Sabtu, 11 Julai 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK ASAS KERJASAMA NON MUSLIM

Posted: 11 Jul 2015 06:13 AM PDT

Disana terdapat sebuah hadis berkenaan hubungan Islam dan non muslim. Semasa sedang bersiap menghadapi Perang Badar, seorang pahlawan kuffar datang bertemu Rasulullah menawarkan diri untuk turut berperang melawan musyrikin Mekah. Nabi menolaknya sehinggalah beliau datang kali ketiga dan menyatakan telah memeluk Islam, baru Nabi menerimanya.
Hadis ini menjadi dalil mereka yang menolak sebarang kerjasama Islam dengan bukan Islam.

Selepas Fath Mekah, dikhabarkan Puak Hawazin dan Thaqif sedang mengatur serangan terhadap umat Islam di Mekah. Rasulullah terus mempersiapkan tenteranya. Antara yang dibuat adalah mengadakan kerjasama dengan Hakim bin Hizam, seorang musyrikin untuk meminjam senjata daripada mereka.

Sekiranya dilihat, Perang Badar Rasulullah menolak kerjasama non-muslim sementara dalam Fath Mekah Rasulullah menerimanya. Badar berlaku dua hijrah dan Fath Mekah berlaku 8 hijrah. Kedua berlaku pada bulan Ramadhan. Ulama usul berpendapat peristiwa Fath Mekah yang lebih mutakhir memansuhkan peristiwa dalam Perang Badar.

Dalam Perang Badar, umat Islam dalam keadaan lemah tetapi tidak mahukan bantuan. Dalam Fath Mekah (Perang Hunain), umat Islam kuat dan ramai. Bilangan mereka lebih dari 10000 orang, tetapi masih menerima bantuan non-muslim.

Ini menunjukkan bahawa kerjasama dengan bukan Islam bukan bertujuan untuk mengambil kesempatan dan menganggap faktor kemenangan adalah daripada mereka. Tetapi tujuan sebenar ialah untuk berdakwah menyampaikan risalah Islam. Kerjasama dilakukan supaya non-muslim melihat bagaimana cara dan ajaran Islam melalui urusan antara mereka.

Kita harus meyakini bahawa kemenangan dan pertolongan semuanya datang dari Allah SWT sahaja. Apa yang Nabi buat ialah untuk menunjukkan Islam, bukan mengharapkan senjata dan bantuan dari mereka.

Begitulah hubungan kita dengan bukan Islam hari ini. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apakah dia Islam, bukan mempercayai kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan menang. Ini sudah menjadi salah dalam prinsip perjuangan kita.

Masjid Rusila
10 Julai 2015
(Alang Ibn Shukrimun)

Tahaluf Siasi Dengan DAP Terbatal

Posted: 10 Jul 2015 05:23 PM PDT

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP
Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

Luahan Hati Anak Saudara TG Haji Hadi

Posted: 10 Jul 2015 04:56 PM PDT



Fitnah yang teruk sedang melanda tuan guru. Semoga allah memberi kekuatan kepada tuan guru.

Tiada ulasan: