Rabu, 6 Mei 2015

dollah yankee

dollah yankee


Taruhan untuk Wan Azizah

Posted: 06 May 2015 07:49 AM PDT



Besok hari mengundi untuk P44, parlimen Permatang Pauh. Cina,hindu,melayu yang tergolong dalam golongan kaki-kaki judi mula sibuk membuat taruhan dan taruhan hanya akan ditutup pada jam 7 pagi esok.

Kaki-kaki judi ini mengharapkan supaya Wan Azizah dapat menang dengan majoriti 8000-10000 undi sebab 'bookie' akan bayar RM 3 untuk setiap RM 1 taruhan jika Wan Azizah boleh menang dengan majoriti itu. Manakala jika Wan Azizah boleh menang dengan majoriti 10000-15000 setiap taruhan RM 1 akan dibayar RM 5.

Pada PRK 2008 P44 yang lalu bila Wan Azizah letak jawatan untuk bagi laluan kepada Anwar masuk parlimen, kaki-kaki judi yang sama ini telah buat duit bila taruhan mereka terhadap Anwar Ibrahim dengan majoriti 10000-15000 telah menjadi kenyataan. Bila Anwar menang hari itu, 'bookie' yang sama juga telah demam sampai tak kebah-kebah. Kah..Kah..Kah..

Pada PRU 2013, tidak ada 'bookie' yang berani ambil pertaruhan untuk kerusi P44 kerana mereka sudah tahu jika mereka ambil juga taruhan pada waktu itu alamatnya lari malam 'bookie-bookie' ini.

dollah yankee -
Terkejut juga bila tengok 'bookie' ini rupa-rupanya orang kita. Kah..Kah..Kah.. orang melayu sudah maju daaa...!!!

Tiada ulasan: