Biaqpila |
2 ORANG ATASAN 1MDB LETAK JAWATAN Posted: 11 Jul 2015 09:02 AM PDT Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009. Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB. Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan. "Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu. Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan