengan mekap kamu? Semuanya akan hilang oleh air !!"

Kemudian dia menambah: "Saya ibu kamu dan saya memerintahkan kamu untuk tidak melaksanakan solat sekarang! Wallahi jika kamu membuat wudu' sekarang, saya akan marah pada kamu." 

Anak perempuannya menjawab: "Wallahi saya tidak akan keluar dari sini sehingga saya melakukan solat saya! Ibu perlu tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta !! "

Ibunya berkata: " Apa tetamu kita akan katakan tentang kamu apabila kamu muncul untuk majlis perkahwinan kamu tanpa mekap? Kamu tidak akan menjadi cantik di mata mereka dan mereka akan mentertawakan kamu."

Anak perempuan itu bertanya sambil tersenyum: " Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata makhluk? Bagaimana pula dengan Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat, saya tidak akan menjadi cantik di mataNya."

Dia mula mengambil wudu' dan semua mekapnya telah habis luntur kerananya tetapi dia tidak peduli. Kemudian dia mula solat dan pada masa dia akan sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi sujud yang terakhir! 

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Masyaa Allah ... suatu pengakhiran yang sangat mulia untuk muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! 

Ramai yang mendengar cerita mengenainya telah turut tersentuh!! Dia menjadikanNya dan perintahNya yang pertama dalam keutamaan beliau, lalu Allah memberikan kesudahan yang terbaik dengan sewajarnya! Dia mahu menjadi lebih dekat kepada Penciptanya, maka Allah telah mengambil nyawanya untuk bersama hamba-hambanya yang paling dekat kepadaNya! Subhanallah! 

Dia tidak peduli jika dia tidak menjadi cantik di mata makhluk tetapi dia cantik di mata Penciptanya! 

Wahai Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang akan kamu lakukan? Subhan'Allah, suatu cerita yang menakjubkan.

Selagi Fajar Menyinsing

Posted: 11 Jul 2015 03:00 AM PDT

 Interview saya oleh The Star telah di spin oleh laporan The Malaysian Insider yang bertajuk "Plans for new Pakatan coalition on hold". Saya sedar ramai yang keliru dengan kenyataan ini dan izinkan saya memperjelaskan intipati interview tersebut.

 1. GHB mengambil sikap tidak gopoh dan terburu2 untuk menubuhkan parti baru. Ianya mestilah mengambil kira kajian, pandangan semua segmen dlm masyarakat dan perhitungan politik yang konstruktif.

 2. Parti baru sekiranya ditubuhkan bukan bermotifkan dendam kepada Pas. Musuh dan fokus kita adalah BN.

 3. Parti baru juga tidak akan ditubuhkan atas desakan dan ihsan mana2 pihak. Parti baru dasar dan matlamatnya jelas iaitu visi kesinambungan perjuangan Islam yang wajib di perjuangan dipersada politik negara. 

 4. Parti baru akan mengambil pendekatan bijaksana dalam memposisikan peranan dalam memperkukukan Pakatan Rakyat.

 Sekian sebagai penjelasan.

Salahuddin Hj Ayub 
Timbalan Pengerusi GHB 
10 hb July 2015

PARTI BAHARU DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA, PAS PERAK PASTI TIDUR TAK LENA

Posted: 11 Jul 2015 12:00 AM PDT

Oleh JOHARI JAAFAR
(Bekas Ketua Biro Harakah Perak)


IPOH: Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.

 Gelombang gerakan harapan baru ini telah disambut oleh rakyat di negeri ini dengan menyokong Gerakan Harapan Baru apabila satu majlis perjumpaan diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari seluruh kawasan di negeri ini.

 Turut hadir dan memberikan ucapan Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak, yang juga Naib Pengerusi Gerakan Harapan Baru Negeri Perak ,Haji Mohd Zainududin Yusuf.

 Hadir sama memberikan ucapan seorang lagi Naib Pengerusi GHB Negeri Perak, yang juga mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul Malik.

 `Orang kuat' Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Encik Nelli Raja turut juga berkonsi pandangan dan akan bersama dengan gerakan tersebut.

Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahim Cheng baju biru) turut serta beberapa orang peguam yang sebelum ini aktif dalam PAS di negeri ini.

 Perjumpaan pada 1 Julai lalu adalah pertemuan yang kedua kali bagi Geeakan Harapan Baru peringkat negeri ini.9 Beberapa lagi pertemuan dan dialog dipercayai akan dilakukan sebelum kemunculan parti baru selepas Aidil Fitri ini.

 Bekas ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan penerangan kepada masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.

 Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini telah pun diwujudkan dan disusun yang melibatkan wakil-wakil dari 24 kawasan di negeri ini.

 Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini. Tokoh tokoh politik yang berpengaruh dijangka akan turut bersama wadah baru ini dan ini pastinya memberikan `pukulan hebat' kepada PAS Perak.

 Antaranya ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Mantan Setiausaha Pakatan Rakyat yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf, bekas Exco Agama kerajaan Pakatan Rakyat. 


Kehadiran Nelli Raja selaku Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak dengan memberikan sokongan kepada parti baru yang akan muncul nanti sudah cukup memberikan tamparan kuat kepada PAS.

Dalam ucapannya beliau mencadangkan agar parti baru ini membuka keahlian kepada bukan Islam, dan bukannya dalam bentuk sayap dewan penyokong parti sahaja.

Dewan Penyokong PAS Perak sebelum ini berperanan cukup memberangsangkan dalam memberikan kemenangan kepada calon calon PAS dalam pilihanraya umum.

 Sokongan diberikan Nelli sebagai Ketua Himpunan Penyokong PAS Perak setidak tidaknya langkah PAS Perak pastinya `tempang' untuk menghadapi pilighanraya umum ke 14 akan datang.

Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menarik seramai mungkin ahli ahli PAS masyarakat umum menyertai parti baru yang akan muncul sedikit masa lagi.

 "Kita tidak bermusuh dengan PAS dan ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari raya Aidil Firti nanti," ujar beliau.

 Rakyat negeri ini termasuk ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama mendokong hasrat Pakatan Rakyat.

 PAS tidak seharusnya mendendangan `lagu lama' dengan menyatakan parti baru akan terkubur saperti mana parti HAMIM dan Berjasa kerana suasana politik masa kini dan mendatang tidak saperti dulu.

 Saperti yang diucapkan oleh Dr Khairudin, parti baru bersama Pakatan Baru akan kembali menerajui Perak pada pilianraya umum ini, bukanlah satu angan angan kosong yang tidak berpijak dibumi nyata.

 Ianya ada kebenarannya tambahan pula gelombang rakyat untuk meletakkan Umno dan BN ke`liang lahat' kian kuat PAS Perak pastinya akan mengalami `mimpi ngeri' dalam pilihanraya umum akan datang.

 Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang tenggelam dalam pilihanraya umum ke 14 nanti. ~ sumber

PERLANTIKAN JAWATANKUASA PAS NEGERI MELAKA TAK SAH.

Posted: 10 Jul 2015 09:50 PM PDT

PJ Melaka mahu mencontohi
presiden PAS yg ada kuasa vetto?
KENYATAAN AKHBAR: PERLANTIKAN JAWATANKUASA PAS NEGERI MELAKA TAK SAH.

 Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil ingin menegaskan bahawa perlantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri. (Lihat di sini )

Di dalam perlembagaan PAS dengan jelas dinyatakan iaitu Fasal 40 ceraian (5) iaitu:
 "Pesuruhjaya PAS Negeri di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Perhubungan PAS Negeri hendaklah melantik Timbalan-timbalannya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya dan tujuh orang Ahli Perhubungan PAS Negeri menurut Ceraian (3)(b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (m) dalam Fasal ini daripada ahli-ahli PAS dalam negeri itu."
 Untuk makluman sehingga ini saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil dan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Perhubungan Negeri sebelum ini.

 Sepatutnya Pesuruhjaya PAS Negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan serta Ketua dan Setiausaha Dewan-Dewan bagi membincang perlantikan AJK seperti dalam Fasal 40 ceraian 5 tersebut.

 Setelah dibincang dan dipersetujui oleh semua Ahli Badan Perhubungan Negeri barulah perlantikan itu sah dan boleh diumumkan.

 Apa yang menghairankan bagaimana Pesuruhjaya PAS Negeri boleh membelakangkan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ketua-Ketua Dewan dan Setiausaha masing-masing dalam hal perlantikan ini.

 Malah sehingga hari ini saya dan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil tidak pernah dijemput secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat perhubungan sedangkan di dalam perlembagaan PAS Fasal 40 ceraian 3 dengan jelas dinyatakan bahawa Yang Dipertua PAS Kawasan dan Setiausaha PAS Kawasan adalah ahli badan perhubungan negeri.

 Saya telah menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan untuk menyelesaiannya.

 Oleh itu saya mencadangkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang perlantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua Yang Dipertua PAS dan Setiausaha PAS Kawasan serta Ketua dan Setiausaha Dewan-dewan yang dibelakangkan.

 Di harapkan kenyataan saya ini akan menyelesaikan masalah perlantikan ahli badan perhubungan PAS Negeri yang diragui keabsahannya.

 Mohd Sofi Abdul Wahab
 Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
 25 Ramadhan 1436/ 11 Julai 2015  

Tiada ulasan: